Saturday, June 11, 2011

MEMBEBEL | Alkisah Seorang Newbie yg Kuat Menjawab

Gambar hiasan

Hari ni aku nak story psl this 1 photographer yg sgt ignorant dan kuat menjawab.
Let's call him "Z".

Z memulakan langkah pertama dlm photography dgn Nikon D90 + 18-105.

Lepas beli kamera, for sure la dia carik sifu yg mana boleh ajar dia basics in photography.
Kebetulan dia kenal seorang akak ni, suami dia photographer, guna Nikon D2x kot time tu, namanya Adi.


Lesson 1: Nightshot Landscape bersama sifu Adi

Z drove all the way from his place to Putrajaya sbb nak belajar dgn sifu Adi.
Kebetulan time tu malam, so lps Adi brief Z dgn ilmu asas setakat mana yg termampu, both of them pun merayau Putrajaya utk belajar shoot landscape.

Landscape waktu mlm - guna tripod, lowest ISO, exposure time (shutter speed) is the key

So apa yg si Z dpt drpd Adi? - ISO kena guna paling rendah


Lesson 2: Belajar shoot portrait bersama aku

Berlaku pd bulan puasa 2010. Time ni aku guna Nikon D200, belum tukar Pentax lagi.

Dgn beberapa model/talent, kami dgn beberapa photog lain berjumpa di Sogo, photoshoot suka-suka di sekitar Jalan TAR.
Aku ada la ajar dia sikit-sikit tips utk shoot close-up portrait, iaitu dgn longest zoom + wide aperture to provide shallow DOF.

Time kami photoshoot tu dah petang, 5 lebih la jugak. Dan byk dibuat di belakang lorong kedai yg agak gelap. Disebabkan aku nak gambar yg senatural mungkin, aku byk main dgn nilai ISO utk dpt exposure yg proper. Dan disebabkan situ agak gelap, aku guna ISO 800 - 1600.

Si Z ni pulak, gambar dia majority blur sbb shaking.
Bila aku tgk EXIF, rupanya shutter speed slow sgt, 1/15, 1/10 pd focal length 105mm. VR pun susah nak selamatkan wey.

Aku: Apesal shutter speed kau slow sgt ni?

Z: Kalau aku lajukan, nnt gambar gelap.

Aku: ISO 200? Apesal rendah sgt?

Z: Kalau guna ISO tinggi, nanti noise la gambar aku.

Aku: Kalau noise pun kenapa?

Z: Gambar tak cantik la kalau ada noise.

Aku: Habis gambar yg blur mcm ni, cantik?

Z: Tapi takde noise!

Aku: Jom kita tanya model, gambar aku yg noise tp sharp, compare dgn gambar kau yg takde noise tp blur, sampai muka pun tak nmpk ni, tgk mana yg diorang pilih.

Z: (dia menjawab lagi, tp aku tak ingat)

Aku: So pesan aku simple je - jgn kedekut ISO. Lantak la noise ke apa ke, janji ada gambar yg sharp, paham?

1 lg portrait session, shoot pd waktu malam di Dataran Shah Alam.
Disebabkan model sgt lah seksi, aku dok tepi je, tak shoot.

Si Z geram dgn lens Tokina 28-80mm F2.8 yg nampak mcm lagi hebat drpd kitlens 18105 dia, so dia pinjam drpd aku. Aku bg je la, tak kisah.

Then, dia upload lah gambar yg dia dah ambil guna lens aku tu, dan gambar tu blur.
Bila org komen & tanya kenapa gambar tu blur, dgn selamber nya Z jwb

"Entah, lens Ejad"

Lens aku la pulak yg salah. Adoi...


Lesson 3: Bersama sifu Paman, shoot outdoor wedding ke model ntah, lupa sudah

Shoot outdoor di tengahari panas buta, si Z menggunakan aperture f/22 utk portrait, which is agak pelik.

Paman: Apesal kau guna aperture kecik sgt ni?

Z: Kalau aku guna aperture besar lagi, nnt gambar aku overexpose.

Paman: ISO kau berapa?

Z: ISO 1600.

Paman: Apehal kau guna ISO sampai 1600? Kan tgh terang giler ni.

Z: Ejad ckp jgn kedekut ISO

Tak psl-psl nama aku kena petik. Adeh -.-"

Paman: Apa kata lepas ni, kau masuk kelas basic, belajar habis psl shutter speed, ISO & aperture. Ada model ke takde model ke, pergi belajar, faham?


Lesson 4: Soalan pelik di facebook

Aku post 1 gambar portrait, dgn setting f/8 | 1/90s | ISO 200, tag kwn-kwn lain utk mereka bg C&C.

Then dtg lah si Z ni, tanya soalan psl teknik.

Z: f/8 boleh pakai lagi ke?

Soalan ni takde jwpn.
Dia contoh mcm ni, aku drive pergi Melaka dgn speed 120kmph, tiba-tiba Z tanya kalau guna 140kmph boleh tak. Sah-sah la boleh.

So sbb aku kurang fhm apa yg dia cuba nak tanya;

Aku: Sila explain, apa mksd kau "f/8 boleh pakai lagi ke?"

Z: Kalau nk pakai lens 50mm, f dia berapa? Kira bwh 9 ok ke?

