Saturday, March 31, 2012

Aperture | Sunstar | Starburst

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Sebelum aku start membebel, korang usha gambar-gambar ni kejap.




Dalam gambar-gambar di atas, ada bintang yg berbucu 8, ada yg 18.

Dulu pernah member-member aku tanya, mcm mana boleh wujud bintang berbucu mcm tu?
Dan aku usually jwb: "Bilangan bucu tu ditentukan oleh binaan aperture dlm lens"

Dlm artikel kali ni, aku akan huraikan psl isu ni dgn lebih detail skit, supaya kita semua sama-sama nmpk dan faham mcm mana binaan aperture dlm lens boleh mempengaruhi bintang yg terhasil.

Apabila kita mengambil gambar landscape siang/malam yg mana melibatkan depth of field yg luas, pancaran cahaya (matahari, lampu etc etc) akan menghasilkan bintang yg mempunyai bucu.

Jumlah dan corak bucu bintang yg terhasil itu ditentukan oleh faktor seperti berikut:
  1. Bilangan aperture blades di dalam lens
  2. Setting aperture (besar atau kecil)

Kita start dgn no 1 tu dulu.


Bilangan Aperture Blades

Petikan drpd website Ken Rockwell:
"Odd numbers of blades will give diffraction and reflection stars around very bright points of light that have double the number of points as the number of blades. For instance, a seven-blade diaphragm will give a lovely 14-pointed star. Even numbers of blades will give stars with the same number of points as you have blades. An eight-bladed diaphragm will give a boring eight pointed star."
Sumber: kenrockwell

Ringkasannya, sila usha bilangan aperture blade di dlm lens masing-masing. Salah 1 cara utk meng-usha, boleh dibuat dgn membaca artikel Bokeh.

Kalau bilangan blade tu genap, star yg terhasil adalah sama jumlahnya dgn blade tersebut.

Contoh gambar lain yg diambil dgn lens Pentax 18-55mm, yg mempunyai 6 aperture blades:

Pentax K100D & SMC Pentax-DA 18-55mm F3.5-5.6
6 aperture blades = 6 pointed stars

Kalau bilangan blade tu ganjil, star yg terhasil adalah 2 kali ganda drpd bilangan blade tersebut.

Contoh: gambar di bwh diambil dgn lens Nikkor AF 28-70mm F3.5-4.5D yg mempunyai 9 aperture blades, maka bintang yg terhasil mempunyai 9x2=18 bucu.


Basically:
  • 5 blades = 10 bucu
  • 6 blades = 6 bucu
  • 7 blades = 14 bucu
  • 8 blades = 8 bucu
  • 9 blades = 18 bucu
  • and so on...

Ok so faham eh semua? Senang cite:
Bilangan blade genap --> bintang bucu sama dgn bilangan blade
Bilangan blade ganjil --> bintang bucu 2 kali ganda drpd bilangan blade


Setting Aperture

Bukaan aperture juga memainkan peranan dlm penghasilan bucu bintang.
Semakin kecil aperture, semakin runcing bucu bintang yg terhasil.

Senang cerita, tgk gambar ni:


Gambar ni diambil menggunakan Nikon D3 (milik Adi Mang, foto juga oleh Adi Mang) dengan 2 lens berikut:
  1. Sigma 24-70mm F2.8 DG Macro
    9 aperture blades (ganjil)
    Aperture: f/2.8, f/4, f/5.6, f/8, f/11, f/16

  2. Vivitar 19-35mm F3.5-4.5 MC
    8 aperture blades (genap)
    Aperture: f/5.6, f/8. f/11, f/16

Gambar yg diambil tu aku zoom 100%, dan sila lihat sendiri bintang yg terhasil:

Nikon D3 & Sigma 24-70mm F2.8 DG Macro

Nikon D3 & Vivitar 19-35mm F3.5-4.5 MC

Perasan tak semakin kecil aperture (semakin besar angka f), bucu yg terhasil semakin runcing dan panjang.
Dlm ertikata lain, semakin kecil aperture, semakin runcing bucu bintang yg terhasil.


Cara Mengambil Gambar Sunstars

Selain drpd bilangan aperture blades serta setting aperture, ada teknik yg diperlukan utk mendapatkan sunstars.

