Friday, February 17, 2012

Adobe Lightroom | Bermain Dengan Split Toning

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Di petang Jumaat yg panas ni, aku nak share 1 lg tutorial ringkas.

Selalu kita tertanya-tanya mcm mana suatu gambar tu boleh nmpk vintage semacam, ada kaler kuning bercampur purple ala-ala filem gitu.

Kalau korang pernah pakai Photoscape, serious caranya simple giler.
Masuk Editor, pilih Filter, pastu Film Effect, then pilihla efek mana yg korang nak, dah siap.

Cuma sometimes kita nak la jugak try edit sendiri kan, nak jugak tengok perjalanan proses mcm mana boleh dpt kaler dan tone sebegitu.

Dgn menggunakan perisian Adobe Lightroom yg sempoi tahap gaban ni, aku akan kongsikan caranya dgn korang.

Mcm biasa, first of all, kasi import gambar masuk LR dan pilih tab Develop.
Btw, utk tutorial kali ni, aku tak cukup rajin nak crop kemas-kemas. So kalau korang takleh view dgn jelas tu, klik je gambar-gambar ni, nnt korang boleh view besar sikit.



Kalau ikut style aku, benda pertama yg aku main ialah basic exposure editing, so aku akan usik-usik je setting Exposure Brightness pe semua tu sampai gambar aku nmpk ok di mata aku.


Ok now kita akan mula bermain dgn toning.
Mula-mula aku akan usik White Balance dulu, tarik la indicator tu ke arah kiri (biru) atau kanan (kuning), bergantung kpd preference korang.

Mcm utk gambar aku ni, aku tarik ke arah kiri utk dptkan efek kebiruan.


Ok skrg kita akan bermain dgn Split Toning.
Just scroll mouse korang ke bwh sampai korang nampak bahagian Split Toning.


Then korang pilih je la kaler yg korang nmpk cantik kat mata korang pd Highlight dan Shadow tu.



Mcm aku, aku pilih Kuning utk Highlight dan Ungu utk Shadow.
Korang nak pilih kaler yg sama dgn aku ke, tak ke, sukatilah~

Siap!



So mcm biasa, jom compare sebelum dan selepas:



Kalau nak disimpulkan, just main dgn:
  • White balance
  • Split Toning (Highlight & Shadow)
  • Extra - naikkan Vibrance, kurangkan saturation
  • Extra - Post-crop Vignetting

Lps dah edit tu, boleh la export ikut cara ni: Exporting Photos.

Senang giler kan?
Slmt men-vintage-kan gambar masing-masing! ;)

Ejad Fotopoyo

6 comments:

  1. thanks sbb tunaikn hajat...cntik vintage ni..^_^

    ReplyDelete
  2. Bro Ejad, tutorial editing bro memang banyak membantu. Terima kasih!

    ReplyDelete
  3. Bro... ko memang terbaik lahh.... keep it up.

    ReplyDelete
  4. oo.. mcm tu rupanya.. thanks bro..

    ReplyDelete