Saturday, October 18, 2014

Samyang | Poor Man's 1.4 Lens

Biasanya bila kita nak beli lens, kita akan check bajet - mampukah utk kita beli jenama yg original iaitu jenama yg sama dgn kamera kita, iaitu Canon, Nikon, Sony, Pentax, Samsung, Olympus, Fujifilm dan sebagainya.

Bagi yg tak mampu, kita akan consider 3rd party brand, kerana biasanya ia lebih murah drpd original brand. Murah kadang-kadang sampai separuh harga.

So bila kita usha market, kita akan nampak atau dengar jenama 3rd party yg fofular seperti Sigma, Tamron, Tokina...

Tapi,

Ada 1 jenama lagi tapi tak sefemes yg disebutkan sebelum ni, tapi dia memberikan hasil yg superkacak dan memuaskan hati... iaitu... Samyang!


PENDAHULUAN

Samyang UK

Samyang Optics Company Limited merupakan sebuah company Korea yg mencipta dan menghasilkan lensa kamera, termasuklah CCTV dan aksesori photography yg lain (sumber: WIKI)

Selain Samyang, ia juga dikenali dgn nama lain seperti Rokinon, Opteka dan lain-lain.


KEKACAKAN SAMYANG

Samyang 85mm F1.4

Bagi yg baru join photography, mungkin tak kenal jenama ni. Tapi bagi yg dah agak lama melibatkan diri, dioran kenal jenama ni. Lens Samyang merupakan 1 alternatif utk mendapatkan hasil gambar yg sgt kacak dan menawan kalbu dgn bajet yg rendah.

Bajet rendah mana?

Katakan anda ni giler dgn portrait dan bokeh. Anda ada bajet RM1500. 
Dgn bajet sebegini, anda boleh beli lens 50mm F1.4 atau 85mm F1.8 drpd jenama original.

Tapi bila anda masukkan Samyang dlm pemilihan, anda akan dapati dgn bajet RM1500 itu, anda boleh sebat lens 85mm F1.4, yg mana lens ni harga dia 4 kali ganda lebih murah jika dibandingkan dgn original brand.

Tak caye boleh usha nih:
  1. Canon 85mm F1.2 RM6299 (Canon takde 85mm F1.4)
  2. Nikon 85mm F1.4 RM3950
  3. Sony CZ 85mm F1.4 RM5288
  4. Sigma 85mm F1.4 RM3799
  5. dan ni harga Samyang 85mm F1.4 RM1180

Samyang juga dikenali sbg Poor Man's 1.4 Lens, kerana semua lens jenama Samyang yg mempunyai aperture 1.4 iaitu 24mm F1.4, 35mm F1.4 dan 85mm F1.4 adalah lens yg murah giler gaban.

Selain bokeh yg hensem, lens Samyang juga terkenal dgn sharp wide open, di mana korang takyah stopdown aperture sbb kat 1.4 tu pun dah sharp melampau-lampau dah.


KE-KURANG-KACAK-AN SAMYANG

So kenapa dia murah?

Salah 1 sebab utama ialah - lens dia manual focus sahaja. Pakai la lens dia yg 24mm ke 85mm ke mirror ke, semuanya manual focus.

"Kalau pakai kat body Nikon yg ada motor, takleh autofocus jugak ke?"
Tak boleh. Sbb ia mmg direka dan dicipta tanpa sebarang AF Motor, so mmg takkan boleh autofocus walaupun anda mount kat motorbot.

Anyway, walaupun dia takde AF, tapi dia punya hasil kacak giler beb. Mmg korang takkan kisah punyalah dgn manual focus bila usha hasil gambar drpd lens Samyang nih.

Majority photographer mmg tak kisah pun dgn lens manual focus ni, kecuali kalau korang mmg perlukan lens yg autofocus sbb kerja kat media ke. Tapi utk wedding atau portrait photographer yg mmg amek masa pelan-pelan kayuh suruh subjek posing, lens ni mmg sesuai utk anda.

