Sunday, April 28, 2013

Flash Sync Speed

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Di petang ahad yg mendung ni, aku nak share dgn korang pasal benda yg ramai tak tau dan tak bother nak amik tau, iaitu flash sync speed.


Apa Itu Flash Sync Speed?

Ringkasnya, flash sync speed atau dipanggil juga sbg sync speed ialah shutter speed terpantas yang anda boleh guna bersama dgn flash.

Walau selaju mana pun shutter speed yg anda pada kamera anda, 1/4000 ke 1/8000 ke, flash takkan dpt berfungsi jika anda sedang menggunakan shutter speed yg lebih laju drpd sync speed kamera anda.


Sync Speed Ni Pada Body ke Lens ke Flash?

Sync speed = shutter speed, maka ia pada body kamera lah.


Macam Mana Nak Tau Flash Sync Speed Pada Kamera Kita?

Majoriti kamera sekarang ni mempunyai sync speed sekitar 1/200-1/250.
Utk DSLR model lama mcm Nikon D40, D50 dan D70, sync speed ialah 1/500.
Utk kamera filem, rata-rata agak rendah, sekitar 1/30, 1/60 atau 1/125.

Kalau nak tau berapa exactly sync speed kamera anda, click SINI.


Apa Jadi Kalau Pakai Shutter Speed Yang Lebih Laju Drpd Flash Sync Speed?

Utk kamera lama iaitu kamera filem/analog, majoriti akan menghasilkan gambar yg ada black bar, atau partial blackout. Dan of coz benda ni hanya dpt diketahui lepas develop filem tersebut.

Utk kamera digital atau elektronik mcm sekarang ni sumtimes jadi mcm tu jugak, tapi kebanyakkannya memang takkan membenarkan flash berfungsi jika shutter speed tu lebih tinggi drpd sync speed.

Contoh mcm Pentax K-r aku ni, sync speed ialah 1/180, so bila aku pakai built-in flash, aku takleh tukar kpd shutter speed yg lebih laju drpd 1/180. Kalau pakai external speedlight plak, boleh setting speed lagi laju, tp bila shoot, flash tak menyala.


Kenapa Terjadinya Black Bar/Partial Blackout Tu?

Dalam bahasa mudah, ia terjadi sbb shutter curtain tutup laju sgt sehingga menyebabkan flash tak sempat nak menerangi gambar anda.

Kronologinya begini:
  1. Tekan shutter button, shutter curtain terbuka.
  2. Serentak dgn itu, cahaya ditembak keluar dari flash
  3. Tapi disebabkan shutter laju sgt, belum sempat cahaya dari flash tu nak menerangi keseluruhan gambar, shutter curtain dah ditutup
  4. Maka partial blackout atau black bar itu ialah bahagian yg tak lengkap exposure-nya sbb ditutup oleh shutter curtain


Makin laju shutter speed, makin besar bahagian yg black out.

Contoh gambar drpd Canon 350D (sync speed: 1/200) dgn flash YN 560 II:





Maka utk mengelak drpd berlakunya fenomena begini, just make sure anda gunakan shutter speed yg tidak melebihi flash sync speed anda.

Kalau ikut style aku, bila pakai flash:
  1. Nikon + SB600: aku pakai mode A, terus Nikon akan pakai shutter speed 1/60, so benda black out ni takkan berlaku
  2. Pentax & Canon: since aku takde dedicated flash yg boleh TTL dgn dua-dua brand ni, so aku pakai manual flash je, iaitu Metz dan Yongnuo, dan aku control power secara manual, pastu make sure shutter speed sekitar 1/60-1/200.


Kalau korang nak baca pls benda ni dgn lebih lanjut, google je "sync speed" atau "flash sync speed", akan keluar mcm-mcm result dgn explaination yg lebih detail. Benda-benda mcm leaf shutter, high sync speed (HSS) atau pasal FP flash semua tu aku takkan usik. Mohon gugel dan baca sendiri kalau nak tau.

Semoga bermanfaat.

Ejad Fotopoyo

Monday, April 22, 2013

Zoom Lens: Fixed & Variable Aperture

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Hai korang! Sihat? Dah dinner? Dah mandi? Dah solat?
I'm fine, thanks for asking.

Malam ni aku agak free, so aku amik chance ni utk membebel sikit. Setakat mana yg termampu je la. Setakat mana yg aku dah ada bahan siap-siap.

