FAQ OLEH NEWBIES

Ramai antara kita, I mean, yg baru main kamera DSLR khasnya, yg berkobar-kobar nak belajar mcm-mcm benda, tapi tak tau pun istilah-istilah atau term benda yg nak dipelajari tu. Sampai nak gugel atau tanya org pun takde idea nak tanya mcm mana.

So aku buat page FAQ ni dgn harapan memberi sedikit guide bg mereka yg disebutkan di atas.
Di dalam page ini akan diletakkan persoalan-persoalan yg sering melanda para newbies yg baru join arena photography berserta jwpn yg logik dan sesuai utk mereka.

Page ini akan sentiasa di-update dgn soalan-soalan, so jika anda rasa anda newbies atau masih belajar, rajin-rajin browse page ni dari masa ke semasa :)

=========================================================================

Soalan 1
  • Saya berminat nak jadi photographer. Kamera DSLR apa yg sesuai utk saya?
  • Mana lagi bagus ea, Nikon ke Canon ke Sony ke Pentax ke Olympus ke Samsung?
  • Kamera apa yg paling sesuai utk newbie?

Jawapan:
Secara asasnya, model kamera yg sesuai utk anda ialah berpandukan sepenuhnya pada budget dan keperluan anda. Dan setiap jenama/model ada kelebihan/kekurangan masing-masing.

Utk permulaan, aku cadangkan yg entry level, unless kalau korang mmg plan nak pergi jauh dan malas nak upgrade, beli semi pro body terus, yg mana lingkungan harga dlm RM3000 ke atas.

Baca artikel berikut utk maklumat lanjut:

Takut tersalah beli? Takut terbeli kamera yg amek gambar tak lawa?

Kalau nak beli 2nd hand DSLR, boleh baca Panduan Membeli DSLR Terpakai

=========================================================================

Soalan 2
Saya baru je beli kamera DSLR dan saya berminat nak jadi photographer hebat mcm si polan bin/binti si polan. Apa yg patut saya buat ye?

Jawapan:
Perkara pertama - baca user manual.
Kedua - fahamkan mengenai shutter speed, aperture dan ISO.
Baca artikel Dah beli kamera, nak buat apa? utk maklumat lanjut.
Dan baca jugak Rule of Thirds sbg guide utk composition/framing.
Kemudian kasi khatam segala topik yg ada dalam page JOM BELAJAR I

=========================================================================

Soalan 3
  • Saya tengok kwn saya kalau shoot pakai DSLR mesti ada part yg blur, ada yg sharp, apemende tu eh?
  • Cane nak kasi dalam gambar tu ada yg blur ada yg sharp?
  • Kenapa ada yg blur bentuk bulat, ada yg bersegi-segi?


Jawapan:
Itu namanya bokeh. Secara asasnya ia terhasil drpd penggunaan aperture yg besar (no f yg kecil).
Baca artikel berikut utk maklumat lanjut:


=========================================================================

Soalan 4
  • Saya selalu confuse, nak shoot guna format RAW atau JPEG?
  • Apa perbezaan antara format RAW dan JPEG?
  • Kenapa saya tak boleh open gambar RAW di laptop/komputer saya?

Jawapan:
Basically kalau mcm aku la kan, aku akan shoot guna format RAW utk gambar yg penting, contoh dlm kes wedding, gambar portrait pengantin.
Atau, gambar yg mmg confirm aku akan edit (post process) later on, contoh portrait (nak touch up, buang parut) dan landscape (utk Highlight & Shadow recovery).
Dan jgn lupa, RAW wajib di-edit utk menjadikan ianya JPEG.

Mengenai perbezaan format RAW dan JPEG serta kenapa ianya tak boleh dibukak kat lappy/computer, boleh baca artikel berikut: RAW versus JPEG


=========================================================================

Soalan 5
Saya berminat nak belajar editing. Software apa yg sesuai utk newbies mcm saya?

Jawapan:
Ada pelbagai editing software di luar sana - yg free mcm Photoscape, Picasa, dan yg berbayar mcm Photoshop, Lightroom.
Software yg sesuai bg aku ialah yg mana paling mesra alam dgn kita dan yg mana boleh buat kita siap kerja (edit) dgn lebih mudah dan cepat.
Ada aku bincangkan kat sini - Photo Editor Software - Mana Yang Paling Bagus?

