Monday, January 31, 2011

ISO

Assalamualaikum buat pengunjung sekalian.

Kali ini aku nak kongsi mengenai ISO, yg mana termasuk dlm Ilmu Cahaya atau Exposure Triangle - salah satu aspek yg sgt penting selain shutter speed dan aperture utk menentukan berapa terang atau gelap gambar kita.


APA ITU ISO?

ISO - International Standards Organization, secara ringkasnya, merujuk kpd kepekaan atau sensitiviti pd cahaya.

Ia dibaca atau ditentukan dgn nombor, seperi ISO100, ISO200, ISO400, ISO800, ISO1600 dan seterusnya.

Pd zaman filem, ISO juga dikenali sbg ASA (American Standards Association), yg mana membawa maksud yg sama, tp ia lebih merujuk kpd kelajuan filem (film speed).
Setiap filem datang dgn ISO tertentu yg mana ditunjukkan pd description tersebut:



Jadi, jika anda menggunakan kamera filem (khasnya kamera mekanikal spt SLR, TLR), anda perlu 'memberitahu' kamera anda berapa ISO pd filem yg digunakan.

Contohnya, jika kita menggunakan filem yg mempunyai ISO400, kita perlu set kan ISO atau ASA pd 400, kemudian kamera akan membuat calculation utk exposure metering.



Tapi itu dulu punya cerita.

Kini pd zaman digital yg mmg tidak lagi menggunakan filem, setiap kamera, baik compact camera mahupun DSLR, sudahpun mempunyai built-in ISO setting, membolehkan kita memilih ISO sendiri, bergantung pd jenama dan model kamera tersebut.

Panasonic Lumix DMC TZ11 mempunyai ISO setinggi 1600

Pentax K20D pula mempunyai ISO setinggi 6400

Setiap kamera digital memberi kebebasan pd kita utk memilih ISO, tapi hasilnya mungkin tak sama kerana perbezaan sensor.

Contohnya, Pentax K20D memberikan hasil gambar yg berbeza dgn Lumix TZ11 pd penggunaan ISO yg sama, kerana saiz sensor K20D lebih besar drpd TZ11.

Sama juga jika kamera anda Nikon D3000 VS Nikon D3 pd ISO yg sama - hasilnya sgt jauh berbeza.

Anda boleh merujuk pada manual (panduan penggunaan) utk melihat bagaimana memilih ISO pd kamera anda, kerana setiap kamera, caranya berbeza-beza.


BAGAIMANA MEMILIH ISO?

Secara umum, pemilihan angka ISO mestilah berlawan dgn keadaan cahaya persekitaran.
Semakin terang cahaya persekitaran = semakin rendah angka ISO.

Contoh:
  • ISO100-200 utk tengahari yg terik
  • ISO400-800 utk mendung/redup atau sedikit gelap
  • Lebih drpd ISO800 jika keadaan sgt gelap.

Kenapa begitu?
Semakin tinggi angka ISO, sensor seolah-olah memberikan 'cahaya artifisial' supaya hasil akhir gambar kita lebih terang. Sebab itu angka ISO yg tinggi diperlukan jika keadaan cahaya gelap.

Walaubagaimanapun, cahaya artifisial yg diberikan itu tidaklah sempurna, maksud aku memang gambar korang akan terang, tetapi ada side effect - NOISE, iaitu bintik-bintik putih kecil, yg mana membuatkan gambar kelihatan 'kasar'.

Pd zaman filem, noise lebih dikenali dgn istilah 'grain'.

Jika anda tiada kamera digital mahupun DSLR, tapi ingin melihat apa itu noise, mudah sahaja.
Gunakan kamera handphone, ambil gambar pd keadaan yg gelap, tanpa flash, gunakan Night Mode (atau Night Scene), anda akan dapati terdapat bintik-bintik putih pd gambar.
Itulah noise :)



Semakin tinggi angka ISO, semakin byk noise yg timbul, especially kat background hitam.
Sbb tu gambar yg ISO25600 tu melampau dia punya noise.

Sesetengah kamera akan menghasilkan gambar yg 'pelik' pd ISO yg tinggi, seperti White Balance yg agak kekuningan drpd biasa, Dynamic Range yg agak kurang, tidak sharp dan sebagainya.


PESANAN DARI EJAD FOTOPOYO

Dlm keadaan tertentu, seperti di bilik yg gelap, atau tmpt yg flash mmg tak dibenarkan, kita perlu menggunakan ISO yg tinggi utk mendapatkan exposure yg ideal pd gambar kita.

Jadi, kita tak dpt menolak kemungkinan yg akan wujudnya noise atau grain padanya.

Fenomena ini menjadi suatu ketakutan buat photographer, khasnya buat mereka yg baru sahaja ingin berjinak-jinak.

Ada yg sanggup tiada gambar drpd ada gambar yg mempunyai noise, kerana bg mereka, noise itu seolah-olah perosak hasil gambar.

Bg aku pulak, mudah je - "Nak gambar ke tak?"

Kalau nak, just shoot. Pedulik hape noise ke apa ke, janji ada gambar, betul tak?

So, pesanan aku simple je - "Jangan kedekut ISO".

Noise ke tak noise ke, yg penting ada gambar.

Bg aku serta beberapa photographer lain, noise itu jatuh pd kategori seni yg boleh menaikkan lagi seri gambar.

Noise atau grain tampak cantik jika ia ada pada gambar seperti B&W, Sepia atau mood seperti sedih dan sbg nya.

Boleh lihat sampel gambar aku yg mempunyai noise:
http://www.flickr.com/photos/fotopoyo/tags/noise/

Jika anda mmg tak suka noise tapi anda perlukan sgt gambar, kita ada byk software utk kurangkan noise, seperti Noise Ninja, Noiseware dan sbg nya.

So, moral of the story, yg penting - ada gambar.

Sekian & Wassalam :)

Ejad Fotopoyo

Thursday, January 27, 2011

Tips Menjaga Kamera | Storage & Fungus

Assalamualaikum & salah sejahtera semua.

Dlm artikel kali ni, aku akan explain serba sedikit berkenaan cara penyimpanan kamera yg efektif, supaya ia terjaga rapi dan harga tak jatuh byk bila nak jual balik.

Di negara Malaysia yg mempunyai iklim lembap, antara tempat yg paling sesuai utk simpan kamera ialah drybox.


DRYBOX

shashinki

Drybox, ataupun dry cabinet adalah kotak atau peti utk menyimpan barang-barang elektronik seperti kamera dan lens.

Kegunaannya yg menghalang kelembapan ini bertujuan mengelakkan pertumbuhan fungus pd body camera atau lens serta memanjangkan lagi tempoh hayat gadget anda.

Terdapat beberapa jenama terkenal seperti berikut. Harga boleh rujuk sendiri di Shashinki:
  1. AIPO
  2. Eureka
  3. Sundry

Bila kita simpan kamera dan lens di dlm beg dlm 1 jangka masa yg lama, fungus boleh tumbuh, kerana material beg itu sendiri menyerap kelembapan. Kalau simpan dlm laci, bawah katil, almari pulak, situ pun ada risiko fungus jugak, sbb gelap dan lembap.

Maka sbb itu kita simpan dlm drybox, sebuah peti yg boleh dikawal tahap kelembapannya, utk make sure ia tidak terlalu lembap sampai fungus boleh tumbuh, dan jugak tidak terlalu kering sampai getah pada kamera jadi keras.

Kalau takde duit nak beli drybox, alternatifnya ialah buat sendiri (DIY). Ada dibincangkan dibawah. Maka silalah terus membaca.


KELEMBAPAN DAN FUNGUS


Fungus merupakan microorganism yg hidup dlm suasana yg lembap dan gelap.

Fungus lebih kerap muncul pd lens berbanding body camera, kerana pada lens ada glass, iaitu tempat yg ideal utk dia membiak.

