Thursday, June 28, 2012

INFO - Cara Memasang Strap

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Simple article for today, iaitu cara memasang strap pada kamera anda.


Gambar ni aku amik dari user manual Nikon D2X.

Kalau korang rajin la nak membelek user manual kamera korang, sebenarnya cara pasang strap yg betul ialah sepertimana yg ditunjukkan dalam gambar ni.

Kalau tak paham cane nak buat, boleh usha video ni:



So ce usha kamera masing-masing, kalau cara strap tu dipasang tak sama dgn mcm dlm gambar ni, maka rajin-rajinkan la diri utk me-modify-nya.

Sekian,
Ejad Fotopoyo

Saturday, June 9, 2012

DSLR, Mirrorless & EVIL Camera

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Harini aku nak cerita skit psl jenis kamera, sbb ramai kawan-kawan aku confuse dgn jenis kamera yg ada di pasaran sekarang ni.


Pendahuluan

Selain SLR/DSLR, wujud sejenis kamera compact yg juga mempunyai feature 'interchangeable lens', iaitu boleh ditukar-tukar lens nya seperti DSLR.

Tapi, just because dia boleh tukar-tukar lens mcm DSLR, doesn't mean yg namanya juga DSLR.

Skrg ni ramai yg confuse tang tu, iaitu apa saja camera yg boleh ditukar lens nya, dianggap sbg DSLR.

Pemahaman itu salah dan tidak tepat sama sekali.

So dlm artikel yg serba ringkas ni, aku nak story skit apa beza DSLR dan kamera itu, yg mana sebenarnya juga dipanggil sbg EVIL Camera.


DSLR

DSLR adalah singkatan bagi Digital Single Lens Reflex, di mana Digital ialah jenis sensor, dan Single Lens Reflex ialah jenis kamera.

Zaman filem dulu ia dikenali sbg SLR sahaja, tanpa keyword digital.

Secara ringkasnya, kamera SLR/DSLR menggunakan cermin (mirror) dan sistem prisma (prism system).
Sebab itu wujudnya perkataan "reflex", iaitu pantulan drpd cermin.

Mirror pada SLR: Pentax K1000
Mirror pada Sony A33
Sumber: petapixel

Dlm bahasa yg mudah, mirror ni berfungsi dlm memantulkan cahaya yg masuk dari luar menerusi lens terus ke viewfinder dan mata kita. Utk pemahaman yg lebih jelas, tgk gambar ni:

Sumber: Dummies

Sistem sebegini membenarkan jurufoto melihat melalui lens, seterusnya dpt juga melihat foto yg bakal diambil dgn tepat.

Setakat ini hampir kesemua SLR dan DSLR adalah kamera jenis interchangeable lens, iaitu boleh ditukar-tukar lensa nya. Dan setiap jenama mempunyai mount yg unik, contohnya Nikon: F mount, Canon: EF mount, Pentax: K mount dan sebagainya.


MIRRORLESS CAMERA

Secara asasnya, Mirrorless Camera ialah lawan bg SLR/DSLR, iaitu kamera yg tidak mempunyai cermin (mirror), sbb itu namanya mirror-less.

Mksd yg lebih terperinci boleh dibaca di Wikipedia: Mirrorless

Sumber: togblog

Hampir kesemua kamera yg kita gunakan seharian ialah mirrorless camera, iaitu kamera handphone, kamera kompak, pendek kata apa jua kamera yg kita view bukan menggunakan viewfinder, tetapi menggunakan LCD yg berada di blkg kamera tersebut, juga dipanggil Live View.

Disebabkan tiada mirror, maka kamera mirrorless ini saiznya lebih kecil berbanding SLR/DSLR.


