Tuesday, December 30, 2014

Brand War | Edisi Bebel

slrlounge

Canon ke Nikon?
Nikon ke Canon?
Sony ke Canon?
Sony ke Nikon?
Nikon ke Samsung?
Samsung ke Olympus?
Olympus ke Pentax?

Ok dah. Ter over sikit. Jarang la ekceli orang tanya sampai camtu skali. 
Tapi mmg yg paling femes ialah "Canon ke Nikon?"

Tu baru bab DSLR. Kalau mirrorless plak:

NEX ke Fuji-X?
Fuji-X ke Olympus Micro Four Thirds?
Olympus Micro Four Thirds ke Samsung NX?

Dalam 2 artikel yg lepas, iaitu DSLR Brand War dan DSLR Brand War | Why So Serious?, aku dah tekankan yg cara nak bandingkan model mana yg terbaik ialah:
  1. Allocate budget
  2. Narrow down beberapa jenama/model yg kita boleh beli dgn bajet tersebut. Price boleh diusha di kedai atau online melalui mudah, lelong dan shashinki serta lain-lain website
  3. Google spec segala model yg anda nak dan bandingkan mana terbaik. Terbaik dlm ertikata mengikut kegunaan anda la. 
  4. Atau anda pegi kedai dan test sendiri model yg anda nak beli tu
  5. Dah test? Puas hati? Beli yang itu.

Simple giler punya instruction. Tapi masih ramai yg keliru dan takut kalau-kalau tersalah beli kamera.

Kepada anda yg takut sangat tersalah beli tu, mohon baca bebelan aku kat bawah ni.

Ada member yg main kamera? Ada member yg anda target nak mintak tunjuk ajar dia?
Ha beli sama jenama dgn dia, senang. 
Kalau ada bajet, beli sebijik kamera mcm dia, supaya lagi senang dia nak ajar.

Takde member yg main kamera? 
Lagi senang. Beli je apa-apa yg anda suka.
Nampak Canon 1200D lawa dan best? Ok beli yang tu.
Nampak Nikon D7100 lagi best? Mampu beli? Ok beli yang tu.

"Ala nanti kalau tersalah beli nanti cane?"

Percayalah, anda takkan tersalah beli.
Sbb whatever model yg anda beli, ia tetap kamera.

Bila amek gambar, akan keluar gambar. Semua kamera camtu. 
Takde keje kalau guna kamera Canon nanti keluar Optimus Prime pastu guna Nikon nanti keluar Grimlock.

Salah beli tu contohnya kalau anda nak DSLR yg ada video, tapi anda terbeli yg takde video.
Atau anda nak yg ada 12MP, tapi anda terbeli yg 10MP je.
Well, salah sendiri kan. Dah cakap dah suruh google spec atau test dulu kat kedai before beli.

Kalau mmg dah terbeli, nak buat camne, guna je la. Atau jual, tapi rugi la sbb bila jual, kamera anda dah jatuh harga, walaupun tak penah pakai atau baru pakai kejap. So better guna je.

Atau, anda beli Canon, tengok-tengok member lain semua pakai Nikon.
Kisah apa. Sama je. Kamera jugak. Kedudukan button dan interface menu je lain. Purpose dia sama - untuk amek gambar gak. 

Takut kamera yg anda beli tu produce gambar yg tak lawa?

99% adalah salah sendiri. 1% mungkin mmg salah kamera, sbb ada isu dgn firmware ke, sensor kotor ke apa ke, tapi hakikatnya gambar tak lawa dihasilkan oleh jurufoto itu sendiri. Kalau tak caye, google je psl kamera anda, tgk contoh-contoh gambar yg org lain shoot guna kamera yg sama.

Takut kamera tu susah nak guna?

Otai, atau professional, hebat mana pun dia, bila dah pegang kamera baru, dia sendiri pun akan amek masa nak sesuaikan diri dgn menu, button apa semua. So ia bukan sbb kamera. Andalah yg kena rajin explore button menu semua tu sendiri dgn membelek user manual. Kamera Nikon ke Canon ke Pentax ke semua camtu.

So pendek kata la kan, toksah la duk pening sangat. Srkg ni pun semua kamera dah hebat giler walaupun entry level. Andai kata anda tersalah beli jenama pun, di tangan anda tu adalah kamera yg hebat.