Jadi apabila anda perasan yg fungus sudah mula tumbuh, bergantung kpd tahap ke-teruk-an fungus tu, terpulang pada anda sama ada nak biar atau nak cuci.

Mcm style aku, aku biar je kalau sikit sangat dan tak kacau gambar ni.

Tapi bagi yg nak cuci, berikut adalah antara tempat yg korang boleh pegi:
  1. YL Camera di Plaza Pudu atau Jaya 33
  2. Vincent Camera Service (016-6322968) di Jalan Klang Lama bagi kamera/lens lama
  3. direct pegi service center bagi jenama lens tersebut

Kos biasanya ditentukan oleh jenis lens dan byk mana fungus tersebut. Utk lens biasa-biasa mcm 50mm F1.8, usually tak sampai RM100 pun. Tapi kalau lens professional yg ada ring merah L N apa semua, standby la keluar duit lebih sikit.

So senang cerita bwk pegi lens tu kat mana-mana tmpt yg korang nak repair dan tanya sendiri.

Personal opinion:
Kalau fungus tak teruk dan tak kacau gambar, aku tak galakkan korang cuci.
Sebab bila cuci, diorang akan guna sejenis pencuci yg bakal menghakis coating pada lens. Bila coating dah terhakis, gambar akan mula jadi lain macam - penurunan contrast dan sharpness, pengawalan glare/flare/ghost dah makin teruk, dan mungkin ada color shift.

Apa pun nak cuci ke biar ke terpulang la pada korang.
Selain lens, fungus juga tumbuh pd sensor kamera. Pernah jadi kat Canon 350D aku. Tapi jarang sgt la kes mcm ni.


KESAN FUNGUS PADA GAMBAR

Fungus ni bila banyak, dia jadi mcm jaring-jaring halus yg cover certain tmpt dlm lens korang. Mcm spiderweb la, tp kecik.

Imagine korang pakai spek yg ada spiderweb, apa jadi? Pandangan korang akan jadi blur sikit, amek masa utk mata korang focus pada subjek.

Same thing goes to camera and lens. Fungus yg banyak akan menyebabkan hasil kurang sharp atau sedikit soft. Worse case, boleh nampak sendiri bentuk spiderweb kalau shoot guna aperture kecik.

Fungus takkan merosakkan keseluruhan lens. Maksud keseluruhan disini - AF, VR/IS, zooming... so biasanya mmg boleh pakai mcm biasa.

Tapi ada la beberapa kes dimana lens yg ada fungus tak dpt focus dgn betul. Ini kerana fungus yg terlalu byk/tebal dah mengganggu laluan cahaya yg masuk dari luar. Mcm kita pakai spek yg ada cap jari misalnya, pandangan kita akan terganggu sikit, menyebabkan kita lambat nak focus.

Ada juga sesetengah kes bagi jenama Canon, dimana lens yg berfungus, apabila di-mount kpd kamera, kamera tak dpt detect, keluar error 99. Sejauh mana kebenaran cerita ni aku tak tau, kena tanya pengguna Canon.

Apa pun, fungus sebenarnya bukan isu besar. Ia masih boleh dicuci. Berbanding lens yg dah fogging. Fogging punya isu mmg tak dpt diselamatkan langsung dah. Tapi bab fogging takkan dibincang disini la.


FUNGUS = GAMBAR KACAK?

Seperti yg dah dibebelkan kat atas tu, fungus ni menurunkan kualiti gambar. Secara umumnya la.

Tapi ada certain case, dimana fungus tu tak kacau langsung, atau memberi efek baru pada gambar, yg mana efek tu menjadikan gambar lebih kacak.

Info lanjut, jom usha Dead Lens Club dan bersiap sedia utk jawdrop dgn kekacakan hasil gambar disitu.


DRYBOX? TAKDE DUIT!

Drybox mahal. Pastu besar. Pastu berat. Pastu pastu pastu ala ckp je la takde duit nak beli.

Alternatif bagi mereka yg tiada drybox ialah:

shewsbury

DIY la ape lagik.

Carik 1 tupperware besar yg bole muat kamera dan lens korang, letak dehumidifier atau silica gel dlm tu, mcm Thirsty Hyppo atau jenama Giant ke Tesco ke jenama kotak kasut ke, letak dlm tu sekali dgn kamera korang.

Make sure korang selalu check. Incase dehumidifier tu dah penuh, kena tukar.

Cara kedua - percuma punya kaedah.

Letak je kamera kat mana-mana open space. Atas meja ke. Janji tempat tu airflow dia lancar. 

Pastu selalu guna kamera. Bila selalu guna, dia tak stuck kat 1 tempat je. Kira airflow jalan jugak la. Kalau jarang pakai, pastu biar je dlm beg, fungus senang tumbuh.

Apa pun, yg penting simpan kamera tu kat tempat yg sesuai utk disimpan. Jgn pegi simpan dlm fridge ke microwave ke, unless korang mmg nak menjahanamkan kamera korang la.

Sekian bebelan kali ni. 

Semoga bermanfaat.

Ejad Fotopoyo

Tuesday, January 25, 2011

RAW VS JPEG


"Nak shoot guna format RAW ke JPEG?"

Soalan yg seringkali ditanya oleh kita bila nak shoot sumthing, tak kira la kita ni newbie atau dah lama main kamera.

Sebelum kita pegi kpd jawapan bagi soalan berkenaan, jom kita berkenalan dulu, apa itu RAW dan apa itu JPEG.

Utk memudahkan discussion, aku takkan discuss dalam-dalam. Aku akan share setakat yg mudah difahami je, supaya at least lps baca artikel ni korang semua dah kenal apa itu RAW dan apa itu JPEG.


APA ITU FORMAT JPEG?


JPEG (Joint Photographic Experts Group) atau dikenali juga sbg JPG merupakan format yg standard bagi gambar.

Dipanggil juga sbg compressed format kerana saiznya yg kecil.

Boleh dikatakan setiap komputer, laptop, smartphone, tablet sama ada Android, Windows atau iOS-based boleh baca format JPEG ni, dan ia akan baca sbg gambar lah, bkn video atau lagu. Even komputer yg baru format clean tanpa sebarang software pun boleh baca format JPEG ni.

Semua kamera digital termasuk kamera pada handphone menghasilkan gambar berformat JPEG/JPG.
Gambar yg berformat JPEG/JPG dikenali dgn extension pada akhir namanya, seperti DSC1234.jpeg, atau DSC1234.jpg.

Nikon Picture Control

Hasil gambar JPEG/JPG ditentukan melalui setting yg kita buat pada kamera, iaitu setting pada Picture Control, Picture Profile atau apa-apa je la nama dia, yg mana dlm tu ada setting utk Brightness, Contrast, Saturation, Sharpness dan sebagainya. Atau ada certain kamera ada preset yg bersesuaian utk gambar, mcm Portrait, Landscape dan sebagainya.

Katakan kita set Saturation: High pada kamera, maka gambar yg terhasil akan mempunyai kepekatan yg agak tinggi. Atau kita set Portrait, maka gambar kita akan kurang Contrast dan kurang Sharp, kerana usually itulah setting terbaik utk gambar portrait.

Gambar yg berformat JPEG/JPG boleh di-print directly melalui mana-mana kedai atau kiosk gambar tanpa perlu melalui proses format conversion (penukaran format), kerana format JPEG tu sendiri dah mmg standard dan boleh dibaca pada hampir kesemua platform. 

So katakan korang jejalan kat shopping complex pastu amek gambar pastu terasa mcm nak print gambar tu. So korang pun singgah la Kiosk Fujifilm yg ada kat Harvey Norman, cucuk SD Card, pilih gambar, edit sikit pastu print pastu bayar.

Dan katakan korang nak upload atau share gambar tu kat internet, sama ada blog, FB, instagram etc etc, so semua gambar yg berformat JPEG tu boleh di-upload directly, juga tanpa sebarang format conversion process.