EVIL CAMERA

Fujifilm X-T1

EVIL - Electronic Viewfinder Interchangeable Lens, adalah merujuk kpd mirrorless camera yg mempunyai mempunyai viewfinder. Usually viewfinder pada mirrorless camera ialah electronic, hence the "Electronic Viewfinder" term. Optical viewfinder seperti SLR/DSLR tidak wujud pada Mirrorless kerana ianya melibatkan cermin, yg mana tiada pada mirrorless, kecuali Fujifilm X100/S/T yg wujud hybrid viewfinder (optical dgn framing electronic)
Mirrorless atau EVIL yg nak diceritakan dlm artikel ni ialah berkenaan yg mempunyai feature mm SLR/DSLR - boleh tukar lens.
Rupa diorang mcm kamera kompak, iaitu kecik, ringan, compact, tapi boleh tukar-tukar lens mcm DSLR.

Nama-nama lain:
  • Compact System Camera (CSC), 
  • Mirrorless System Camera (MSC), 
  • Digital Single Lens Mirrorless (DSLM), 
  • Digital Interchangeable-Lens System

Korang sure familiar dgn kamera-kamera compact yg boleh tukar lens mcm Nikon J1, Panasonic Lumix GF1, Fujifilm X, Olympus PEN dan mcm-mcm lagi, kan? Tu semua antara contoh EVIL camera yg ada skrg.

Sumber: Amazon UK

Mengikut kronologi, mirrorless interchangeable lens camera yg wujud pada masa kini ialah:
  • Leica Rangefinder: M mount
  • Olympus PEN & Panasonic GF: Micro Four Thirds
  • Samsung NX: NX mount
  • Sony NEX: E mount
  • Nikon 1: Nikon 1 mount
  • Pentax Q: Q mount
  • Pentax K01: K mount (sama mount dgn SLR/DSLR tetapi mirrorless)
  • Fujifilm XPro: X mount


Lumix GF1
Olympus PEN
Fujifilm X Lineup

Sony NEX 7

DSLR VS EVIL

Melihat kpd kedua-dua jenis kamera yg hampir sama feature ini, para jurufoto mula berdebat: yg mana lebih bagus? Masing-masing ada pendapat mereka yg tersendiri. Aku pun ada pendapat aku sendiri.

Hampir kesemua org tau kelebihan dan kekurangan DSLR, so kat sini aku list kan skit kelebihan dan kekurangan EVIL Camera berbanding DSLR, secara ringkas:

Kelebihan EVIL/Mirrorless Camera:
  • Lebih kecil dan ringan
  • Hampir menyamai, malah setanding atau lebih hebat drpd kualiti imej yg dihasilkan oleh DSLR
  • Lebih murah dari kebanyakan DSLR
  • Interchangeable lens
  • Lens yg lebih murah drpd DSLR (tak semua tapi kebanyakan)
  • Banyak koleksi lens pancake (prime lens yg bersaiz kecil)
  • Boleh juga menggunakan lens DSLR dgn bantuan adapter (contoh lens Nikon pada Sony NEX)
  • Retro design (seperti rangefinder dan SLR lama pada kamera Fujifilm X dan Olympus PEN/OM-D)
  • Lebih senyap (dan sharp) kerana tiada mirror slap (tiada vibration)
  • Lebih laju dari segi FPS (frame per second) kerana tiada mirror
  • Menjadi pilihan pengguna yg tak suka bawak DSLR yg besar + berat

