Wednesday, February 1, 2012

MEMBEBEL | Bring Less, See More


Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat pembaca blog yg poyo sekalian.

Masa aku baru join bidang photography ni, aku selalu fikir yg dgn adanya pelbagai lens, aku akan dapat snap semua jenis gambar.

Masa aku guna Nikon D200, aku pernah ada semua lens berikut dlm 1 masa:
  1. Nikkor AF-S 18-70mm F3.5-4.5G
  2. Nikkor AF 50mm F1.8D
  3. Nikkor 200mm F4 AI
  4. Takumar 50mm F1.4
  5. Jupiter-9 85mm F2 MC
  6. Super Takumar 135mm F3.5
  7. Nikkor 55mm F2.8 Micro AI-s
  8. Nikkor 28mm F3.5 AI.

Mcm byk giler lens kan? So sometimes bila aku outing, aku akan sumbat segala-gala lens yg aku ada dlm beg Lowepro Computrekker aku yg besar bagak tu, kononnya nanti senang la nak shoot sebab dah ada pelbagai lens utk pelbagai situasi.

Lps outing tu, gambar apa yg aku dpt? NOTHING.

Kenapa?

Sebab bila moment dah ada depan mata, instead of meletakkan mata di viewfinder kamera, compose dan snap gambar, aku duk busy fikir lens apa yg sesuai digunakan utk snap gambar tu, and by the time aku tgh tukar lens, moment tu dah berlalu...

Aku sure mesti korang pun pernah mengalami situasi mcm ni kan?

So belajar dari kesilapan - sekarang bila aku outing, sebijik lens yg aku bwk, dan mcm biasa, korang pun mesti tau jawapannya ialah kitlens, atau allrounder lens.

Atau, depends jugak pada jenis outing.

Sekarang ni lens yg ada dlm simpanan kotak kering aku ialah:
  1. CPC 28mm F2.8 Macro
  2. Nikkor 28mm F3.5 AI
  3. Nikkor AF 28-70mm F3.5-4.5D
  4. Samyang 35mm F1.4
  5. Nikkor 50mm F1.8 AI-s
  6. Samyang 85mm F1.4

Katakan aku nak pegi outing landscape, aku bwk lens (1) atau (2) atau (3) atau (4).
Nak shoot kat taman bunga, aku bwk (1) dan (4).
Nak shoot portrait, aku bawak (4) dan (6).

Atau, kalau keluar outing tu nak shoot mcm-mcm benda, aku bawak lens no (3) pun dah cukup. Dgn 50mm F1.8 sebijik utk lowlight.

Dan utk snap moment dgn pantas, toksah pening dgn mode Manual. Balun je mode auto hijau ke gambar org lari ke, focus, compose dan snap.

Jgn bazirkan masa dgn berfikir kononnya dgn menukar lens yg lebih hebat, moment tu akan dpt diabadikan dgn lebih kacak. Whats the point kalau beriya tukar lens kpd fast lens tp korang tak cukup fast nak capture moment tu?

So skrg, dlm usaha nak meringankan beban bahu yg dah lama sgt bwk sejuta lens dlm beg tu, bring only 1 lens. Maksimum pun 2 lens, dah cukup.

Dgn membawa gadjet yg sedikit dan limited tu, sebenarnya korang akan dpt capture lebih byk moment, skaligus meningkatkan lg kreativiti korang dlm art of seeing, sebab korang bekerja dgn tools yg limited.

No point kalau bwk segala benda, kwn-kwn tgk pun jeles + teracun dgn lens kau yg hebat-hebat tu, tp bila sesi yamcha/teh tarik lps tu, kau takde gambar yg best nak tunjuk kat diorang, sebab masa kau utk menge-shoot td tu dah dibazirkan dgn sesi penukaran lens yg kau bangga sangat tu.

So lps ni, kalau outing, just bwk benda yg perlu je, depends pd jenis outing.

Tak kisah la kalau korang takde niat nak show off pun, tapi takyah la nak beratkan bahu korang tu.
Lagipun dgn membawa gadjet yg sedikit, korang tak terdedah sgt dgn risiko kecurian/kehilangan barang later on.

Kpd photographer yg dah jadi ayah khasnya, kalau outing dgn anak bini, instead of bwk beg kamera yg besar gedabak tu, pe kata korang bwk 1 body dan 1 lens je, dan pakai beg yg diletakkan dgn brg anak, botol susu ke, pampers ke.
At least takla bini korang hangin dgn korang yg sanggup pikul 1 tan brg photography tp brg anak tak larat nak bwk, kan?

Dgn membawa brg yg sedikit atau cukup-cukup makan ikut job, korang akan lebih focus utk cari moment dan dpt snap gambar dgn lebih pantas.

Less is more.

Ejad Fotopoyo

5 comments:

  1. setuju dengan pendapat tu...dulu terbabit gak..last ada 18-70mm dan 55-300mm...selamat.

    ReplyDelete
  2. Setuju Setuju....LIKE LIKE LIKE....ada 18-105 ngn 50mm 1.8 jew....

    ReplyDelete
  3. sgt setuju..dulu bwk gabak tp lani bwk lens 18-105 mm + 50mm...settle semua kerja..beg pun ringan bahu tak lenguh isteri pun snyum!

    ReplyDelete
  4. setuju²..bwk byk tp habuk xdak xgune jgk kn hehe..
    anyway..artikel psal speedlight xde ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. artikel psl speedlight? dah bgtau kat tab Mari Belajar I:
      "And stop asking me to create articles about Lighting & Speedlight/Flash. Itu bukan ilmu yg senang nak ditulis free dlm blog. Either pergi masuk kelas lighting Ted Adnan (recommended) atau beli buku Pak Wan: Komposisi dan Cahaya, atau baca sendiri kat internet/buku."

      Delete