Apa saja kamera yg korang ada, sama ada beli baru, 2nd, tersalah beli, member bagi, awek hadiahkan ke apa ke, gunakan sebaiknya.

Ejad Fotopoyo

Sunday, December 28, 2014

Simple Review | Nissin i40

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Petang tadi duk merayau kat Flea Market kat Amcorp Mall, aku singgah kedai J-One pastu borak-borak dgn staff situ. Then aku tanya, apa flash yg sesuai utk mirrorless Fuji yang boleh TTL? 

Dia pun amek Nissin i40 dan letak dpn aku. 

Aku try dgn X100S aku dan aku terus jatuh cinta. Hulur debit card, packing, sign resit, balik.

Tp sebelum aku bebel dgn lebih lanjut, nak bagitau, ini bukan review. Benda ni baru dapat kat tangan aku petang tadi, so aku baru keluarkan drpd kotak dan main-main try-test-cuba sikit, so artikel ni akan cerita setakat mana yg aku dah main je.

Anyway, memperkenalkan, Nissin i40.....


Bagi yg tak pernah dgr jenama Nissin, ia merupakan jenama yg terkenal dlm bahagian flash & lighting. Usually bg mereka yg takde bajet nak angkat flash original, akan beli 3rd party flash mcm Nissin ni. Ada byk lg jenama lain seperti Metz, Yongnuo, Miyabi, Sunpak dan sebagainya.


KENAPA KITA PERLUKAN FLASH?

Dgn teknologi sensor yg boleh pegi ISO juta-juta sekarang ni, ada soalan yg timbul - kenapa kita masih perlukan flash kalau kita boleh je shoot dgn ISO tinggi?

Plus, kamera mirrorless tu sendiri dah kecik, kenapa nak besarkan saiz + berat dgn menambah lagi aksesori seperti flash?

Sebabnya seperti yg berikut:
  1. Dlm keadaan yg terlalu gelap, ISO tidak membantu. Flash masih diperlukan.
  2. Utk mereka yg tak sukakan gambar noise
  3. Utk fill-flash pada waktu siang bagi mengurangkan kesan harsh shadow pada subjek
  4. Utk freeze kan subjek dlm keadaan lighting yg agak gelap, contoh gambar kita lompat dlm bilik

So hebat mana pun kamera kita, dlm keadaan tertentu, flash masih lg aksesori penting yg mesti kita guna jika nak gambar yg superb.


NISSIN i40 | SPEC & PRICE


Berkenaan spec, boleh di-usha di laman web rasmi Nissin sendiri - Nissin i40

Psl price plak, aku beli RM5++. Korang boleh dpt lebih murah or mahal, tgk kedai. Aku beli tadi kat J-One, Amcorp Mall PJ. 

Kalau nak beli online, boleh rujuk shashinki.


NISSIN i40 | ACCESSORIES


Beli baru, apa yg anda akan dpt dlm kotak ialah:
  1. Flash
  2. Pouch
  3. Flash stand
  4. Soft box / diffuser
  5. User manual & warranty card

NISSIN i40 | PERSONAL REVIEW

Kenapa aku pilih flash ni? 

Simply sbb ianya murah dgn feature yg lengkap.

Flash yg boleh TTL dgn Fuji Mirrorless system ni hanya dikeluarkan oleh Fujifilm, dan harga dia bagi aku, sangat tak reasonable. Dah la mahal pastu takleh tilt, hanya bounce. Mcm beli kereta tapi takleh corner, cuma boleh jalan depan belakang je. Flash Fuji yg boleh tilt dan bounce toksah kata la, lg la mahal.

So bila ada 3rd party brand mcm Nissin ni produce flash yg lebih best dgn harga yg lebih murah, op kos aku pilih Nissin.

Kemudian 1 yg aku paling suka ialah berkenaan saiz.




Dia lebih kurang separuh tinggi je drpd flash YN560. So mmg sesuai sgt la dgn Fuji X100S aku tu. And then dia ringan, sbb dia kecik kan. Sesape yg ada mirrorless system, cuba la mount flash besar mcm SB900 atau 580EX kat kamera korang tu, tgk betapa tak stabilnya dia.