Dlm ertikata lain, JPEG ni produk yg dah siap. Bagi sesiapa yg biasa dgn zaman filem dulu, format JPEG ni kira mcm gambar yg korang dah print 3R/4R tu la. Dah siapsedia utk ditunjukkan kat org, ditampal kat buku, diselit dlm album dan sebagainya.


APA ITU FORMAT RAW?

Gambar RAW drpd Fujifilm X100S. Perhatikan extension RAF pada nama file

RAW - seperti namanya yg bermaksud mentah (atau original), merupakan sejenis format gambar yg dihasilkan oleh kamera tertentu, seperti DSLR, high-end compact, Interchangeable Lens Mirrorless, serta high-end smartphone seperti One Plus One.

Dipanggil juga sbg lossless/uncompressed format kerana ia penuh dgn info/metadata, berbeza dgn JPEG yg sudah di-compress.

RAW ialah nama umum bagi original file. Nama extension tersebut bergantung kpd manufacturer:
  1. Canon: CR2
  2. Nikon: NEF
  3. Pentax: PEF atau DNG
  4. Fujifilm: RAF
  5. dan sebagainya


Bila kita view file secara thumbnail, kebiasaannya kita takkan dapat tgk gambar drpd RAW file, berbeza dgn JPEG yg kita boleh view directly. Ini kerana RAW bukanlah format yg boleh dibaca dgn mudah pada komputer, kerana ia memerlukan plugin, software atau update tertentu. 

Biasanya software yg mmg boleh baca RAW file ialah seperti:
  1. Adobe Photoshop
  2. Adobe Lightroom
  3. Picasa
  4. Photoscape
  5. Software yg ada dlm CD dlm kotak kamera korang
  6. dan lain-lain. Sila gugel.

Kalau kita double click RAW file tu utk view, biasanya sama ada mmg takkan ada imej langsung, atau imej nampak lebih gelap drpd biasa, atau jadi kaler pelik-pelik mcm gambar hijau kat atas tu.

Bagi mereka-mereka yg main filem, RAW file ni mcm gambar yg ada kat negative film korang tu. Kan mmg tak lawa gambar kat situ. Lps korang scan atau print gambar tu kpd version yg cantik, itulah yg dikatakan JPEG.

Katakan kita dpt view gambar tersebut, tak kisah la guna software apa pun, usually apa yg kita akan nampak ialah gambar yg dull, flat, tak sharp dan sedikit gelap. Ini kerana berbeza dgn JPEG yg mana kita boleh set parameter seperti Saturation dan Brightness, ia tidak berlaku pada format RAW. RAW file ialah gambar original, tidak dipengaruhi oleh kesemua parameter tersebut, melainkan setting yg asas bagi gambar iaitu ISO, Shutter Speed dan Aperture.

Disebabkan mempunyai format yg bukan boleh dibaca pada kebanyakan platform, gambar berformat RAW tidak boleh di-print dgn mudah seperti gambar JPEG, kerana ia memerlukan conversion process (proses penukaran) kpd format JPEG terlebih dahulu.

=========================================================================

Lepas dah tau apa itu RAW dan JPEG, sekarang kita proceed pula kpd perbezaan serta kelebihan dan kekurangan masing-masing:


SIZE


Gambar RAW (lossless) mempunyai saiz yg besar atau sgt besar, berbeza dgn JPEG yg loss/compressed. Usually JPEG kurang 10MB, tapi RAW ada yg sampai 40MB, bergantung kpd megapixel tertinggi yg kamera tu ada, kerana bila kita shoot RAW, resolution-nya ialah pada megapixel tertinggi.

So kalau kita pakai memori kad yg capacity kecik, atau masa kita nak shoot tu space dah mmg tinggal sikit, better utk kita pilih JPEG supaya kita dpt shoot lebih byk gambar.

Tapi skrg ni harga memori kad dah sgt murah, so aku rasa takkan ada isu memori kad tak cukup saiz sbb kita boleh beli banyak kad atau beli yg bersaiz besar, melainkan kita dah shoot seharian sampai dah takde space utk gambar RAW la.



RECOVERY & POST PROCESSING

Sebab utama gambar RAW bersaiz besar ialah kerana ianya lossless. Dlm ertikata lain, masih byk detail yg kita boleh explore dan recover pada gambar tersebut, especially pada bahagian Shadow dan Highlight, iaitu bahagian yg secara umumnya terlalu terang dan terlalu gelap dalam sesebuah gambar.

Contoh mudah, kita shoot gambar yg terlalu underexpose, sampai mmg nampak hitam je. Atau kita shoot gambar terlalu terang, sampai nampak putih je.

Dlm situasi mcm ni, gambar berformat RAW mempunyai advantage, kerana walaupun terlalu gelap atau terang, detail pada bahagian terang/gelap tu masih boleh diselamatkan semasa editing, bergantung kpd saiz dan kekuatan sensor. Detail pada kamera sensor besar seperti fullframe lebih senang di-recover berbanding kamera sensor kecik seperti APS-C atau Micro Four Third.

Detail pada bahagian langit (Highlight) dan jubah (Shadow) berjaya dihidupkan semula
pada gambar yg asalnya overexpose

Detail pada bahagian hitam (Shadow) berjaya dihidupkan semula pada gambar yg asalnya underexpose



Sebaliknya, jika overexpose atau underexpose sebegini berlaku pada gambar JPEG, mmg takleh nak buat apa dah. Kalau tu gambar yg penting dan mmg boleh sekali amek je, pasrah je lah dan sila nangis bawah shower. Contoh boleh dilihat pada gambar berikut:


Dalam gambar JPEG di atas, aku cuba utk menghidupkan detail pada kawasan pokok kat bahagian kiri gambar, dan ternyata usaha aku gagal.

Maka dlm ertikata lain, ruang utk editing itu lebih luas pada gambar RAW. Sbb tu landscape photographer khasnya, lebih prefer shoot RAW berbanding JPEG, supaya mereka dpt recover detail pada langit (Highlight) dan pada bahagian tanah (Shadow).

Tapi kita kena ingat, since RAW ni saiz dia besar, dia memerlukan processing power yg agak hebat utk kita edit. Kalau kita still guna komputer atau laptop zaman AMD Athlon atau Intel Pentium 3/4, mohon sedar diri dan shoot je la JPEG supaya tak senak komputer korang tu.

Berkenaan overexpose vs underexpose plak boleh baca artikel Overexpose VS Underexpose - Mana Lebih Baik?


COMPATIBILITY

Gambar JPEG lebih compatible dgn kebanyakan platform berbanding RAW kerana format JPEG itu format yg standard. So bila shoot guna JPEG, takkan timbul isu laptop takleh baca ke phone takleh view ke apa ke. 

Katakan kamera kita ada WIFI, kita boleh transfer masuk smartphone pastu whatsapp kpd member-member dgn mudah. Kalau RAW nak kena edit dulu pastu convert kpd JPEG plak, leceh.


OOC (OUT OF CAMERA)

Katakan kita pilih RAW+JPEG pada kamera, yg mana membenarkan kita shoot gambar tu dan akan muncul 2 gambar - 1 format RAW, 1 format JPEG.

Gambar yg RAW mmg mcm tu lah - original, kaler dull, tak sharp, saiz besar dan sebagainya, manakala yg JPEG plak akan ikut setting Megapixel dan Picture Control yg kita dah buat.

Gambar RAW dan JPEG dari Nikon D700

So bila gambar tu keluar je drpd memori kad, gambar JPEG lebih cantik, sbb kita dah pre-edit dlm kamera tu dgn setting Picture Control kita.

Sebaliknya yg RAW plak memerlukan kemahiran kita utk edit kasi cantik, menggunakan software yg bersesuaian.

Maka kalau kita jenis yg nak cepat, gambar lps shoot terus nak pakai, JPEG adalah pilihan terbaik.