Kekurangan EVIL/Mirrorless Camera:
  • Bagi sesetengah kamera yg sensor kecil, kualiti imej masih tidak setanding dgn pro DSLR dari segi noise (ISO tinggi), especially full frame kerana perbezaan saiz sensor
  • Yg sensor besar menyamai saiz APS-C dgn Fullframe 35mm plak harga dia boleh tahan mahal, sometimes lebih mahal drpd DSLR
  • Tak semua menggunakan viewfinder (hanya yg ada viewfinder yg kita panggil EVIL), menjadikan kita perlu bergantung kpd Live View semata-mata
  • Live View menyukarkan pengambilan gambar di tempat yg terlalu terang (sama mcm susah nak tgk skrin handset di tmpt yg terang)
  • Handling issue apabila menggunakan lens yg besar dan berat serta external flash
  • Sensor sentiasa terdedah - risiko bg landscape photographer yg selalu mengambil gambar mengadap matahari, kerana keterangan cahaya matahari boleh merosakkan sensor digital. Berbeza dgn SLR/DSLR, sensor hanya terdedah kpd cahaya semasa shutter dibuka, iaitu semasa gambar diambil
  • Juga risiko sensor terkena habuk atau tercalar semasa penukaran lens kerana tiada mirror yg melindungi sensor tersebut
  • Battery lebih cepat kong kerana penggunaan Live View atau EVF sepanjang masa
  • AF speed masih tidak sepantas DSLR, especially apabila lowlight, so agak sukar utk mengambil gambar subjek bergerak

Ada yg mengatakan EVIL Camera bakal menggantikan DSLR suatu ketika nanti. Bagi aku ia tidak mungkin. Mungkin ia menggantikan DSLR yg anda sentiasa pakai, tapi ia takkan menggantikan DSLR secara keseluruhan, kerana masing-masing mempunyai peranan dan target user yg berbeza.

Golongan professional masih menggunakan DSLR kerana lebih byk pilihan lens, serta lebih byk aksesori kerana kewujudannya yg lebih lama dlm industri photography.

EVIL/Mirrorless ni lebih kpd golongan yg nak gambar cantik tapi tak suka bwk kamera berat. Nak selfie pun senang.

Apa pun, masing-masing ada kualiti yg tersendiri. Org kata digital dah mula menggantikan filem tapi tgk skrg, masih ramai je org yg pakai kamera filem.

So aku harap dgn artikel ni, korang dah tau, yg mana DSLR, yg mana mirrorless EVIL camera, dan yg mana lebih sesuai utk anda.

Semoga bermanfaat.

Ejad Fotopoyo

Sumber Rujukan:
  1. What is an EVIL camera?
  2. What exactly is a mirrorless camera?
  3. Deciding on a Digital SLR Camera Viewfinder

Monday, June 4, 2012

INFO - Ada Apa Dengan Kamera Analog



Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Selepas wujudnya artikel mengenai kamera analog seperti M42 Screw Mount, Pinhole CameraDigital SLR & Analogue Lens: Part I, Digital SLR & Analogue Lens: Part IIBerhijrah ke Dunia AnalogAda Apa Dengan Toycam Part I dan Ada Apa Dengan Toycam Part II, ramai kawan-kawan aku yg main DSLR mula teracun (padan muka korang) dan mula menunjukkan minat utk mencuba kamera analog, iaitu yg menggunakan filem.

So ramai la yg mesej aku kat fesbuk serta fanpage, tak kurang juga yg tanya masa tgh lepak borak TT, dgn bertanyakan soalan-soalan seperti berikut:
  • Aku ingat nak main filem jugak lah. Agak-agak berapa bajet yg sesuai utk aku start?
  • Mana kamera filem yg bagus? Nikon? Canon? Pentax? Minolta? 
  • Mahal ke filem ni?
  • Kat mana nak cuci? Mahal tak cuci? 
  • Apa beza dgn digital? Mana lg best?

dan mcm-mcm lagi la soalan yg diajukan.

So aku ingat better aku buat 1 artikel, sbg guide utk korang bermain kamera analog, 

Ok, let us begin!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kamera Analog Apakah Yang Sesuai Utk Saya?



Basically, jwpn utk soalan ni ialah "bergantung kpd budget dan requirement".

Maka utk anda yg nak bermain kamera filem, first of all, yes, kena tau bajet.
Tapi rata-rata kamera filem ni mmg mampu-milik.