Gambar sunstar usually mudah utk diambil jika light source (sumber cahaya) tu kecik, maka:


Waktu Siang:

Pada waktu siang, sinaran matahari sgt besar dan sgt terang, maka susah utk kita mendapatkan sunstars secara direct. Maka teknik yg boleh digunakan ialah:
  • ambil gambar sinaran matahari di waktu ianya tidak terlalu kuat/terang, iaitu time sunrise/sunset
  • cari angle dimana anda boleh mengambil gambar cahaya matahari itu dari celahan sumthing

Contoh gambar seperti di bawah. Perhatikan kesemuanya adalah dari celahan:

D700 | 18-35 F3.5-4.5

D2X | 18-55 F3.5-5.6
D700 | 18-35 F3.5-4.5
D2X | 18-55 F3.5-5.6


Waktu Malam:

Gambar malam sgt simple dan sgt senang. Sebab cahaya lampu di waktu malam mmg kecik, maka anda tak perlu ambil dari celahan. But just make sure yg sumber cahaya tu tak terlalu besar, contoh spotlight, atau korang zoom habis sampai lampu jalan yg kecik tu nampak besar dalam viewfinder.







Dan teknik yg terakhir, sila jgn gunakan apa-apa filter utk hasil yg terbaik, kerana filter menyebabkan wujud halo serta menjadikan sunstars itu kelihatan soft. Contoh gambar Masjid Negeri Shah Alam kat atas ni, aku pakai GND filter utk gelapkan bahagian jalan supaya boleh dpt shutter speed yg lebih lama.

Ada paham ye rakan-rakan sekalian?


Kesimpulan

Sbg kesimpulan, gambar sunstars boleh dihasilkan melalui:

1. Bilangan aperture blade
  • Genap --> Sama jumlah
  • Ganjil --> 2x ganda

2. F number
  • Aperture besar (f kecil) --> bucu pendek
  • Aperture kecil (f besar) --> bucu panjang & runcing

3. Teknik:
  • Siang: sunrise/sunset, dari celahan
  • Malam: direct pun boleh
  • Tanpa filter utk hasil terbaik

Sekian, Wassalam.
Ejad Fotopoyo

Wednesday, March 28, 2012

Nikon Entry Level DSLR & Nikkor Lenses

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Just a short article for today, mengenai penggunaan lens pada body entry level DSLR Nikon, secara ringkas.
Kalau nak tau lebih, boleh baca artikel ni: Nikon Lens Technology by Ken Rockwell

Setiap yg pakai body entry level DSLR jenama Nikon WAJIB tahu, bahawa bukan semua lens Nikkor itu 100% compatible dgn body camera anda.

Entry level DSLR Nikon yg dimaksudkan adalah seperti berikut:
  • D40/D40x
  • D60
  • D3000/3100/3200/3300
  • D5000/5100/5200/3300

Kesemua model yg dinyatakan diatas TIADA built in motor, which means autofocus (AF) hanya akan berfungsi apabila anda mengunakan lens yg mempunyai term "AF-S" atau "AF-I", contohnya mcm kitlens korang sendiri iaitu Nikkor AF-S 18-55mm F3.5-5.6G.

Nampak term "AF-S" tu? AF-S bermaksud AF-Silent Wave Motor, dimana membawa maksud di dalam lens ini terdapat motor, sebab itu boleh di-autofocus apabila digunakan pd body yg tak bermotor seperti di atas.

So jika anda menggunakan lens Nikkor AF 50mm F1.8D misalnya pada body yg dinyatakan di atas, anda takkan dapat autofocus, sbb tiada term AF-S, simple as that.

Secara fizikalnya, cara utk melihat sama ada body DSLR Nikon itu ada built-in motor atau tidak, adalah dgn melihat kpd lens mount pada body tersebut (sumber foto: lowyat.net):

Utk body entry level DSLR seperti yg dinyatakan di atas:

Rata, licin - TIADA built-in motor

Utk body DSLR selain drpd yg dinyatakan di atas:

Ada mcm skru terkeluar - ADA built-in motor

Kalau takut nak bukak lens, tengok secara fizikal senang je - DSLR Nikon yg tiada top LCD display, means dia takde built-in motor.