Clearly he doesn't understand about aperture at all.
Kemudian lepas beberapa heated argument, Z ckp

Z: Aku baru main kamera, kau dah lama. Nnt tolong tengokkan skit aku punya kamera ni, apa yg silap

Aku: Takde kena mengena dgn baru ke lame.. kau tu berlagak sgt, bajet power, tapi knowledge takde, pastu sibuk salahkn benda lain.. lens org la, apa la, itu la, ini la..

Adi: Aku lempang jugak karang... budak ni... Nikon tak pernah buat silap kat kamera dia!! Kau tu yg silap, byk sgt alasan!

Z: Kalau tukar kamera rasa-rasanye ok kot..hehehe

Adi: Bg kat kau hassleblad pun gambar tak jadik! Alasan tukar kamera plak! Lagi? Apa lg alasan? Takder apa yg silap kat kamera tu, paham? Takder apa yg silap kat lens. Yg silap kau tu, tanak blajar betul-betul, tanak dgr cakap! Kalo silap kat kamera, payah ler semua yg beli D90!

Then bila aku suruh dia baca manual D90...

Aku: Lepas ni balik rumah, carik balik manual D90 kau tu, baca sampai lumat.

Z: Aku tak faham english la.

Aku: Masuk internet, carik je forum photography bahasa melayu, byk info situ, baca!

Z: Ofis kat internet aku ni blok la (tapi facebook boleh plak)

Aku: Pergi carik sifu yg guna D90, belajar dgn diorang.

Z: Segan la....

Aku give up.. takleh tolong dah budak ni...


Lesson 5: Belajar Flash bersama PM
Z: Kalau flash Nissin 622 ok tak?

Aku: Flash semua ok. Yg tak ok tangan kita je.. pandai atau tak pandai guna...

Z: Nak tahu flash.. kadang-kadang gelap.. kadang-kadang terang.. hehe

PM: Kalau nak belajar flash, kene tahu GN flash, kedudukan subjek, ISO apa digunakan. Bounce ada perkiraan nak +/- exposure berapa tinggi syiling atau apa-apa nak dipantulkan... jika faham ISO, jarak, GN, takda masalah pakai flash apa pun.

Z: Ok.. kalau Nissin 622? Kalau guna flash, ISO mcm mana pulak?

PM: Google INVERSE SQUARE LAW

Z: ‎Tu utk apa? Saya dah tgk..

PM: untuk bounce flash:
  1. Agak berapa jumlah jauh pantulan cahaya flash - dari flash ke syiling ke subjek
  2. Bahagikan dgn GN untuk mendapatkan f berapa
  3. Buka sehingga 1 stop untuk compensate kehilangan cahaya dari pantulan

Z: Kalau Nissin 622 mcm mana pulak? ISO? <-- tengok ni, dia tanya balik

PM: Katakan guna ISO 100, shutterspeed 1/60s,
  1. Total jarak adalah 20 kaki
  2. GN flash katakan 38. so, 38/20 = 1.9 ... F terhampir adalah F2
  3. Compensate +1 untuk kehilangan cahaya
PM: Jika kita kira dlm unit kaki, jgn bahagikan dgn unit GN dlm meter. Kalau nak belajar flash ni, sgt complicated... takda yg percuma dlm dunia ni... yg percuma adalah buat try and error sendiri hasil pembacaan saja.

Z: saya tak tahu Nissin 622 mcm mana... <--- reply yg sama, mmg stok mintak penyepak

Adi: Apa yg kau tanya nih? Kejap tanya 622 mcm mana.... kejap tanya 622 ok tak.... kalau guna 622 ISO mcm mana pulak..... apa soklan engkau tu aku tak paham. Bunyi mcm org sewel jek!

Apa yg PM ajar dlm conversation tu, entah dia baca ke tak ntah, sbb dia tak habis-habis tanya balik soalan yg sama.


The latest case was, aku dpt tau yg dia approach student-student aku (time tu aku lecturer sambilan di UiTM Shah Alam) utk dia buat photoshoot.

Apa lagi, aku naik angin la. Dlm friendlist dia ada la dkt 2000 model, I mean true model.
Student aku jugak yg sibuk dia nak approach.

So aku sound dia, kalau dah basic pun tak tau, takyah la sibuk sgt nak shoot model sana sini, belajar habis basic tu dulu.

Lepas gado punya gado, Z ni pun remove aku, Adi dan Paman drpd facebook.

So kesimpulan drpd cerita ni, nak seribu daya, taknak seribu dalih.

Kalau betul korang nak jadi terer dlm photography atau dlm bidang apa pun, rajin-rajin la membaca & meng-google. Belajar drpd org yg pandai itu perlu, tapi jgn la harap segala-gala ilmu tu nak disuap dgn percuma mcm tu je. Korang yg nak belajar, korang la kena berusaha.

And last but not least - read the freakin user manual! Masyarakat kita ni sgt ignorant, user manual yg dah sedia ada tu taknak baca, tapi sibuk blame org lain tak inform la apa la.

Jadilah photographer yg baik dan tak menjawab. Kalau nak menjawab jugak, biarlah berfakta dan berilmu, jgn la bg jwpn yg lagi akan menampakkan kejahilan diri sendiri.