Andai korang berminat nak belajar editing guna Adobe Photoshop Lightroom, ada aku sediakan beberapa tutorial di sini - PAGE: Editing


=========================================================================

Soalan 6
  • Saya tgk mcm-mcm lens yg ada di pasaran. Lens ada kategori/jenis yg tersendiri ke? 
  • Saya suka shoot wedding/landscape/macro/portrait etc etc. Lens apa yg sesuai utk saya?
  • Lens ni bagus ke? 
  • Mana lg bagus, lens ni ke lens tu?

Jawapan:
Yup, secara umumnya, lens utk kamera ada 2 - prime dan zoom, diikuti dgn jenis-jenis seperti WA, UWA, telephoto, macro dan sebagainya.
There's no perfect camera or lens for everything. 50mm yg best giler tu pun kalah bila lawan dgn kitlens 18-55 dari segi wide & versatility, dan 70-200 yg mahal giler tu pun kalah dgn kitlens dan 50mm dari segi saiz, harga dan berat.
To tell you the truth, your kitlens is more than enuff. Tapi kalau korang serious dan ada certain budget utk membeli lens yg sesuai dgn keperluan korang, ada aku sediakan tips disini:


=========================================================================

Soalan 7
Saya nak beli kamera/lens/flash. Nak beli dari kedai atau online? Sebab kadang-kadang saya tgk harga online jauh lebih murah.

Jawapan:
Jika anda ada budget utk beli kamera baru, aku suggest beli dari kedai. Dan lebih digalakkan beli dari Retail Shop mcm contoh beli kamera Nikon dari kedai Nikon di Times Square contohnya.
Ye, mmg mahal, tp secara tak langsung korang dah mengelakkan diri dari ditipu. Byk kedai kat luar sana yg jual kamera murah tapi scam korang dari segi aksesori sampai benda yg RM50 jadi RM500.

Kalau korang nak beli online, go ahead, but bear in mind, risiko tangung sendiri.
Always practice COD/meet up front, inspect kamera tu betul-betul dgn teliti.
Kalau tak reti, bwk kawan yg reti.

Jika kamera itu used item, check the shutter count (if possible), condition (wear and tear) dan sebagainya.

Utk online, aku suggest usha website berikut sbg harga rujukan: SUMBER RUJUKAN PHOTOGRAPHY


=========================================================================

Soalan 8
Saya nak belajar amik gambar guna mode M (Manual) tapi tak reti. Acane eh?

Jawapan:
First of all, anda kena faham konsep Exposure Triangle, yg mana kewujudan sesebuah gambar itu adalah drpd 3 faktor utama - Aperture, Shutter Speed dan ISO.

Apabila menggunakan mode M, ketiga-tiga faktor ini perlu ditentukan oleh kita sebelum mengambil gambar. Secara asasnya, penentuan nilai bagi ApertureShutter Speed dan ISO adalah melalui turutan berikut:
  1. ISO - pilih ISO terlebih dahulu, bergantung kpd cahaya persekitaran. ISO rendah jika cahaya persekitaran terang, dan begitulah sebaliknya
  2. Aperture - pilih nilai f mengikut kemahuan sharpness kita. Angka f yg kecil jika inginkan DOF yg nipis/bokeh, dan angka f yg besar utk gambar yg sharp (group photo, landscape)
  3. Shutter Speed - pilih nilai yg tinggi utk membuatkan objek bergerak menjadi pegun, dan angka yg rendah utk objek yg bergerak kekal kelihatan bergerak

Utk guide yg lebih detail, baca Bagaimana Menggunakan Mode M.
Lps dah faham cane nak pakai mode M, boleh proceed kpd Mode Av, Tv dan Exposure Compensation.


=========================================================================

Soalan 9
Kadang-kadang lens saya tak boleh focus. Dia autofocus tapi tak berhenti-henti mcm tak jumpa subjek walhal saya sedang fokuskan ia pada subjek.