Sumber: D3100 | D90

Utk lens plak, boleh tgk gambar di bawah. Bezanya ialah AF-S vs AF (atau AF-D):


Ramai pengguna DSLR Nikon entry level salah faham tentang D dan G lens, dgn menganggap mereka perlu membeli G lens supaya lens tu boleh autofocus. Sebenarnya anggapan itu salah sama sekali.

Utk lens tu boleh autofocus, lens itu perlu AF-S atau AF-I, bukan G.

AF-S itu bermaksud ada built in motor pada lens, manakala G pula bermaksud lens itu tiada aperture ring. Simbol G takde kena mengena langsung dgn built in motor.

Sumber: Nikon: Lens Glosarry

Sumber: Ken Rockwell

Sumber: Ken Rockwell

Kebetulan je kebanyakan lens yg AF-S juga ada G, contoh mcm kitlens korang sendiri iaitu Nikkor AF-S 18-55mm F3.5-5.6G.

Ada je lens yg AF-S tp takde G, contoh mcm Nikkor AF-S 17-35mm F2.8D dan Nikkor AF-S 80-200mm F2.8D. Kedua-dua lens ni takde G tapi dia AF-S. Dia boleh autofocus dgn semua model DSLR.

Dan ada jugak lens yg G tapi bukan AF-S, contoh mcm Nikkor AF 70-300mm F4-5.6G dan Nikkor AF 28-80mm F3.3-5.6G . Lens ni takkan boleh autofocus pada body entry level walaupun dia version G, sbb takde AF-S atau AF-I.

So jgn salah faham. G bukan bermaksud ada motor pada lens, tp G bermaksud tiada aperture ring pada lens tersebut.

DSLR + Manual Lens (AI, AI-s, E Series)

Sumber: 1 | 2 | 3 | 4

Sekadar maklumat tambahan:

Bagi lens Nikkor yg lama-lama, manual zaman filem (AI, AI-s,), ia boleh dipakai pd body entry level, tp anda tak boleh autofocus dan tak boleh meter exposure, termasuklah model yg ada motor seperti D70/s, D80 dan D90, but still boleh amik gambar, no worries. Cuma exposures kena pandai-pandai agak sendiri la, dan aperture kena tukar kat lens pada aperture ring yg ada. Exposure hanya boleh di-meter pada body semi pro dan pro seperti D200, D7000, D300/s dan seterusnya.

Utk brand Nikon, lens itu ialah lens manual jika terdapat cangkuk di bawah marking f/5.6 (atau dipanggil juga rabbit ear), kecuali E Series lens yg mmg takde cangkuk tersebut.

Kalau korang nak tau beza AI AI-s apa semua tu, baca explanation di SINI.

So mungkin ada yg tertanya, kenapa tak bole AF plak? Kan body D80 D90 tu semua ada built in motor?

Simple analogy: phone anda takde wifi, tapi anda berada di kwsn wifi. Atau sebaliknya, phone anda ada wifi, tapi anda berada di tmpt yg tiada wifi. Bolehkah anda connect internet guna wifi? For sure tak boleh kan?

Maka sama la dgn lens manual tu, since lens itu sendiri tiada keupayaan utk di-autofocus-kan, maka pasanglah kat body bermotor ke, motorbot ke, motokar ke, ia tetap takkan boleh AF. 

Psl manual lens + nikon DSLR, ada aku bebel kat sini: 

Utk ringkasan bg body entry level, sila rujuk jadual di bwh (sumber: Nikon D40 Performance oleh Ken Rockwell)


Selain D, G, AF-S, ada juga term-term lain seperti AF-I, AF, AI, AI-s. Utk mengetahui apa mksd term tersebut, sila rujuk link berikut:
  1. NIKKOR Lens Glossary
  2. Nikon Lens Technology

Ok tu je. Semoga artikel yg pendek ni dpt memberi manfaat sbg panduan utk anda memilih/membeli/menggunakan lens jenama Nikkor pada body entry level DSLR Nikon.