Mengenai requirement plak, since aku tau rata-rata yg gatal nak main kamera filem di zaman digital ni ialah disebabkan hobi dan suka-suka, aku pasti takde specific requirement yg korang perlu pertimbangkan bila nak main kamera filem.

Kamera filem ni ada banyak jenis, mcm P&S (Point & Shoot), toycam (yg juga P&S), SLR, TLR, Large Format Folding Camera etc etc.

Utk artikel ni, aku juz cerita mana yg affordable dan senang nak dijumpai dan dibeli di kedai.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Toycam

Sumber: http://anggina-hilda.blogspot.com/2011/01/i-can-not-imagine-how-it-feels-to-have.html

Aku suggest letakkan budget paling rendah pun RM100 (RM100 boleh beli UWS) dan kenalpasti minat korang tu pada efek yg mcm mana. Sbb toycam ada pelbagai - UWS utk gambar wide, LOMO Fisheye utk gambar fisheye, dan sebagainya.

Jadi utk tau efek kamera toycam yg ada, boleh join group The Lomorangers, dan jugak baca artikel berikut:
  1. Ada Apa Dengan Toycam Part I
  2. Ada Apa Dengan Toycam Part II


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

35mm SLR (Single Lens Reflex)


Ok bab ni aku boleh tolong explain dgn detail sikit.

Utk SLR, prepare budget dlm RM300 ke atas. Biasanya dalam RM300 boleh dapat 1 body dan 1 lens, biasanya 50mm atau 55mm atau 58mm (brand Helios jika M42).

Sbg permulaan utk menjinakkan diri dalam film SLR, aku suggest beberapa model berikut:
  • Nikon EM, FM
  • Pentax K1000, ME, ME Super, KX
  • Olympus OM
  • Apa jua SLR yg mempunyai mount M42 seperti Zenit, Praktica (gambar di atas), Fujica
  • Apa jua SLR yg mempunyai mount C&Y (Contax & Yashica) seperti Yashica FX-3

Rata-rata model yg dinyatakan di atas ialah kamera SLR filem yg totally mechanical - tiada bateri yg diperlukan, kecuali utk exposure metering. 

Kenapa aku suggest Nikon dan Pentax?
Salah 1 sebab ialah aku pernah pakai kedua-dua jenama tu.
Sebab lain ialah lens mereka masih boleh digunakan sampai skrg, dan setengah lens yg baru ni pun masih boleh dipakai pada body lama seperti yg diatas, asalkan ianya dibuat utk full frame.

Contoh, lens nikon yg latest seperti Nikkor AF 50mm F1.8D boleh dipakai di body filem kerana ia mempunyai aperture ring.

So katakan la korang pakai DSLR Nikon dan korang ada lens 50mm, takyah beli lens dah. Beli je 1 body SLR filem dan pakai je 50mm yg korang ada tu.

Utk brand lain mcm Canon, Olympus, Minolta, bukan aku tak recommend, tapi aku tak pernah pakai, so aku tak boleh kasi pendapat sgt.

Utk lens, pada zaman filem, 50mm tu dianggap mcm kitlens. 50mm sangat famous disebabkan angle nya yg hampir menyamai mata manusia apabila digunakan (dlm ertikata lain, apabila lens 50mm digunakan pada body full frame).

So kalau setakat nak suka-suka, 50mm dah memadai.
Kalau nak yg wide utk landscape misalnya, cari 35mm, 28mm atau 24mm, tapi 24mm agak mahal. 28mm pada full frame menyamai angle kitlens 18mm pada body DSLR.
Kalau nak yg jauh skit, biasanya org pakai 135mm F2.8/F3.5 atau 200mm F4.

Kalau macro plak, cadangan drpd aku, reverse je dulu lens 50mm tu atau pakai macro filter sebelum korang bazir duit beli lens macro.
Atau, ada lens 50mm yg boleh close up sampai 0.25m. Biasanya lens dia mcm 50mm F2.8, 50mm F3.5 atau 55mm. Aperture dia tak luas mcm 50mm 1.8 yg biasa kita pakai.