Jawapan:
Kemungkinan masalah di atas berlaku kerana:
  • Jarak lens (sebetulnya sensor, tapi utk pemahaman mudah, aku taip lens) dgn subjek terlalu dekat. Setiap lens ada jarak minima utk macro/close up shot yg dipanggil MFD (Minimum Focus Distance). So katakan la MFD lens tu 0.3m, dan jarak antara lens dan subjek itu kurang dari 0.3m, maka lens akan menghadapi masalah focusing
  • Atau, tiada contrast, atau shape/curve pada subjek tersebut. Contoh mudah, ambil sehelai kertas putih yg mempunyai tulisan. Focuskan pada tulisan (dgn syarat jarak melebihi MFD), lens anda boleh focus tanpa masalah. Skrg focus plak pada permukaan putih kertas tersebut, biasanya akan ada masalah, kerana permukaan putih itu tiada contrast seperti yg ada tulisan tadi (tulisan hitam vs kertas putih = contrast)
  • Terlalu gelap. Gunakan AF Lamp Assist atau focus secara manual dgn bantuan cahaya lain (torchlight)
  • Autofocus rosak, which is very unlikely

Utk jawapan yg lebih lengkap, baca artikel Autofocus Rosak?


=========================================================================

Soalan 10
Kenapa bila saya shoot gambar bulan jek, mesti dpt titik putih, tak dpt pun figure bulan tu :(

Jawapan:
Senang cerita, exposure metering tak berapa boleh pakai bila nak amik gambar bulan.
Sila ikut tips ni - The Moony-11 Rule


=========================================================================

Soalan 11
Saya mcm bosan la tgk cara saya framing gambar saya. Ada guide atau alternative lain tak tentang framing ni?

Jawapan:
Ada, setakat ni apa yg aku dah share psl framing & composition ialah:
  1. Rule of Thirds
  2. Color Contrast
  3. Rule of Thirds for Landscape


=========================================================================

Soalan 12
Saya pakai DSLR Nikon D40/D60/D3000/D3100/D3200/D5000/D5100 dan sumtimes ada lens yg tak boleh autofocus dgn kamera saya, tapi bole jek autofocus dgn kamera D90 kawan saya. Kenapa wujud diskriminasi sebegini?

Jawapan:
Aku ada compile psl jenis lens yg boleh/tak boleh AF dgn body entry level Nikon disini: Nikon Entry Level DSLR & Nikkor Lenses


=========================================================================

Soalan 13
Saya ada terbaca yg dgn mengecilkan aperture (angka f besar), gambar akan jadi semakin sharp. Tapi saya tgk gambar yg saya ambil dgn aperture f/16 dan f/22 tak sharp pun. Kenapa ye?

Jawapan:
Teori pengecilan aperture itu betul, tp bukanlah sampai sekecil mungkin.
Ia ada had tertentu, yg mana apabila bukaan aperture terlalu kecil, gambar tidak lagi sharp disebabkan berlakunya diffraction.
Boleh baca artikle berikut utk maklumat lanjut:
  1. Aperture & Sharpness
  2. Apa Itu Diffraction
  3. How Sharp is Sharp?


=========================================================================

Soalan 14
Saya kurang berpuas hati dgn hasil gambar yg diambil dgn menggunakan kitlens 18-55 / 18-105 / 18-135. Adakah lens ini mmg tak best?

Jawapan:
Nope. Kitlens adalah antara lens termurah dan ter-sharp pernah dicipta oleh camera/lens manufacturer.
Gambar yg tak best biasanya disebabkan oleh diri sendiri yg masih belum mahir, bukan salah kamera, lens, lighting, model, cahaya bla bla bla.
Aku ada bebel psl ke-awesome-an kitlens disini:
  1. Ada Apa Dengan Kitlens Part I
  2. Ada Apa Dengan Kitlens Part II
  3. Ada Apa Dengan Kitlens Part III: Macro Edition


=========================================================================

Soalan 15
Saya suka shoot gambar landscape/sunset/sunrise tapi saya takde DSLR. Ada tips tak utk saya dapatkan gambar landscape/sunset/sunrise dgn menggunakan compact cam/handphone cam?

