Thursday, August 4, 2011

INFO - Ada Apa Dengan Kitlens Part II



Assalamualaikum semua.

Artikel kali ni adalah kesinambungan drpd ADA APA DENGAN KITLENS?

Kenapa diwujudkan Part 2? Sebab masih wujud golongan yg tak reti bersyukur dgn apa yg ada.

Kitlens tu dah best giler, tp dok bazir duit beli lens lain yg mahal gler, yet gambar masih tak lawa. Sebab? Bukan salah lens, tp diri sendiri yg TAK PANDAI GUNA.

So artikel kali ni akan story sikit psl apa yg hebat sgt dgn kitlens yg murah + cikai + ringan + buat kita nmpk noob ni.

Sejarah:
  1. First DSLR yg aku guna ialah Pentax K100D with 1855mm kitlens.
  2. Second DSLR ialah Nikon D200 with 18-70mm F3.5-4.5; kitlens terhebat yg pernah dicipta oleh Nikon.
  3. Then back to Pentax K20D, kitlens 1855 version yg sama dgn K100D sebelum ni.
  4. Skrg pakai Pentax K-x plak, masih dgn kitlens 1855.

Aku tak pernah ada lens kepunyaan sendiri yg lebih wide drpd kitlens, mcm Tokina 11-16mm ke, 12-24mm ke. Kalau ada pun tu pinjam sewa buat mcm harta sendiri je. Lagipun aku tak mampu nak sebat lens mahal semua tu.

So apa yg aku buat ialah, aku utilize kitlens aku ni cukup-cukup. Balun selagi boleh. Guna kitlens utk segala bagai genre photography, be it portrait, macro/micro, landscape, semua aku belasah. Lantak la org kata "Mana ada org shoot burung pakai kitlens", pedulik hape aku, janji aku dpt gambar.

Dlm tempoh penggunaan kitlens tu, aku boleh buat kesimpulan - lens bodoh cikai murah ringan plastik ni sebenarnya adalah lens yg sgt kacak. Seriously. Sesiapa yg guna kitlens version lain mcm 18-105, 18-135 atau 18-200 lagi lah boleh buat mcm-mcm.

Based on experience, ini adalah antara karakter yg aku dpt cungkil drpd kitlens 1855, secara general.
Segala karakter yg dah ditaip ni, ada kekurangan atau kelebihan, bergantung kpd cara korang menerimanya.

Be reminded - aku cuma pernah pakai dan kaji kitlens Nikon dan Pentax. So jika ada pengguna brand lain yg baca artikel ni, mintak jgn terlalu sensitif la ye :)


1) Versatility
  • Serba boleh! Nak shoot landscape, guna 18mm utk dpt angle paling wide.
  • Nak shoot portrait atau candid, guna max zoom utk shallow DOF.


2) Murah
  • In case kalau rosak, bersepah umat kat forum dan mudah yg jual kitlens, dlm RM200-RM300.


3) Soft Effect pada hujung focal length
  • Try guna max zoom, say 55mm dgn aperture f/5.6, gambar tak sharp, tapi sedikit soft.
  • Efek soft ini agak ketara apabila kita focus sgt dekat pd subjek.
  • Kenapa dgn soft? Sgt kacak utk portrait dan bunga-bungaan.



4) Vignette & Distortion pada 18mm
  • Pd focal length 18mm, sometimes wujud vignette (dark corner) pd bucu gambar, dan ada sedikit distortion. This is normal.
  • So kalau tak suka efek ni, jgn guna 18mm, tp zoomkan skit kedepan, hilanglah.


5) Sharp pada 35mm
  • Tgk points (3) dan (4), zoom lens biasanya mmg ada kekurangan (atau kelebihan, depends pd anda) pd kedua-dua hujung focal length.
  • Dlm kes kitlens, based on my experience, gambar yg sharp adalah pd focal length 35mm.
  • So masa guna kitlens tu nnt, aperture f/5.6, try lock kan zoom tu pd 35mm, then jgn zoom dah, ambil gambar. 
  • Then ambil 1 lg gambar yg sama dgn focal length 55mm, anda akan nmpk perbezaannya


6) Sharpness Issue
  • Adalah sgt tidak adil anda meng-compare ke-sharpness-an kitlens ini dgn lens lain mcm 50mm atau 70-200mm F2.8 (ini betul bangang punya comparison).
  • Ya, gambar kitlens tak se-sharp mana, tapi korang nak sharp-sharp sgt sampai zoom 200% tanak pecah tu buat apa? Korang nak print gambar sebesar KLCC ke?
  • Aperture serta focal length memainkan peranan.
  • Make sure anda gunakan focal length yg bukan dihujung (rujuk point (5)), dan aperture yg cantik utk sharpness yg optimum ialah sekitar f/8 - f/11.
  • Mcm biasa, avoid using f/22 sbb efek diffraction dan vignette. menyebabkan gambar kurang sharp.


