Monday, July 25, 2016

Pengenalan Kepada Lens Adapter

Bayangkan situasi berikut...

Anda orang lama dlm bidang photography. Anda dah merasa kamera filem, sama ada standard 35mm format, medium format, large format, polaroid dan mcm2 lagi. Anda masih simpan segala koleksi body dan lens yg anda miliki sejak 20-30 tahun lalu.

Kemudian zaman digital muncul. Kamera filem semakin dilupakan. Kedai2 yg dahulunya memproses filem dah mula lenyap, sama ada lingkup atau dah mmg tak proses filem kerana beralih 100% kepada digital. Hanya kedai2 tertentu yg boleh proses filem, itupun dgn kos yg semakin mahal disebabkan filem dah jadi barang rare dan antique.

Maka anda pun masuk bilik, pecahkan tabung ayam dan gunakan simpanan tersebut utk beli Digital SLR. Puas hati! Gambar dpt on the spot. Anda mula jatuh cinta dgn digital dan mula berfikir, 

"Agak2 lens lama zaman filem tu boleh mount tak kat body ni?"

Anda pun amek lens lama dan cuba pasang kat body DSLR.

Dan hasilnya mengecewakan. Lens tu tidak berjaya utk dipasangkan pada DSLR tersebut.

Maka anda pun mula berkira2 utk jual koleksi lens lama ni dan menggunakan hasil jualan tersebut sebagai dana utk beli lens baru yg compatible.

Dalam masa yg sama, anda sedih. Sayang nak let go lens lama tu dek kerana sentimental value yg ada. Lens tu telah membantu dan menemani anda mengambil gambar di serata dunia selama 20 tahun.

Anda pun mula berfikir, instead of jual, ada tak alat atau gajet yg boleh menjadikan lens lama ini compatible dgn DSLR anda.

Jawapannya, ADA!


PENGENALAN

Nikon D3100 & Fujinon 55mm F1.8


Setiap jenama serta jenis kamera dicipta dgn mount yg unik. Contohnya bagi modern camera, kita ada:
  1. Canon: EF utk fullframe, EF-S utk APS-C, EF-M utk mirrorless
  2. Nikon: F utk APS-C serta fullframe, 1 atau CX utk mirrorless
  3. Pentax: K utk APS-C serta fullframe, Q utk mirrorless
  4. Fujifilm: X utk mirrorless (not to be confused with old Fujica X-mount, kerana yg baru ni utk mirrorless, yg lama utk SLR)
  5. Sony: A utk APS-C serta fullframe, E utk NEX, E FE utk fullframe mirrorless A7 series
  6. Olympus PEN dan Panasonic G: Micro Four Thirds (MFT)

Apabila dikatakan unik, ia bermaksud kalau kita beli DSLR Nikon misalnya, kita mesti guna lens yg dicipta utk mount Nikon, iaitu F-mount. Dengan menggunakan lens yg dicipta khas, kita dpt utilize semua fungsi yg ada pada lens tersebut, seperti VR dan AF.

Secara asasnya, lens jenama lain atau sistem lain TAKKAN boleh dipasangkan pada body yg lain, contohnya kita guna sistem Canon dan kita nak pasang lens Pentax. Mmg takkan ngam. Kerana setiap sistem mempunyai flange distance dan mount yg berbeza. Umpama mcm kita punya lens tu guna filter 52mm, tapi kita nak pasang filter saiz 77mm, mmg takkan ngam. Atau kamera kita guna SD Card, tapi kita nak sumbat CF Card, mmg takkan boleh muat.

Tapi kadang2 kita nak jugak pasang lens yg berlainan jenama/sistem ni pada kamera kita. Contohnya mcm situasi yg dibebelkan kat atas tu. Takkan semua lens2 lama tu terbiar mcm tu jek kan? Rugi la ada koleksi lens tapi takleh guna.

Maka disinilah datangnya alat yg sangat berguna yg dinamakan Lens Adapter.


LENS ADAPTER



Dalam bahasa mudah, lens adapter merupakan sebuah alat yg membolehkan kita menggunakan lens yg berbeza mount dgn kamera kita. 