Jawapan:
Ada. Baca tips berikut:

=========================================================================

Soalan 16
Saya nak try amik gambar time malam/gelap yg org tulis perkataan pakai torchlight/lampu LED tu, tapi saya tak tau cara. Nak gugel pun taktau nak gugel apa.

Jawapan:
Lukisan cahaya - light painting. Boleh baca tips disini - Light Painting & Light Graffiti


=========================================================================

Soalan 17
Saya nak tau cara/tips utk pakai external flash/speedlight.

Jawapan:
Tips utk external flash belum ada. Yg ada setakat ni cuma psl Built-in Flash.


=========================================================================

Soalan 18
Saya pakai DSLR jenama/model sekian-sekian dan lens sekian-sekian. Setting apakah yg terbaik utk wedding?

Jawapan:
Setting ni mungkin memberi 2 maksud - setting JPEG dan setting exposure (exposure mode).

Setting JPEG:
  • Takde jwpn yg khusus. Semuanya bergantung kpd jenis gambar apa yg anda amik. Ye, mmg la wedding, habis tu dalam wedding tu for sure ada portrait, candid, macro/close up bla bla bla kan?
  • Kalau aku, aku akan pakai color profile Portrait, Neutral atau Standard, supaya aku dpt tone yg sederhana.
  • Aku akan elakkan penggunaan color profile Landscape atau Vivid, kerana profile ini memberikan warna yg pekat, dikhuatiri boleh menyebabkan skintone menjadi merah padam, kecuali time aku shoot hantaran, sbb kaler Vivid tu boleh buat warna hantaran yg colorful tu lebih menyerlah.

Exposure Mode:
  • Aku biasa akan pakai Av/A, sbb ia memberi kebebasan utk aku mengawal DOF. Kalau nak shoot portrait/close up misalnya, aku pakai aperture besar. Bila nak shoot group photo/family plak, aku terus tukar aperture kecil, tanpa perlu bazir masa nak set shutter speed SEKIRANYA mode M digunakan
  • Utk candid, mungkin boleh pakai mode Tv/S, set kan shutter speed yg agak laju (1/125 - 1/250) dan gunakan utk snap moment

Apapun, perkara penting yg perlu di-consider ialah tanya diri sendiri, kita nak gambar yg mcm mana.
So sila baca ni - Ask Yourself, Nak Gambar Apa? 


=========================================================================

Soalan 19
  • Mcm mana nak pakai button sekian-sekian yg ada kat kamera saya ni?
  • Button BKT ni mende?
  • Apa maksud AFL yg ada kat kamera saya ni?
  • Mcm mana nak tukar aperture/shutter speed/ISO?

Jawapan:
Baca user manual. Dalam bahasa kasarnya - RTFM. Kalau takde boleh pinjam/download sendiri. Jgn nak bg alasan tak pandai nak carik. Kalau time tgh shoot model boleh je kau spend masa nak carik angle paling lawa kan? So apa kata gunakan masa tu utk belek user manual.

PS - aku agak anti dgn org yg tanya soalan mcm ni, sbb jwpn dah terang-terang ada dlm user manual. Ada aku bebel kat sini - Kalau Dah Namanya "Pemalas"... PART II. Unless kalau korang dah baca tapi tak paham-paham jugak then tu different case la.


=========================================================================

Soalan 20
Saya selalu tgk org post gambar yg pekat semacam kaler dia pastu ada keyword HDR. Mende tuh? Camne nak buat HDR tu?

Jawapan:
Baca artikel HDR aku nih - Exposure Bracketing & High Dynamic Range (HDR)


=========================================================================

Soalan 22
Kenapa gambar yg saya shoot kebanyakkannya blur, especially indoor? Kamera/lens saya rosak ke?

Jawapan:
Selalunya gambar yg blur terjadi disebabkan shutter speed yg slow/rendah, dimana mengikut rule of thumb, apabila ianya di bwh 1/60s.
So katakan la anda pakai mode Manual, pastikan shutter speed anda lebih tinggi atau sekurang-kurangnya 1/60s (assuming yg korang pakai kitlens 1855 atau 50mm), atau gunakan teknik 1 Over Focal Length.
Activate segala VR/IS yg ada utk meminimakan risiko blur.
Susah-susah sgt, pakai je flash, confirm gambar terang + tak blur.
Tapi kalau blur jugak, tripod or monopod.
Blur jugak? Mungkin tangan korang tu betul-betul bermasalah.