Cadangan drpd aku - pakai je dgn lens yg korang dpt tu dulu. Kalau dpt 50mm, pakai dulu 50mm. Dah rasa bosan, puas or nak try focal length lain, then baru beli lens lain.

Utk extra reading, boleh baca artikel berikut:

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rangefinder

Sumber: http://www.kenrockwell.com/yashica/electro-35.htm

Honestly speaking, aku tak pernah pakai RF, so aku tak reti nak suggest.
Tapi menurut kawan-kawan aku, kalau nak main RF, bajet lebih kurang sama mcm SLR di atas, dan carik Canonet, FED, Olympus XA dan Yashica Electro GSN 35 (antara yg terpopular).


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Medium Format - SLR dan TLR

Medium format camera secara ringkasnya ialah kamera yg menggunakan sensor yg lebih besar drpd full frame (full frame: 36x24mm, medium format: 48x35mm).

Utk tau lebih lanjut boleh baca Medium Format Photography

Generally, makin besar saiz sensor, makin tinggi kualiti gambar.

Sebab tu apabila disusun dari segi kualiti gambar, dimulakan yg terendah:
Handphone camera << Compact P&S << Micro Four Third << DSLR APS-C << DSLR Full Frame

Dan disebabkan saiz sensor bagi medium format lebih besar drpd full frame, maka technically dari segi kualiti penghasilan gambar, ia lebih tinggi.

Jika kebanyakan kamera filem menggunakan filem bersaiz 35mm (atau 135mm), medium format plak menggunakan filem bersaiz 120mm. Sebab tu kamera medium format lebih besar saiznya.

Medium format camera biasanya digunakan oleh professional photographer, khasnya portrait dan landscape.

Ada yg berbentuk toycam, SLR dan juga TLR. Mungkin ada dlm bentuk lain tapi aku kurang pasti.

Utk toycam - apa jua toycam yg menggunakan filem 120mm, seperti Holga 120 dan Diana. Harga murah, dlm lingkungan RM200 - RM500. Rujuk link yg diberi atas utk toycam.

Yashica TLR MAT EM
Ricohflex Model VII

Utk TLR iaitu Twin Lens Reflex, prepare dlm RM500 ke atas. Antara yg popular ialah Lubitel, Blackbird, Yashica (model lama mcm MAT, A, EM etc etc) dan apa-apa je la kamera dua lensa yg masih dlm condition yg baik yg memenuhi budget korang. Kalau kaya, sebat la Rolleiflex, dalam 2k ke atas -_-'

Hasselblad 500C
Pentax 645

Utk SLR yg menggunakan filem 120mm plak, ok agak mahal.
Contoh yg popular ialah Mamiya RB67, Pentax 67/645 dan Hasselblad 500C/CM (gambar di atas).
Mahal means paling murah pun dah mencecah almost RM1000. Yg digital mcm Hasselblad H4D takyah cakap ah, dah mcm harga kereta dah.

So kalau katakan korang nak sgt main medium format, aku suggest beli TLR sbg permulaan.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Filem

Dah ada kamera, skrg kena la beli filem dia pulak.
Selain jenis kamera dan lens, filem yg dipakai juga akan menentukan hasil gambar korang.
Kat sini aku akan share secara ringkas mengenai:
  • 120mm vs 35mm
  • ISO
  • Color vs B&W
  • Slide E6 vs C41
  • Fresh vs Expired


120mm vs 35mm

First of all, kenalpasti dulu, kamera yg korang beli tu pakai filem bersaiz apa, 35mm atau 120mm.

Sumber: nelsontan

35mm biasanya lebih mudah didapati di kedai, jenama yg senang dpt mcm Kodak dan Fujifilm.
Jumlah exposure ada 12, 24 dan 36. Pilih la mana berkenan. Aku cadangkan amik 36 terus la, banyak benda bole shoot.

