Tuesday, March 15, 2011

INFO - "C&C please"

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua pengunjung.

Hari ni saya nak share sumthing yg mostly juz pendapat peribadi, mengenai cara & etika kita mengkritik hasil kerja seseorang, especially dlm photography.

Zaman skrg ni mmg ramai sgt photographer, and by photographer, saya tak maksudkan org yg mempunyai DSLR semata-mata, tapi golongan yg suka mengambil gambar dan suka mempersembahkan hasil kerja masing-masing.

Dan di facebook khasnya, biasanya seseorang photographer akan meng-upload foto, kemudian menge-tag nama kwn-kwn yg lain dgn caption "C&C please", mengharapkan komen dan kritikan drpd rakan-rakan seperjuangan utk memberi feedback terhadap hasil kerja.

Personally bg saya, apabila suatu gambar itu di-upload ke internet, tuan punya gambar sudahpun faham, yg hasil kerja beliau akan ditonton oleh org ramai, dan pelbagai pendapat sama ada yg positif atau negatif akan diutarakan.

Jadi, sekiranya anda inginkan peningkatan dan komen drpd org lain, anda haruslah meng-upload gambar itu ke internet.

Atau, anda boleh juga simpan sahaja gambar tu dlm hard disc, dan puji gambar sendiri setiap kali anda melihatnya.


---------------------------------------------------------------

Now, apabila kita menjadi salah seorang yg di-tag-kan nama pd gambar tersebut, bagaimana kita memberikan komen atau kritikan yg bagus?

Kita boleh memberikan pujian yg simple, seperti "Cun!", "Marvelous" dan sebagainya.

atau...

Kita boleh juga menjadi seorang yg professional, yg mana setiap komen & kritikan yg kita berikan itu mempunyai nilai positif utk memberikan peluang kpd si pengambil gambar meningkatkan lagi mutu atau teknik gambar tersebut.

atau...

Kita boleh juga jadi someone yg jahat - mengkritik dgn cara yg personal dan sgt negatif, seperti
"Ko pakai canon? Patutlah gambar tak cantik"
"Gambar ni blur la. Ko ni rabun ke ape?"

So, anda tergolong dlm kategori yg mana?

Saya bg contoh 1 gambar di bwh yg diambil oleh saya sendiri:



Antara ruang yg boleh diberi perhatian atau peningkatan ialah:
  1. Frame terlalu tight, sehingga dagu dan kepala subjek terpotong
  2. Watermark mengganggu
  3. Distracting background

So berdasarkan 3 room of improvement di atas, ini adalah cara pertama memberi kritikan:
  1. Salah compo nih. Dagu & kepala subjek terpotong.
  2. Buanglah watermark tu, mengganggu.
  3. Gambar ni fail sbb background agak distracting.

Atau, kritikan boleh juga diberi dgn cara begini:
  1. Gambar ni akan nmpk better jika dagu dan kepala subjek juga masuk dlm frame
  2. Watermark tu seeloknya diletakkan di tmpt yg tak mengganggu subjek
  3. Seeloknya cari background yg lebih tenang dan kurang mengganggu

So jika anda tuan punya gambar, anda lebih selesa dgn komen yg mana?
Jujurnya, saya suka cara kedua, kerana selain kritikan, ada tips dan cadangan yg diberikan utk memberi peningkatan pd teknik gambar saya.

Kenapa cara pertama kurang sesuai? Sebab:
  1. Adakah gambar di atas tu dikira salah apabila dagu dan kepala subjek terpotong drpd frame?
  2. Adakah gambar itu salah apabila wujudnya watermark disitu?
  3. Adakah gambar itu salah kerana wujudnya background yg serabut?

Mata saya dpt melihat 3 perkara tersebut, tapi mata org lain mungkin tidak.
Mungkin gambar itu sudah kira OK bg mereka.

SENI itu SUBJEKTIF.

Setiap org melihat drpd sudut yg berbeza, dan tiada salah atau betul yg wujud dlm seni.

Gambar tak akan salah. Kecuali jika apa yg anda harapkan itu bertentangan drpd apa yg anda dapat, then itu baru salah.

Contohnya, anda nak ambil gambar subjek sharp, background blur, tapi anda dpt subjek blur, background yg sharp. Ha mcm ni baru la kira salah.

Tapi, gambar ni dikira tak salah, jika photographernya memang sengaja mengambil gambar sebegitu.

Semasa belajar asas, kita dapati Rule Of Third tu penting, tapi ada juga gambar yg kelihatan cantik tanpa mengikut Rule Of Third.

So adakah gambar yg tidak mengikut Rule Of Third itu dianggap salah?
TIDAK SAMA SEKALI.

Semuanya bergantung pd pendapat dan persepsi masing-masing.

Jika saya post 1 gambar B&W, org yg suka pd B&W akan LIKE gambar saya, manakala yg tidak sukakan B&W pula akan hentam kaw-kaw.

So, setiap org ada pendapat masing-masing, dan tiada pendapat yg betul dan salah.
Hak kita sbg photographer utk memilih sama ada utk menerima atau me-reject kritikan drpd org luar.


JIKA ANDA SEORANG PENGKRITIK...