Latest article aku baru-baru ni ialah mengenai All Rounder Lens. Sape belum baca dan nak baca, atau sape rasa nak baca lagi sekali, sila klik DISINI.

Malam ni aku masih rasa nak membebel pasal lens. Specifically zoom lens. Tajuk artikel ialah Fixed & Variable Aperture.


PENGENALAN

Setiap lens, baik zoom mahupun prime lens, mempunyai aperture maksimum masing-masing. Ia biasanya akan dinyatakan pada lens tersebut.

Contoh kitlens korang sendiri iaitu 18-55mm F3.5-5.6 atau prime lens 50mm F1.8. Angka F3.5, F5.6 dan F1.8 itu menunjukkan aperture maksimum pada lens tersebut.




FIXED & VARIABLE APERTURE

Apabila kita membincangkan mengenai Fixed & Variable Aperture pada lens, kita sebenarnya sedang membincangkan mengenai aperture maksimum yg ada pada zoom lens, bukan prime lens.

Ini kerana prime lens sememangnya mempunyai hanya 1 nilai maksimum aperture, contohnya 50mm F1.8, 28mm F2.8, 85mm F1.4. Kesemua prime lens akan menunjukkan hanya 1 angka aperture, kerana focal length-nya hanya 1.

Kita start dgn variable aperture dulu.


Variable Aperture

Sebuah zoom lens dikatakan mempunyai variable aperture apabila terdapat 2 angka aperture yg berlainan pada lens tersebut, misalnya kitlens 18-55mm korang sendiri, di mana 2 angka tersebut ialah F3.5 dan F5.6.

Apakah maksud angka ini?
*utk memudahkan kerja, aku ringkaskan focal length kpd FL

Pada FL 18mm, aperture maksimum ialah f/3.5.
Pada FL 55mm, aperture maksimum ialah f/5.6.

Ingat balik asas Aperture, nilai yg rendah bermaksud aperture itu besar. Maka kita katakan f/3.5 itu aperture besar berbanding f/5.6.

Maka bila korang pakai variable aperture lens mcm kitlens 18-55mm tu, pada FL 55mm, korang takkan boleh pakai aperture yg lebih besar drpd f/5.6 (nilai f yg lebih kecil drpd 5.6). Kalau tak caya try la sendiri, pakai mode M atau Av, mula-mula pakai FL 18mm, set kat f/3.5, pastu korang zoom kpd 55mm, tgk nilai aperture tu akan bertukar kpd f/5.6 dan korang mmg takkan boleh ubah kpd angka yg lebih kecil.

Contoh-contoh lens lain yg termasuk dlm kategori variable aperture:

SMC Pentax-DA 50-200mm F4-5.6

Sigma 10-20mm F4-5.6

AF-S Nikkor 18-70mm F3.5-4.5 (kitlens D70)

Senang cerita, apa sahaja zoom lens yg ada 2 nilai aperture berlainan seperti contoh di atas, adalah termasuk dlm kategori variable aperture lens.


Fixed Aperture

Lawan bg variable aperture ialah fixed aperture.
Dlm bahasa mudah, kalau kat atas ni tadi ada cerita psl 2 angka aperture berbeza, skrg ni utk fixed aperture, zoom lens dia hanya ada 1 nilai aperture maksimum.

Tokina 28-80mm F2.8

Tokina 12-24mm F4

AF-S Nikkor 70-200mm F2.8

Contoh-contoh lain yg agak fofular ialah Tamron 17-50mm F2.8, Tokina 11-16mm F2.8, Nikkor 17-55mm F2.8, Canon 17-40mm F4L dan sebagainya. Pendek kata mana-mana zoom lens yg korang nampak hanya ada 1 nilai aperture, ia termasuk dlm kategori fixed aperture.


Aperture Maksimum vs Minimum

Ramai dikalangan kita, especially newbies yg kurang faham maksud nilai maksimum dan minimum bagi aperture.

First of all, sbg asas, seperti yg dah dihuraikan dalam artikel Aperture, aperture ni disebut terbalik dgn nombornya.

f/1.8 dikatakan aperture besar, manakala f/16 dikatakan aperture kecik, kerana 'besar' dan 'kecik' bukan merujuk kpd angka 1.8 dan 16 tu, tapi merujuk kpd saiz diameter bukaan pada lens tersebut. f/1.8 dikatakan aperture besar kerana diameter bukaannya lebih besar drpd f/16.