Manual focus bukan halangan. Practice makes perfect. Masa awal-awal beli tu mmg normal utk out of focus, tapi lama-lama korang akan improve dan manual focus ni mudah utk dikendalikan.

Utk manual focusing yg lebih lancar, anda boleh guna mcm-mcm tools, such as Split Screen Focusing, Live View, LCD Magnifier, dan sebagainya. Tapi aku takkan cover kat dlm artikel ni sbb ni cerita psl samyang.


MANA MAU BELI?

Kat atas tadi aku ada bagi link website Shashinki. Boleh beli dari situ. Atau nah tgk je sini: Shashinki | Samyang.
Atau, boleh jugak drpd website Pentax2u. Agak competitive la harga drpd kedua-dua website ni. Plus kalau beli drpd Pentax2u, korang dpt 2 tahun warranty. So korang pandai-pandai la usha dan compare sendiri.

Dan jugak boleh usha kat mudah, lelong blablabla, atau kalau korang prefer jualbeli secara fizikal, boleh tanya mana-mana kedai photography berhampiran kalau diorang ada jual.

Selain 1.4 lens, Samyang jugak ada lens lain mcm fisheye, tiltshift serta lens yg sesuai utk videographer. Apa-apapun usha je link yg aku dah bagi tu, korang akan nampak sendiri yg lens dia mmg murah tahap melampau berbanding jenama original.


THE RACUN

Paling kiri - Samyang 35mm F1.4
Paling kanan - Samyang 85mm F1.4

Aku pernah memiliki 2 lens Samyang, iaitu 85mm F1.4 dan 35mm F1.4. Secara ringkas la aku bagitau, lens ni giler best. Takde lens lain dah yg lebih best drpd diorang ni, kecuali 50mm F1.8 bila aku perlukan autofocus.

85mm F1.4 tu jadi main lens aku bila shoot portrait. Simply sbb dia punya bokeh tu kuajaq sgt.

Aku tak dpt bagi komen utk lens lain sbb tak pernah pakai. So korang rajinkan la diri menggugel dgn sepenuh hati jika berminat nak tgk dia punya hasil.

Samyang 85mm F1.4 yg disumbat ke dlm body Nikon D3

Bebel banyak pun tak guna. Senang cite aku kongsi sikit beberapa gambar yg aku dah snap menggunakan kedua-dua lens tu. Kesemua gambar diambil dgn kamera Nikon D700 atau D3. Majority gambar dah dimasak dgn tona VSCO di Adobe Lightroom 5.

Nikon D3 & Samyang 85mm F1.4
Nikon D3 & Samyang 85mm F1.4
Nikon D700 & Samyang 35mm F1.4
Nikon D700 & Samyang 35mm F1.4
Nikon D700 & Samyang 35mm F1.4
Nikon D700 & Samyang 35mm F1.4
Nikon D700 & Samyang 35mm F1.4
Nikon D700 & Samyang 35mm F1.4
Nikon D700 & Samyang 35mm F1.4
Nikon D700 & Samyang 85mm F1.4
Nikon D700 & Samyang 85mm F1.4
Nikon D700 & Samyang 85mm F1.4
Nikon D700 & Samyang 85mm F1.4
Nikon D700 & Samyang 35mm F1.4
Nikon D700 & Samyang 35mm F1.4
Nikon D700 & Samyang 85mm F1.4
Nikon D700 & Samyang 35mm F1.4
Nikon D700 & Samyang 85mm F1.4
Nikon D700 & Samyang 85mm F1.4
Nikon D700 & Samyang 85mm F1.4
Nikon D700 & Samyang 85mm F1.4
Nikon D700 & Samyang 85mm F1.4
Nikon D700 & Samyang 85mm F1.4
Nikon D700 & Samyang 85mm F1.4

Sekian racun drpd cakera keras komputer aku.
Kalau rasa mcm racun aku ni tak cukup membunuh, boleh usha link berikut dgn menaipkan lens yg anda mahu ke dlm kotak carian (contoh taip Samyang 85mm F1.4): flickriver

Semoga tabah.

