Tuesday, June 10, 2014

Panorama

Sempadan Rantau Panjang - Golok

Assalamualaikum & hai kepada anda-anda semua semoga berbahagia sentiasa.

Aku ada masa free sikit harini so aku ingat nak membebel pasal 1 topik yg dari dulu lagi aku nak bebel tapi takde masa, iaitu berkenaan panorama.


APA ITU PANORAMA?

Pantai Sri Tujuh, Tumpat, Kelantan

Panorama merujuk kepada gambar yg mempunyai view yg luas (wide angle view). Kalau rasa rajin nak membaca pasal sejarah dia, boleh usha Wiki - Panorama.

Istilah gambar panorama lebih mudah difahami dalam bentuk gambar yg panjang, sebab kita biasa panggil gambar yg panjang itu gambar panorama, seperti gambar yg kacak di atas. 


BILA NAK SHOOT PANORAMA?

Senang cite - bila lens yg anda sedang guna tu tak dapat capture gambar yg wide.

Imagine this - anda sekarang berada di Pulau Perhentian, dan anda cuma ada lens 50mm F1.8. Anda simpan kitlens kat rumah sebab dah tak suka main zoom lens sejak berkenalan dgn prime lens.

Kemudian, dgn lens 50mm anda yg tak berapa nak wide tu, anda nak shoot landscape.
Selepas meletakkan mata di viewfinder dan memerhatikan rupabentuk framing gambar, anda frust kerana view yg anda lihat tidak seluas seperti yg anda harapkan.

Patutkah anda berputus asa dan mengambil gambar pakai henset je?
Its ok, amek je gambar pakai henset. Tapi jgn lupa, DSLR punya kualiti gambar jauh lebih baik.

Tapi cane nak amek gambar? Lens 50mm ni bukan wide sangat nak amek gambar wide.

Maka disinilah teknik mengambil gambar panorama akan dipraktikkan, supaya lens anda yg tak berapa wide boleh digunakan utk mengambil gambar yg wide.

Dlm ertikata lain, dgn menggunakan teknik ini, anda boleh menggunakan lens 50mm dan mengambil gambar yg wide mcm pakai lens 10-20mm.


TEKNIK MENGAMBIL GAMBAR PANORAMA

Sony - Sweep Panorama

Panorama dgn henset atau compact agak mudah. Sesetengah kamera henset dan compact (especially model baru) mmg sudah ada built-in panorama mode. Korang cuma perlu activate mode tu, sweep kamera tu dan gambar terus jadi panorama yg panjang.

Contoh mcm Sony, dia ada Sweep Panorama mode. Samsung EX2F aku pun ada, dan mode itulah yg aku pakai utk shoot gambar-gambar panorama diatas.

Nanti korang check la kamera korang tu ada ke tak mode ni. Kalau ada, baca cara nak guna mode tu kat user manual, atau usha kat youtube.

Ok, now for the hard part.

Kamera DSLR khasnya, takde mende alah Sweep Panorama ni, kecuali certain certain model dari Sony DSLR/DSLT. So kalau nak shoot panorama guna kamera yg takde mode tu, banyak keje sikit, but trust me, ia sangat berbaloi utk dipelajari dan dipraktikkan.

Seperti yg kita dah belajar dlm artikel Focal Length, angka focal yg rendah merujuk kpd angle yg luas, dan angka yg tinggi merujuk kpd angle yg sempit. Contoh boleh diusha pada gambar sunset yg diambil dari Bukit Ampang dibawah:



So sekarang, dgn teknik panorama, kita akan shoot guna lens 50mm tapi dapat gambar yg luas mcm pakai lens 18-35mm.

The idea is, kita akan shoot beberapa keping gambar, yg originally kelihatan sempit, kemudian gambar-gambar tersebut akan digabungkan menjadi sebuah gambar besar/panjang dengan menggunakan software.

Sebelum diceritakan teknik, berikut adalah beberapa tips utk shoot panorama:

1. Focal Length

Gunakan focal length yg midrange. Jangan pakai FL yg terlalu wide. Becoz katakan la anda sedang menggunakan UWA lens seperti Sigma 10-20mm dan anda mengambil gambar panorama pada FL 10mm, gambar bakal menjadi pelik bila dicantumkan, kerana gambar drpd FL yg terlalu wide biasanya mempunyai soft corner, distort dan vignette.