Ignorance is bliss.

Ejad Fotopoyo

Friday, June 10, 2011

INFO - Cropped Sensor vs Full Frame Sensor: Mana sesuai utk anda?


Salam.

Majority kita pengguna DSLR menggunakan kamera APS-C, yg mempunyai saiz sensor yg lebih kecil drpd DSLR Full Frame (24mm x 36mm).

Contoh kamera full frame:
  • Nikon D700, D3, D3s, D3X
  • Canon 5D, 5D Mark II, 1Ds
  • Sony A850, A900
  • dan kesemua kamera filem 35mm

Dan majority drpd kita juga berpendapat, bertukar drpd APS-C kepada Full Frame adalah dianggap sbg proses "upgrade".

So by upgrading, photographer berpendapat Full Frame itu adalah level yg lebih tinggi pangkatnya drpd APS-C.

Ye ke? Betul ke Full Frame itu pangkatnya lebih tinggi drpd APS-C?

Soalan mcm ni ada 2 jwpn - betul dan salah.


BETUL - Saiz sensor yg lebih besar pd Full Frame berupaya menangkap lebih byk detail (Dynamic Range yg lebih tinggi), so by common sense, lebih tinggi detail, for sure lebih sharp, color lebih accurate dan sbg nya.

SALAH - Siapa yg menetapkan bahawa Full Frame itu pangkatnya lebih tinggi drpd APS-C? Adakah dgn memiliki kamera Full Frame, anda akan dpt meningkatkan skill setiap genre photography (macro, portrait, wildlife)?


Jom kita buat sedikit comparison, specifically for DSLR (Full Frame filem tak termasuk):

1) Harga & Saiz Body
  • DSLR APS-C adalah jauh lebih murah drpd DSLR Full Frame
  • Biasanya kamera APS-C adalah jauh lebih ringan dan kecil drpd DSLR Full Frame

2) Harga & Saiz Lens
  • Kitlens 1855 dlm berapa, RM400-RM500?
  • Lens yg equivalent pd Full Frame ialah 28-70 atau 28-80mm, which usually costs more than RM1000
  • Saya pernah guna Tokina 28-80mm F2.8, harga utk used unit ialah RM1200
  • So? Lens utk APS-C lebih murah
  • Also, majority saiz filter utk lens Full Frame ialah 77mm, so lens Full Frame biasanya lebih berat dan besar

3) Flash
  • Biasanya DSLR Full Frame tidak mempunyai built-in flash (kecuali D700)
  • Which means, anda perlu tambah bajet utk beli external flash

4) Lens Compatibility
  • Utk Nikon, takde masalah. Lens utk APS-C boleh masuk Full Frame, lens Full Frame lagi lah boleh masuk APS-C
  • Utk Canon, lens utk APS-C iaitu EF-S tak boleh masuk pd body Full Frame yg menggunakan lens EF
  • Utk Pentax, entah, Pentax takde digital SLR Full Frame, tapi mount masih sama, so lens APS-C boleh saja digunapakai pd body Full Frame (tested with Pentax K1000 + 1855)
  • Sony? Entah. Sila google ^^

5) Performance
  • Full Frame: bigger sensor, so higher Dynamic Range, superb in low light, shallower DOF

6) Focal length & Megapixel - important part!
  • Let say kita guna lens 50mm F1.8 pd kedua-dua body APS-C dan Full Frame
  • APS-C akan memberikan kita focal length dlm 75mm - 80mm, while Full Frame maintain 50mm
  • So body APS-C memberikan kita advantage dari segi focal length yg jauh, yg mana agak berguna utk wildlife/sport photography dgn full resolution (highest megapixel)
  • Manakala jika kita inginkan focal length 75mm pd body Full Frame dgn lens 50mm, kita kena bergerak ke depan sedikit, atau gunakan high speed crop, tapi megapixel akan berkurang
  • So, dlm beberapa genre photography yg memerlukan focal length yg jauh, kamera DSLR APS-C adalah lebih berguna drpd Full Frame
  • Tp jika kita lihat pula dari sudut shorter focal length, DSLR Full Frame mempunyai kelebihan kerana tiada penambahan focal length pd nya.
  • So utk genre yg wide seperti landscape atau mengambil gambar group, body Full Frame lebih elok digunakan

Berdasarkan point no 6 especially, utk sport dan wildlife photography, mereka biasanya lebih prefer utk menggunakan body APS-C kerana saiz sensor yg kecil dpt menambahkan lg focal length tanpa penggunaan Teleconverter.

So kita boleh simpulkan bahawa;

DSLR APS-C menang sebab
  1. Murah dan kecil
  2. Focal length yg lebih pnjg sbb crop factor utk wildlife/sport
  3. Built in flash

dan DSLR Full Frame pula menang dari segi
  1. Larger sensor --> Dynamic Range, bokeh
  2. Wider focal length

Kesimpulannya, mmg dari segi performance, DSLR Full Frame itu lebih hebat drpd DSLR APS-C.

Tapi perbandingan lain seperti faktor harga serta jenis genre menjadikan kamera DSLR APS-C lebih baik dpd DSLR Full Frame.