Apa yg adapter ni buat adalah dia seolah2 mcm menukar mount lens kita supaya ianya sama dgn kamera kita.


KENAPA?

Berbalik kepada persoalan utama, kenapa kita nak guna lens yg berlainan mount dgn kamera kita? Kan senang kalau kita beli je lens yg compatible siap2? Tak la pening kepala.

Antara sebab2nya adalah;

1. Jumpship

Jumpship, atau dalam meleisnya lompat kapal, bermaksud kita tukar sistem, contohnya kita guna Nikon, lepas tu kita guna Canon.

Masa guna Nikon tu, mcm2 lens kita collect, even lens yg rare pun ada. 

Bila tukar kpd Canon, kita sayang nak jual koleksi lens tu. So kita carik adapter Nikon-Canon dan kita guna lens Nikon tu pada body Canon. Contoh yg sgt praktikal dlm kes ni adalah lens Nikkor AF-S 14-24mm F2.8 yg digunakan pada body Canon.

2. Filem kepada Digital

Sesetengah jenama, apabila beralih kpd sistem digital, dia tukar sistem tu 360 darjah. Habis semua barang lama takleh pakai dah.

Oympus contohnya, menggunakan mount OM pada zaman filem. Apabila bertukar kpd digital, Olympus mula bertukar kpd mount MFT, dan kedua2 mount OM dan MFT ni berbeza, kerana OM dicipta utk fullframe SLR, manakala MFT utk cropped sensor mirrorless.

Maka walaupun menggunakan jenama yg sama iaitu Olympus, kita memerlukan adapter bagi membolehkan lens OM dipasang pada body MFT.

3. Lebih murah

Katakan kita berminat dgn lens 50mm F1.4. Usha2 price, baru dlm RM1400, second dlm RM800.

Lepas tu kita jejalan kat Flea Market Amcorp Mall, tgk ada uncle jual lens zaman filem 50mm F1.4 dgn harga RM400. 

Kan murah gile tu.

So kita pun beli. Lepas tu tgk2 eh lens ni tak sama mount dgn body yg kita guna, maka kita pun guna la adapter.

Bagi yg cenderung kpd video biasanya akan memilih setup camni.

4. Cheap Macro Setup

Lens adapter juga boleh digunakan sebagai extension tool kerana ia memanjangkan jarak sensor dgn lens. So instead of beli macro lens yg mahal, kita boleh beli lens lain yg lebih murah dan guna adapter sbg extension tube. Akan dibincangkan dgn lebih lanjut di bawah


JENIS-JENIS ADAPTER


Kalau usha kat Ebay dan Amazon, berlambak lens adapter. Dan hampir kesemua jenis mount dijual disitu.

Basically, ada 2 jenis lens adapter. Tapi sebelum aku explain, aku nak cerita benda yg sedikit advance dulu. Sape rasa mcm topik ni berat, boleh skip.

========================================================================

Flange Focal Distance
*topik berat. read at your own risk

Selain drpd isu berbeza mount, yg menjadikan setiap sistem itu unik adalah flange focal distance.

Sumber: WIKI

Ringkasnya, flange focal distance bermaksud jarak diantara lens dgn sensor. Nak senang faham, korang compare DSLR dgn mirrorless. Bila pasang lens kat mirrorless, lens tu lebih dekat dgn sensor berbanding lens pada DSLR kan? Maka disini kita katakan flange focal distance pada mirrorless lebih pendek drpd DSLR.

Setiap sistem ada flange focal distance yg unik. Contohnya camni. Flange distance bagi Nikon adalah 46.50 mm, manakala Canon pula 44 mm, so disini kita dapati jarak utk Nikon melebihi Canon sebanyak 2.5mm.

Maka kalau kita nak pasang lens Nikon pada body Canon, adapter yg kita guna tu mesti berpihak kepada Nikon, dimana adapter tu mesti mempunyai ketebalan sebanyak 2.5mm, supaya apabila digunakan pada body Canon, ianya boleh di-focus dgn betul.