KEMAHIRAN EDITING

Since gambar JPEG ni dah siap sedia lawa kalau kita pre-setting Picture Control tu elok-elok, maka kita dah jimat masa dan tenaga dan bil letrik utk proses editing.

Gambar RAW kalau kita pandai edit, hasil dia mmg masyuk. Tapi kalau kita tak pandai edit, silap-silap gambar tu jadi makin huduh drpd gambar JPEG yg biasa kita amek.

So pilih RAW hanya jika anda nak edit dan pandai edit. Kalau tak reti dan malas nak belajar editing, shoot JPEG sudey.


SPECIAL CASE

Seperti yg kita dah bincang kat atas ni, dimana gambar RAW yg over/underexpose lebih senang utk diselamatkan berbanding JPEG.

Katakan la kita ni mmg tak shoot RAW. Kita ni JPEG-person. Tapi dlm keadaan tertentu, kita terpaksa shoot RAW. Kalau tak mmg gambar kita akan jahanam. 


Beberapa bulan lepas, aku assist awek aku shoot tudung - Miasweetopia kat Taman Saujana Hijau, Presint 11, Putrajaya, lps asar.

Photoshoot tu berlangsung sampai maghrib. Time tu korang tau la cane punya gelap kan.

Awek aku guna Nikon D3100 + 50mm F1.8. Sepanjang petang tu dia shoot without any problem sbb cahaya cukup.

Tapi bila dah dekat-dekat maghrib, gambar dah mula bermasalah sbb lowlight. Client pulak mmg taknak gambar dgn flash. Kalau shoot high ISO kat D3100 mmg noise melampau-lampau la.

So aku pun assist, amek alih tugas, guna Nikon D3 dan 50mm F1.4.
Tapi gelap giler punya pasal, setting masa tu ISO6400 | f/1.4 | 1/25 pun still gelap.

Aperture dah takleh nak besarkan.
ISO boleh naikkan pegi Hi tapi aku jenis yg mmg takkan guna ISO Hi atau Lo ni.
Shutter speed 1/25 tu dah sgt low ekceli utk handheld. Kalau aku rendahkan lagi speed tu, gambar mmg confirm blur.
Flash tak boleh pakai, client tanak. 
Tripod plak takde. Time tu la tak bawak. Adoi.


So nak tak nak, berbekalkan setting tadi tu, aku terpaksa jugak la shoot walaupun gambar akan jadi underexpose, dgn niat balik nnt mesti edit kasi terang balik. Maka aku pun pilih la format RAW supaya recovery lebih mudah dibuat. 

Masa ni la format RAW tu comes in handy. Dan kemahiran editing especially pada bahagian Sharpness, Color dan Noise dipraktikkan sepenuhnya utk mengkacakkan gambar RAW yg gelap tadi.


RAW VS JPEG

Finally, kita pergi kpd persoalan utama - so nak shoot dlm format RAW atau JPEG? Antara kedua-dua format ni, yg mana lebih baik?

Jujurnya, tiada jawapan yg tepat utk soalan ni. Tapi aku bagi korang 1 contoh utk senang faham.

Katakan:
RAW = beras, produk mentah,
JPEG = nasik, produk dah siap,

Masa korang ada beras, korang bebas utk plan nak buat apa dgn beras tu; nasi putih ke, nasi ayam ke, nasi lemak ke, nasi planta ke.

Tapi once korang dah masak beras tu jadi nasi, pilihan korang dah mula limited. Tak banyak dah option yg korang boleh buat, berbanding masa dia beras tadi.

Sama mcm gambar RAW dan JPEG. Kalau korang mmg kaki editing, RAW lebih baik sbb dia masih dlm keadaan loseless/uncompressed, berbanding dgn JPEG yg dah siap, agak terhad dan lebih susah utk korang modify.

Dan bergantung jugak kpd keadaan. Jika korang terpaksa shoot gambar yg over atau underexpose dan korang ada plan utk repair gambar tu later, pilih RAW.

Tapi kalau setakat selfie, jalan-jalan Pavi, amek gambar lens cap, JPEG sudah.

Contoh mudah kalau korang shoot wedding:
  1. Portrait pengantin - RAW
  2. Outdoor pengantin - RAW
  3. Candid tetamu - JPEG
  4. Hantaran - JPEG

So korang sendiri la yg kena decide nak shoot RAW atau JPEG, bergantung kpd amende yg korang nak shoot tu. Kalau rasa susah sgt nak decide, shoot RAW+JPEG, abis cite, dedua dapat. Mana-mana JPEG dah sedia cantik tu, delete dia punya RAW file. Tapi kena rajin la.


SOALAN LAZIM

Sbg penutup, aku kongsi skit beberapa soal jawab yg biasa timbul dlm kes RAW JPEG:
  1. "Lepas dah transfer gambar RAW masuk komputer, nak edit dulu baru convert kpd JPEG atau convert kpd JPEG dulu baru edit?"
    • logiknya dah tentula edit dulu baru convert.
    • kita edit masa dia tgh penuh dgn info/metadata, iaitu masa dia RAW, bukan lps dia dah loss (JPEG), mcm drpd beras tadi, masa kita nak buat nasik lemak, masa masak beras tu jadi nasik la kita letak segala bahan utk men-nasilemak-kan dia, bukan masak dia jadi nasi dulu baru dilemakkan.
  2. "Kalau gambar JPEG di-convert jadi RAW, adakah dia akan jadi mcm RAW file yg sebenar, iaitu lossless dan uncompressed?"
    • anda mungkin boleh convert, tapi takde benda spesel yg jadi, kecuali membesarkan lagi file tu
    • JPEG tu sendiri dah takde byk info, so tak mungkin ia boleh jadi RAW file yg tetibe byk info
    • kita umpamakan mcm beras dan nasik tadi, mustahil utk nasik jadi beras semula. kita mungkin boleh alter rupa nasik tu jadi mcm beras, tapi ia tetap nasik
  3. "Komputer/laptop saya tak boleh baca RAW file drpd kamera sekian-sekian. Apa mau bikin?"
    • kes ni biasa jadi kat kamera baru. usually terjadi sbb PC anda tiada plugin yg kenal dgn RAW file tersebut
    • so either anda update RAW Plugin kat website Adobe, atau guna software yg ada dlm CD masa beli kamera tu, atau convert RAW file tadi kpd DNG dan edit mcm biasa, sbb DNG adalah format RAW yg dikenali oleh Adobe
    • kalau CD dah takde, carik software tu kat official website kamera anda
  4. "Saya dah cuba edit dgn mencerahkan gambar yg gelap tapi tak dapat pun hasil yg mcm Ejad dapat dalam artikel ni. Apa rahsianya?"
    • Lain sensor, lain keupayaannya. Sensor drpd kamera baru of kos akan perform better drpd kamera lama. Contoh dlm gambar portrait kat atas tu, guna Canon 5D, bila cerahkan, penuh dgn banding noise. Tapi kalau amek gambar yg sama menggunakan 5D Mark 2 misalnya, mungkin kurang noise tu, sbb sensor lebih baru.
    • Selain teknologi sensor, saiz sensor juga main peranan. RAW drpd kamera kecik mmg takleh lawan la dynamic range pada sensor kamera besar seperti fullframe.

Sekian artikel yg panjang ni.

Semoga bermanfaat.

Ejad Fotopoyo

Monday, January 17, 2011

Tips Menjaga Kamera 4 - MEMORY CARD

Assalamualaikum & salah sejahtera semua.

Sebelum ini sudahpun diterangkan bagaimana utk menjaga body camera, lens serta battery di sini:
  1. Tips Menjaga DSLR 1 - BODY
  2. Tips Menjaga DSLR 2 - LENS
  3. Tips Menjaga DSLR 3 - BATTERY

Kali ini saya akan menyentuh satu lagi item penting dlm digital photography, iaitu memori kad.