So, adakah Full Frame itu sentiasa lebih hebat drpd APS-C?
Jwpn utk soalan ini bergantung kpd photographer itu sendiri, genre yg mana yg dia minati, serta duit poket yg dimiliki.

APS-C ke Full Frame ke, bendanya sama jek - kamera, utk ambil gambar. So beli je lah APS-C tu and live happily with it!

Atau, kalau nak sgt merasa full frame, beli SLR filem. Body + lens 50mm dlm RM200-RM300 je pun.

Um, so far ni je kot. Tak sure kalau ada point lain yg perlu di-highlight.
Takpelah, ni pun dh mcm agak panjang.

Kalau ada fakta yg salah, kasitau eh. Saya budak baru belajar :)

Selamat membaca!

Link
Ejad Fotopoyo


References & Extra Reading:

  1. http://www.cameralabs.com/forum/viewtopic.php?t=20265&sid=e5c40ebd0929ccf3e94b8b6ec9be1c2b
  2. http://ejadfotopoyo.blogspot.com/2011/02/mari-belajar-fotografi-10-crop-factor.html
  3. http://www.bobatkins.com/photography/digital/full_frame_vs_aps-c.html

ADVANCED - Exposure Bracketing & High Dynamic Range (HDR)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Sebelum nak story pape, nak bagi reminder dulu.
Artikel ini akan lebih mudah difahami sekiranya anda sudah faham betul-betul teknik Exposure Metering.

So jika anda belum faham, boleh baca di sini: Bagaimana Menggunakan Mode M

Dah baca & faham?
Ok, now we can proceed to our topic - BRACKETING.

Apabila kita mengambil gambar, light meter pd kamera akan memilih (atau jika mode Manual, kita yg pilih) nilai shutter speed, aperture dan ISO yg kita rasakan paling terbaik utk mendapatkan gambar yg properly exposed.

Tapi, properly exposed yg mcm mana? Adakah properly exposed atau ideal exposure itu bermaksud gambar itu confirm cantik?

Selalunya masalah exposure berlaku apabila kita mengambil gambar landscape, kerana bahagian atas (langit) terlalu terang, manakala bahagian bawah (tanah/laut) lebih gelap berbanding atas.

Jika kita mengambil bacaan exposure bahagian atas, langit akan properly exposed, tapi bwh yg sememangnya gelap akan maintan gelap.
Manakala, jika kita mengambil bacaan exposure bahagian bwh, gambar akan diterangkan, sekaligus menyebabkan langit yg sudah terang itu menjadi terlalu terang.

Dlm Exposure Bracketing, teknik bracketing akan menyelesaikan masalah sebegini.

Bagaimana? Dengan mengambil beberapa keping gambar yg sama tapi berlainan exposure, iaitu 'menambah' sekurang-kurangnya 2 lagi gambar, iaitu 1 yg terang, dan 1 yg gelap.

Kebiasaanya dgn teknik bracketing, jumlah gambar ialah ganjil. Contoh:
  • 1 under + 1 ideal + 1 over = 3 exposures
  • 2 under + 1 ideal + 2 over = 5 exposures
  • 3 under + 1 ideal + 3 over = 7 exposures
  • dan seterusnya

So combined all together, kita ada 3 set gambar = overexposed, ideally exposed, underexpose.

Dan gap atau jarak exposure tu plak bergantung kpd selera kita. Paling senang ialah gap 1 stop pada shutter speed, contohnya:

  • Ideal:                  ISO100     f/8     1/250
  • Under 1 stop:       ISO100     f/8     1/500
  • Over 1 stop:        ISO100     f/8     1/125

Utk pemahaman lanjut sila rujuk artikel Divisyen Stop Dalam Exposure Reading.

Kenapa nak diambil byk-byk gambar mcm ni?

Utk gambar yg ideal exposure, kita mahukan detail pada midtone.
Utk gambar yg underexposed, kita mahukan detail pada highlight.
Utk gambar yg overexposed, kita mahukan detail pada shadow.

Berikut adalah contoh bracketing yg aku buat, iaitu sebanyak 7 frames (3 over, 1 ideal, 3 under). Sila lihat, pada gambar yg underexposed, detail pada langit (highlight) lebih jelas kelihatan, manakala detail pada pokok (shadow) lebih jelas pada gambar yg overexposed.


Info penting yg perlu anda ketahui dalam mengaplikasikan exposure bracketing ialah:
  • gunakan ISO serendah yg mungkin (ISO100~200) kerana kita pakai tripod
  • gunakan aperture yg kena dgn selera keluasan depth of field yg anda mahu. Kalau gambar landscape, pakai aperture f/8-f/14
  • perubahan hanya berlaku pada bacaan shutter speed
  • sukati nak pakai White Balance apa, tapi aku usually akan pakai Daylight.

Lepas dah ada koleksi gambar yg merangkumi kesemua exposure ni, anda bolehlah menggabungkannya menggunakan software seperti berikut. Link utk contoh tutorial disertakan:
  1. Adobe Photoshop: tutorial
  2. Photomatix: tutorial
  3. Picturenaut (freeware): tutorial
  4. dan lain-lain.
Kalau contoh tutorial kat atas tu kurang memuaskan utk korang, google sendiri je "nama software hdr tutorial", contohnya "photoshop hdr tutorial".