7) Bokeh
  • Kitlens tak boleh buat bokeh? Kitlens yg tak boleh ke, tangan tu yg tak boleh?
  • Rujuk artikel ni, siap tips pun ada: BOKEH dan ADA APA DENGAN KITLENS?



8)  Built-in with Shake Reduction
  • Hampir semua kitlens yg diberi dlm pakej mempunyai function VR (Nikon) dan IS (Canon) sbg mekanisme utk mengurangkan risiko gegaran.
  • Dah la murah, ada VR/IS lagi. Masih tak kacak bg anda?


9) Ringan sangat!
  • Bangga sgt dgn lens 24-70mm tu eh? Lenguh tak bahu/leher tu menggantung? Aku rilek je.


So andaikata la kan korang guna kitlens dan korang tak puas hati dgn hasil gambar yg korang dpt. Sebelum korang campak kitlens tu ke lombong bijih timah berdekatan, baca habis dulu artikel ni.

Apa perlu dibuat?
Google Image utk model kamera dan lens korang (say: Canon 1000D with 18-55mm), tgk sampel gambar yg org dah ambil dgn gears yg sama. Nak lebih info, search benda yg sama di flickr.

Kalaulah dlm Image Result tu byk gambar superb, fikir balik, mcm mana dgn gear yg sama, diorg boleh shoot baik punya, tapi kita punya gambar hampeh.

Agak-agak salah kitlens ke? Atau salah kamera?
Habis tu bilanya nak salahkan tangan sendiri yg tak berapa mahir tu?

Bukan la aku tak kasi korang upgrade ke apa, bergantung kpd requirement. Ada yg mmg perlukan lens utk low-light condition, so mereka pilih Tamron 17-50mm F2.8. Plus, duit korang, sukati koranglah nak upgrade ke apa ke.

Tapi selagi kitlens tu boleh dimanfaatkan dlm job requirement, why waste money? Guna je la dulu sampai jahanam.

Byk lagi kot point sebenarnya, mungkin aku lupa. As for now (6.36am, 4 Aug 2011), cuma ada 9 points so far. Nanti dah ingat, aku update balik artikel ni.

Semoga dpt manfaat atas hasil tulisan selepas Subuh ni.

Akhir kata, sayangilah kitlens anda. Zoom-lah dgn cermat, ingatlah kitlens yg tersayang.

Ejad Fotopoyo

30 comments:

  1. good entri..aku sampai sekarang duk bedal kitlens lagi...ape ada hal

    ReplyDelete
  2. pendedahan yang sangat2 baik...takde lg mana2 artikel sebegini...jangan ada yang nak ciplak2 plak encik ejad kita pnya ni...nak tnya cikit,kalau lens zoom yang lain ada jgak ke nak tau focal mana yang sharp?mcm ejad ckap td 1855mm pada 35mm...kalau jnis lain????

    ReplyDelete
  3. Psl lens lain tu kena rajin google, cari review dan try n error sendiri sbb lain lens, lain focal length dan aperture serta struktur binaannya

    ReplyDelete
  4. memang kitlens dah memadai..
    HIDUP kitlens. lol

    ReplyDelete
  5. kit lens 18-105mm adalah lens pertama aku, mmg sharp giler lens nie, kalo amik gmbr potret siap leh nmpak lg la lubang2 muka tu, pastu aku jual kit lens aku then amik sigma 18-50mm f2.8..ape yg tk best ialah pd f2.8-f3.2 gmbar cam soft giler, cam blur pun ade gak, rsa cam tk berbaloi je beli kalo tkleh pkai f2.8 try call sigma dia suh antar utk calibrate blk lens tu..

    ReplyDelete
  6. paksu manual ilang mane? cari lam fb dh xde?

    ReplyDelete
  7. yaa..setuju dgn anda!mari guna kn kitlens dgn semaksimum yg mungkin!

    ReplyDelete
  8. hi ejad. i also use kitlens atau lebih tepat, i cuma ada kitlens but gambar kebanyakan yg i snap cute apa. soft ja. belum terbukak hati nak beli lens mahal sikit. haha

    ReplyDelete
  9. Zahirah: ahaha, kitlens dah lebih dari cukup. kalau nak main bokeh dan soft lebih, spend la dlm 300-400 utk 50mm F1.8 :)

    ReplyDelete
  10. very humble... sebak aku baca.. sbb sampai la ni duk balun nikkor 18-55mm ku itu... huhuhu

    ReplyDelete
  11. lens 50mm f1.8 memang cun. Sblum ni penah pakai Tamron 18-200mm. Pakai x lama coz x brape puas ngan gmbr. Harap leh zoom jauh jer. Skg ni pakai kitlens 18-55mm, pic lg sharp n cun. Tak menyesal rasanya jual Tamron 18-200mm untuk beli kitlens.. Jgn jual kitlens anda, simpan sampai lebam, ada duit beli ajer lens tambahan yg di rasakan berguna..