Utk 3rd party brand mcm Sigma, Tamron, Tokina, boleh rujuk link berikut: WIKI

Sekian,
Ejad Fotopoyo

GALERI - Basikal & Sunset



Gambar diambil menggunakan Nikon D3100 & kitlens 18-55 milik gelpreng.
RAW NEF, edited via Adobe LR

Thursday, March 22, 2012

MEMBEBEL - Perlu Ke Saya Upgrade?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Sumber: http://www.applecasts.com/lion-upgrade-or-wait/

Setelah sekian lama tak membebel, hari ni aku rasa mcm nak membebel sgt2 walaupun kepala tgh pening otak tgh blank sbb takleh tidur lps amik darah kat PPUM semalam.

Aku selalu dpt soalan mcm ni drpd kwn2 aku:
"Perlu ke saya upgrade?"
"Nak upgrade apa eh?"
"Saya dah ada lens dan body sekian sekian, nak beli apa lg eh?"
"Saya ingat nak upgrade body/lens la, nak beli yg mana eh?"

etc etc
Jika anda perlu bertanya sebegini, jwpn aku simple je: NO.
Incase korang tak nmpk tulisan aku, aku kasi besar skit. Jwpn aku ialah

NO

Kenapa aku jwb NO?
Kenapa bg aku tak perlu pun korang upgrade?

The reason is simple.

Kalau korang betul-betul perlu upgrade, contohnya korang ni sports photographer dan korang perlukan lens telephoto aperture besar, korang takkan tanya aku soalan mcm ni.
Dan katakan korang ni pencinta macro/nature, korang takkan tanya soalan mcm ni.

Instead, korang akan tanya
"Aku nak shoot action, mana ok, 70-200mm F2.8 ke 300mm F4?"
"Aku minat sgt dgn wide lens utk shoot landscape. Mana ok, Tokina 11-16mm ke 12-24mm?" 

"Utk macro ni, aku plan nak beli Tamron SP90 la. Ke beli Nikon 60mm F2.8 Micro lg ok?" 
Nmpk tak perbezaan soalan yg di atas ni dan yg aku taip awal-awal tadi?
Soalan yg di awal2 artikel tu sgt general. Korang just mcm byk sgt duit dan nak beli extra lens, atau korang jeles tgk kwn2 lain ada lens tu, dan korang pun nak jugak.

On the other hand, soalan yg latest plak dah menampakkan yg korang ada hala tuju, dah ada genre yg diminati dan nak cari tools/equipments terbaik.

Kalau korang setakat shoot tanpa hala tuju, kitlens dah memadai.
Kalau korang setakat shoot wedding, kitlens dan 50mm sudah memadai.
Kalau korang suka shoot candid, 50mm sudah memadai.

In fact, kalau korang mmg setakat shoot suka2, Your Camera Doesn't Matter, as long as kau dah tau psl composition dan exposure.

Dan sepertimana yg aku dah bebel kat artikel Your Camera Doesn't Matter:
"Buying new gear will NOT NECESSARILY improve your photos"

Dan sepertimana yg dah aku bebel kat artikel Bring Less See More, dgn tools yg byk hanya akan menyebabkan korang tak dpt shoot moment, sbb masa utk shoot tu dah dibazirkan dgn korang duk fikir "nak shoot pakai kamera/lens apa eh."

Of coz la dlm iklan, camera manufacturer suruh korang upgrade, sbb tu sumber pendapatan diorang.

So again aku tegaskan, if you should ask psl nak upgrade ke tak, my answer is no.
Kalau degil nak tau jugak jwpn aku, nih ha:

 "Sila upgrade skill".

Bagaimana? Dgn menghadiri bengkel/kursus yg dibuat, psl lighting ke, macro ke wedding ke.

Atau kalau korang cuma ada body dan kitlens dan korang rasa nak belajar benda baru, aku suggest korang beli lens 50mm dan external flash.
F1.8 dah memadai. Even kalau korang sebat 1.4 atau 1.2 sekalipun, jarang org shoot pakai wide open aperture sbb biasanya hasil wide open aperture sgt soft.
Dan external flash boleh mendorong minat korang utk belajar psl lighting, bounce/tilt, manual power, guide number semua tu.

Iye betul, korang akan kata kalau upgrade body nnt kurang noise, FPS lg tinggi. Upgrade lens nnt boleh pakai low light bla bla bla.

