Saturday, March 26, 2011

Shutter Speed

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua pembaca yg budiman.

Kali ini aku nak share psl Shutter Speed pulak.


APA ITU SHUTTER SPEED?  

Memberi maksud Exposure Time, iaitu masa shutter camera itu terbuka utk kemasukan cahaya.

Semakin lama shutter terbuka, semakin tinggi kemasukan cahaya.


BAGAIMANA MENGENALI SHUTTER SPEED?

Shutter speed pada mechanical film camera
Shutter speed pada kamera Samsung EX2F
Shutter speed pada kebanyakan DSLR

  • Diwakili dgn unit saat, contoh 1/4000s, 1/250s.
  • Terletak pd body kamera (sama seperti ISO pd kamera digital), bukan pd lens.
  • Pd zaman analog (filem), biasanya shutter speed ditunjukkan dlm gandaan 2 (jarak 1 stop), contohnya 1/250s, 1/500s, 1/1000s dan yg paling rendah selepas 1s ialah B (Bulb Mode)
  • Pd zaman digital, kamera digital SLR mampu menggunakan shutter speed selaju 1/8000s bg sesetengah model kamera, dan serendah 30s, kemudian BULB.
  • Utk digital SLR, shutter speed yg lebih rendah drpd 1 saat akan ditandakan dgn 1", 2" hinggalah 30" utk membezakan dgn shutter speed 1/2s, 1/30s.
  • Selepas shutter speed ditunjukkan dlm unit nombor, ia akan diwakili dgn B yg bermaksud BULB, iaitu tiada masa terhad utk bukaan shutter. Dgn mode BULB, shutter akan sentiasa terbuka selagi kita menekan butang shutter


BAGAIMANA MEMBACA SHUTTER SPEED?

Jika bacaan di kamera ialah 1/1000s atau 1000, kita baca sbg "1 per 1000 saat".

Utk yg ada simbol ", seperti 30", kita baca sbg 30 saat, bukan 1 per 30 saat, kerana simbol utk 1 per 30 saat ialah 1/30s.

APA PERANAN SHUTTER SPEED?

1) Mengawal Kemasukan Cahaya
  • 1/1000s bermaksud shutter blind itu terbuka selama 1/1000s, dan begitu juga utk 30", shutter blind terbuka selama 30 saat
  • Seperti unit matematik yg normal, 30s merupakan masa yg lebih lama drpd 1/1000s.
  • Semakin lama shutter blind terbuka, semakin tinggi kemasukan cahaya ke dlm filem/sensor kamera, menyebabkan gambar menjadi lebih terang.
  • Jadi kita boleh kata jika menggunakan Aperture dan ISO yg sama tetapi dgn Shutter Speed yg berubah-ubah, gambar pd 30" akan lebih terang drpd 1/1000s



2) Freeze & Blur
Sumber: miketurnerphotos
  • Shutter speed yg berbeza akan memberikan efek yg berbeza pd gambar
  • Bacaan shutter speed yg laju akan menyebabkan subjek freeze (kaku) dlm frame kamera
  • Manakala bacaan shutter speed yg perlahan pula akan menyebabkan subjek kelihatan blur (blur ye, bukan bokeh)
  • Ini berlaku kerana bukaan yg lebih lama akan merekod segala jenis pergerakan ke dlm filem/sensor kamera
  • Sebab itu kebanyakan gambar yg diambil di dlm keadaan kurang cahaya/gelap (low light) senang blur, kerana pada waktu itu shutter terbuka lebih lama utk membenarkan lebih banyak cahaya masuk.


BE CREATIVE WITH SHUTTER SPEED!

Tanya diri anda, anda nak subjek tu kelihatan mcm mana dlm gambar?

1) FREEZE THEM!

Foto oleh Adi Mang | SS: 1/3000s

Gunakan shutter speed yg laju selagi yg dibenarkan di bwh lighting condition tempat subjek berada.

Contoh, jika anda sedang merakamkan gambar subjek dgn speed 1/2000s tetapi subjek masih blur, anda perlu naikkan sedikit ISO atau besarkan aperture utk membenarkan cahaya lebih byk masuk, seterusnya membenarkan penggunaan shutter speed yg lebih laju.