Kenali jenis-jenis blur disini: Jenis-jenis Blur


=========================================================================

Soalan 21
  • Saya ingat nak upgrade la. Kamera/lens apa yg bagus?
  • Kwn-kwn selalu racun saya utk upgrade. Apa pendapat ejad?

Jawapan:


=========================================================================

Soalan 22
Selalunya kan kalau saya shoot gambar org time outdoor, selalu sgt dpt org tu gelap tapi background terang. Kadang-kadang dpt org tu terang tu background jadi terlalu terang plak sampai saya tak dpt nak tonjolkan langit biru tu. Any tips?

Jawapan:
Baca nih: Teknik Sunny-16 & Flash


=========================================================================

Soalan 23
Cane nak amik gambar motor/kereta yg dia nmpk sharp tapi background nmpk blur yg bukan bokeh, tapi blur motion tu?

Jawapan:
Teknik itu dinamakan sbg Panning
Atau boleh juga berkenalan dgn jenis-jenis blur yg lain di sini: Jenis-jenis Blur


=========================================================================

Soalan 24
Saya ada kitlens 18-55, 50mm, 55-200 dan 70-300. Yg mana yg patut saya pakai ye?

Jawapan:
Bergantung kpd apa yg anda nak shoot. Generally, nak shoot benda yg wide mcm landscape atau group photo, pakai 18-55. Nak portrait atau main bokeh, 50mm. Nak memburung membulan menoropong, pakai 55-200 atau 70-300.

Pokoknya kena tau setiap lens tu fungsinya sesuai utk jenis gambar yg bagaimana dan gambar jenis apa yg anda mahukan. Maka silalah merajinkan diri baca artikel berikut:


=========================================================================

Soalan 25
Ejad, tolong! Saya dah kena racun dgn kamera lomo. Saya suka sgt dgn efek vintage dia. Kacak gitewww. Kat blog Ejad ni ada info psl kamera lomo tak?

Jawapan:
Aku takde la expert sgn dgn kamera lomo ni, sbb aku more kpd film SLR. Tapi ada je artikel ringkas utk korang baca mengenai toycam dan kamera filem yg lain:


=========================================================================

Soalan 26
Saya tgk kat dlm viewfinder kamera ni ada titik-titik yg kadang-kadang blinking kaler merah. Apa benda ni?

Jawapan:
Benda tu namanya titik fokus dan ia boleh dipilih berdasarkan kedudukan subjek anda. Baca artikel Memilih Titik Fokus


=========================================================================

Soalan 27
Selalu tgk org kata jadi photographer ni best. Ada tak benda yg buat kerja ni jadi tak best?

Jawapan:
Ada.
Takde gambar sendiri.
Kalau ada pun, out-of-focus.

Sedih tahu.


=========================================================================

Soalan 28
Ok tak kalau saya beli preset/action lightroom/photoshop?

Jawapan:
Duit anda, sukati anda. 
Cuma, kalau anda usaha lebih skit, byk je FREE preset/action yg org share. Tinggal nak google je.

Soalan Lanjutan:
Kalau ebook photography camne plak? Berbaloi tak?

Jawapan:
Depends pada jenis info mcm mana yg anda cari. Kalau info yg anda cari tu mmg ada dlm ebook tersebut, then mungkin berbaloi la.
But again, byk je FREE ebook yg boleh di-download. Kalau tak ebook pun, tips/teknik apa semua mmg dah bersepah org share kat internet. So better simpan duit dan baca yg free tu dulu.


=========================================================================

Soalan 29
Lens DX/Crop/APS-C boleh masuk DSLR fullframe tak?