Maka, sbb itu nilai aperture yg kecik itu, seperti F1.8, F2.8, F3.5, F5.6 dikatakan nilai maksimum, kerana itulah bukaan paling besar yg boleh di-set pada lens tersebut.

Nilai aperture minimum plak merujuk kpd nilai f yg paling besar lens tu boleh pergi, biasanya f/22 sampai f/36. Nilai aperture minimum jarang sekali dinyatakan pada lens kerana memang majoriti lens tu nilai aperture minimum dia ialah f/22.

Ilustrasi mudah, drpd f/1.4 sampai f/22, dgn jarak 1-stop:

1.4   2   2.8   4   5.6   8   11   16   22
Besar ------------------------- Kecil
Maksimum ----------------- Minimum


Fixed Aperture VS Variable Aperture

Sepertimana prime lens sentiasa lebih baik drpd zoom lens dari segi kualiti penghasilan gambar, fixed aperture zoom lens yg mempunyai hanya 1 nilai aperture maksimum sudah tentu lebih baik drpd variable aperture zoom lens yg mempunyai 2 nilai aperture maksimum yg berlainan.

Fixed aperture zoom lens sgt hebat dalam kes:
  1. low light - membolehkan penggunaan shutter speed yg tinggi atau penggunaan ISO yg rendah pada tempat gelap
  2. bokeh yg lebih kacak kerana aperture besar
  3. tak pening dgn setting aperture yg berlainan apabila menukar FL

Namun begitu, disebabkan dia sgt best, for sure la dia lg mahal. Senang cerita majoriti fixed aperture zoom lens ni atas RM1000 lah.

So walaupun dia best, sila check duit poket anda serta tanya pendapat menteri kewangan iaitu bini anda, adakah pembelian lens yg mahal itu berbaloi dgn gaya hidup fotografi anda yg mmg buat job atau sekadar suka-suki itu...

Maka dgn itu, sekian dulu artikel mlm ni. 

Semoga bermanfaat :)

Ejad Fotopoyo

Thursday, April 11, 2013

Bengkel Fotografi: April 2013

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Berikut adalah kelas yg akan dibuat pada bulan April.
Klik link yg diberikan utk maklumat lanjut. Sila baca segala apa yg sudah ditaip sebelum bertanyakan sebarang soalan.

-------------------------------------------------------------------------------------------


Bengkel Asas Fotografi Digital
27 April 2013
Teras Jernang, Bangi

Maklumat lanjut: Bengkel Bangi

Peta lokasi:


Friday, April 5, 2013

All Rounder Lens

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat pembaca Blog Ejad Fotopoyo sekalian.

Korang rindu aku tak? Hee.
Dah lama giler tak dapat chance nak membebel sejak dah bekerja ni. Busy bangat la konon.

Harini tetiba aku dapat idea nak mengarang sebuah artikel berkenaan lens. Artikel ni simple je la ekceli, namun diharapkan dapat memberi manfaat kpd anda-anda semua. So sementara aku tgh free ni, aku nak membebel sat :)

Canon & Nikon: 18-200mm F3.5-5.6
Sumber: ShaShinKi

Penah dgr istilah All Rounder Lens?

Secara ringkasnya, all rounder lens memberi maksud sebuah lens, biasanya zoom lens, yg mempunyai focal length yg memenuhi keperluan kita tanpa perlu menukar lens lain.

Selain all rounder lens, ia juga ada nama lain seperti multi purpose lens.

Utk mereka yg tak tak amende zoom lens tu, bole baca artikel Jenis-jenis Lensa.

Sbg contoh, kita ada 2 jurufoto iaitu Najib dan Anwar.

Najib ada lens 18-55mm dan 55-200mm.
Anwar ada lens 18-200mm.

Kedua-dua jurufoto ini mempunyai lens yg sama panjang focal length-nya, tapi Najib ada 2 lens, Anwar hanya ada 1.

Anwar dan Najib merupakan kawan karib. Mereka sentiasa bersama baik ketika suka mahupun duka.

Pada suatu hari mereka berdua pergi outing, shoot street.

Najib tgh pakai lens 18-55mm, Anwar plak mmg 1 lens je la yg dia pakai iaitu 18-200mm.