So seeloknya pakai FL midrange, dlm ertikata lain - FL yg tak terlalu wide, dan tak terlalu telephoto. Utk APS-C, biasanya 18mm dan ke atas. Utk fullframe, dlm 24mm dan ke atas.

Lps tu katakan korang tgh guna zoom lens 18-55mm misalnya dan shoot panorama, gunakan hanya 1 FL shj utk kesemua gambar. Jgn 1 pakai 18mm, pastu 1 lg pakai 24mm, bakinya pakai 35mm. Nanti bila stitch jadi haru-biru.


2. Manual Focus

Either focus secara manual drpd awal, atau memula autofocus, lepas dah dpt focus gambar, switch kepada manual focus supaya utk gambar-gambar berikutnya, lens dah takyah focus.


3. Manual Exposure

Disini anda perlu mahirkan diri dgn mode M (manual). Imagine the frame, ambil metering bagi gambar yg anda nak shoot, pastu biarkan kepada setting tersebut. Sebab kita nak ambil beberapa keping gambar, so kita nak gambar-gambar yg mempunyai exposure yg sekata dan sama terang.
Meaning, kita akan ambil beberapa keping gambar dgn setting exposure yg sama, contohnya kita guna ISO200 f/8 1/125, ha setting ni la yg akan digunakan utk kesemua gambar yg kita nak stitch tu. bukan 1 gambar tu shutter speed 1/125, 1 lagi 1/500.


4. Manual White Balance

White balance akan menentukan warna pada gambar anda, so kalau pakai AWB, ditakuti 1 gambar kuning, 1 kurang kuning, 1 mcm biru, pastu bila combine jadi haru-biru. So utk shoot panorama, jgn pakai AWB, tapi pakai mana-mana preset white balance yg anda selesa pakai, contohnya Daylight, dan gunakan preset tu utk kesemua gambar panorama yg akan anda shoot.

5. Imagination

Jangan belasah shoot je. Imagine dulu framing yg mcm mana yg korang nak. Visualize it. Amek sekeping gambar utk rujukan. Nak start dari mana dan habis kat mana.


6. JPEG Setting

Proses nak menggabungkan gambar-gambar, especially jika ia banyak dan bersaiz besar, memerlukan komputer yg powderful. So kalau PC/laptop anda tak powderful, anda tak digalakkan utk shoot RAW atau Large JPEG. Memadai hanya dgn Medium atau Small JPEG, kerana bila gambar-gambar tu digabung, dia akan jadi besar jugak nanti.
Pasal Picture Control/Profile plak, sukati kome ler nak guna profile Landscape ke Vivid ke Portrait ke. Tapi biar 1 profile utk semua gambar la. Jangan 1 gambar pakai Vivid, pastu 1 lagi pakai Portrait, mmg jahanam la kaler gambar tu nanti.


7. Handheld vs tripod

Op kos tripod akan memberikan hasil yg lebih kacak. Tapi kalau tak bawak atau malas nak pakai, shoot handheld je pun boleh.

40 Inspiring Panoramic Photographs

Ok sekarang tutorial yg bebetul punya. Ikut tutorial berikut:
  1. Sebelum shoot, make sure dah pakai manual exposure, manual white balance dan manual focus. JPEG setting semua dah set siap-siap.
  2. Framing gambar yg korang dah visualize tadi tu, simpan dalam kepala siap-siap.
  3. Kita akan mula shoot dari kiri ke kanan, atau kanan ke kiri, bergantung kpd keselesaan anda.
  4. Shoot dlm vertical (portrait) orientation utk mendapatkan detail foreground.
  5. Shoot beberapa keping gambar. Make sure setiap gambar yg anda shoot tu ada part yg overlap dlm 10-20%. Maksud overlap tu ialah setiap gambar ada part/detail bagi gambar yg selepas dan sebelumnya.
  6. Done. Anda akan dapat beberapa keping gambar yg mcm ni:
Nikon D700 | 50mm F1.8