Jawapan:
Depends pada jenama DSLR dan lens. Setakat yg diketahui:
- Canon original EF-S lens takleh masuk body fullframe, tapi 3rd party brand boleh
- Nikon, Pentax, boleh
- Sony unknown sebab tak penah amik tau

Walaupun boleh sumbat, tapi tak fully compatible, sbb lens tu dicipta khas utk kamera sensor kecik, jadi akan muncul vignette/dark corner pada gambar.

Soalan Lanjutan:
Lens fullframe boleh masuk body DX/Crop/APS-C tak?

Jawapan:
Boleh. Buktinya ialah lens 50mm yg korang tgh pakai tu. Fully compatible tanpa sebarang masalah.

Pendek kata,
  • lens sensor besar pakai kat kamera sensor kecik = takdak masalah.
  • yg kadang2 ada masalah ialah bila pakai lens sensor kecik kat body sensor besar


=========================================================================

Soalan 30
Sebenarnya bila kita kata sesebuah gambar tu lawa, dia lawa sbb editing ke sbb dah mmg semulajadi lawa?

Jawapan:
Tedia soalan. Bagi aku la kan, byk faktor yg menyumbang kpd lawa tu. Cuma bagi kita yg kadang2 tak tahu menahu sgt psl photography ni, kita akan selalu kata "ala edit boleh la, mmg la dpt gambar lawa".

Kena paham kat sini, kalau gambar tu drpd awal lagi dah jahanam, takde maknanya editing tu boleh jadikan dia lawa.

Mula2 sekali syarat nak bg gambar tu lawa ialah gambar tu takde cacat cela, mcm terlalu over/under ke, tak blur, tak senget tahap kritikal, wb tak lari jauh, tak out of focus, dan sebagainya.

Bila gambar tu takde cacat cela, kita dah boleh kata gambar tu lawa. Cuma utk kasi dia lebih menawan, kita akan gunakan kemahiran editing yg ada. Kat sini sape yg power edit maka makin lawalah hasil gambar tu.

So menjawab persoalan tadi tu, bagi aku kedua2 faktor iaitu semulajadi lawa dan editing adalah faktor penting utk menghasilkan sebuah gambar yg kacak.


=========================================================================

Soalan 31
Berapa megapixel yg patut saya guna? Kalau guna yg paling tinggi, adakah gambar saya lebih cun drpd guna megapixel rendah?

Jawapan:
Jika kad memori anda mengizinkan, guna je MP yg paling tinggi yg kamera tu ada. Nanti bila memori makin kurang baru la tukar MP kecik sikit.

Kemudian nnt bila dah transfer masuk komputer, masa edit tu resize la. Cuma kena beringat, kalau gambar tu gambar penting, jgn resize yg ori. Sebaliknya buat copy atau Save As supaya gambar yg dah resized tu tak replace gambar asal. Atau kalau guna Lightroom, make sure export kat folder lain.

Satu lg faktor pemilihan adalah, bergantung kpd berapa heavy cropping yg bakal anda lakukan. Sbg contoh, anda shoot macro dan anda nak crop gambar tu supaya subjek nampak lebih besar, maka MP yg tinggi akan membantu dlm kes ni.

MP yg tinggi tak menjadikan gambar makin lawa, simply kerana MP hanyalah saiz panjang kali lebar gambar dlm unit pixel. Lawa tak lawa bergantung kpd faktor2 lain seperti skill, lens, post editing dan lain2. Namun kalau anda mmg dah plan nak print besar2, seeloknya gunalah MP yg terbesar.


=========================================================================

Soalan 32
Camne nak tau DSLR tu APSC atau fullframe? Cane nak bezakan?

Jawapan:
Utk kita2 yg mmg dah kenal mana model DSLR yg APSC dan mana model yg fullframe, senang je nak jawab soalan camni. Tp utk org yg baru nak join, ni antara ciri2 yg korang boleh kenalpasti:
  1. APSC akan bundle dgn lens yg start dgn 18, contohnya 18-55, 18-105, 18-135 atau 18-200. Manakala fullframe akan bundle dgn lens yg start dgn 24 atau 28, contohnya 24-105, 28-100, 28-200.
  2. Usually yg mahal2 atas RM5000 tu fullframe. Mahal kat sini maksudnya harga tu utk body je. Kalau harga tu utk APSC biasanya mahal sbb bundle dgn mcm2 lens.
  3. Saiz fullframe usually lebih besar (sbb sensornya besar)
  4. Utk certain jenama (Nikon misalnya), model yg fullframe akan ada lambang FX
  5. Model fullframe tiada built in flash. Ini kerana biasanya lens utk fullframe ni besar dan dia akan halang coverage flash tu, so org mmg akan guna external flash dgn fullframe.


