Thursday, January 13, 2011

Ada Apa Dengan Kitlens Part I

Sumber: http://www.digitalreview.ca/cams/NikonD70vsRebelXT_pg2.shtml

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua.

Sebelum mengulas dgn lebih lanjut, aku nak buat revision sikit.

Kitlens, sepertimana yg sudahpun diterangkan di SINI, adalah lens yg diberi secara pakej semasa pembelian kamera DSLR.

Biasanya dtg dengan focal length seperti 18-55, 18-70, 18-105 dan 18-135.

Biasanya kitlens hanya di-bundle-kan sekali dgn DSLR yg murah, atau kita katakan entry level @ beginner level.

Jika anda perhatikan pun, kamera DSLR yg high end dan pro-level spt Nikon D700, Canon 5D, Sony A900 jarang datang dgn pakej kitlens.

Kenapa diberi secara pakej hanya kpd low-end atau mid-end level DSLR?

Kerana golongan yg membeli DSLR low/mid-end ini biasanya golongan yg baru sahaja ingin berjinak-jinak dlm photography, ataupun pelajar jurusan photography yg tidak cukup fulus nak beli yg mahal-mahal, atau sesiapa sahaja lah.

Pendek kata, kitlens ini perlu di-bundle-kan sekali dgn body kamera tersebut, baru ia mampu menembusi pasaran dan akan dibeli oleh golongan-golongan itu supaya mereka tak perlu pening kepala nak beli lens secara berasingan.

Ok, faham ye semua?

So apa cerita dgn kitlens ni sebenarnya?

Kisah ini berlaku semasa aku menjadi photographer wedding di sebuah tempat.

Pd masa itu, kawan pengantin yg juga merupakan photographer dtg mengambil gambar, dan beliau menggunakan lens yg mahal, atau aku katakan super kitlens (rujuk nota lens)

Dia perhatikan aku yg sedang membuat job dgn kitlens 18-55, kemudian dia bertanya,
"Bro, official photographer ke?"
Aku angguk, kemudian dia bertanya lagi,
"Ai, takkan buat job wedding guna kitlens je?"

Apakah sebenarnya maksud soalan itu?
Atau dia mengatakan kitlens tak bagus?
Atau menggunakan kitlens dlm official job itu satu penghinaan?
Atau bila shoot wedding wajib pakai lens mahal-mahal?

Terasa tak mcm situasi di atas ni menunjukkan kitlens adalah lens yg dipandang rendah?

Lagi satu perbualan, kali ni siap ada printscreen.



Komen di atas ni berlaku pd gambar landscape. So just imagine lens 70-200 yg besar bagak dan zoom kemain punya jauh tu nak shoot landscape, agak-agak senang ke susah?

Ok, kenapa sebenarnya kitlens dipandang rendah?
  • murah, free je dpt masa beli DSLR
  • plastik, ringan, kecil
  • org guna kitlens ni majority budak-budak noob baru belajar
  • bukan fixed aperture punya lens mcm 17-50 F2.8
  • saiz filter kecik je, tak besar gedabak mcm 24-70 F2.8 yg bersaiz 77mm
  • zoom tak jauh dan tak sharp mcm 70-200
  • bokeh tak best
  • color/contrast tak best
  • focus tak laju
  • kitlens tak boleh digunakan sbg racun (sbb semua org ada)
  • bla bla bla...

Pelbagai kritikan dan alasan diberikan utk menguatkan hujah "kitlens tak bagus".

Soalan aku pula hanya 1 pd org-org begini - "Kitlens tak bagus ke, kau tu yg tak reti pakai?"

Setiap lens, baik semurah kitlens sehinggalah semahal pro lens puluhan ribu, semua dicipta dgn kegunaan masing-masing. Bagus ke tak bagus tu adalah bergantung pd kegunaan dan keperluan kita. Serta skill kita juga perlu diambil kira.