Tanya diri korang balik, korang perlu sgt ke features yg korang nak kat kamera/lens tu?
Perlu sgt ke ISO tinggi2 sampai 8 juta tu?
Perlu sgt ke lens panjang2 sampai 6km tu?
Perlu sgt ke aperture besar gaban f/1.0 tu?

Kalau tak, then ur current body/lens is more than enuff.

Toksah ngade2 la nak upgrade juz becoz tgk kwn pakai lens 70-200, then korang pun nak jugak. Lps dah beli tu simpan je dlm drybox tak pakai sbb berat. Kan dah membazir tu.

Kitlens tu sendiri dah lebih dari cukup. Nih aku share artikel psl kitlens:
  1. Ada Apa Dengan Kitlens Part I
  2. Ada Apa Dengan Kitlens Part II 
  3. Ada Apa Dengan Kitlens Part III: Macro Edition 

Kalau mmg korang tu kaya sgt, byk duit taktau nak beli apa, then go ahead.
But don't except tools baru tu boleh buat gambar korang jadik cantik giler kalau korang sendiri tak tau asas exposure dan composition.

Focus more on ur photo, how to improve the composition/angle, tolak tepi lens body apa semua, itulah cara nak memantapkan lg skill dlm photography.

Tak salah berangan dan berimpian nak body/lens power2, tp jgn la sampai membazir gadai tanah bagai semata2 nak beli brg2 kamera.

BTW aku tgh otw nak downgrade ni. Eh sukati la aku bukan buat job pun. Hee.

Sekian,
Ejad Fotopoyo


Sumber: Ken Rockwell - Should You Upgrade?

Tuesday, March 13, 2012

INFO - Ada Apa Dengan Entry Level DSLR

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Ramai duk tanya aku "bila lg nak membebel abam ejad?"
Korang suka eh baca bebelan aku? Ntah hape-hape jek la korang ni. Hahaha.

Anyway, mlm ni aku mcm malas nak study, malas nak sambung buat tutorial, malas nak amik gambar, semua malas ah. Tapi tgh ada mood nak menaip, maka ini tajuk yg terlintas kat kepala aku buat masa ni.

Sudah menjadi lumrah utk kesemua pengguna kamera DSLR, dimana mereka mengidamkan body atau lens yg lebih mantap drpd yg sedang mereka pakai skrg ni.

Skrg tgh pakai D3100/1100D.
Mengidam nak pakai D90/60D.

Lepas dah pakai D90/60D, mengidam plak kat D7000/7D.
Kemudian full frame plak, D700/5D/5D Mark 2.

Then pro body plak, D3/1D/1Ds.
Kemudian highest end pro body plak: D3x/1Dx.

Then lps tu Nikon keluar D800 dan D4, pun nak jugak.
The list goes on....

Well, tak salah mengidam, tak salah bermimpi, tak salah nak berangan-angan.
Dan jugak tak salah korang nak jual gadai segala kereta rumah tanah semata-mata utk mengecapi impian korang utk memiliki body yg sungguh professional tu.
Duit korang kan, sape aku nak halang...

Aku sendiri pun dulu mula-mula pakai entry level body: Pentax K100D.
Then aku pakai semi pro Nikon D200 dengan lens bagak Tokina ATX Pro 28-80mm F2.8.
Pastu semi pro Pentax K20D.
Tukar kpd Pentax K-x yg entry level.
Downgrade kpd Pentax K200D yg nmpk entry level tapi semi pro.
Pastu tukar balik kpd Pentax K-x.

Skrg? Aku sgt suka Pentax K-x tu.
Sebab apa? Sebab tu body entry level.
Kenapa dgn body entry level?


1. Kecil & Ringan

The cheapest DSLR, be it Pentax K-x/K-r, Nikon D3000/3100 atau D5000/5100, Canon 1100D, semuanya ringan dan kecik giler gaban. Amik gambar pakai 1 tgn jek, takde hal. Gantung lama-lama pun tak lenguh bahu/tengkuk. Nak sumbat dlm beg pun takde masalah sbb kecik.


2.  AA Batteries (for Pentax)

Sumber: http://community.futureshop.ca/t5/blogs/blogarticleprintpage/blog-id/TechBlog/article-id/1628

1 thing yg aku suka dgn Pentax - entry level DSLR dia pakai bateri AA. So let say kalau tgh melancong ke, bateri habis, apedehal, kedai runcit jual je bateri AA.