=========================================================================

Soalan 33
Wide mana lens 16mm ni? Kalau amek gambar group muat tak? Kalau amek landscape boleh dpt semua sampan bot kapal titanic siap langit semua tak?

Jawapan:
Ni antara soalan yg agak susah nak jawab. Dia sama mcm susah nak jawab soalan "Lens 200mm ni jauh mana dia boleh teropong? Kalau nak shoot burung kat atas pokok sana tu boleh dpt full shot tak?"

Secara praktikalnya kita cuma boleh jwb lens ni wide camni2, atau lens ni boleh zoom sejauh begini2, bergantung kpd pengalaman kita.

Secara teknikalnya pulak kita cuma boleh bagitau focal length sebegini boleh dpt angle seluas ni. Takkan kita nak ukur sudut pulak kan. Lagi senang utk kita judge keluasan sudut tu dgn mata sendiri.
Namun utk kita jawabkan lens ni boleh amek gambar group camni ke tak ke, itu semua bergantung sepenuhnya kpd photographer tersebut. Sbb masa kita shoot tu belum tentu kita ada ruang yg cukup, mungkin lens tu wide tp sebab bilik tu sempit kita masih tak dpt shoot the whole group. Atau mungkin group yg kita nak shoot tu terlalu ramai sampai 50 org, of coz berbeza dgn situasi org yg shoot group dlm 15 org.

Sama jugak utk lens tele, katakan 200mm usually cukup jauh nak skodeng rimau tgh mengawan, tp mungkin waktu tu kita tak dpt angle yg cantik sbb lokasi kita terlalu kebelakang.

Jadi kita back to basic je. Rasa mcm tak cukup wide, cuba gostan kebelakang selagi boleh. Kalau lens tak cukup jauh nak teropong, zoomkan lagi kalau boleh, atau bergerak kedepan, atau snap dgn MP tertinggi lepas tu crop sampai dpt framing yg memenuhi kehendak sanubari.


=========================================================================

Soalan 34
Katakan la pergi New Zealand yg landscape dah sah2 lawa gile, nak shoot guna format RAW ke JPEG?

Jawapan:
Pada aku la kan, first of all aku akan tgk berapa byk storage device yg aku bawak. Contoh masa pegi Jepun haritu, aku bwk phone dgn storage 64GB, kemudian SD Card yg aku bwk pulak ialah 8GB dan 2X16GB. 

FYI, phone aku boleh OTG, so aku boleh transfer gambar2 drpd kad dlm kamera. Bila storage kita banyak, kita takkan runsing pasal nak amek gambar dlm format RAW. Ada yg bwk laptop dan external hard siap, tp kalau nak travel light better bwk kad byk2 je la.

Yg kedua, kita kena paham, tak semua gambar itu berbaloi utk diambil dlm format RAW. Contoh kita tgh makan, nak amek gambar makanan, takyah la ngade nak RAW bagai. Kalau aku, aku hanya akan guna RAW utk shoot gambar yg betul2 nak diperbaiki highlight atau shadow nya, contohnya gambar sunset, atau gambar landscape.

Yg ketiga, jgn amek format RAW semata2. Guna mode yg RAW+JPEG tu, so korang ada dua gambar yg sama, satu dlm format RAW, satu lg format JPEG. Yg format JPEG tu korang guna la utk light editing guna Snapseed ke VSCO ke, lepas tu upload kat social media. Yg RAW tu bungkus ikat mati bwk balik rumah, lps tu edit properly guna LR ke PS ke utk dicetak atau dibuat album.

Dan yg terakhir, make sure korang faham betul dulu cane nak handle gambar yg berformat RAW tu. Bukan semua reti nak edit. Ada yg tak reti yg kalau edit makin ntah hape2 jadinya, so better stick to JPEG.