Lepas dah snap gambar-gambar yg diperlukan, sekarang masa utk post-processing.
  1. Bagi anda yg memiliki Adobe Photoshop, sila google "how to stitch panorama using photoshop". Kat youtube pun ada je tutorial.
  2. Bagi anda yg mmg zero dalam benda ni, download software Autostitch dan install. Jangan risau pasal crack ke hape ke, ni freeware. Aku pun sekarang stitch pakai Autostitch je sbb photoshop berat. Kalau nak carik lain, boleh google "free panorama stitch software"
  3. Browse gambar-gambar yg anda nak stitch tu, dan stitch lah sampai ia bergabung kesemuanya. Aku takkan bagi tutorial, korang google lah sendiri sbb lain software lain caranya.
  4. Lepas dah stitch, akan dapat gambar yg lebih kurang ceni. Dia akan penuh dgn black bar kat kiri kanan atas bawah gambar:


Pastu korang editlah gambar tu secukup rasa, crop mana yg patut, terangkan ke pekatkan ke sharpkan ke, ikutlah selera masing-masing, sampai la dia jadi final product seperti gambar berikut:

Perhatikan - gambar kat atas ni di-shoot dgn lens 50mm, tp disebabkan ia di-shoot dgn teknik panorama, gambar ni jadi wide mcm guna lens 18-35mm.

So secara ringkasnya - shoot beberapa keping, stitch, crop/straighten, edit, siap!


Korang boleh shoot seberapa banyak gambar yg korang nak, as long as gambar tu semua saling overlap supaya proses stitching boleh berjalan dgn lancar.

Contoh gambar panorama lain yg ada dlm cakera keras aku:

Pantai Air Leleh, Pekan, Pahang
Nikon D700 | 28-70mm F3.5-4.5
13 keping gambar
Masjid Beijing, Rantau Panjang, Kelantan
Samsung EX2F | Sweep Panorama
Pekan Nabalu, Kota Belud, Sabah
Samsung EX2F | Sweep Panorama
Tok Lukut, Kelantan
Samsung EX2F | Sweep Panorama

Milkyway Panorama
Foto oleh Paul Alexander | D700 & Sigma 35mm F1.4
ISO640 15" f/1.4 WB Kelvin 3200

Gambar mmg kadang-kadang akan nampak melengkung. Tu normal. Kalau nak edit jadi straight, dipersilakan, tapi aku tak sentuh la dlm artikel ni.

Kebiasaannya panorama dikaitkan dgn gambar yg panjang melintang (horizontal), tapi ada jugak pada gambar panjang menegak (vertical). Boleh usha gambar panorama yg superkacak dalam 40 Inspiring Panoramic Photographs.

Taman Botani Putrajaya
Nikon D700 & Samyang 35mm F1.4
7 keping gambar

Tak semestinya landscape, teknik panorama juga boleh diaplikasikan dalam apa jua genre apabila anda rasa lens yg anda pakai time tu tak dpt snap gambar se-wide yg anda nak. Contohnya mcm gambar bawah ni:

Suasasa praktikal mode M
USM Kubang Kerian, Kelantan
Samsung EX2F

Bila diaplikasikan dlm genre portrait dan menggunakan aperture besar, anda akan dapat gambar yg wide panorama + bokeh, atau dinamakan juga sbg Brenizer Method. Aku ada apply teknik ni masa nak shoot group photo sebab Samyang 85mm F1.4 tak dapat capture wide sangat.

Nikon D700 | Samyang 85mm F1.4 | Brenizer Method

Panorama juga boleh diaplikasikan dlm sports atau high speed photography, dgn sedikit perbezaan pada teknik, iaitu Panning, di mana perkataan PAN pada panning itu sebenarnya merujuk kepada PAN pada panorama.


Biasanya panorama ni org buat 1 level je. Utk hasil yg lebih wide, kita boleh buat more than 1 level, contohnya mcm gambar atas ni. Utk info lanjut boleh baca artikel Masjid Shah Alam Superwide

Ok sekian dulu bebelan buat masa ni. Agak panjang gak tapi hopefully korang bole paham la.

Semoga bermanfaat.

Ejad Fotopoyo
Selasa 10:32pm 10 Jun 2014

No comments:

Post a Comment