Hasil drpd gabungan kesemua gambar tersebut, anda akan mendapat gambar yg betul-betul properly exposed, di mana detail pd shadow, midtone dan highlight kesemuanya dapat dilihat dgn clear dan jelas.

Tapi belum sempurna lagi gambar tu. Editing/post processing mesti dibuat utk mencantikkan dan menyempurnakan lagi gambar tersebut.

Ini hasil gabungan tone mapping drpd Photomatix dan editing drpd Adobe Lightroom:


Gambar mcm ni lah yg dipanggil HDR - High Dynamic Range.

Contoh lain:


Mengenai editing dan post processing ni,  mcm biasalah, subjektif. Korang edit lah sesuka hati. Tiada rule yg mengatakan gambar HDR mesti pekat la apa la.

Contoh gambar HDR aku yg lain: HDR oleh Ejad Fotopoyo


FAQ Section:

1) Mcm mana nak ambil gambar dgn function Bracketing?
  • Tripod - wajib. Kita nak ambil beberapa frame gambar yg sama, so handheld akan menyebabkan horizontal/vertical kita lari/tak seimbang
  • Mirror lockup dan remote shutter digalakkan
  • Seeloknya gunakan format RAW to preserve as much details as possible
  • Guna function bracketing yg ada pada kamera anda (sila baca User Manual)

2) Tapi kamera saya takde feature Bracketing. Mcm mana?
  • Aku try guide secara ringkas.
  • Kalau pakai mode manual, just make sure utk dptkan ideal exposure seperti biasa, iaitu indicator di "0" atau di tgh. Lepas snap, tanpa mengubah bacaan aperture dan ISO, ubah bacaan shutter speed ke bacaan yg lebih tinggi (utk gambar underexposed), kemudian yg lebih rendah (utk gambar overexpose). Berapa byk frame dan berapa jarak stop tu terpulang pada anda. Tapi biasanya paling minimum ialah 3 frames dan jarak 1 stop.
  • Atau, lebih mudah kalau pakai mode Av/A, lps snap gambar, pakai button Exposure Compensation dan bermain-main dgn nilai + dan - utk mendapatkan gambar yg over dan underexposed.

3) Bagaimana nak menggabungkan gambar-gambar tersebut?

4) Lepas dah gabung, nak edit mcm mana?
  • Subjektif. Nak edit kasi mendung ke, B&W ke, pekat ke, tu semua terpulang pd anda
  • Jika anda inginkan efek yg dramatik, boleh guna Tone Mapping pd Photomatix
  • Jika inginkan efek natural, edit biasa-biasa pun sudah memadai

5) Tapi saya tgk kawan-kawan saya punya gambar HDR semua mendung-mendung, kaler pekat. Means HDR tu gambarnya memang mcm tu ke?
  • Nope!
  • HDR sendiri bermaksud High Dynamic Range, di mana Dynamic Range itu merujuk kpd tonal detail yg terdapat pd highlight, midtone dan shadow
  • So slps gambar bracketing anda digabungkan, anda sudahpun mempunyai foto HDR, iaitu foto yg betul-betul properly exposed
  • Mendung dan kaler yg pekat tu itu just hasil editing drpd tone mapping. Anda nak edit jadi cerah ke gelap pun boleh, apedehal, as long as detail pd highlight/midtone/shadow tu masih terpelihara

6) Kejap, saya masih confuse. Apa beza Exposure Bracketing dgn HDR?
  • Exposure Bracketing ialah teknik mengambil beberapa gambar yg sama tetapi berlainan exposure
  • HDR ialah gambar yg tinggi dynamic range nya, lengkap dgn tonal detail pd highlight, shadow dan midtone
  • So exposure bracketing ialah teknik, HDR ialah hasilnya (gambar)

7) So wajiblah guna teknik Exposure Bracketing utk dapat gambar HDR?
  • Usually yes, but it depends.
  • Certain gambar yg contohnya langitnya tidaklah terlalu terang, HDR boleh diperoleh hanya dgn single RAW file, iaitu dgn editing menggelapkan bahagian langit dan menerangkan bahagian foreground.
  • Atau, gunakan GND filter utk menggelapkan bahagian langit
  • Mcm aku, bila aku tak bawak tripod, aku capture single RAW image pastu edit kasi nmpk mcm HDR. Google "hdr with single image"

    8) HDR ni hanya utk landscape je ke?
    • Nope. Teknik exposure bracketing ni bole di-apply pada semua jenis gambar, yg mana anda mahukan detail yg lengkap pada midtone, highlight dan shadow.
    • Kebetulan je gambar landscape byk yg HDR sebab perbezaan exposure yg ketara di antara langit dan foreground memaksa jurufoto menggunakan kaedah exposure bracketing

    Sekian dulu perkongsian kali ni.

    Nota ni tak lengkap. Aku tak mampu nak share everything dalam 1 artikel sbb aku nak korang try dan explore sendiri psl HDR ni.

