Thursday, August 9, 2012

Adobe Lightroom | Bermain Dengan Clarity

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Salam Ramadhan wahai pembaca blog sekalian.

Tak reti nak susun ayat mukadimah, so aku teruskan kpd tujuan utama pembuatan artikel ni, iaitu aku nak share psl feature Clarity yg ada dlm software Adobe Lightroom.


Apa Clarity ni buat pada gambar?

Kalau diteliti, jika digerakkan slider tu ke arah positive, Clarity ni lebih kurang mcm sharpness, tapi dia buat gambar jadi sharp tanpa menambah noise (sharpness kalau tinggi sgt, korang akan nmpk noise).

Kalau digerakkan kpd negative plak, dia buat gambar jadi soft.

Dan dia mcm kacau tone skit, sbb contrast dan midtone akan sedikit berubah. Tapi mungkin tak terlalu ketara, depends on gambar korang la.

Ok, nak main dgn clarity ni ada 2 cara:
  1. Adjust secara keseluruhan. Mcm gambar kat atas ni, ke arah mana pun slider tu digerakkan, kesan perubahan dia akan nmpk pada keseluruhan gambar korang
  2. Pakai Adjustment Brush atau Graduated Filter kalau korang nak main clarity tu hanya pada certain area dlm gambar.


    Basically preset dia ada 2: Clarity (utk positive slider: sharp) dan Soften Skin (utk negative slider: soft)

Clarity ni berguna utk:
  • Jika slider positive: kalau korang nak buat gambar nmpk sharp tanpa noise dan sedikit peningkatan pada contrast. Sesuai utk apa-apa gambar yg korang nak dia nmpk sharp la, mcm bangunan ke, awan ke, apa-apa lah.
  • Jika slider negative: kalau korang nak buat gambar nmpk soft, normally portrait, bunga, apa-apalah yg korang nak gambar tu nmpk soft

Boleh jugak kalau korang nak gabungkan kedua-dua efek (sharp dan soft) dlm sebuah gambar, dgn penggunaan Adjustment Brush atau Graduated Filter. Contoh gambar portrait, korang nak muka dia soft, tp nak bulu mata, kening, mata nmpk sharp, so brush Soften Skin kat muka, dan Clarity atau Sharpness kat bulu mata, kening dan mata.

Kat sini aku share beberapa gambar yg aku dah edit dgn Clarity. Korang tgk la perubahan sebelum dan selepas tu cane. Kalau soft, means aku gerakkan slider tu ke arah negative, dan kalau sharp, aku gerakkan slider tu ke arah positive.

PS - aku ada share psl cara gunakan Soften Skin brush kat tutorial Portraiture ni.




So nnt korang try la sendiri adjust slider Clarity tu, main-main dgn value positive dan negative, tgk efek dia dan kesesuaian dia dgn gambar-gambar korang.

Selamat mencuba dan selamat berpuasa!

Ejad Fotopoyo

No comments:

Post a Comment