Disini saya simpulkan etika sbg seorang pengkritik:
  1. Komenlah secara professional tanpa menyentuh isu peribadi tuan punya gambar. Contohnya anda ni pro Nikon, dan org tu guna Canon, jgn lah hentam gambar beliau semata-mata kerana brand yg berbeza.
  2. Utk gambar portrait khasnya, elakkan komen yg menyentuh keperibadian model atau subjek, contohnya seperti "Byk jerawat", atau "Gigi kuning" dan sebagainya, sebaliknya berilah kritikan mengenai teknik, contohnya mengenai lighting, komposisi dan sebagainya.
  3. Atau, jika anda ingin juga memberi kritikan yg menyentuh keperibadian subjek dgn niat utk tuan punya gambar meningkatkan lagi mutu hasil kerjanya, buatlah secara private, seperti PM (Private Message), chat atau sebagainya.
  4. Anda TIADA hak utk kata gambar itu salah, kecuali ianya mmg salah seperti yg telah saya uraikan di atas.
  5. Selitkan sekali cadangan, tips atau pendapat neutral supaya tuan punya gambar dpt belajar benda baru.


JIKA ANDA TUAN PUNYA GAMBAR...

  1. Anda mungkin rasa gambar anda tu perfect, tp bg org lain, mungkin tidak. So terima komen drpd mereka seadanya.
  2. Jgn lupa ucapkan terima kasih pd pengkritik, khasnya kpd mereka yg memberi tips/cadangan.
  3. Jgn jadi seseorang yg judgemental, yg menilai kritikan based on personaliti pengkritik. Gambar anda mungkin akan dikritik oleh pelbagai golongan, drpd pro ke amateur photographer, termasuk juga golongan neutral yg bukan photographer tapi punyai pendapat masing-masing. So jgn ingat kritikan drpd amateur atau non-photographer tu tak bagus.
  4. Jika gambar anda hanya penuh dgn pujian dan LIKEs semata-mata, jgn bangga diri dan rasa diri dah perfect. Kelak akan tiba suatu masa, seseorang akan muncul dan mengkritik hasil kerja anda kaw-kaw sampai anda boleh down.
  5. Oh, ckp psl down, jgn jadi jenis yg senang down, atau lemah/putus semangat apabila menerima kritikan yg pedas drpd golongan professional. Kadangkala niat mereka baik, cuma mereka ni tak pandai nak susun ayat, so mereka bg kritikan pedas yg direct dan straight to the point.
  6. Jgn berdendam. Jika gambar anda pernah dikritik secara tidak professional oleh seseorang, jgn buat benda yg sama pd beliau. Buat tak tau je.
  7. Jika anda menerima kritikan yg bg anda agak bertentangan dgn pendapat anda, jgn gaduh. Contohnya anda jenis yg suka hasil soft, tapi hasil kerja anda dikritik oleh mereka yg sukakan hasil yg sharp. Dua-dua betul, tak salah. Just ckp thanks pd pengkritik, habis cerita, toksah gado-gado.

Ok dah, habis sudah bebelan saya.
Sebelum saya tutup artikel ni, saya nak sampaikan sebuah pantun:

Jika takut dipatuk itik, jgn dibaling dgn terompah,
Jika takut gambar dikritik, jgn upload, simpan je dlm tong sampah (recycle bin).

Kesemua cerita di atas hanya berdasarkan pendapat peribadi sahaja, tiada kena mengena dgn yg hidup atau yg mati.

Jadilah pengkritik yg berjaya! Dan jadilah penerima kritikan yg positif!

Sekian, Wassalam :)

Ejad Fotopoyo

11 comments:

  1. "Seni itu subjektif"...saya suka statement itu..

    ReplyDelete
  2. Jika gambar anda hanya penuh dgn pujian dan LIKEs semata-mata, jgn bangga diri dan rasa diri dah perfect. Kelak akan tiba suatu masa, seseorang akan muncul dan mengkritik hasil kerja anda kaw-kaw sampai anda boleh down.

    agree with this one. If those person anggap those LIKE as encouragement xpe..yg bangga2 diri tu yg ssh skit ><~

    ReplyDelete
  3. Hasnorizal: :)

    Jue:
    masalahnye ramai photog lebih cenderung utk bangga diri drpd menganggap ianya sbg encouragement.. lps tu trus mengaku diri tu sifu.. hoho

    ReplyDelete
  4. kau mmg hebatla bro.ejad..!!

    ReplyDelete
  5. ape kate ejad bkk 1 ruang tok kami2 dcini letak gambar untok dikomen oleh ejad dan kwn2 yg lain?

    ReplyDelete
  6. eks boss aku baru je beli lens yg besar bagak yg boleh zoom jauh2 n mahal nk mampos tu, nak amik gambo burung katanya, tp smpi ke ari ni, aku tgk dlm fesbuk dia ada lah dlm 10 keping gambo burung, tu pun gambo burung gagok n gembala kerbau je, dn x ada seni langsung dlm gambo tu, sbb gambo mcm tu pakai camera digital pun boleh amik, aku nk komen dkt fesbuk dia takut dia kecik ati, maklumlah member2 dia semua kata "terbaik bro, mantap" n mcm2 lagi kata2 pujian palsu, sian aku tgk dia tertipu dgn kritikan kawan2 dia yg konon2 ikhlas tu....

    ReplyDelete
  7. Nak mohon ambil sebahagian entry nih wat Vlog boleyh x?

    ReplyDelete
  8. Nak berani, letak dalam forum Photo Malaysia. Gerenti panas punggung.

    Ada seorang mamat ni pernah kritik gambar macam ni. "Gambar kau macam sampah la." Dia tujukan kepada satu gambar snapshot entah apa-apa tah di dalam satu kem belajar fotografi.

    Sekarang, orang yang kena kritik tu sudah ambil gambar artis kahwin. So, berbaloi tak kena kritik? Memang berbaloi-baloi.

    ReplyDelete
  9. tumpang tanya,watermark tu apa?

    ReplyDelete
  10. x suka bile baca komen atau kritikan yg melampau dan menghina. kalau si pengkritik tu superb xpe,ni cakap je besar..sekeping pic dari dia pon x pernah tunjuk.

    ReplyDelete