Berkenaan i40 vs YN560II dari segi power plak, of coz la YN560II yg besar gedabak tu menang. Tapi srkg kita tgh diskas psl flash yg sesuai dgn mirrorless atau smaller DSLR system, so perbandingan dari segi power tak diambil kira dlm perbincangan ni sbb saiz lebih penting.


Menggunakan 4 bijik bateri AA, sama seperti flash lain. Sorry bateri aku dah buruk, terkopek sana sini ha. Aku beli Eneloop tu tahun 2009 dan masih berfungsi dgn kacak sampai sekarang.


Juga ada built-in diffuser dan bounce card. Pastu tadi dah mention psl soft box/diffuser yg juga termasuk. Pendek kata dah lengkap la pakej flash ni.


Interface yg simple. Sure, its no digital, tapi tgk interface yg simple camni, takyah belek user manual sgt pun dah tau cane nak guna dah. 

Mode A dan TTL tu lebih kurang je. Pastu SD dan SF tu utk slave, D for digital dan F for film. Aku belum khatam lagi sbb belum guna lg function tu. Then ada icon mcm videocam tu adalah utk video recording, dimana flash ni akan produce continuous light utk kita shoot video.

Boleh juga control power secara Manual, ada full power 1/1 hinggalah 1/256, pastu ada jugak flash exposure compensation dgn julat +-2.0 disitu.

Dan walaupun kecik, flash ni boleh zoom sejauh 105mm. Tak padan dgn kecik la.


NISSIN i40 | TESTING

Kat kedai tadi aku dah test sikit, kemudian balik rumah try lagi. So ni hasil gambar X100S bersama Nissin i40:


Gambar di atas ni diambik dgn direct flash. Tgk cane dia punya lighting, very soft, no harsh shadow. Dan ia tak terlalu kuat pun sampai muka jadi putih melepak.

Balik rumah aku try shoot macro plak, guna bounce card.




So far aku mmg kagum la dgn kehebatan flash kecik ni. Exposure dia ngam, cantik je, tak terlalu over atau under. 


KESIMPULAN


Aku dah try indoor so far dan aku mmg puas hati. Sure RM5++ nampak mcm mahal utk flash kecik mcm ni, tapi jgn la compare dgn flash yg besau-besau tu ha. Takkan nak pakai flash besar kat kamera kecik.

Bagi anda pengguna Mirrorless system seperti Fuji, Olympus/Panasonic Micro Four Thirds serta lain-lain brand, aku rekomen flash Nissin i40 ni utk kegunaan korang. Tapi make sure korang check dulu dia punya spec, takut-takut Nissin tak produce flash utk mount kamera korang.

Bagi pengguna DSLR pulak, pun boleh guna flash ni, as long as ada mount utk kamera korang tu. Sgt sesuai utk small + entry level DSLR kerana saiznya yg kecil. Pakai DSLR kecik pastu flash besar pun kekadang tak stabil jugak kan.

Di masa akan datang, bila hujan dah makin reda, aku plan nak test outdoor plak, tgk mcm mana keupayaan flash ni dlm fill-in utk eliminate shadow.

Kalau anda rasa review aku ni simple sgt, boleh gugel je. Dah ramai yg buat extensive review psl flash ni.

Ejad Fotopoyo

Tuesday, December 23, 2014

Photo Printing


Budaya mencetak gambar, seperti yg biasa berlaku pada zaman filem, dah semakin pupus dan dilupakan. In fact ada org yg tak tau pun yg gambar digital tu boleh di-print. Dia ingat gambar digital ni mmg kena simpan dlm phone/lappy/PC semata.

Kenapa nak print gambar? Kan boleh je tgk melalui phone atau PC?

Cane nak cakap eh. Dia punya feel tak sama. 

Sbg contoh, zaman sekarang kan dah ada ebook, iaitu buku yg korang boleh beli dan download dlm format PDF dan baca melalui phone atau PC.

Tapi kan, berapa ramai je yg betul-betul baca thru phone/PC? Aku personally, tak suka baca cara mcm tu. Contoh, aku sekarang ni kena banyak baca jurnal, so aku download, then aku print, sbb pembacaan lebih senang dibuat dlm bentuk kertas. 

Mcm kes gambar plak, sama je mcm korang shoot wedding, pastu customer nak album. Kenapa customer nak album? Padahal sama je dgn gambar-gambar softcopy yg korang bagi dlm DVD tu.