Filem 120mm plak exposure nya cuma 12 (ada yg kata boleh sampai 24, aku kurang pasti) dan saiznya lebih besar of coz.


ISO

Berbeza dgn kamera digital yg memberikan kita kebebasan utk memilih angka ISO, filem plak on the other hand mempunyai ISO yg tersendiri. Setiap roll filem mempunyai angka ISO masing-masing.

Filem Fujifilm Superia 200 ini mempunyai ISO200 seperti yg tertera pada kotak dan filem

Seperti yg sudah diterangkan dalam artikel ISO, pemilihan ISO ni sama je tak kira filem or digital, iaitu generally angka yg rendah utk suasana atau keadaan cahaya yg terang, dan angka yg tinggi utk keadaan cahaya yg rendah.

Misalnya, utk shoot landscape yg ada matahari, gunakan filem yg ber-ISO 100-200.
Dlm keadaan yg mendung, gunakan filem ber-ISO 400-800.
Dan gunakan filem ber-ISO lebih tinggi drpd 800 (jika masih wujud) utk keadaan cahaya yg gelap, atau gunakan flash.

Efeknya juga sama - makin tinggi ISO, makin banyak noise, atau grain.

Utk selamat, aku cadangkan gunakan filem ber-ISO 400. ISO400 ni just nice utk outdoor dan indoor.


Color vs B&W

Sumber: http://usa.shop.lomography.com/films/35mm-film/35mm-black-white-film/ilford-delta-100

Tak mcm digital yg korang boleh convert sukati, utk filem, kalau nak main B&W, korang kena beli filem B&W utk hasil yg lebih baik.

Filem B&W biasanya mmg akan tulis Black and White pada filem berkenaan.


Slide E6 vs C41

Sumber: http://www.photographyblog.com/news/fujifilm_uk_relaunches_e6_processing_vouchers1/

Secara ringkasnya, utk pengguna biasa, mereka akan memilih C41 sebab ia lebih mudah didapati di kedai-kedai, serta hampir kesemua kedai gambar ada mesin dan chemical utk memprosesnya. Harga pun murah dan agak affordable.


Sumber: http://www.photographyblog.com/news/fujifilm_uk_relaunches_e6_processing_vouchers1/

Slide E6 on the other hand, lebih byk digunapakai oleh golongan professional kerana ia menghasilkan warna dan contrast yg lebih tinggi. Senang cerita, gambar lagi lawa la.
Tapi kekurangan dia ialah lebih mahal, dan tak semua kedai boleh proses.


Fresh vs Expired

Setiap filem ada tarikh luput yg tersendiri. Seperti jugak mcm makanan, expiry date bg filem ada dinyatakan pada kotak bungkusan filem berkenaan. Refer gambar filem Provia 100F kat atas ni, ada tulih 2010.02, bermakna filem itu luput pada Feb 2010.

Biasanya kedai jual filem yg fresh, unless stated otherwise.
Filem yg fresh confirm hasilnya menjadi.
Tak seperti filem yg dah luput, mungkin jadi, mungkin tidak. Gamble.
Filem yg dah expired ni memberikan hasil yg diluar jangkaan, contoh mcm tiba-tiba wujud mcm fungus, colorcast, noise/grain yg extreme dan sebagainya.

Dan sebab ianya dah expired, maka biasanya ia lebih murah drpd filem yg fresh.

Aku tak galakkan korang pakai filem yg dah expired, sbb takut nnt korang yg baru je nak main filem dah kecewa kalau hasil filem tu tak menjadi.

So overall utk membeli filem:
  1. Kenalpasti saiz yg akan dipakai kat kamera korang, 35mm atau 120mm.
  2. Nak shoot color atau B&W?
  3. Kalau color, nak C41 yg murah atau slide E6 yg mahal tapi lg lawa?
  4. Nak main fresh ke expired film? 