Nasihat drpd aku, bila korang travel, tak kira la nak shoot JPEG ke RAW ke, make sure bwk spare memory card dan spare batteries. No point korang bwk kamera lens berat2 tapi takleh shoot sbb memory full atau bateri habis.

18 comments:

  1. As-salam...

    Rasanya ada benda yg boleh ditambah kat soalan nombot dua tuh...composition elemen, zone system dan pencahayaan...rasenye ler..

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam.
      gud suggestion bang. cuma bab zone system tu mcm agak complicated. sy sendiri pun tak pas lg. hahaha. tp nnt sy akan includekan psl matrix/cw/spot metering, dan rule of thirds.
      since ni blog utk newbies, so sy nak tekankan yg basic2 je. bnde2 advance sy serahkan pd yg pakar utk mengajar :)
      thx atas suggestion tu bang din

      Delete
  2. assalamualaikum.

    tambahan jawapan tuk soalan 16.

    boleh search noctography =)

    rasanya la. saya niubi saja =D

    ReplyDelete
  3. Salam, aku baru beli Nikkon D5100.. tengah blaja2 memang banyak info yang berguna yang senang ingat dalam blog ko nih.. aku nak tanya penting ke external flash n diffuser dlm fotografi nih? bleh bagi rujukanx cara main dgn flash..tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. penting kalu nak guna wedding event atau social event yang suasana majlis tak cukup cahaya.

      Delete
  4. bro..nak tnay..apa pendapat ko pasal nikon 1 v2? setanding ngan dslr ke?

    ReplyDelete
  5. bro ...ty skit...still beginner...kenapa sya punya lens 18-55mm bila sya zoom smpai 55 gambr jadi blurr ? then bila sya zoom out ke 18 gambar ok...? problem lens atau setting..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. search "blur" kat ruangan search atas tu dan baca artikel Jenis-jenis Blur, kenalpasti blur yg anda alami tu blur yg mcm mana

      Delete
  6. terima kasih diatas ilmu yg anda kongsikn =) byk mmbntu bdk baru mcm saya ni...

    ReplyDelete
  7. Bro ejad,sy nak cri lense utk wide angle brand tokina..sy ada 2 plihan 11-16 f2.8 n 12-24f4..based On Ur Knowledge Which 1 Is Good?in Colour,sharp

    ReplyDelete
    Replies
    1. for sure 11-16 lebih bgus. tp kalah dgn 12-24 dari segi zooming range (16mm vs 24mm) dan harga (12-24 lg murah)

      ada duit, beli 11-16.
      kurang duit, beli 12-24.

      simple.

      pasal color sharp apa semua tu mohon gugel sendiri dgn penuh kerajinan

      Delete
  8. Kamera saya da lembab nak snap gamba..kalau tak silap sy , da 4000 lebih saya snap gamba..camera nie kene servis ke ? Saya pakai canon 1100d

    ReplyDelete
    Replies
    1. lembab cane tu? kalau lembab nak on/off/masuk menu, tu mgkn problem firmware. update firmware. atau try reset setting to default, kasi mcm baru keluar kedai

      kalau lembab masa amik gmba, contoh shutter speed 1/1000 tp dgr mcm 1saat, means shutter problem. pegi check kat canon service center

      kalau lmbt nk view gambar, m.kad problem. ce format kad tu atau tukar kad lain

      Delete
    2. Masa tu sy set kan mode auto je..bile nak snap tu,,gamba tu dye keluar lambat..selame nie, bile sy snap cepat je gamba tu keluar...

      Delete
    3. gmba lmbt klua sbb writing process drpd kamera kpd kad tu lambat. format memori kad, atau try tukar kpd kad lain, tgk cane.

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
    5. salam.saya baru je nak main kamera lama ni.boleh saya tau apa2 info pasal camera kodak instamatic100.saya baru je dpt kamera ni.filem ape yg sesuai utk kamera ni.and where can i find ag1 flashbulb(via utube,ade cakap yg flash kamera ni pakai ag1).mintak bro berikan respond

      Delete