Simply sbb tgk gambar yg dah dicetak, tak sama feel dia dgn gambar dlm PC, walaupun gambar tu sama lawa.

thedomesticcurator

Pastu mcm certain orang ni, dia suka print pastu tampal gambar tu kat board dia. Dlm istilah lomo, dipanggil lomowall. So setiap kali nak tido, atau sesaje lepak dlm bilik, usha balik gambar-gambar tu semua pastu senyum/gelak sorang-sorang sbb teringat cite lama.

Aku nak explain lelebih pun tak reti, tapi bagi yg biasa print gambar akan faham la maksud aku ni.


Photo Printing | Film VS Digital

Bezanya ialah zaman dan teknologi. 

Zaman filem dulu, home printing tak femes, sbb masa tu kedai sahaja yg ada kelengkapan utk scan filem dan print gambar drpd filem tersebut. 

Kemudian zaman berubah, teknologi semakin maju, filem bertukar digital, dan skrg kita boleh guna printer biasa utk print gambar. So kita boleh shoot gambar guna phone, atau kamera digital, kemudian kita print menggunakan printer di rumah.

Bagi yg takde printer plak, copy gambar tu masuk pendrive, kemudian pegi la mana-mana kedai atau kiosk gambar (contoh - Harvey Norman, kiosk Fujifilm) dan print gambar disitu, kemudian bayar ikut saiz yg korang print. Atau skrg ni banyak jenis online printing services mcm kat Groupon, simply email gambar kpd diorang pastu bayar pastu nnt diorang pos gambar tu.


Photo Printing | Printer

Epson L110

Printer yg mcm mana sesuai utk print gambar?

Kita ada beberapa jenis printer, contoh yg mmg dedicated utk print gambar, seperti Canon Selphy yg boleh mencetak gambar bersaiz 4R, atau jika anda suka dgn saiz polaroid/instax, ada printer seperti Fujfilm Instax Share dan LG Pocket Printer.

Mcm mana plak dgn printer biasa yg kita guna utk print assignment tu?

Tu pun boleh jugak. As long as printer tu boleh print color la. Sbb ada certain printer (mcm low cost inkjet serta laserjet) yg hanya print black & white.

Bila nak print gambar, spec paling penting pada printer tersebut ialah resolution.


Basically, semakin tinggi resolution tersebut, gambar yg anda cetak akan nampak makin kacak.

Anyway, disebabkan terlalu byk printer di pasaran, jika anda dah mmg ada printer, print je guna printer yg dah ada tu. 

Bagi yg belum ada printer, sebelum shopping, ce gugel berkenaan "affordable photo printer" dan pilih  jenama/model yg bersesuaian dgn bajet anda.

Personally, aku recommend jenama Epson, sbb kualiti print dia mmg awesome. Sekarang aku guna Epson L110, model yg ada official tank kat luar. Usually kan kita beli printer pastu modify jadi ada tangki ink kat luar, tapi yg Epson ni mmg dah ada siap-siap. Original Epson punya ink dan tangki. 

Dikatakan 1 botol ink tu boleh print up to 4000 pages. Aku punya printer ni drpd beli sampai sekarang, ink masih banyak padahal dah print beratus keping gambar. Harga dia agak mahal, bermula drpd RM300 dan ke atas, tp mmg berbaloi bagi yg suka print banyak.

Utk feature lain mcm WIFI ke duplex printing ke tu tak penting sangat. WIFI berguna, senang nak print directly drpd phone, tp ia tak berkaitan dgn kualiti printing tersebut. So kalau ada, bonus lah. 


Photo Printing | Paper & Size

vk-tech.blogspot

Byk jenis paper yg boleh kita beli dan guna utk print ni, tp yg femes ialah - glossy dan matte. Bezanya ialah glossy berkilat dan licin, matte sedikit kasar. 

Yg biasa org guna ialah glossy.
So anyway, kalau korang nak print saiz 4R, korang boleh terus beli glossy photo paper 4R, jenama ada mcm-mcm kat kedai. Kalau nak yg berkualiti, pilih jenama yg mmg terkenal, mcm HP, Canon, Epson dan sebagainya. Mmg mahal, sbb kertas dia berkualiti.

Basically, dlm memilih paper, semakin tinggi dia punya gsm atau dpi, semakin berkualiti paper tersebut. 


