Thursday, March 7, 2013

Vignette

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat pembaca blog fotopoyo sekalian.

Harini kat group Lomorangers ada discussion psl vignetting dan puncanya, sekaligus memberikan idea kpd aku utk buat artikel ni.


APA ITU VIGNETTE?


Vignette atau vignetting merujuk kpd kegelapan pada bucu gambar.

Juga dikenali sbg Light Fall Off.


PUNCA VIGNETTE

Kalau google psl vignetting nih, mcm-cm result ada dan explaination dia agak technical.
Utk artikel ni, aku amik yg mana mudah utk disampaikan pada korang je. Kalau korang rasa nak pegi jauh, gugel je psl vignette ni dan baca lah result yg muncul.


1. Mechanical & Physical Vignetting

Berlaku disebabkan ada elemen di bahagian hadapan lens yg mengganggu angle of view lens tersebut.

Contohnya kalau korang pakai filter yg agak tebal utk wide angle lens, atau korang pakai step down ring, atau hood yg bukan dicipta khas utk lens tersebut, atau senang cerita apa-apa je la elemen yg korang letak kat depan lens yg mengganggu angle of view lens tersebut, maka vignette akan muncul pada gambar.

Vignetting sebegini korang bole nampak directly drpd viewfinder/live view, sbb ia berlaku secara real time dan fizikal.

Vignette wujud disebabkan position hood yg sepatutnya atas dan bawah tapi diposisikan di tepi
Vignette wujud kerana pemakaian 3-4 filter pada lens sehingga menghalang sudut pandangan lens tersebut.
Gambar ni aku pakai byk filter sampai aku tak ingat filter jenis apa yg aku sumbat.

Dlm kes vignette ni, takde kena mengena dgn setting shutter speed, ISO atau aperture langsung, sbb dia elemen luar, bkn drpd dalam kamera/lens.


2. Optical Vignetting

Usually terjadi pada sesetengah lens, biasanya wide angle/ultra wide angle lens apabila aperture maximum digunakan (wide open). Contoh korang ada lens 17-35mm F2.8, guna kat fullframe dan shoot pakai aperture f/2.8. Ini yg dikatakan sbg Light Fall Off.

Sumber: kenrockwell

Seperti gambar di atas, kesan vignette itu boleh dihilangkan dgn mengecilkan aperture dlm 1-2 stops.


3. Large Sensor Camera + Small Sensor Lens

Nikon D3 FX + 18-55 DX

Vignette juga berlaku apabila body full frame yg mempunyai sensor bersaiz 36mm x 24mm digunakan bersama lens utk crop sensor yg bersaiz kecil, usually 24mm x 16mm (APS-C).


Pentax K1000 (Film Fullframe) + 18-55mm (APS-C lens)

Secara ringkasnya, ini berlaku disebabkan lens itu dibina utk sensor yg kecik, tapi dipakai pada kamera ber-sensor besar, maka perjalanan cahaya ke dlm sensor di-block oleh elemen dlm lens yg kecik, sekaligus menyebabkan vignette.


4. Lens Character - Pinhole & Toycam Effect

Ada lens yg memang dibina dgn pinhole effect, di mana bila kita pakai lens tu, vignette tetap akan muncul.

Gambar dari lens CPC Auto 28mm F2.8 Macro

Pinhole effect, byk di-implement pada toycam seperti UWS, Holga, Diana dan sebagainya. Ada juga toycam yg menghasilkan vignette kerana lens yg dibuat lebih kecil drpd film/sensor size. Dikatakan ini berpunca drpd light fall off (inverse square law). Sbb tu usually gambar drpd toycam akan ada vignette. Tapi korang takyah amik tau sgt la pasal ni, buat pening kepala je.

Ami Kamerami
UWS | Agfa CT Precisa 100


Chan Teik Quan
Holga 135BC | AGFA CT Precisa
Selain toycam, kamera digital, atau app seperti Instagram pun ada preset toycam atau pinhole effect utk mewujudkan vignette pada sesebuah gambar tu.

Pinhole effect drpd Olympus VG-120


5. Post-process Vignetting

Dan yg terakhir utk artikel ni ialah: vignetting yg sengaja ditambah semasa editing. Mostly reason dia ialah nak nampak efek yg agak artistik, atau nak kasi viewer tertumpu pada subjek di tgh-tgh frame dan mengabaikan elemen yg tak berkaitan pada bucu frame.

Vignette ditambah melalui Adobe Lightroom

Kalau kat Adobe Lightroom, simply scroll down tab belah kanan tu sampai korang nampak Post Crop Vignetting.

Kalau Photoscape, kat bahagian Editor, tekan button Filter, pastu Vignetting, ha pilih la pattern vignette mana yg korang nak.

Software lain? Lerrr carik la sendiri. Ingat aku rajin nak check semua software yg ada?

Bagus ke tak vignette nih?
Semuanya bergantung kpd persepsi org yg melihat.

Mungkin bagi sesetengan orang, vignette ni huduh.
Tp bg sesetengah org yg lain, vignette makes the scene look more collective (Akmal Dahlan, 2013).

Maka dgn itu, sekian saja artikel utk kali ni.

Semoga bermanfaat.

Ejad Fotopoyo