Terdapat pelbagai jenis memori kad di pasaran skrg ini - SD, microSD, SDHC, xD, MMC, Memory Stick, M2, Compact Flash dan sebagainya.

Antara jenama yg popular ialah seperti Kingston, Sandisk dan Apacer.

Sepertimana storage device yg lain (hard disc, pendrive), memori kad juga ada risiko terdedah kpd virus/worm/trojan dan yg sewaktu dgn nya, yg boleh menyebabkan kerosakan pd nya.

Cuba bayangkan anda sedang bercuti, dah byk ambil gambar, tiba-tiba masa nak transfer gambar, memori kad tunjuk error message "This device need to be formatted", mesti rasa mcm nak campak je laptop tu kan?

Ha, kita taknak ada isu campak-menyampak kat sini, jadi kita cuba yg terbaik utk pastikan memori kad kita sentiasa sihat & cergas, ok? ;)

Di sini saya kongsikan sedikit tips berkenaan cara menjaga memori kad, berdasarkan pengalaman serta research melalui internet.


1) Sentiasa back-up
  • Amalkan utk transfer gambar ke dlm komputer jika ada kesempatan.
  • Katakanlah anda sedang bercuti, kemudian semasa sedang berehat-rehat di bilik, transfer gambar itu semua ke dlm laptop walaupun masih byk space yg boleh diisi

2) Sentiasa format
  • Setiap kali selepas habis proses pemindahan gambar ke dlm komputer, amalkan utk terus format kad tersebut
  • Ingin saya tegaskan, format, bukan delete semua file/folder.
  • Walaupun basically ia nmpk seperti proses yg sama, tetapi dgn format, proses pembersihan yg dilakukan lebih lancar.
  • Perkara ini boleh dicerita pnjg lebar dgn maklumat drpd IT, tp saya rasa tak perlu kot
  • Tapi pastikan proses format itu berlaku selepas anda transfer gambar, kalau tak, ada la yg menangis tak berlagu kang
  • Sebelum kad itu digunakan semula pd kamera, dinasihatkan utk format kad itu sekali lagi melalui kamera
  • Cara ini dpt memastikan yg kad itu akan diformat mengikut setting terbaik bg kamera tersebut

3) Jangan gopoh!
  • Anda perasan tak setiap kali selepas mengambil gambar, lcd akan gelap, lampu blinking, kemudian gambar yg ditangkap td akan muncul slps beberapa saat?
  • Dlm tempoh slps mengambil gambar sehinggalah ia muncul pd skrin, gambar itu sedang diproses utk disimpan dlm memori kad
  • Proses in dinamakan writing
  • Jika anda mengeluarkan memori kad pd waktu itu, anda telah mengganggu proses tersebut dan bakal menyebabkan kerosakan pd kad
  • Perkara yg sama berlaku jika anda sedang transfer gambar ke dlm komputer, kemudian anda cabut kad atau kabel USB tak tentu pasal
  • Jadi jgn lah gopoh begitu. Remove lah elok-elok dgn teknik Safely Remove Hardware.
  • Amalkanlah sifat sabar, kerana sabar itu sebahagian drpd iman :)

4) 2 is better than 1
  • 2 keping 4GB adalah lebih baik drpd sekeping 8GB memory card
  • Katakan anda hanya ada 1 keping kad, jika rosak, habislah
  • Tapi jika anda ada lebih, at least gambar di memori kad lain yg tidak rosak dan masih selamat
  • Tambahan pula memori kad sgtlah murah skrg, jadi digalakkan utk beli extra utk simpanan

5) Delete gambar di komputer, bukan camera
  • Kenapa? Pertama; bad power management. Setiap kali anda mendelete, anda perlu cari dulu gambar itu, kemudian delete dan seterusnya - proses ini memakan tenaga bateri, yg mana mungkin boleh menyebabkan memori kad anda kosong, tp bateri tak cukup utk digunakan kemudiannya
  • Kedua; adalah sgt susah utk melihat gambar dgn teliti di dlm kamera. Gambar yg anda delete itu mungkin nmpk tak cantik pd lcd, tp sebenarnya cantik bila dilihat melalui komputer, kan rugi tu?
  • Ketiga; eksiden yg bakal berlaku ialah - anda ter-delete kesemua gambar! Jika dilakukan di komputer, at least gambar itu masih boleh diselamatkan jika ia berada di Recycle Bin
  • Jadi dipendekkan cerita - deletelah di komputer, jgn delete di kamera, kecuali jika anda betul-betul perlu berbuat demikian, buatlah dgn berhat-hati

6) Jangka hayat
  • Sepertimana bateri, memori kad juga punyai jangka hayat yg tersendiri
  • Jika anda rasa mcm dah terlalu lama guna 1 kad tu, belilah 1 extra sbg langkah berjaga-jaga, takut tiba-tiba yg lama tu rosak, at least anda ada backup

7) Berhenti mengambil gambar jika sesuatu berlaku
  • Maksudnya, berhentilah mengambil gambar sekiranya anda mendapati kad itu ada something wrong
  • Let say jika anda sedang menggunakan kamera, tiba-tiba dtg error message "Please format your card"
  • Berhenti shooting, switch off kamera anda, keluarkan memori kad tersebut supaya at least gambar yg sudah tersimpan di dlm nya berkemungkinan masih selamat
  • Terus buat backup jika ada komputer di sisi

8) Berhenti sebelum kenyang
  • Jika anda perasan yg memori kad anda sudah hampir penuh, berhentilah shooting, tukar kad lain
  • Expert dlm bidang photography pernah berkata, dgn memenuhkan kapasiti kad itu mendekatkan lagi ia pd kerosakan, seperti memory loss
  • Sama seperti hard disc yg menjadi slow apabila penuh, begitu juga yg akan berlaku pd memori kad sekiranya ia terlalu penuh

9) Switch off kamera sebelum mengeluarkan kad
  • Mungkin anda tak perasan, kejutan elektrik minor sering berlaku semasa anda mengeluarkan memori kad tanpa mematikan kamera terlebih dahulu
  • Kejutan yg minor ini tiada efek pd kita, tp kesannya pd kad mungkin boleh menyebabkan kerosakan dan kehilangan data
  • Tapi perlu juga diingat, jgn mematikan kamera semasa proses writing sedang berlaku, tu pun boleh merosakkan kad juga

10) Tukar bateri sebelum KO
  • Sepertimana yg sudah diterangkan dlm artikel penjagaan bateri, tak elok utk membiarkan bateri kehabisan tenaga keseluruhan kerana ini dpt memendekkan jangka hayat bateri itu
  • Berkenaan memori kad, seperti yg sudah diterangkan pd no (9), jika bateri anda habis dan kemera mati mengejut semasa proses writing sedang berlaku, ia bakal merosakkan kad
  • Jadi sentiasa prihatin dgn tenaga bateri anda utk mengelakkan perkara sebegini berlaku

11) Edit di komputer
  • Terdpt sesetengah kamera yg dibina dgn built-in post processing, yg mana editing itu boleh dibuat straight away dgn kamera
  • Mcm point no (5) di atas, tidak digalakkan utk meng-edit gambar melalui kamera
  • Ia dikatakan dpt memendekkan jangka hayat kad kerana semasa editing, byk proses berlaku secara serentak pd kad tersebut

12) Jenama
  • Semasa membeli kamera, biasanya kedai akan bekalkan kad secara percuma
  • Kad itu biasanya China brand, yg mana kualitinya tidak bagus
  • Kad itu boleh digunakan, tp tidak digalakkan utk dijadikan prime card, sebaliknya hanya layak sebagai backup sahaja
  • Utk kad utama, seeloknya belilah kad berjenama yg bagus, seperti Kingston, Sandisk yg mempunyai writing/reading speed yg bagus, bergantung pd kegunaan anda
  • Biar duit habis pd jenama yg bagus, tp hasil terjaga dan terpelihara :)

13) Simpanan
  • Jika tidak digunakan, simpan dlm bekas plastik yg dibekalkan atau apa-apa bekas yg sesuai pd suhu yg sederhana (suhu bilik)

14) Jgn sentuh!
  • Jgn sentuh bahagian yg ditunjukkan dlm gambar, terutama jika jari anda basah/lembap
  • Menyentuh bahagian tersebut boleh menyebabkan kerosakan pd circuit kad
  • Selain itu, juga jgn biarkan bahagian berkenaan terdedah dgn kelembapan, minyak atau bahan kimia lain spt alkohol




Sekian sahaja artikel mengenai memory card ini.