Of course, kitlens yg murah ini mmg byk kelemahan dan kekurangannya.
Well, benda murah, dpt free, what more do you expect?
Beli Kancil, pastu nak suruh dia perform mcm Ferrari, mmg tak dapek la jang oi.

Aku kasi contoh:
Kitlens tak bagus la, tak dpt ambil soft portrait mcm lens 50mm F1.8
dan 1 lg contoh:
50mm F.18 tak best la, tak dpt shoot wide mcm kitlens

Bila kita compare dari segi portrait --> 50mm F1.8 wins!
Bila kita compare dari segi landscape/wide --> kitlens superb!

So nmpk tak? Sama la mcm katakan anda ada lens mahal, 300mm F2.8 (berapa belas ribu ntah), tapi nak guna utk shoot indoor wedding. Nak shoot hape indoor sampai 300mm. 50mm dlm bilik pun dah sempit.
So, 300mm tak bagus bila nak guna utk indoor wedding.

Kitlens is a lens, it is a good lens, it becomes better when it is used by skilled people.
Skill is all that matters.

No point kalau kita beriya-iya nak upgrade pergi super kitlens yg mahal mcm Sigma 24-70 F2.8, Tamron 17-50 F2.8 kalau kita sendiri tak tau psl kitlens yg dah basic habis tu.

Pd photographer yg simply merasakan kitlens tak bagus, serta pada yg selalu bertanya apa yg kitlens boleh buat, aku ingin tunjukkan beberapa contoh hasil dgn menggunakan kitlens:

Dari album Fotopoyo (tanpa editing):

Sepetang di Bagan Lalang
f/11 | 1/45s | ISO-200
Pentax K100D + 18-55 F3.5-5.6

Outdoor Wedding
f/8 | 1/320s | ISO-250
Pentax K20D + 18-55
F3.5-5.6

Pangkor
f/13 | 1/320s | ISO-100
Pentax K20D +
18-55 F3.5-5.6

Medium Format Hasselblad
f/3.5 | 1/1000s | ISO-200
Pentax K20D + 18-55 F3.5-5.6

f/8 | 1/2000s | ISO-200
Pentax K100D + 18-55 F3.5-5.6

f/4 | 1/350s | ISO-200
Pentax K100D + 18-55 F3.5-5.6

f/4 | 1/125s | ISO-200
Pentax K100D + 18-55 F3.5-5.6

f/5.6 | 1/500s | ISO-800
Pentax K100D + 18-55 F3.5-5.6



In fact, macro juga boleh dibuat dgn kitlens!

f/40 | 8s | ISO-200 | 55mm (82mm equivalent)
Pentax K20D + 18-55 F3.5-5.6


dan ini pula contoh-contoh lain yg aku amek drpd internet:

Ada juga yg hasil mereka dipaparkan pd billboard.


Tak kurang juga yg dipaparkan pd majalah kereta!

photo by Mahazam Zainal
featured in Banzai UK 2007 as 'The Gree Goblin' as feature car
Canon 10D + 18-55 + wide converter

Boleh juga usha artikel aku kat sini, kesemua gambar diambil dgn menggunakan kamera Pentax K20D dgn kitlens 18-55mm.


Jadi, lens apa pun yg digunakan, jika anda sudah tau basic exposure in photography, anda tau limit lens anda, hasil confirm chunz meletop punya!

Aku nak kongsi  kat sini, tips utk mendapat bokeh dgn menggunakan kitlens.


PS - gunakan mode Manual, atau Aperture Priority utk ujian di bawah.
  1. Setkan zoom anda maksimum pd 55mm. 
  2. Guna aperture paling besar, iaitu f/5.6.
  3. Fokus pd subjek sedekat yg mungkin, sedekat yg dibenarkan oleh lens.
  4. Jika menggunakan AUTO-FOCUS, pastikan subjek anda di-fokus seeloknya apabila anda sudah berada pd jarak yg dekat.
  5. Pastikan latar belakang subjek itu berjarak agak jauh drpd subjek, mungkin 5-6 kaki.
  6. Seeloknya gunakan latar belakang yg menarik, seperti latar belakang yg colorful, lampu- lampu yg byk, atau celahan dedaun/ranting, yg mana boleh menghasilkan bokeh yg menawan.
  7. Setkan faktor lain, seperti shutter speed dan ISO utk mendapatkan exposure yg ideal utk handheld
  8. Jika anda menggunakan tripod, abaikan langkah 'handheld' di atas.
  9. Ambil gambar!
  10. Perhatikan bokeh yg dihasilkan.
  11. Senyum lebar jika bokeh itu cantik. 
  12. Cuba lagi jika hasil tidak memuaskan hati.

