Sepertimana yg kita sedia maklum, penggunaan ISO yg tinggi akan menyebabkan wujudnya noise, atau grain pada gambar.
Contoh mudah, sila tgk gambar kat bwh ni:
Bagi sesetengah jurufoto, noise ni mencacatkan gambar.
Maka sebab itu camera manufacturer mencipta sebuah feature yg dinamakan sbg Noise Reduction.
Setiap kamera digital, ada feature Noise Reduction yg mana fungsinya ialah mengurangkan noise yg terhasil jika ISO yg tinggi digunakan. Utk singkatan, aku tulis Noise Reduction sbg NR.
Mungkin namanya berbeza bg setiap manufacturer, tapi fungsinya sama, iaitu mengurangkan noise yg terhasil.
Sumber: imaging-resource |
Sumber: photoplusmag |
Sumber: imaging-resource |
Kebanyakan DSLR dan high end compact, NR boleh di kawal, sama ada nak On atau Off. Kalau On, kita boleh set tahap pengurangan noise yg dibuat, sama ada pengurangan yg sedikit, sederhana atau maksima. Depends jugak la pada model dan jenama kamera.
Manakala utk kamera yg low/mid end, ianya akan wujud secara automatik jika kamera mendapati ISO yg tinggi digunakan.
Utk maklumat lanjut, sila rujuk user manual dan menu kamera masing-masing.
Dlm proses mengurangkan noise yg terhasil, NR akan menyebabkan gambar soft dan hilang detail, menjadikan ianya tidak atau kurang sharp berbanding jika NR itu tidak digunakan.
Boleh tengok gambar di bawah utk pemahaman lanjut (klik utk besarkan gambar):
Perhatikan, gambar yg sama dgn ISO yg sama, tapi apabila NR digunakan, gambar menjadi kurang noise, tapi nampak soft dan kurang detail.
Dan utk sesetengah kamera, penggunaan NR akan menghasilkan gambar yg pelik, sbb nampak terlalu licin dan soft.
Noise Reduction: Mana Better, On atau Off?
Aku takkan pakai fungsi NR ni. Sebab aku ni jenis sayang detail. Bagi aku gambar tu agak useless kalau terang tp takdak detail.
Maka, aku shoot je pakai ISO tinggi mcm biasa.
And then masa post processing, kalau perlu, aku akan gunakan Noise Reduction yg ada dlm Adobe LR (atau software lain) dan aku boleh mengurangkan sendiri noise tu mengikut tahap citarasa aku supaya detail terpelihara.
Noise Reduction dalam Adobe LR |
Korang plak, try la amik gambar with and without NR dan compare sendiri hasilnya, pastu buatlah keputusan nak On atau Off.
Mcm biasa, kalau nak tau katne fungsi NR dlm kamera korang tu, please, jgn buang masa tanya aku sbb aku takkan carikkan utk korang. Sila baca user manual. Sekian mekasih.
Semoga info yg sedikit ni dpt menambah ilmu pengetahuan anda dlm bidang photography.
Ejad Fotopoyo
No comments:
Post a Comment