3. Murah

Dah nama pun entry level, for sure la murah kan?


4. Picture Mode & Scene Mode

Benda yg takde atau susah nak jumpa kat kamera mahal-mahal, iaitu Picture Mode dan Scene Mode.
Sometime kalau aku dah malas bebeno nak ngedit gambar tu later atau malas giler nak setting, aku pakai je mode yg ada ni. Pedulik hape org nak kata apa, janji aku dpt gambar. Feveret aku ialah Landscape dan Portrait mode :D

Picture Mode
Sumber: http://shashinki.com/shop/used-pentax-dslr-camera-1855mm-f3556-lens-excellent-pi-9333.html?image=3
Scene Mode


5. Extra Picture Mode

Certain entry level DSLRs, ada built-in digital filter mcm Miniature Effect, Fisheye, Retro, Toycam bla bla bla. DSLR mahal-mahal mana ada mende alah ni. Lebih menjimatkan masa, compared to korang snap gambar pastu nak kena edit later on.

Mcm Pentax, ada Cross Processing. Kacak oh!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Ok takde idea dah nak bebel panjang-panjang. Berikut adalah beberapa gambar yg aku snap menggunakan entry level Pentax K-x dan Pentax K00D aku, tanpa editing, kecuali gambar Myra, sebab tu RAW. Yg lain semua fresh drpd memory card.

Pentax K100D & 1855
Pentax K100D & 1855 
Pentax K100D & 1855 
Pentax K-x & 1855 
Pentax K-x & Jupiter9 85mm F2
Edited with Adobe Lightroom
Pentax K-x & 1855
Cross Processing Effect
Pentax K-x & 1855
Retro Effect

So kpd pengguna entry level DSLR di luar sana, toksah nak down sgt la tgk member pakai DSLR bagak-bagak. Penat weh bahu menanggung. Plus tgk gambar yg aku snap kat atas ni, kacak jek kan? (puji gambar sendiri), meaning kamera murah dgn kitlens pun boleh je dpt gambar kacak.

Kbai

Blogger/photography yg babyface,
Ejad Fotopoyo

Monday, March 12, 2012

Adobe Lightroom | Disabling Auto Import Dialog

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Just now ada someone tanya aku soalan berikut:


Soalan ni bagus ekceli. Dulu masa awal-awal aku main lightroom pun mmg aku annoyed dgn benda yg berlaku ni, iaitu setiap kali aku cucuk pendrive atau memory card ke dlm lappy/PC, Import Dialog akan keluar secara automatik.

Mmg aku dah jwb dlm gambar kat atas tu, tapi dlm artikel ni aku akan explain dgn lebih proper (thanks to pikto yg bertanya sekaligus memberikan aku ilham nak share psl benda ni).

First of all, utk diable auto import dialog tu, open perisian Adobe Lightroom korang, doesn't matter which version sebab bendanya sama jek.

Lps dah open tu, usha tab File Edit Develop yg ada kat bahagian atas tu.


Click kat Edit, pastu pilih Preferences:


Nanti akan keluar 1 window baru.
  1. Pilih tab General.
  2. Untick option Show import dialog when a memory card is detected.
  3. Click OK.

Siap!


Lps tu close lightroom, then re-open balik, mcm konon-konon restart balik software tu la.
So now auto import dialog tu takkan muncul dah bila korang masukkan memory card.

Sekian.

Ejad Fotopoyo

Saturday, March 10, 2012

Adobe Lightroom | Sunset & Sunrise

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Mlm ni aku plan konon-konon nak study, tp apakan daya, keinginan aku menulis artikel tu lebih kuat, sampai tak dpt nak digambarkan dgn kata-kata.

Haritu kat page FOTOPOYO aku ada share gambar sunset yg aku amik & edit:


So malam ni baru aku ada kesempatan nak bikin tutorial utk cara-cara edit gambar ni.