Selamat mencuba

Aku selalu ckp kat diri sendiri, gadjet yg bagus ialah gadjet yg kita gunakan sepenuhnya, tak kiralah mahal ke murah ke.

So utk anda yg ada kitlens dan masih tertanya-tanya apa yg ia bole buat, push the lens to the limit, utilize them to the max!

Cuba dptkan gambar-gambar seperti di atas. You'll be amazed with what kitlens can do, seriously!
Photographer yg mengambil gambar yg cantik dgn lens mahal akan dipuji kerana gadjetnya,
tapi photographer yg mengambil gambar yg cantik dgn kitlens akan dipuji kerana skillnya.

Akhir kata, sayangilah kitlens anda ^^

Sambungan - Ada Apa Dengan Kitlens Part II

Sekian, Wassalam.

Ejad Fotopoyo

47 comments:

  1. http://numan.fotogu.com

    semua gambar dalam galeri saya di atas adalah di shoot menggunakan kit lens 18-55 dan 50mm sahaja..
    (kecuali gambar kuda yg mula2..hehe)

    sekian...
    sokong ejad fotopoyo..

    ReplyDelete
  2. bak kata abg shazli..."Gua shoot guna kit lens jer bro...tp gmbr gua perchek bro..!"hahahaha~

    ReplyDelete
  3. " sayangilah kit lens anda" i like that statement... good write up, keep it up..

    ReplyDelete
  4. tu lah pasal, kengkadang kite banyak tgk hasil gambo fotografer2 pro, yg gune lens yg ganas2 ni. jd fotografer2 newbie cam sy ni pon terkesan ngan lens2 ganas ni, padahal hakikatnye kitlens tu sendiri pon dah cukup bagus, yg x bagusnye adalah kite sendiri yg x reti gune gadget kite....
    *sampai sekarang masih menggunakan kitlens. =P

    ReplyDelete
  5. lu nye article mmg terbaik la bro...
    elok publish kt mane2 magazine.

    biar ramai lg org boley bace..

    ReplyDelete
  6. time aku beli camera dulu aku package 18-200mm itu pon kira kitlens kan???

    ReplyDelete
  7. Nu'man: good one!

    Tag!: yeah, its not the lens, its the skills

    Yusrizal: tengs :)

    metalmachine: peer pressure tu sentiase ade, normal lah :)

    Anonymous: gua tak feymes la nk masuk magazine.. hahaha

    Cikucak: nope, 18-200 tu dah masuk kategori walk-about lens. lgpun price dia agak mahal (Tamron murah la skit), so its technically not a kitlens

    ReplyDelete
  8. A good explaination, bro.
    http://mohd-ariffin.megashot.net/photostream
    Yang atas tu, semua dari d90 + kit lens 18-105 dengan sedikit editing.

    ReplyDelete
  9. terbaiklah, bro ejad!

    photography adalah seni mengambil gambar. bagi "photographer2" yg suka sangat berbangga dgn gadget diorg, diorg sepatutnya join "cameragraphy", dan bukannya photography

    ReplyDelete
  10. Nurshakir:

    terima kasey!

    yup, photography adalah seni mengambil gambar. ambil gambar pakai henset pun kalau kita tau teknik+composition etc etc, gambar kita lebih superb drpd yg guna DSLR.