Atau, katakan korang tak fixed, nak print gambar pelbagai saiz, mcm gambar kat atas ni, so korang beli yang saiz A4 terus, pastu pandai-pandai la susun gambar tu guna photoscape ke picasa ke, lepas print, potong ikut saiz gambar tersebut.

Bagi yg nak print saiz 4R tp beli paper A4, agak rugi sikit. Sbb sekeping A4 hanya muat utk 2-3 gambar 4R. Dia jadi jimat kalau korang nak print 3R (boleh print 4) dan saiz-saiz lain yg lebih besar seperti 5R (boleh print 2) sehingga saiz 8R (8x10").


Katakan korang nak print saiz 4R, make sure gambar tu dah siap sedia di-crop dlm format 4R iaitu 4x6". Kalau tak nnt takut ada part yg terpotong lps print. So just make sure aspect ratio pada gambar yg anda nak print telah di-set dan di-crop dgn betul. 

Utk info lanjut boleh baca artikel Aspect Ratio & Saiz Gambar.


Photo Printing | Editing

Korang bebas edit gambar ikut sukati korang sebelum print. 

Cuma, berdasarkan pemerhatian aku, bila kita print gambar guna printer biasa yg kita pakai ni, gambar akan jadi sedikit gelap. This is normal, semua yg pernah print guna home printer akan kena benda ni.

Jadi masa edit tu, edit kasi terang/overexpose sikit, supaya print nanti akan nampak normal. 

Benda ni berlaku sbb tiada proper calibration antara monitor dan printer. Tapi aku takkan explain lelebih sbb memeningkan, so sape nak tau sila gugel dan baca sendiri.


Photo Printing | Setting

Ok sekarang kita dah ready utk print. 

Basically, anda boleh print guna apa-apa software yg anda guna utk edit. 

Tapi dlm artikel ni aku cuma nak focus kpd standard windows punya printing.

Right-click pada gambar yg anda nak print tu dan klik Print. Kalau ada banyak gambar yg nak di-print, hold Ctrl sambil select gambar-gambar tersebut dan right-click pastu Print.


Pastu nanti akan keluar windows utk korang set cane korang nak print.


First of all, make sure korang dah pilih Printer yg betul. Ni bagi yg install byk printer la.

Pastu pilih Page Size. Kalau korang tgh guna paper 4R, make sure korang select 4R.


Pastu pilih High utk Quality. Kalau printer korang tu ada Super High ke Highest ke Extra High ke, pilih yg tu. Kita nak make sure hasil print kita tu terbaik, so kita pilih kualiti terbaik yg ada.


Last sekali, make sure kita pilih kertas yg bersesuaian mengikut jenis paper yg kita guna. Kalau kita guna glossy paper, pilih option Glossy, dan Matte jika paper kita matte.

Kalau nak print lebih drpd 1 copy, naikkan angka Copy kat bawah gambar tu.

Dah setel setting apa semua? Click Print dan tunggu la gambar tu abis Print. Usually agak lama tp kalau setting semua dah betul, korang akan tersenyum lebar tgk gambar korang yg kacak tu dah dicetak atas kertas.


Kalau korang print multiple photos dlm paper saiz A4, pandai-pandai la potong lepas tu guna pisau ke gunting ke.


Photo Printing | Storage


Nak simpan mana gambar-gambar tu semua?

G Mydin, jejalan kat bahagian Stationary dan pilihlah album yg comel utk menyimpan gambar-gambar anda. 

Kalau semua gambar yg korang print tu saiz 4R, better beli album 4R je. 
Tapi kalau gambar tu ada mcm-mcm saiz, carik sticky album pastu korang pepandai la tampal gegambar dlm album tu.

Harga album? Takleh nak kata. Sbb banyak sgt. Ada murah ada mahal. Korang beli je memana yg kena dgn bajet dan lawa pada mata korang.

Sekian perkongsian kali ni.

Selamat menge-print!

Ejad Fotopoyo

Monday, December 22, 2014

Canon 5D Classic | Berbaloikah?

reality-check

"Harga Canon 5D classic sgt murah sekarang ni. Ada yg dijual sekitar RM1500 utk body sahaja. Berbaloikah utk sy beli?"

Sesetengah jurufoto akan berpendapat "Why not? Tu kamera fullframe kot. Beli!!!!"