Sebelum aku mula, aku nak share artikel sebelum-sebelum ni mengenai tips utk korang dptkan gambar sunset/sunrise yg kacak:
  1. Art of Seeing: Sunset & Sunrise
  2. Sunset & Sunrise dgn Compact Camera & Handset
  3. Gambar yg Melibatkan Langit/Awan/Matahari
  4. The Sunny-16 Rule
  5. Sunny-16 + Flash

Mcm biasa, aku pakai Adobe Photoshop Lightroom 3.6. Aku ada jek tutorial yg sama dgn menggunakan Lightroom 4, tapi since ramai yg belum ada version 4, aku share tips pakai version 3 jek lah.

Anyway tutorial utk kali ni lebih kurang sama jek mcm tutorial EDITING - Landscape Part I, tapi ni lebih kpd sunset/sunrise. Lagipun ramai duk tanya aku mcm mana tiba-tiba boleh wujud kaler biru pekat kat langit tu.

Orait, let us begin.

Mcm biasa, sila import gambar yg diingini itu ke dlm perisian lightroom anda dan masuk ke bahagian Develop.


Sebelum mula mengedit dgn extreme, make sure gambar korang punya horizontal line tu straight. Mcm pelik je la kan kalau gambar mcm ni senget benget. Ada aku share caranya kat sini: EDITING - Landscape Part I (refer part Horizontal yg straight)


BASIC EXPOSURE/BRIGHTNESS EDITING

Sebelum nak edit pelik-pelik, main je dulu dgn setting berikut:


Usually utk gambar mcm ni, aku turunkan Exposure sbb gambar yg underexpose tu akan menunjukkan detail yg lebih jelas, max Recovery utk sebab yg sama.

Yg lain-lain diterangkan  secara ringkas seperti berikut:
  • Recovery - utk dapatkan detail pd Highlight
  • Contrast - memekatkan sambil menggelapkan
  • Vibrance - memekatkan warna, almost sama dgn Saturation tapi lebih subtle dan natural
  • Highlight - menerangkan/menggelapkan part Highlight sambil menjaga detail
  • Shadow - menerangkan/menggelapkan part Shadow sambil menjaga detail


WHITE BALANCE

Next kita main White Balance plak. Sebelum edit, boleh baca artikel White Balance.

Bila kita capture gambar dlm format RAW, Temp di bwh akan menunjukkan angka dlm unit ribu, iaitu suhu warna yg kita gunakan masa kita snap gambar. Dan segala pilihan lain mcm Daylight, Cloudy apa semua tu akan ada disitu.

Kalau gambar tu dlm format JPEG, pilihan yg ada hanya Auto, Shot dan Custom je. Dan indicator bulat tu akan berada di tengah, dan nilainya ialah 0.

Since gambar aku ni ialah RAW, maka suhu ialah seperti dlm gambar di bwh.

Ok, editing part WB ni subjektif. Depends pada korang.
Kalau nak mood sunset, boleh pakai WB Shade atau Cloudy.
Kalau nak biar awan nmpk biru, pakai Daylight.
Senang cerita, pilih je mana berkenan.



Utk gambar ni, aku pilih AUTO jek lps aku pilih AUTO, tgk-tgk aku suka dgn kaler ni. Korang takyah la tiru aku 100%. Pilih je mana korang suka.



SPLIT TONING

Seperti jugak tutorial Bermain Dengan Split Toning ni, aku apply benda yg sama utk kasi awan tu tampak lebih kebiruan.



Bezanya utk gambar ni, aku hanya main Highlight. Shadow aku biar je tak usik pape.
Depends pada gambar korang sebenarnya. Korang try je la main both Highlight & Shadow sampai dpt result yg sedap mata memandang.
And since aku nak kasi langit tu biru, aku pilih la kaler biru seperti ditunjukkan di bwh:


Ngeh, dah siap. Senang jek kan?
Kalau nak edit lebih lg, try:
  • Clarity - utk bikin gambar lg soft/sharp
  • Vibrance & Saturation - mengawal kepekatan warna

Maka inilah dia hasil editing yg sempoi dan makan masa tak sampai 5 minit ni:


Again, editing ni subjektif. Kalau korang nak kekalkan kaler kuning/oren sunset tu, takyah usik pun Split Toning tu, just main dgn WB je.

Lps dah edit tu, boleh la export ikut cara ni: Exporting Photos.

Kalau nak usha editing secara live plak, usha video yg aku baru buat ni:


Selamat mencuba! :)

Blogger yg babyface,
Ejad Fotopoyo