Jika anda masih belum membaca 3 tips lain, sila klik link yg diberikan di bwh:
  1. Tips Menjaga DSLR 1 - BODY
  2. Tips Menjaga DSLR 2 - LENS
  3. Tips Menjaga DSLR 3 - BATTERY

Semoga mendapat manfaat dgn nota di atas.

Sekian, Wassalam.


Sumber Rujukan:

  1. Taking care of your camera's memory card
  2. How to take care of your memory cards
  3. How to take care of your digital memory cards
  4. 13 tips on how to care and use your memory cards

Tips Menjaga Kamera 3 - BATTERY

Assalamualaikum & salah sejahtera buat semua pengunjung.

Sebelum ini sudahpun diterangkan bagaimana utk menjaga dan memelihara body DSLR dan lens kita di sini:
Body - http://ejadfotopoyo.blogspot.com/2011/01/tips-penjagaan-1-body.html
Lens - http://ejadfotopoyo.blogspot.com/2011/01/tips-penjagaan-2-lens.html

Kali ini, saya akan menyentuh mengenai bateri pula.

Berlainan dgn zaman dahulu yg semuanya mekanikal, zmn digital kini lebih byk menggunakn tenaga bateri.

Biasanya setiap pembelian DSLR akan disertai dgn bateri Lithium-Ion, atau singkatannya Li-Ion, berbanding dgn beberapa brand lain yg menyuruh kita menggunakan bateri AA.

Apa kegunaan bateri dlm penggunaan kamera?
  • Exposure metering
  • LCD display
  • Flash
  • Focus, zoom


Li-Ion Battery


Berikut adalah fakta yg anda perlu tahu mengenai bateri Li-Ion:

1- Biasanya mempunyai 300-500 kali tempoh discharge/charge cycle
  • Discharge/charge cycle bermakna pusingan utk kehabisan tenaga diikuti dgn re-charge hingga tenaga bateri mencapai 100%
  • Jika anda telah menggunakan 50% tenaga bateri pd hari pertama, kemudian charge hingga 100% pd waktu mlm dan buat perkara yg sama pd hari kedua, anda baru sahaja menghabiskan 1 charge cycle bateri tersebut

2- Lebih prefer separa-discharge drpd full-discharge
  • Full-discharge bermaksud menggunakan bateri sampai habis tenaga langsung 0%
  • Jgn tunggu hingga tenaga habis keseluruhan, caslah jika anda dapati bateri itu sudah low

3- Tiada kesan memori pd bateri Li-Ion
  • Mengecas bateri Li-Ion yg masih mempunyai tenaga tidak akan mendatangkan mudarat kerana ia tiada memori
  • Kekerapan mengecas tidak akan akan memendekkan jangka-hayat bateri

4- Elakkan full-discharge
  • Bateri Li-Ion sebenarnya mengandungi circuit istimewa utk melindungi bateri dprd overcharged atau undercharged
  • Circuit istimewa ini dibina utk melindungi bateri drpd kerosakan yg boleh timbul jika tenaga bateri anda sangat rendah atau 0
  • Apabila tenaga bateri menurun hingga ke 1 tahap voltage yg terlalu rendah, circuit keselamatan yg terbina di dlm nya akan 'terbuka' dan bateri boleh mengalami kerosakan kekal
  • Perkara ini biasa berlaku apabila kamera tidak digunakan dlm tempoh yg lama, bateri dibiarkan begitu sahaja, kemudian akan perlahan-lahan discharge hinggalah akhirnya tenaganya mencapai 0
  • Jadi, elakkan drpd bateri itu kehabisan tenaga sepenuhnya
  • Disebabkan bateri tiada memori, jadi adalah lebih baik utk mengecasnya selagi boleh

5- Keluarkan bateri drpd kamera jika tidak digunakan
  • Jika anda tidak menggunakan kamera dlm 1 tempoh yg lama, katakan 1 minggu, keluarkan bateri tersebut drpd kamera
  • Ini adalah utk mengelakkan drpd berlakunya full discharge sekiranya terbiar di dlm body camera

6- Keadaan panas

  • Elakkan utk menggunakan bateri yg penuh tenaganya pd keadaan yg sgt panas utk suatu jangka masa kerana bateri yg penuh hanya boleh pergi setinggi 45'c semasa digunakan

7- Keadaan sejuk

  • Bateri tak dpt berfungsi dgn baik dan akan cepat habis tenaganya jika digunakan pd keadaan yg sgt sejuk
  • Utk mengelakkan perkara ini berlaku, sentiasa pastikan bateri anda bersuhu badan dgn menggenggamnya atau simpan dlm poket baju/seluar

8- Jangka hayat

  • The fact is, bateri Li-Ion sudahpun menghampiri kematian sebaik shj ia keluar drpd kilang
  • Jangka hayat utk bateri yg tidak digunakan adalah berbeza tp dijangka akan hilang 20% drpd jumlah tenaganya setiap tahun drpd tarikh ia dicipta
  • Jadi, jika anda ada extra bateri, jgn biarkannya shj tersimpan. Gunakannya silih berganti dgn bateri yg ada
  • Jgn beli 2nd hand Li-Ion bateri sewenang-wenangnya. Check dahulu tarikh ia dicipta
  • Tidak digalakkan utk beli bateri spare terlalu byk just in case jika ia diperlukan utk masa depan. Sebaiknya simpanlah duit dan beli apabila betul-betul perlu sahaja
  • Dlm tempoh setahun, bateri akan mula menunjukkan penurunan prestasi tenaga dan akan mati pd tahun berikutnya atau seterusnya (walaupun tidak digunakan)
  • Saat bateri itu sudah mati, matilah ia, tak boleh dicas semula

9- Simpanan
  • Bateri Li-Ion boleh disimpan casnya selama berbulan-bulan
  • Ia mempunyai kadar self-discharge 5-10%
  • Spt yg dikatakan td, jika anda bercadang utk tidak menggunakan kamera pd jangka masa yg lama, jgn lupa utk keluarkan bateri drpd body camera
  • Utk simpanan yg lebih baik, simpan bateri dlm kadar cas 70-80% pd keadaan sejuk kering
  • Ada juga yg mengatakan bateri akan tahan lebih lama jangka hayatnya jika disimpan dlm peti sejuk (tp bukan sampai beku la)
  • Jgn dedahkan pd keadaan yg lembab kerana ia boleh menyebabkan ia berkarat
  • Jika anda betul-betul menyimpan bateri dlm peti sejuk, pastikan anda membiarkan ia pd suhu bilik utk beberapa ketika sebelum digunakan

AA Battery



Selain Li-Ion, bateri yg popular ialah bateri AA, yg biasanya menjadi sgt penting apabila anda menggunakan external flash pd camera anda.

Terdapat pelbagai jenis, seperti Alkaline yg tidak boleh dicas semula tetapi kosnya murah dan mudah didapati di mana-mana.

Contoh yg boleh dicas semula ialah spt bateri Sanyo Eneloop di dlm foto di atas.
Bateri yg rechargeable ini biasanya eco-friendly kerana diperbuat drpd nontoxic metal.