Yup, tu kamera fullframe; kasta tertinggi dalam dunia photography (aside from Medium Format yg mahal giler dan Large Format yg sangat tak portable)

Fullframe mmg best. Cuma, anda kena tahu, being a full frame camera tak semestinya menjadikan ia bagus utk dimiliki. Ia bergantung kpd kegunaan dan keperluan anda.

Tambahan plak teknologi pada kamera zaman skrg jauh lebih hebat drpd Canon 5D Classic.

Canon 5D Classic & Fujinon 55mm F1.8 (M42)

So dalam ertikata lain, Canon 5D Classic ini sangat berbaloi utk dimiliki jika:
  1. anda mmg nak merasa sgt fullframe dgn bajet yg rendah
  2. anda tak guna utk shoot lowlight dan sports
  3. anda dah ada lens2 kacak ring merah L bagai
  4. anda tak kisah dgn ke-slow-an kamera tersebut jika dibandingkan dgn kamera modern
  5. anda sedang mencari backup/second body dgn bajet rendah
  6. anda nak carik kamera yg sesuai utk menggunakan lens2 vintage anda (ada penerangan dibawah)

On the other hand, jika anda tak tau kenapa anda nak beli Canon 5D Classic, atau anda nak beli simply becoz anda rasa fullframe adalah king bagi segala2nya, better anda rilek jap, dan consider newer DSLR atau mirrorless camera yg walaupun sekadar APS-C, tapi ada video, tilt screen, wifi, higher FPS, newer tech, lower noise in high ISO dan sebagainya, ditambah dgn warranty utk menyenangkan kepala otak anda incase kamera rosak.

5D Classic adalah kamera fullframe yg bagus, tapi tu kisah lama. 

Bandingkan dgn teknologi skrg ni, dgn bajet sekitar RM2000, Canon 1200D atau Nikon D3300 jauh lebih baik. Atau mungkin jugak boleh consider beberapa used APS-C model mcm Canon 600D, Nikon D7000 dan sebagainya. Yes DSLR yg aku cadangkan ni cuma APS-C, tapi in most situations, they perform better than oldskool fullframe digital.


ADA KOLEKSI LENS LAMA YANG MASIH BERFUNGSI?


Satu lg sebab utk anda memiliki Canon 5D Classic yg murah ini ialah, katakan anda ada koleksi vintage lens seperti M42, Contax-Yashica, Canon FD dan sebagainya, dan anda sedang mencari sebuah DSLR Fullframe murah yg boleh utilize lens2 ni. Lagipun lens2 lama ni mmg khas utk fullframe.

So katakan anda jumpa DSLR Fullframe murah mcm good condition Canon 5D Classic bawah RM1500, sebat je, kemudian beli adapter yg berkaitan (rujuk artikel Lens Adapter) dan gunakan kamera tu main dgn lens2 lama tu. Usually dgn lens2 lama ni org akan guna utk simple macro, portrait dan street.

Mcm aku skrg ni, rezeki haritu dpt beli murah, dan kebetulan aku mmg dah ada stok lens M42 dan adapter M42-Canon. So skrg ni duk main2 dgn lens Helios 44-2 58mm F2 dan Fujinon 55mm F1.8. Lepas tu aku carik adapter OM-EOS kat ebay supaya aku boleh guna lens Olympus 50mm F1.4.

Disini aku sertakan sedikit racun. Mohon tabah.






















Aku dah guna Canon 5D Classic selama beberapa bulan, dan aku puas hati. Skintone dia kacak wey, padahal guna profile Neutral je pun. Menu simple, cara nak guna simple, semua simple la. The only weakness yg bagi aku takde la kritikal sangat pun ialah dia takleh perform sangat masa lowlight sbb ISO tertinggi dia cuma ISO1600 (ISO3200 kat HI Mode).

So bagi korang yg ada duit terlebih sikit tu, nak carik kamera fullframe murah bawah RM2000, consider lah Canon 5D Classic. Kalau murah rezeki, korang mungkin akan dpt siap battery grip kotak apa semua dgn harga yg murah.

Incase korang masih tak sure nak beli atau tak, google je "Is it worth to buy Canon 5D" dan bacalah discussion yg telah dibuat oleh abam2 oversea.

Ejad Fotopoyo