    Utk pemahaman lanjut boleh baca artikel di bwh:
    1. http://www.stuckincustoms.com/hdr-tutorial/
    2. http://www.cambridgeincolour.com/tutorials/high-dynamic-range.htm
    3. http://en.wikipedia.org/wiki/Bracketing
    4. http://www.photoxels.com/tutorial_exposureBracketing.html
    5. http://www.tawbaware.com/maxlyons/cgi-bin/image.pl?showFileName=Blend_KeyBridge_Blended.jpg&gallery=1

    Semoga bermanfaat.

    Ejad Fotopoyo

    Wednesday, June 8, 2011

    Sunny-16 & Flash

    Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

    Ini gambar sunset yg biasa kita ambil:


    Tapi kadang-kadang kita nak jugak includekan gambar subjek, misalnya orang, so kita pun ambil bacaan exposure subjek dan snap, jadilah gambar yg mcm ni:


    Apa jadi dgn gambar di atas? Memang kita dpt clear shot pd subjek, tapi sunset hilang sudah.
    Ini berlaku sebab perbezaan exposure yg ketara di antara kulit kita dgn background.

    Secerah mana pun kita, tak boleh lawan kecerahan cahaya matahari.

    So apabila kamera baca exposure kulit kita, kamera akan beri bacaan yg membuatkan gambar kita cerah, sekaligus mencerahkan segala-galanya dlm frame, termasuk background yg sememangnya dah cerah akan jadi melampau cerah.

    So kita pun ambillah bacaan exposure background dan snap lagi sekali, jadi gambar silhouette la pulak:


    Background dah kacak dah, tapi subjek jadi gelap pulak. Sebabnya sama shj seperti di atas - perbezaan exposure yg ketara di antara kulit kita dgn background.

    So mcm mana nak buat gambar yg kita dpt kedua-duanya sekata - background cantik, subjek pun nmpk jelas?

    Senang je:
    1. Gunakan mode M (Manual)
    2. Ambil bacaan exposure background. Gunakan Sunny-16 Rule sbg guide. Kalay f/16 akan menyebabkan shutter speed anda terlalu rendah, pakailah aperture berapa-berapa pun, sekitar f/4 - f/11, as long as korang dapat exposure yg proper utk background tu.
    3. Apa pun, make sure bacaan shutter speed korang tu tidak melebihi Sync Speed, iaitu sekitar 1/200 - 1/250.
    4. Gunakan reflector atau flash (built-in atau external, doesn't matter, tapi seeloknya external flash kerana power-nya lebih kuat)
    5. Gunakan manual power, setkan pd power 1/4 dahulu. Nak pakai diffuser ke apa ke tu sukati korang.
    6. TANPA mengubah bacaan exposure yg kita dah set masa fokus kat background tadi, skrg fokuskan pulak kpd subjek. Teknik ini dinamakan recompose.
    7. Halakan flash direct kpd subjek. Jgn bounce, nak bounce celah mananya, atas tu takde siling.
    8. Ambil gambar.
    9. Jika gambar subjek gelap/terang, adjust balik power flash supaya lebih kuat atau sebaliknya
    10. Jika background terlalu terang/gelap, back to basic - adjust balik shutter speed/ISO/aperture sampai dpt exposure yg proper pd mata anda

    Hasilnya?



    Senang je kan?

    Technically, apa yg berlaku disini ialah:
    • Bacaan exposure digunakan utk mendapatkan gambar background
    • Lighting/flash/reflector pula utk menerangkan subjek

    Contoh gambar-gambar lain:




    Selamat mencuba!

    Yang poyo,
    Ejad Fotopoyo

    Monday, June 6, 2011

    Brand War | Why So Serious?

    Sumber foto: petapixel

    Mcm biasa, soalan yg seringkali dikemukakan ialah:
    "Mana lagi bagus, Nikon ke Canon?"

    Pelbagai hujah diutarakan seperti:
    • Body Nikon lebih baik
    • Lens Canon lebih superb
    • Nikon bagus pd ISO performance
    • Canon punyai byk pilihan pd body dan lens
    • bla bla bla jibber jabber the list goes on...

    Yes, all the points stated above are valid.
    • Kekuatan pd body kamera Nikon terbukti apabila jenama itu dipilih oleh US Military & NASA
    • Lens Canon 70-200mm F2.8 L2 mmg lens yg sgt bagus
    • Tolak tepi Canon 5DM2 & 7D, model Canon yg lain mmg susah nak compete dgn Nikon punya ISO performance
    • Canon punyai lebih byk pilihan utk body dan lens; tgk je la katalog diorang

    Tapi, utk mengatakan Nikon adalah jenama terbaik sbb mempunyai body yg lebih kuat dan ISO performance yg bagus adalah PLAIN STUPID.

    Sama juga; utk mengatakan Canon adalah jenama terbaik hanya kerana ia mempunyai byk pilihan pd body dan lens adalah SENGAL.

    Kenapa? Because it's all about what works for you.

    Pemilihan jenama kamera bukanlah semata-mata bergantung kpd specifications/feature/benefit/free gift yg ditawarkan, ia juga bergantung kpd keselesaan, bagaimana feel jika kamera itu dipegang dan digunakan.

    Dan yg paling penting, pemilihan perlulah bertepatan dgn requirement kita.
    Kalau dah setakat kerja shoot wedding je, takyah la nak bazir duit beli lens bagak mcm 400mm F2.8.