Kosnya lebih mahal tetapi jika dilihat pd jangka masa panjang, bateri ini lebih murah drpd bateri alkaline pakai-buang yg sentiasa perlu dibeli.


TIPS UTK MENJIMATKAN PENGGUNAAN BATERI
  1. Kurangkan penggunaan LCD monitor atau Live View pd kamera
  2. Jika boleh, kurangkan brightness pd LCD monitor kamera
  3. Switch off external flash apabila tidak digunakan
  4. Pastikan electronic contact yg terdapat pd bateri dan charger sentiasa bersih sebelum mula mengecas
  5. Seperti yg sudah diterangkn di atas, keluarkan bateri jika tidak digunakan dlm suatu tempoh yg lama
  6. Let say anda sedang outing bersama rakan-rakan, tak perlulah off-on kamera dgn kerap sebelum mengambil gambar yg seterusnya
  7. Jika anda jenis yg transfer gambar menggunakan kabel drpd kamera kpd PC, belilah 1 memory card reader
  8. Last tips yg agak sukar - amalkan guna manual focus kerana autofocus mechanism memakan tenaga bateri

Fuh, panjang gak la artikel psl bateri ni kan. Letih kot taip.
Well, I guess that's it kot psl bateri ni.

Jika anda masih belum membaca tips yg lain, sila klik link yg diberikan di bwh:
  1. Tips Menjaga DSLR 1 - BODY
  2. Tips Menjaga DSLR 2 - LENS
  3. Tips Menjaga DSLR 4 - MEMORY CARD

Nantikan tips yg lain drpd saya slps ini, mengenai beg, drybox dan sebagainya.
Semoga mendapat manfaat dgn tips di atas.

Sekian, Wassalam.


Sumber Rujukan:

  1. Lowyat Forum (sumber utama)
  2. How to prolong the lifespan of Li-Ion battery
  3. Tips for prolonging the life of your cell phone battery
  4. 3 Things You Should Already Know About Your Lithium Ion Battery
  5. Camera Batteries
  6. FAQ on Li-Ion Batteries
  7. Battery Facts dan FAQs
  8. Li-Ion Battery by wikipedia
  9. What You Need to Know About Li-Ion Batteries

Tips Menjaga Kamera | LENS

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Sebelum ini aku dah bebel pasal cara menjaga body camera di sini: Tips Menjaga Kamera | BODY

Kali ini aku nak kongsi mengenai cara utk menjaga lens pulak.


LENS CAPS


Front cap - kiri
  • Pasang front cap (penutup hadapan) bila tak guna
  • Ini dapat mengurangkan risiko lens menjadi kotor atau berhabuk, dan kes paling teruk - calar pada front element.
  • Bila lens dah calar, mata pun sedih memandang, nak jual balik pun susah.

Rear cap - kanan
  • Tutup belakang lens anda kerana kepentingannya sama sahaja dgn front cap


UV/Clear Filter


Front element pada lens boleh dilindungi dgn memasang filter, seperti clear protection filter atau UV filter.

Ini dpt memastikan segala mcm bentuk kemalangan atau pelanggaran yg berlaku akan terkena pada filter, bkn hadapan lens.

Kalau berlaku kemalangan yg menyebabkan filter rosak (retak, pecah, bengkok), lebih murah utk menukar filter berbanding menukar lens.

Biasanya masa beli kamera DSLR, kedai akan bagi filter ni sbg sebahagian drpd free gift.

Filter juga bertindak utk menghalang habuk drpd terkena pd elemen hadapan lens.

Utk tujuan protection, aku hanya bebel pasal UV dan Clear Filter. Kalau nak tau pasal filter2 lain, boleh baca sini: Lens Filter


LENS HOOD


Kegunaan utama hood yg berbentuk seperti kelopak bunga itu adalah utk menghalang kemasukan cahaya secara direct drpd matahari atau lampu.

Ia sgt berguna especially apabila anda sedang mengambil gambar di bwh sinaran matahari atau lampu yg terik, di mana sinaran luaran camni boleh menyebabkan flare, penurunan contrast serta penurunan kualiti gambar.


Ini contoh flare yg menyakitkan mata:


Tapi kekadang ada certain gambar yg cantik bila ada flare, contohnya:


Selain itu, sepertimana front cap dan filter, lens hood juga bertindak mengurangkan risiko pelanggaran objek lain pd elemen hadapan lens kita.

Utk info lanjut pasal hood, boleh baca artikel Lens Hood.


HANDLE WITH CARE


Unlike body camera yg sentiasa tergantung di leher, lens merupakan gajet yg paling senang jatuh, especially masa kita tgh dlm proses menukar lens.

So sila berhati2. Kalau nak selamat, masa tukar lens tu, duduk ke cangkung ke, at least kalau jatuh pun impact dia tak kuat sangat. Atau tukar lens dlm beg, so takde la isu jatuh ke lantai/tanah.

Sekian.

Ejad Fotopoyo

*artikel ini telah dikemaskini pada 17/08/2015 jam 11:16am

Sunday, January 16, 2011

Tips Menjaga Kamera | BODY

Assalamualaikum & salah sejahtera buat pengunjung sekalian.

Dlm entri kali ini, aku akan bebel pasal cara nak menjaga body kamera korang tu supaya tahan lebih lama dan sentiasa kacak. Bila kamera korang kacak, korang pun suka tengok, pastu nak jual pun senang. Kamera tak perlukan krim bedak sejuk apa semua pun utk kasi dia maintain cantik.


LCD SCREEN PROTECTOR

Ni kira benda paling basic yg perlu ada. Biasa kita pasang screen protector pada handphone sbb tanak bagi skrin calar. Ha sama la dgn kamera.

Biasanya kalau beli kamera baru kat kedai, kedai akan bagi screen protector dan tolong pasangkan terus dgn kuku dia yg panjang tu.

dx.com

Utk DSLR Nikon, biasanya korang akan dpt plastic screen protector yg jenis clip-on camni:

digitalcamerareview

Yg recommended skrg ni biasanya ialah glass type sbb dia lebih tahan lasak. Antara jenama yg femes ialah seperti Fotga, JYC dan GGS. Glass type ni lebih tahan lasak, mcm tempered glass jugak.

pentax2u


SHOULDER/NECK STRAP

freshnessmag

Setiap kali anda memegang kamera, amalkan utk terus sarungkan strap (tali kamera) itu pada leher. Ini dpt mengurangkan risiko terjatuhnya awek/skandal/bini anda yg tersayang tu.

Strap ni banyak jenis. Secara umumnya kita ada handstrap yg kecik dan neckstrap yg panjang.

Hand Strap

Neck Strap

Cara nak pakai yg paling basic ialah gantung je kat leher tu.

petapixel

Pastu cara2 lain ialah silang kiri ke kanan atau kanan ke kiri, atau mcm2 style la, depends jugak pada jenama dan jenis strap tu.

dpreview

cameratown

cameraclean


Another alternative, anda juga boleh menyarungkan neckstrap tu pada lengan:

instructables

Berkenaan brand, mcm2 brand ada utk strap ni, seperti Optech, Matin dan sebagainya. Takkan dibincangkan dlm artikel ni. Korang guna je strap original yg dapat sekali dgn kamera tu je. Kalau rasa mcm tak selesa baru pegi carik lain.


BODY CAP

photojojo

Ringkasnya, kalau korang tak attach lens kat body, jgn biar dia melopong je, tapi cover la dgn body cap. Nanti abis segala habuk masuk dlm kamera, mengotorkan mirror dan viewfinder. 

Body cap takyah ori pun, janji boleh mount kat kamera korang tu.


MENUKAR LENS

youtube

Tiap kali kita tukar lens, bahagian dlm kamera akan terdedah, menjadikan kamera mudah dimasuki habuk, serangga, pasir dan sebagainya.