Tiba-tiba nun jauh disana kelihatan Rais sedang belajar Ilmu Hisab di Starbucks utk mengira jumlah rakyat yg hadir pada perhimpunan CLEAN 3.0 semalam.

Melihatkan perkara ini sbg suatu moment yg menarik, lantas Najib dan Anwar terus mengangkat kamera, meletakkan mata di viewfinder dan mem-fokus-kan kpd Rais utk diabadikan gambarnya.

Anwar tgk, kedudukan Rais sangat jauh, maka drpd focal length 18mm, dia zoom terus kpd 200mm, dapatlah imej Rais yg kelihatan agak besar dlm frame gambar.

Bagi Najib pula, disebabkan kitlens 18-55mm beliau tidak cukup jauh utk snap gambar Rais, maka beliau cepat-cepat menukar kpd lens 55-200mm. Malangnya tindakan beliau menukar lens itu memakan masa, dan tgk-tgk Rais sudahpun menutup buku kerana Rais tak minat pada pelajaran Ilmu Hisab.

Dalam kes ini, Anwar dikatakan bertuah kerana memiliki All Rounder Lens, kerana lens 18-200mm itu mempunyai focal length se-wide 18mm dan se-jauh 200mm. Hanya dgn 1 lens, Anwar bole mengambil gambar dgn mudah tanpa perlu membazir masa menukar lens.

So agak-agak dah bole paham dah apa itu all rounder lens?

Ni antara all rounder lens yg ada. Aku letakkan link dari ShaShinKi supaya korang boleh usha sekali price dia:

Cropped Sensor | APS-C | DX:
  1. 15-85mm
  2. 16-85mm
  3. 18-105mm
  4. 18-135mm
  5. 18-200mm
  6. 18-250mm
  7. 18-270mm
  8. 18-300mm

Full Frame | FX:
  1. 24-120mm
  2. 28-100mm
  3. 28-135mm
  4. 28-200mm
  5. 28-300mm
  6. 35-105mm

Dan mcm-mcm lagi. Pendek kata lens tu focal length dia cukup wide dan cukup jauh utk korang pakai tanpa perlu tukar-tukar lens.

All rounder lens sangat best kerana menjimatkan masa dan space. Imagine korang nak pergi travel. Takkan la nak bawak semua lens yg ada kan? Tp dgn all rounder lens seperti 18-200mm, maka kerja korang lebih mudah, hanya bawak 1 lens dan tak perlu bazir masa utk tukar-tukar lens in case subject korang tu terlalu dekat/jauh.


KEKURANGAN ALL-ROUNDER LENS

Namun disebalik kemudahan itu, all rounder lens mahal harganya.

Jadi sebelum tukar kpd all rounder lens, tgk dulu berapa banyak yg anda sanggup spend.

Yg original brand for sure lg mahal drpd 3rd party.
Kalau nak hasil terbaik, belilah yg original.
Tapi kalau tak mampu, beli 3rd party sudah.
Kalau tu pun tak mampu, pakai je la lens yg sedia ada. Sila sedar diri dan kemampuan masing-masing.

Selain itu, disebalik kemudahan dan ke-mobility-an yg korang dpt dgn all-rounder lens tu, korang jgn harap la hasil dia sama lawa mcm prime atau shorter zoom lens lain. All-rounder lens ni binaan dia lebih kompleks sbb terlalu jauh dia punya gap focal length tu. Even the normal zoom lens pun kalah dgn prime lens dari segi kualiti. So logically all-rounder lens yg makin jauh jarak zoom ni hasil dia kurengggg la compared to normal zoom dan prime lens.

So korang kena consider jugak, yg mana jadi priority utama - nak mudah? Atau nak hasil gambar kacak?
Go for all-rounder lens kalau korang tak kisah sangat gambar tu kacak atau tak, janji dpt gambar.
Go for normal zoom atau prime lens jika anda inginkan hasil yg terbaik.
As simple as that.

Pasal lens jenama mana lagi bagus tu plak, mohon gugel lah review sendiri. Terberak aku kalau semua benda aku nak sumbat masuk dlm artikel ni.

Maka dgn itu berakhirlah artikel ringkas utk hari ni. Simple je, nak kasi korang berkenalan dgn all rounder lens je.

Semoga bermanfaat :)

Ejad Fotopoyo