    Still, kenapa wujudnya brand war sebegini? Apa yg buat kita cerewet sgt dlm nak membeli kamera yg pelbagai jenama, yet tugasnya hanyalah tak lain tak bukan: menangkap gambar?


    Ini antara sebab kenapa ke-cerewet-an itu berlaku:


    1) Fear of the unknown - takut dgn jenama lain yg tak familiar

    Kita biasa tgk gambar yg cantik di Internet, hampir semua diambil dgn kamera Canon/Nikon.
    Sony, Pentax, Samsung dan Olympus adalah antara mangsa dlm ketakutan ini. Tak ramai pilih jenama yg disebut ni sbb:
    "Mcm mana pulak kalau Nikon/Canon lebih bagus drpd jenama ni?"

    "Mcm mana pulak kalau aku beli Olympus, tgk-tgk org lain yg guna Canon/Nikon dpt shoot gambar yg lebih cantik drpd aku? Tak ke menyesal beli Olympus ni nanti."


    2) Fear of Disapproval, Failure or Rejection - takut tak dpt diterima oleh photographer yg berlainan jenama kamera

    Sbb ramai sgt clan Nikon dan Canon, jika beli jenama lain, ditakuti tak boleh geng, kena pulau dan sbg nya.

    Pernah terjadi, org Canon & Nikon memperkecilkan brand Pentax yg aku pakai, dgn hujah Canon dan Nikon ada full frame digital, tapi Pentax takde.

    Aku tanya diorang balik dgn selamber nya:
    "Canon & Nikon ada Medium Format ke?"

    Soalan aku berjaya membuatkan budak Canon & Nikon tu speechless. Yeay! ^^

    So, tolak tepi la isu jenama ni. Again aku nak tegaskan, semua kamera bagus. Dan ia akan jadi lebih bagus jika digunakan oleh org yg berpengetahuan.

    Ingat, 2 critical factors yg perlu dipertimbangkan setiap kali nak beli kamera (atau basically nak beli apa-apa lah):
    1. Budget
    2. Requirement

    Hebat mana pun Canon 5DM2 tu, kalau budget setakat RM2000, beli jelah Canon 1000D/1100D.
    Hebat mana pun Nikon D3 pd ISO performance, kalau setakat nak shoot guna ISO400 pun takut noise, baik takyah.

    Kat sini aku list kan kehebatan brand kamera yg ada, based on personal experience:



    Nikon - The Darklord

    • Gelaran The Darklord diberi bukan saja-saja - yes, sbb ISO performance yg bagus
    • Weatherproof body
    • Skintone yg superb pd body CCD - Nikon D70/s, D40/x, D200
    • User-friendly menu
    • Lens lama masih boleh diguna-pakai tanpa perlu adaptor/converter
    • Punyai wide lens terhebat - Nikkor AF-S 14-24mm F2.8G NanoCoating, sampai digunakan oleh pengguna Canon dgn bantuan adapter


    Canon - The White Paladin

    • King of Megapixel dan LCD yg cantik
    • White paladin sbb lens telephoto yg berwarna putih
    • Byk free gift dan merchandise
    • Good marketing skills and strategies
    • After sale service yg mantap
    • Tiada isu lens bermotor/takde motor mcm Nikon
    • Lens AF yg superb - 50mm F1.2, 85mm F1.2 for examples


    Pentax - Simply Colorful


    • Satu-satunya kamera yg mempunyai 100 warna berlainan
    • ISO performance yg bagus, even pd body entry level
    • Body entry level menggunakan bateri AA, which is convenient
    • SMC coating dan weatherproof lens
    • Lens lama masih boleh diguna-pakai tanpa perlu adaptor/converter
    • Lens lama yg murah tapi sharp gile kentang (cnth: SMC Pentax-M 50mm F2, tak sampai RM200)
    • Shake Reduction mechanism pd body, membolehkan ianya compatible utk hampir kesemua lens, berbanding dgn Canon/Nikon yg mana mechanism itu hanya pd lens tertentu sahaja


    Sony - The Orange Legion


    • Teknologi Translucent Mirror membolehkan gambar diambil sebanyak 10FPS dgn mudahnya
    • Video dgn Autofocus
    • Electronic viewfinder membolehkan exposure histogram dibaca sebelum gambar diambil
    • Sony NEX yg sekecil compact camera, tapi sehebat DSLR
    • Shake Reduction mechanism pd body, membolehkan ianya compatible utk hampir kesemua lens, berbanding dgn Canon/Nikon yg mana mechanism itu hanya pd lens tertentu sahaja


    Olympus



    • Crop factor 2.0 sbg aset kpd sport & wildlife photographer
    • Body yg kecil dan ringan
    • Mempunyai kamera Micro Four Third yg lebih compact dan ringan
    • Update - skrg Olympus dah ada OM-D, body yg sgt retro dan superkacak

    Samsung



    • Teknologi yg hampir sama dgn Pentax, so refer back to Pentax above


    Drpd list di atas, dpt disimpulkan - there is no perfect camera for everything.

    Ada juga yg membuat pemilihan based on looks, mcm beli Pentax sbb ada warna yg unik, compared to jenama lain.

    Just pilih mana yg terbaik utk anda, beli, dan ambillah gambar tanpa kerisauan apa-apa.