Ejad Fotopoyo

Thursday, October 2, 2014

MEMBEBEL | Spray & Pray

Sumber: zackarias

"Spray & Pray"

Ramai di antara kita yg tak pernah dgr istilah ni.
Bg yg pernah dgr plak, mungkin tak paham pun apa maksudnya.

Istilah "Spray & Pray" ni luas maksudnya (rujuk WIKI), tp sbb ni blog berkenaan photography, maka aku akan explain apa mksd dia dlm konteks photography.

========================================================================

Ok first, imagine korang tgh main game Counter Strike, atau Call of Duty.

Korang sedar yg korang ni noob giler, tak pandai main game. Harap PC je gempak, keyboard & mouse siap beli gaming edition padahal tak reti main pun. Sikit2 mati kena tembak.

So utk mengelakkan drpd senang sgt kena tembak, korang pun Spray & Pray, iaitu korang simply belasah tembak mcm ada 100 enemies depan korang, padahal musuh ada 2 je, dgn harapan tembakan melulu (spray) tadi tu akan kena pada musuh. Harapan ni kira korang punya pray la.

Sumber: aphotoeditor

Dlm photography, katakan korang ditugaskan utk shoot wedding.

Korang sedar yg korang ni takde la terer mana pun tp sbb korang sembang kencang, maka ada la insan malang yg sudi hire korang.

So korang sampai je tempat majlis diadakan, korang pun pakai mode P, on Burst Mode/Continuous Hi, pastu korang belasah amek gambar (spray) sampai penuh memori kad tu, tanpa meneliti aspek composition, exposure dan sebagainya, sambil berharap (pray) dlm 1000 gambar yg korang shoot tu, at least ada la dlm 500 keping yg menjadi.

Inilah yg dikatakan Spray & Pray dlm photography.

========================================================================

Is it bad? Salah ke guna teknik Spray & Pray bila ambil gambar?

Ya dan tidak.

Ya jika ia menyusahkan org, especially diri anda sendiri. 
Disebabkan anda pakai teknik ni, anda ada dlm 5000 keping gambar dlm kad, dan hanya beberapa keping je nak dimuatkan dlm album. So, tahniah dan sila bersengkang mata memilih gambar.

Pastu, teknik ni merupakan 1 pembaziran bagi:
  1. Shutter count. Spray menaikkan shutter count anda secara mendadak tanpa sebab yg munasabah.
  2. Jika anda guna flash, anda dah membazir bateri, dan dlm masa yg sama anda menyusahkan org ramai sbb cahaya flash tu keep blinking sbb anda spray.
  3. Membazir masa sbb anda perlukan masa yg lama utk usha setiap gambar jadi atau tak.
  4. Membazir space hard disk yg menyimpan gambar-gambar tersebut.

Tidak jika anda selesa dan anda mmg dpt gambar yg kacak melalui teknik ni. Sebab apa yg penting ialah final result. Client tak bother pun nak tanya teknik atau kaedah korang, janji gambar diorang cantik.

========================================================================

Personally, aku pernah berhadapan dgn geng Spray & Pray ni, newbies ada, pro pun kadang-kadang ada.

Scene akad nikah sahaja, aku rasa ada dlm 200 shots kot diorang amek, 

Tok Kadi start cakap "Aku nikahkan dikau..." terus pastu bersepah bunyik machine gun. Yg sorang jengket kaki utk dpt high angle, yg sorang lens betul-betul dpn pengantin laki, yg sorang lagi close up kat kedua-dua tangan yg bersalaman.

Aku tak rasa annoyed, sampailah diorang ni mem-block shot aku dan dlm shot aku ada yg overexpose sbb flash yg nonstop drpd diorang.

So pesan aku, seeloknya toksah la pakai teknik ni. Belajar kasi terer dulu pastu baru fikir nak buat job atau tak.

Atau, jika anda nak jugak pakai teknik ni, lantak korang lah, as long as tak menyusahkan org lain. 

Ejad Fotopoyo