    ReplyDelete
  11. Ejad: Couldn't agree more. Adalah lebih baik duit yg ada digunakan untuk mempelajari teknikaliti fotografi daripada membeli lens yg mahal mahal.

    Aku lihat most noob (aku pun noob) berkejar-kejar nak beli lens yg power. Tang kuar duit nak pi kelas, perghhhh! takut gile.

    Setakat bokeh. potongchop pun bleh buat. hehehe.

    ReplyDelete
  12. hehe.. bawak besabar wahai pemilik kitlens semua.. kitlens aku lagi tersengeh sekrang ni.... hahahhaha... I agreee .

    ReplyDelete
  13. Darenish:
    setuju! noob yg tak kuat iman akan teracun kaw-kaw dgn lens bagak-bagak tanpa menyedari yg dgn knowledge masih tak cukup tu, lens mahal tu still useless.

    ada org pro kata, kalau nak terer photography, belajarlah photography, bukan belajar photoshop ^^

    Fauziah:
    haha, tersengih ke? sure lps ni makin tersengih bila dpt tau yg kitlens tu boleh buat mcm2 ;)

    ReplyDelete
  14. wahh..giler r artikel ni...tersenyum lebar warga2 kitlens mcm aku ni... i really in love with this blog..

    ReplyDelete
  15. siap in love ye Izani? haha..
    kitlens mmg hebat.. kite je yg kurang hebat, tak reti gune ^^

    ReplyDelete
  16. bro, thanks for this post and other tips too. I consider myself very lucky that I stumbled upon your blog. :-))

    ReplyDelete
  17. terima kasih artikel ini,mmg terbaik ...anyway saya masih baru..guna Canon 50D EFS18-55mm 0.25m/0.8ft..

    ReplyDelete
  18. Great tips... (aku tak tau pun.. kitlens ni di pandang rendah... ish ish sihhh... )

    ReplyDelete
  19. CathJ:
    kitlens dipandang rendah secara tak langsung. jarang la org kutuk terang-terangan :)

    ReplyDelete
  20. menyokong pandangan anda sepenuhnya... belajar pakai sebaik mungkin apa2 saje gadjet yg anda ada sampai max... baru la tambah lain...

    ReplyDelete
  21. sy suka dgn artikel2 ejad..sememang nya betul2 teliti dan benar...pasal kit lens ni..saya sokong 100%...dan sy baru tau yang saya punya kit lens diantara yang termahal jugak...ssuai dgn saya dan kerja2 saya...thankz ejad for ur knowlegde to sharing with newbie like me..

    ReplyDelete
  22. huhuhhuh nasib baik la 18-200mm x dianggap kitlense cikai...bukan apa, aku nak dapek free ader org nak bagi, so aku hentak la 18-200mm punya kit lenses punya package nieh...

    Paperhal wa suka ini artikel. lu rock! wa bookmark!

    ReplyDelete
  23. bru nak beli kamera DSLR....yg mana dicadgka....gmbr kat atas tu ada edit ke....nak gambar natural so xyah edi8t la bila dah tgkap

    ReplyDelete
  24. Lega hati ai bila ada jugak entry back up kit lens. ye lah, ai baru 13 tahun, abah tak bagi beli zoom-er ke macro lens ke sedih tau.

    ReplyDelete
  25. Zahirah:
    kitlens sentiasa menjadi pujaan, so kena la back up. hehe. kalau nak beli zoom lens, carik je 55-200/55-300 atau 70-300. tak sampai seribu pun kalo x slp. tp kasi khatam la dulu kitlens tu. lens kecik tu pun byk function nye sbnr nye :)

    ReplyDelete
  26. Terharu suda bca artikal nie..... artikal yang positif utk golongan2 sperti sy yang sedang bru belajar dlm dunia photographer nie.... thanks a lot bro... menaikkan smangat btol bila bca artikal nie.... (user 18-55mm) :P

    ReplyDelete
  27. aku pun masih guna kitlens aku utk kebanyakan gambar... sebab bagi aku kitlens nie multipurpose.. boleh dapat wide n zoom hehe tak yah tukar2 lens... bagi aku kitlens yg ade tu dah cukup bagus dah... stakat hari nie aku masih syg kit lens aku...