Untuk mengelakkan kamera dimasuki benda2 camtu, takkan nak larang korang tukar lens pulak kan. Dah la kita beli DSLR mmg dgn tujuan utk tukar2 lens.

So aku nak kongsi tips utk mengurangkan risiko tersebut semasa proses penukaran lens:
  1. Hanya tukar jika perlu
  2. Elakkan penukaran di tempat yg berhabuk/berangin (contoh - pantai, tepi jalan)
  3. Switch-off kamera anda sebelum dan semasa tukar
  4. Halakan kamera ke bwh seperti ingin mengambil gambar kaki semasa menukar lens
  5. Pastikan anda membelakangi angin semasa menukar lens
  6. Tukar dgn pantas, jgn tangguh atau berlengah-lengah
  7. Tukar dengan cermat, ingatlah DSLR dan lens yg tersayang

MOISTURE CONDENSATION

Ingat lagi tak masa sekolah rendah, kita belajar proses pengewapan, penyejatan, kondensasi, pembekuan bla bla semua tu? 

Ok, ceritanya mcm ni.

Bila anda bawak DSLR anda drpd tmpt sejuk ke tmpt yg panas, dimana perubahan suhu berlaku secara mendadak, kondensasi akan berlaku pada bahagian dalam dan luar kamera tu.

Sebagai contoh, dalam kereta sejuk aircond, pastu anda keluar ke tempat yg panas. 

Atau, contoh yg lebih mudah, korang bawak keluar air drpd peti sejuk, nanti kan kat luas botol/gelas tu akan wujud titisan air. Atau bagi sesiapa yg pakai spek, ha kan spek korang tetibe mengewap bila pindah drpd tempat sejuk pegi panas.

Kalau kelembapan ni dibiarkan, kamera boleh rosak dan fungus senang tumbuh sebab dalam tu lembap.

Kat Malaysia, benda ni jarang berlaku sbb kita kan ada 2 musim je - panas dan hujan. Biasa benda ni berlaku bila wujud aircond je, tak mcm oversea yg biasanya jadi sbb musim sejuk.

instructables

Utk mengelakkan kamera mengewap:
  1. Ikat kamera anda dlm beg plastik atau ziplock bag (rujuk gambar kat atas) dan benarkannya utk 'sesuaikan diri' di tmpt baru, baru bawak keluar.
  2. Biarkan sahaja kamera dan lens di dlm beg dan biarkan mereka 'sesuaikan diri' secara sendirian berhad, perlahan-lahan
  3. Gunakan tuala dan balut kamera

The key is - kita mahu supaya kamera kita tak 'terkejut' dgn perubahan suhu tu, kita biarkannya perlahan-lahan sesuaikan diri di tmpt yg bersuhu baru.

Kalau kamera/lens dah mengewap, biar je, keringkan. Sbb lama2 nanti wap tadi tu akan hilang bila kamera dah sesuaikan diri dgn suhu tempat baru.


LASAKKAH KAMERA SAYA?

picturecorrect

Body DSLR memang besar, berat dan nmpk menakutkan bg sesetengah org (oh yes, ada baby pernah menangis masa aku nak shoot gambar dia guna DSLR), tp aku nak pesan 1 benda:

Just because ia nampak tahan lasak, tak semestinya anda harus abuse dia.

Kereta anda keras kan? Adakah anda sesuka hati pegi langgar dinding? Atau anda pandu sebaik mungkin supaya tak langgar apa2?

Sama la mcm kamera kita.

Jgn la selamber simbah air kat DSLR tu, mungkin body ok, tapi buatnya lens basah, masuk air, kan dah kasi free-ride utk fungus tumbuh. Kecuali la kamera tu mmg waterproof, shockproof, weatherproof dan sebagainya.

Bila tgh mengeshoot kat luar, masa tak pakai, simpan la kejap dlm beg, takut berlanggar-langgar dgn ranting ke ape ke, calar, sia-sia je kan.

Anda mungkin tak kisah kalau kamera anda calar balar, tapi dia akan jadi isu bila anda nak jual nanti. Kalau kamera dah serabai, susah nak jual harga tinggi.


ROUTINE MAINTENANCE

thedigitalvisual

Bila korang ada masa, keluarkan kamera dari beg atau drybox, kasi belai2 skit, mcm anda biasa basuh kereta time weekend. Lap kamera tu kalau ada kesan basah or kotor, lap skrin yg penuh dgn cap jari.

Kalau kamera korang masih mengewap (sbb isu kondensasi yg dah dibincangkan sebelum ni), korang boleh la rendam kamera tu dalam beras, atau bekas yg penuh dgn silica gel, supaya kelembapan tadi tu dapat dikeringkan.

Bagi yg reti, boleh bersihkan mirror, viewfinder dan sensor drpd habuk menggunakan blower serta alatan lain. Byk tutorial berkenaan ni kat internet, boleh google sendiri.

Kalau habuk tu degil sangat tak dapat dibersihkan, korang boleh hantar ke service center (ikut jenama kamera masing2) utk sensor cleaning process. Harga sila tanya diorang, becoz aku tak pernah buat so tak tau.

Simpan kamera di tempat yg kering, atau tempat yg udara mengalir seperti atas meja. Kalau simpan kat tempat lembap dan gelap, fungus senang tumbuh. Beli drybox kalau mampu.


SHUTTER REPLACEMENT

Shutter blade

Dalam DSLR ada shutter blade, iaitu benda yg korang duk adjust shutter speed 1/1000, 30", BULB apa semua tu.

Shutter count pula merujuk kpd berapa kali dah kita tekan shutter button tu, atau berapa kali dah kita amek gambar. Biasanya maklumat shutter count atau SC ni disertakan pada jualan kamera terpakai.

Utk check SC pada kamera, boleh guna website ni: www.camerashuttercount.com/

Setiap kamera anda had shutter masing2. Contohnya max shutter count bagi entry level DSLR seperti Nikon D3300 dan Canon 100D ialah sekitar 100,000 klik.

Bukan bermakna lepas 100,000 tu confirm shutter kong, tapi tu anggaran jangka hayat. Cuma biasanya bila angka SC melebihi nilai max shutter 100,000 tadi, shutter blade akan mula rosak.

Anda boleh google sendiri berapa agaknya limit shutter anda, kerana ia berlainan utk setiap jenama dan model.

Ok, apa jadi bila kamera anda sudah menghampiri atau melepasi max SC?

Shutter blade akan mula slow, seperti anda set 1/1000s, tapi dengar shutter tu buka/tutup lama mcm 1s. Worst case, ada yg jammed terus, tak boleh tgkp gambar sudah.

Jgn risau. Jika berlaku kes sebegini, it means shutter blade anda dah rosak. Shutter blade je, bukan kamera. So, hantarlah kamera anda ke pusat servis utk proses penukaran shutter (shutter replacement).

Bayarannya mungkin dlm RM300-RM500, bergantung pd jenama/model serta lain-lain keperluan. Jika kamera anda masih di bwh warranty, penukaran shutter ialah percuma. Kalau anda guna high end atau pro level camera, harga akan lebih mahal sbb shutter blade bagi kamera pro lebih tahan lasak. Sbb tu kamera pro boleh pegi sampai 200-300ribu max shutter count.

Dan biasanya diorang akan bersihkan sekali dlm tu, cuci habuk, ganti getah apa semua jika perlu.

Lepas dah tukar shutter blade, kamera anda dah jadi baru dgn SC = 0, cuma mungkin nombor SC tu dia tak reset. Katakan anda hantar tukar shutter blade masa SC = 120,000. Lepas tukar, dia sambung nombor tu bermula dgn 120,001 sampai la dia rosak balik.

Hmm ok dah tu je kot yg boleh dikongsi berkenaan tips penjagaan body.

Any question or comment boleh ditaip di ruangan komen di bawah.

Sekian.

Ejad Fotopoyo

*artikel ini telah dikemaskini pada 17/08/2015 jam 12:12am