Wednesday, October 7, 2015

Snapseed | Photo Editing App yang Ohsem

Google+

Majority pengguna smartphone, sama ada Android atau iOS, pasti pernah dengar atau guna Snapseed.

Dan bagi yg pernah guna, pasti anda tau, Snapseed bukanlah app cikai. 

Dari segi bahasa, Snapseed merupakan salah satu photo editing app. Sama je mcm app lain2 yg kita guna utk edit gambar menggunakan smartphone. 

Dari segi teknikal plak, bagi yg pernah explore dalam2, Snapseed punya keupayaan editing hampir menyamai professional photo editing software, seperti Adobe Photoshop dan Lightroom. Maka walaupun Snapseed ini percuma utk di-download di Google Playstore, ia bukahlah app editing yg biasa2. 


Masa pergi Jepun baru2 ni, aku tak bawak laptop. So utk upload gambar2 drpd DSLR, aku bawak OTG Card Reader. Dgn card reader ni, aku boleh transfer gambar2 drpd DSLR masuk ke smartphone, pastu edit dalam tu, pastu upload bila ada line internet. Sama je mcm masa aku travel pegi Korea dan Medan dulu. Tak larat weh nak bawak laptop semata2 utk edit gambar.
*tak semua smartphone support OTG. sila check spec phone anda

Being a hardcore Lightroom user, aku perlukan app yg sama hebat utk aku fine-tune gambar2 aku. Maka setelah mencuba pelbagai apps, akhirnya Snapseed je yg kekal dalam Asus Zenfone 5 aku ni. Yg lain semua dah kena remove tanpa belas kasihan.

Utk bermain dgn Snapseed ni, kita kena biasakan diri dgn guna jari tu utk Slide Up/Down utk features, dan Slide Left/Right utk increase/decrease the parameter. Tak paham takpe, korang download pastu install dan try godek2 Snapseed tu.

Most of the time, apa yg aku usik dlm Snapseed ialah Tune Image, Details, Crop dan Rotate

Tapi sebenarnya. features yg membuatkan Snapseed menjadi pilihan photographer ialah Transform, Brush, Healing serta Selective.


Basic - Tune Image Tool

Utk permulaan, aku nak tunjuk sikit editing workflow yg biasa aku buat menggunakan Snapseed.

Kita start dgn gambar ni. Standard la semua org akan dapat gambar camni bila shoot mengadap langit - foreground gelap background cerah. Dia jadi mcm gambar silhouette.


So seperti biasa, step pertama kita ialah bukak gambar ni menggunakan Snapseed:


Kita mulakan dgn Tune Image. Basically disinilah kita akan bermain dgn cerah/gelap, contrast serta saturation. Utk permulaan, biasanya aku akan touch 'wand' (bulatan merah dlm gambar bawah). Nanti dia akan fine tune gambar kita automatically. Lebih kurang mcm Auto dalam Lightroom la. Then kalau Auto Fine Tune dia cun, aku touch button 'right' kat sebelah kanan wand tu.


And then kita akan usik Ambiance dan Shadow. Dua benda ni yg membuatkan org suka guna Snapseed, especially Ambiance. Sebab Ambiance dpt mencerahkan foreground, kemudian Shadow jugak bole buat benda yg sama, dgn mengurangkan hitam contrast pada kawasan shadow supaya ia jadi lebih cerah.

Masa main dgn Ambiance dan Shadow ni, jgn over sgt. Nanti gambar nampak pelik. Halo (glow) akan muncul kat kawasan shadow, sama seperti gambar HDR yg overcooked. Utk selamat, letakkan +50 sbg angka maximum. Jgn set melebihi angka ni.


Seterusnya aku pantang tgk langit biru ni, so aku akan naikkan Saturation supaya langit tu nampak lebih pekat birunya. Part Saturation ni pun sama, jgn over-saturate. 


Kemudian aku keluar drpd Tune Image dan pergi kpd Details utk main dgn Sharpness. Tapi ni tak penting pun kalau gambar tu nampak dah mmg sharp. Ni aku saja tambah.


Okeh done. Jom tengok gambar sebelum dan selepas:


So nampak tak, skrg ni foreground lebih cerah berbanding gambar original. Aku stop editing kat sini sbb just nak tunjuk apa yg kita boleh buat secara asas menggunakan Snapseed. Kalau korang nak teruskan editing, dipersilakan. Lain org lain cara memasak.

Berikut ditunjukkan beberapa contoh gambar lain yg aku dah edit dgn workflow yg lebih kurang sama:





Advanced - Transform Tool

Seterusnya aku nak tunjuk 1 editing yg dibuat utk memperbaiki distortion gambar.

Seperti yg korang sedia maklum, bila amek gambar guna UWA Lens, gambar akan nampak distorted, especially kalau kita tak level dgn subjek. Of kos la mustahil nak level dgn bangunan kan, since dia lagi tinggi, so kita terpaksa shoot dgn cara mendongak, dan cara ni plak unfortunately menyebabkan subjek nampak mcm nak jatuh ke belakang, seperti berikut:


Distortion ni agak extreme utk kita repair walaupun kita cuba nak repair guna Adobe Photoshop atau Lightroom. So kita tengok contoh gambar lain yg distort dia tak terlalu extreme:


Aku akan demonstrate cara ringkas utk repair distortion yg berlaku dlm gambar ni. So kita bukak gambar ni menggunakan Snapseed, dan selepas kita guna Tune Image utk kacakkan brightness contrast apa semua, kita pergi kpd Transform.


So finally kita dapat gambar yg tegak begini:



Filters

Skrg kita pergi kpd Filters plak. Benda2 ni semua self-explanatory, korang boleh je click dan view sendiri hasil gambar2 korang tu selepas apply Filter. Cuma kat sini aku nak tunjuk sikit beberapa gambar yg aku dah edit guna Filter:

Filter: Grunge
Filter: HDR Scape
Filter: Black & White

Okeh, aku rasa cukup dulu setakat ni. 1 artikel tak cukup utk cover everything about Snapseed. Tapi diharapkan dgn pendedahan ni, korang nampak la betapa ohsemnya app ni. Skrg ni Snapseed dah mmg jadi primary app aku utk edit gambar melalui smartphone.

Utk mengetahui features lain dgn lebih detail, boleh layari web berikut: Snapseed 2.0 Review and Tutorial.

Sekian perkongsian kali ni. Semoga bermanfaat dan selamat ber-Snapseed!

Ejad Fotopoyo

4 comments:

  1. trbaik jad.. artikel yg padat :) edting yg kemas :)

    (pembeliVITAgame)

    ReplyDelete
  2. Sempois!~ Cheq memang ni aplikasi wajib. Hehe

    ReplyDelete
  3. apps ni memang menarik.. thanks atas penerangan yang padat

    ReplyDelete
  4. saya suka snapseed.. awesome explanation.

    ReplyDelete