    ReplyDelete
  28. first time aku singgah kat blog lu ni teruss tabik
    ..article lu sempoi tapi mengesankan cukup untuk memberi semangat kepada beginner yg mcm aku...tq bro..

    ReplyDelete
  29. kitlens mmg terbaik..gambar2 saya dlm blog sume guna kit lens,kecuali potret..ehe

    http://episilentkiller69.blogspot.com/

    ReplyDelete
  30. artikel tg telah meleraikan segala persoalan dlm benak ati aku selama ni.. tq sgt2 bro.. ;) dlm blog ak pon ade foto2 dr kit lens.. ;)

    ReplyDelete
  31. well presented.... dan aku sokong

    ReplyDelete
  32. good..aku pon pkai kitlens je..xmampu nk angkat yg mahal2..huhu

    ReplyDelete
  33. salam bro.. i like ur post about this kitlens.. skang ada antara rakan2 saya yang guna kitlens merendah2kan lens mereka apabila gambar portrait mereka tidak secantik atau se"best" gambar orang lain.(yang rata2 masa tu pakai 50mm).. aduhai kalau mereka tahu guna sehabis2nya kitlens tu.. mereka akan lebih bangga jika gambar mereka lagi best dari orang yang pakai lens lain.. huhuh

    ReplyDelete
  34. asdigicreative:
    salam. thanks :)
    artikel ni ada sambungan disini. baru siap lepas sahur tadi. hehe

    http://ejadfotopoyo.blogspot.com/2011/08/ada-apa-dengan-kitlens-part-2.html

    ReplyDelete
  35. hehehehehe....sokong la..aku pernah guna kit lens 18-55 orang ketawa aku.... tapi aku terharu bila mat salleh photographer cakap pic aku mcm guna pro,padahal aku masih beginner...hehehehe

    ReplyDelete
  36. stuju sgt2!! ms aku post gambor y aku snap gne D3100+kitlens 18-55 ad bdk gne D90+lens ape tah(superb) tye aku ko gne lens ape? aku senyum jer ;)

    ReplyDelete
  37. sokong2..mse xde modal nak upgrade lens, kitlens je la pneman hidup aku..mmg aku push hbis laa..g outing x peduli dh membe2 pkai 50mm, 35mm n so on..tp ade jgk hsil pic aku y diorg kagum..(bangga jap)..kelakor r part 'lens 300mm shoot indoor'..kalo ade org cmtu wujud pastu buat muke bgga, memang aku hempuk beliau guna lens beliau 2..haha..

    ReplyDelete
  38. aku kagum dgn usaha ko bro utk show yg 18-55mm boleh guna utk wedding job.. explanation ko mmg buka mata org.. first wedding job aku pki 18-55mm, fully utilise.. hasil mmg gempak.. tepuk dada tanya selera, setiap ade keistimewaan sendiri.. 'godek' sampai abis 18-55mm tu, br comment... =)

    http://untagraphy.blogspot.com/

    ReplyDelete
  39. bnyk jgk yg boleh belajar dlm nie...thnx to u bro...xrmai org nk berkngsi mcm nie...nice....

    ReplyDelete
  40. congrats bro utk entry yg mcm ni. aku setuju bebenor. & aku dah experience sendiri dgn digital compact yg ada fungsi DSLR iaitu XZ-1, aku rs bagus even dia fixed lens. leh je macro, bokeh & ape semua dgn lens yg takleh bukak tu.

    again, seronok baca blog bro!

    ReplyDelete
  41. salam bro, pinjam article, nak share dalam facebook, article yang sangat membantu saya

    ReplyDelete
  42. Terima kasih banyak2 kerana berkongsi entri-paling-mudah-difahami-tentang-fotografi setakat ini. Saya banyak belajar dari laman anda ini. Thank you (:

    ReplyDelete