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cara Nak Guna

Sumber: http://digital-photography-school.com/nuts-bolts

Ok lepas dah beli kamera, lens, filem apa semua, pasti akan timbul persoalan "Mcm mana nak pakai ni?", "Mcm mana nak pasang filem ni" bla bla bla.

Google user manual utk kamera korang, sedaya upaya mungkin, sampai dapat.
Kalau takde, sometimes ada yg baik hati upload video tutorial kat youtube, sila cari disitu.

Biasanya user manual utk kamera lama boleh didapati disini: butkus.org

Kemudian bila pakai tu, jgn ganas sgt. Kebanyakan kamera tu lg tua drpd korang, so kalau pakai ganas sgt, takut lg cepat jahanam. Layan kamera tu sebaiknya. Jgn sebab dia pakai filem, korang tak jaga baik-baik mcm kamera digital plak.

Pastu, korang akan culture shock. Seriously. Ye la, dah biasa tgk hasil gambar, kalau gambar tak jadi boleh delete dan re-snap. Skrg tak bole dah. Apa yg korang snap, jadi ke tak jadi ke, itulah hasilnya.

Dan main kamera filem, khasnya yg bukan P&S iaitu SLR/TLR ni mmg memerlukan kesabaran. Nak snap 1 gambar tu mmg slow, nak focus, lps tu metering, tukar aperture, shutter speed semua secara manual, then recompose. Kalau shutter slow, metering balik. Kadang-kadang sampai 5 minit nak snap 1 gambar.

So jgn cepat mengalah. Pelan-pelan. Learning is hard. Lama-lama korang akan biasa dan pakai kamera filem akan jadi semudah digital, except korang still takleh tgk hasil gambar on the spot la.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nak Beli dan Proses Katne?

Lepas dah habis pakai filem tu, bak kata majority org - kena cuci kat kedai.
The correct term is 'developing', atau D/O. Ringkasnya, tujuan D/O adalah utk menjadikan filem kita tu tidak lagi sensitif kpd cahaya.

Sumber: http://neoncitywalk.wordpress.com/2011/06/12/developing-film/

Lps dah develop, its up to u guys, utk scan jadik softcopy, atau cuci beberapa frame tertentu.
Mcm aku, aku ada scanner sendiri, yg mmg dedicated utk scan film iaitu Canoscan 5600F.
Kalau korang takde, bole la mintak kedai scan kan. Ada la cas tertentu diorang.

Atau kalau korang nak cuci, means nak cuci jadik 3R ke 4R ke, juga depends pada kedai. Utk saiz 4R, aku rasa dlm 40sen per print kot.

Aku list kan beberapa kedai online yg menjual kamera & filem:

Dan last skali, utk tempat nak D/O atau proses filem korang, boleh join group The Lomorangers dan usha link berikut:
  1. Kedai untuk develop film
  2. Kedai Film & Kamera


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ok dah. Bapak panjang gak artikel ni. Awal-awal tadi plan nak buat pendek jek.
Tapi aku rasa cukup la sekadar ni dulu kot. Banyak-banyak sgt pun bukan korang nak baca kan? Jgn nak membohong la, mcm aku tak tau :D

Sebelum menamatkan artikel ni, aku nak show off skit collection aku (campur kwn-kwn aku) yg tak seberapa :D













Dan ini beberapa gambar dari kamera filem aku, campur-campur. Ada yg drpd Pentax K1000, Ricoh KR-5III, Nikon F90, Praktica MTL5B dan Fujica ST650, dgn filem yg pelbagai, tak larat aku nak letak caption setiap satu.

Dijemput mencuci mata! ^__^




























Utk gambar-gambar lain, boleh usha galeri aku ni: Galeri Ejad Fotopoyo

Ok dah~

Semoga memberi manfaat.

Wassalam

Ejad Fotopoyo