Biasanya digunakan utk merakamkan pergerakan burung yg sedang terbang laju dan kita mahu subjek itu kelihatan sharp dan kaku dlm gambar.

==================================================================

2) MOTION BLUR




Tak semua gambar blur tu tak jadi. 
Sometimes, blur digunakan utk mewakili pergerakan atau movement dlm suatu gambar.

Motion blur lebih merujuk kpd blur yg disebabkan oleh motion, atau movement (pergerakan), bukan blur bokeh atau blur gambar tak jadi.

Contohnya anda sedang merakamkan gambar org yg sedang berjalan, jika anda gunakan shutter speed yg laju utk meng-freeze-kan subjek itu, better anda ambil gambar masa subjek sedang berdiri, betul tak?

==================================================================

3) LIGHT TRAIL & NIGHT LANDSCAPE



Spesifik utk merakamkan perjalanan lampu yg sedang bergerak, tak kiralah lampu kereta ke, LED ke, lightsaber ke

Genre yg biasanya diaplikasikan pd waktu mlm dgn penggunaan shutter speed yg perlahan serta penggunaan tripod

Shutter speed: biasanya drpd serendah 1" hinggalah Bulb

==================================================================

4) PANNING




Merujuk kpd horizontal (melintang) atau vertical (menegak) atau rotation (pusingan) movement yg mana subjek akan kelihatan sharp, tapi background menunjukkan blur seperti motion blur

Biasanya diaplikasikan dlm pergerakan kenderaan atau org yg sedang berjalan

Boleh usha artikel ni utk belajar panning - PANNING

==================================================================

5) LONG EXPOSURE FOR LANDSCAPE PHOTOGRAPHY

Long exposure - shutter speed yg perlahan, digunakan semasa mengambil gambar landscape, supaya dpt memberikan efek pergerakan tertentu, seperti pergerakan awan, air, pokok dan lain-lain.


Kalau nak amek gambar movement mcm ni pada waktu siang, kena ada aksesori tambahan iaitu ND Filter, tripod dan remote shutter. Boleh baca artikel 5 Aksesori Wajib Untuk Landscape Photographer utk maklumat lanjut.




==================================================================

6) ASTROGRAPHY

Rising Mood by fongky @ PhotoMalaysia

The Milky Way Over Ontario | Sumber: apod.nasa.gov

Genre dlm merakamkan pergerakan bulan/bintang/planet.

Shutter speed yg sgt perlahan digunakan, drpd 1" ke beberapa jam dlm selang masa tertentu.

==================================================================

7) LIGHT PAINTING & FIREWORKS

Macam light trail jugak, beza pada istilah sbb usually light trail ni kita rakam pergerakan cahaya yg sedia ada, tp light painting ni kita 'paint' sendiri dan rakam.

Teknik pun lebih kurang sama, dan boleh diaplikasikan pada fireworks jugak.


Foto oleh Asyila Zainuddin

Banyak lagi ekceli efek shutter speed ni, tapi utk basic, sampai sini je la dulu eh.

==================================================================

KESIMPULAN

Pendek cerita:
Semakin laju shutter speed --> semakin sekejap masa shutter terbuka --> semakin rendah kemasukan cahaya --> semakin sharp (kaku) subjek yg bergerak
atau, diterbalikkan
Semakin perlahan shutter speed --> semakin lama masa shutter terbuka --> semakin tinggi kemasukan cahaya --> semakin blur subjek yg bergerak


PESANAN DRPD EJAD FOTOPOYO

  1. Shutter speed adalah antara element yg sgt kritikal dlm pengambilan suatu gambar
  2. Ia merupakan faktor utama ke-sharp-an atau ke-blur-an gambar kita
  3. Sentiasa amalkan teknik 1 Over Focal Length utk mendapatkan shutter speed minimum yg ideal bg penggunaan handheld
  4. Jika anda berminat utk mencuba Light Trail atau Astrography, gunakan tripod
  5. Be creative, sentiasa bereksperimen dgn penggunaan shutter speed yg laju dan perlahan. Sometimes subjek yg blur lebih cantik dan artistik berbanding sharp.

Sebelum menutup artikel ni, jika anda ingin tahu lebih mengenai mode BULB, boleh baca artikel BULB Mode.

Sekian, Wassalam.
Ejad Fotopoyo