    ReplyDelete
  12. antara artikel paling best dan sgt bermanfaat sekali....sy penah guna kit 18-200mm (pakej dgn 50D) utk kerja2 fotografi ...mmg sgt usefull..namun jodoh tk panjang..ada sahabat tawar harga dgn sgt menarik...rasa menyesal pon ada....

    ReplyDelete
  13. betul ke ada pendapat mengatakan kitlens 18-55mm lebih baik berbanding kitlens 18-105?la dok pakai nikon D90 kitlens 18-105mm..

    ReplyDelete
  14. @cairol

    dari segi kualiti, 1855 better drpd 18105 sbb makin pendek jarak zoom --> makin bagus kualiti gambar sbb kurang element. tp dari segi kemudahan dan versatility, 18105 menang. so compare tu kena la tau dari segi apa, bukan boleh kata bagus keseluruhannya

    ReplyDelete
  15. bro...sy ade lens 18-55mm...gne kt body d90...mmbr2 suma racun suh agkt 18-105 cz xssuai ngn d90....bro rse ptt ke sy bli 18-105 & jual 18-55 sy tu...

    ReplyDelete
  16. @Anonymous

    ada duit - silakan
    xde duit - toksah

    18105 mmg consider upgrade drpd 1855. cuma.. x sesuai? pftttt.. ak penah pakai D3 + 1855, selamber jek :D

    ReplyDelete
  17. saya guna d7000 kitlens 18-105..ok je

    ReplyDelete
  18. bro ejad..mtk pendapat..skang aku gne 18-55 nk + lg 1 lens..mane aku patut rembat 50mm@18-105@2 2 skali?

    ReplyDelete
  19. @emy|pokni

    pesal nak rembat 18105? kan redundant tu. focal length yg dah ada kat 1855. bazir jek. sebat 50mm.
    tapi kalau ko nak jugak sebat 18105, jual la 1855 tu. wat berat beg je ada 2 lens yg lebih kurang sama nih

    ReplyDelete
  20. bro,sy nak angkat 55-200mm vr.agak agak kan,betol x pilihan saya?sebab saya malas nak amik 70-200mm sebab xdapat wide macam 55-200mm..ramai member racun suruh amik 70-200mm.sekarang ni saya ade 50mm 1.8g dgn 1855..nak gak pakai telephoto lens sebab saya memang selalu gi tgk f1,motogp,sume lume lumbe la kat litar sepang.sy pakai 1855 je,bole wat panning tp macam xpuas..ok x pakai 55-200 ataw 70-200?

    ReplyDelete
  21. Broadband Gilo Created by Hisyam:
    "sebab saya malas nak amik 70-200mm sebab xdapat wide macam 55-200mm"

    ko sendiri dah jwb soalan ko tu -.-'

    70-200 vs 55-200 = perbezaan harga yg sgt besar la weh. kalau compare 55-200 dgn 70-300 tu acceptable la jugak

    ReplyDelete
  22. ok.thanks bro!cume tak yakin je.takut salah beli ke sebab newbie lagi.btw,thnx skali lg:)

    ReplyDelete
  23. Broadband Gilo Created by Hisyam:
    by right yes, dari segi kualiti mmg 70-200 tapau 55-200 dan 70-300 kaw2 punya. cuma dlm seni panning, especially in a broad daylight, org mmg stok pakai aperture f/11-f/22, so dlm kes aperture mcm ni even lens murah giler babeng pun dah sharp. tak perlu pun 70-200 tu, dah la besar, mahal, berat.

    apa pun back to ur pocket n requirement la. kalau mmpu dan rasa2 mmg sgt perlu 70-200 tu,beli je la. utk suka2? sebat lens murah mcm 55-200 atau 70-300 sudah

    ReplyDelete
  24. ok..thanks again bro..maybe angkat 55-200 je sebab lens ni pon nak cukup zoom motogp kat area grandstand nanti..maybe angkat sebelum Februari.nanti bole la try time motogp winter test.datang la bro..free lak tu..xkacak bak kate bro..haha!ni ha tarikh nye:
    MotoGP
    January 31 to February 2 – Sepang
    February 28 to March 1 – Sepang
    maybe time tu bro bole wat outing ngn member ke..

    ReplyDelete
  25. mcam ne nk tau jika keadaan auto focus rosak , tgk gambrnye sama jer dgn guna manual fokus terutama kit lens 18-55 ..

    ReplyDelete
  26. tobaek dah den aso....

    ReplyDelete
  27. saya-hobby-aje-skrg-still-lagi-jadikan-EFS18-55mm-favourite-lens...tiap2-hari-shoot-...

    ReplyDelete