Wednesday, August 19, 2015

Adobe Lightroom 6 | Blue Screen & White X

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Nak bebel pendek je hari ni.

Artikel ni khas utk pengguna Adobe Lightroom 6 atau CC 2015, dimana Lightroom korang tu ada benda baru seperti Dehaze, HDR dan Panorama.

Seperti biasa, kalau kita nak edit gambar guna Lightroom, first kita kena Import dulu, nanti gambar tu muncul kat tab Library, seperti berikut:


And then bila kita nak edit, kita akan click tab Develop. Cuma dalam LR6 atau CC 2015 ni, majority drpd kita akan berhadapan dgn situasi berikut:


Bagi mereka yg dah biasa guna Adobe LR, for sure korang akan terkejut, sbb biasanya kat tab Develop akan muncul gambar yg korang nak edit, sama mcm gambar yg ada kat kiri atas tu, bukan gambar biru dgn X besar tu.

Apakah yg sedang berlaku ni?

Berbeza dgn LR yg sebelum2 ni, LR6 boleh utilize power drpd graphic card kita utk menge-smooth-kan lagi kerja2 editing. Feature ini tiada pada LR version lama kerana semuanya hanya utilize power drpd processor.

The problem is, tak semua graphic card compatible dgn feature ini. Dan jika graphic card anda compatible pun, kadang2 jadi isu sbb driver tak compatible.


Anyway, katakan la anda nak terus solve problem ni, malas nak check graphic card compatible ke tak, dan jugak malas nak update driver sbb internet lembab gile ke.

Tengok kat kiri atas, ada File, Edit, Develop apa semua tu kan?

Click pada Edit, kemudian click Preferences:


Kemudian nanti muncul window kecik ni:


Pergi kepada tab Performance dan untick Use Graphics Processor.


Tadaaaaaa~ hilang dah gambar biru dgn X tadi tu:


Kalau dah untick tapi masih ada gambar biru dan X tu, try restart Lightroom dgn menge-close kemudian meng-open balik.

Selamat meng-Dehaze, meng-HDR dan menge-stitch Panorama dgn Lightroom 6 yg ohsem ni. Aku skrg stitch panorama guna LR6 je, senang boleh edit terus: Masjid Shah Alam | Superwide Panorama

Semoga bermanfaat.

Ejad Fotopoyo