    It's just a camera, not a religion.

    Be proud of what you have, because the best gadget is the one that you always have with you.

    PS - Artikel ini dibebelkan pada tahun 2011. Banyak dah perubahan yg berlaku skrg ni (2014), so pandai-pandai la baca dan adapt dgn current situation.

    Ejad Fotopoyo


    Sumber Rujukan:
    1. pcauthority
    2. forum.lowyat.net
    3. photofocus
    4. petapixel
    5. ejadfotopoyo

    Friday, June 3, 2011

    6 Sebab Kenapa Anda WAJIB Memiliki Lens 50mm


    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

    Lepas beli DSLR dan shoot beratus gambar guna kitlens 1855, kita akan rasa nak upgrade.

    Kalau korang tanya aku nak upgrade apa, aku akan jwb:
    "Dah ada lens 50mm? Kalau belum, g beli!"

    Ek, kenapa? Best ke lens 50mm tu?

    Best giler bai. Mai baca ni:


    1) Murah!

    Sumber: shashinki
    Sumber: shashinki

    Lens 50mm F1.8 berharga dlm lingkungan RM300-RM400 - yes, they're fairly cheap! 

    Cuma, utk DSLR Nikon yg takde motor, kena beli version AF-S kalau nak autofocus, dlm RM700. Baca artikel Entry Level DSLR Nikon utk info lanjut.


    2) Angle & Perspective

    Pada focal length 50mm, angle & perspective yg dihasilkan adalah seakan-akan sama dgn view dari mata manusia.

    Bagaimana yg dimaksudkan dgn sama?
    • Very minimal (atau hampir tiada) distortion
    • Very minimal (atau hampir tiada) vignette

    Sebab itu lens 50mm (atau 55mm dan 58mm) dikatakan sbg "normal lens" serta "kitlens" pada suatu ketika dahulu.

    Dan pada body DSLR APS-C, lens 50mm akan menjadi 75~80mm (baca artikel Crop Factor), menjadikan ianya focal length yg sgt ideal utk portrait/candid.


    3) Bokeh Kuajaq

    Aperture besar yg ada pada lens 50mm membolehkan kita mendapat bokeh yg jahat. Utk bokeh paling jahat, simply guna aperture terbesar iaitu f/1.8 atau f/1.4 pada lens 50mm anda. 

    Nikon D700 & AF Nikkor 50mm F1.8D


    4) DIY Bokeh


    Pernah tgk gambar yg bokeh dia bentuk love?

    Untuk kita bermain dgn bentuk bokeh yg pelbagai, kita perlukan lens dgn aperture besar. Disebabkan lens 50mm F1.8 ni lens aperture besar yg murah, maka sebab itu ia menjadi pilihan terbaik.


    Untuk info lanjut pasal DIY Bokeh, boleh usha sini: Fotopoyo | DIY Bokeh


    5) Close-up/Macro Lens

    Pentax K200D | SMC Pentax-M 50mm F2

    Lens 50mm bukanlah lens terbaik utk shoot macro (melainkan lens 50mm yg mmg dicipta utk macro), kerana focus distance yg jauh menjadikan ianya lebih sesuai utk portrait.

    Namun, dgn kaedah tertentu, kita boleh 'convert' lens 50mm ni kpd macro lens, iaitu dgn menggunakan kaedah reverse atau extension tube.

    Gambar spiderman di atas diambil menggunakan extension tube, manakala gambar di bawah diambil menggunakan teknik reverse. Teknik reverse boleh diaplikasikan melalui 2 cara; menggunakan reverse ring, atau pegang je lens tu secara terbalik. Utk info lanjut, usha sini: Macro | Radas & Bahan.

    Nikon D700 | Nikkor AF 50mm F1.8D | Handheld Reverse


    6) Sharp!


    Biasa guna f/1.8 je eh? Ha skrg try kecikkan aperture tu kpd f/2.8 ke f/4 ke, pastu tgk ke-sharpness-an gambar tu. Menikam kalbu beb.

    Akhir kata, dijemput utk mencuci mata melihat gambar2 dibawah. Kesemuanya diambil menggunakan lens 50mm, sama ada drpd kamera APS-C atau Fullframe.

    Mohon tabah.


    ~ HALL OF POISONS ~

    Nikon D700 | AF 50mm F1.8D
    Nikon D700 | AF 50mm F1.8D
    Nikon D700 | AF 50mm F1.8D
    Pentax K20D | SMC Pentax-M 50mm F2
    Nikon D2X | AF 50mm F1.8D
    Nikon D3 | 50mm F1.8 AI
    Pentax K-x | SMC Pentax-M 50mm F2
    Canon 1000D | EF 50mm F1.8
    Nikon F90 | AF 50mm F1.8D
    Nikon D700 | AF 50mm F1.8D
    Nikon D700 | AF 50mm F1.8D
    Nikon D700 | AF 50mm F1.8D
    Nikon D200 | AF 50mm F1.8D
    Nikon D700 | Nikkor 50mm F1.8 AI-s


    So jika anda masih belum memiliki lens 50mm, cepat-cepat g beli! Confirm berbaloi-baloi.

    Ejad Fotopoyo