Bagaimana pula kalau terbalik? Contohnya kita nak guna lens Canon pada body Nikon?
Susah. Disebabkan flange focal distance Canon yg 2.5mm lebih pendek, adalah mustahil utk mencipta adapter yg mempunyai ketebalan -2.5mm utk dipasangkan kat body Nikon. Sebab tu mcm sgt jarang kita dengar org guna lens Nikon kat Canon. Sape nak tambah pening, boleh baca Can I use Canon lenses on a Nikon DSLR?

Maka dlm ertikata lain, apabila nak menggunakan lens yg berlainan sistem, kita mesti make sure yg lens tersebut mempunyai flange focal distance yg lebih panjang drpd body kamera.

Sebab tu kita takleh guna lens drpd sistem mirrorless kat DSLR. Sbb flange focal distance bagi mirrorless lebih pendek. Dan for sure tiada masalah bagi lens DSLR utk sumbat kat mirrorless, as long as adapter tu boleh compensate perbezaan jarak flange tu, seperti berikut:

Sumber: nex7canon

Apa akan jadi kalau adapter yg digunakan tu tak dpt compensate perbezaan jarak? Maka focus akan terganggu, contohnya kita tak dapat focus infinity (takleh amek gambar jauh), dan lens kita tetibe jadi mcm lens macro sbb kita boleh focus lagi dekat dgn subjek. 

========================================================================

So berbalik kpd jenis adapter, ada 2, iaitu:
  1. Yg boleh focus infinity
  2. Yg takleh focus infinity

Biasanya penjual adapter akan sertakan description ni pada iklan, seperti berikut:

Infinity focus allowed
Sumber: amazon

Bila adapter tu boleh focus infinity, maknanya adapter tu dibuat dgn betul, dimana ia dicipta dgn jarak yg boleh compensate perbezaan flange distance. Adapter yg boleh focus infinity ni ada yg dicipta dgn kanta (infinity glass), ada yg dicipta normal berlubang tengah.


Ada jugak adapter yg tak membenarkan infinity focus. Jika anda guna adapter ni, lens anda takleh focus benda jauh, tapi dalam masa yg sama dia boleh focus dgn lebih dekat, menjadikan lens tu lens macro.

Takleh focus infinity
Sumber: ebay
Bila adapter tu tak membenarkan infinity focus, maknanya anda takleh shoot benda2 yg memerlukan focusing jauh, mcm landscape dan half/full body portrait. Tapi kalau shoot benda2 dekat mcm macro, full face portrait, usually takde masalah.


CANE NAK GUNA LENS ADAPTER?

Senang jek. Janji anda kena tau lens tu mount apa, dan nak guna kat kamera apa. 

Contoh nak guna lens M42 kat body Nikon, so kita beli la adapter M42-Nikon. FYI, adapter M42-Nikon yg mempunyai kanta sahaja yg membenarkan infinity focus.


Lepas tu pasang kat lens, pastu mount lens tu kat body, siap!

Fujinon 55mm F1.8 (M42) pada Nikon D3100

Katakan nak guna lens M42 kat Canon pulak, so kena carik adapter M42-Canon (atau M42-EOS, M42-EF, nama dia byk, mcm2)

Fujinon 55mm F1.8 (M42) pada Canon 5D

Dan ini pula contoh kalau nak guna lens Pentax kat Nikon:

Kitlens Pentax 18-55mm pada Nikon D3100

ISU BERKENAAN LENS ADAPTER

Autofocus, VR/IS dan segala maknenek stabilizer system pada lens, metering dan lain2 biasanya tidak akan berfungsi dgn sempurna bila kita guna lens adapter, simply because lens tu bukan dicipta khas utk kamera kita, maka sebab itu ada beberapa benda yg takkan berfungsi.



Update (18/10/2016):
Setakat yg diketahui, tiada adapter yg support autofocus utk DSLR system. Tetapi ada adapter yg support autofocus utk mirrorless system, seperti untuk Sony NEX dan A7 series serta Olympus/Panasonic Micro Four Thirds. The best AF Adapter adalah Metabones, diikuti oleh Sigma MC11, kemudian ada brand2 lain seperti Viltrox dan Commlite with slower focusing and cheaper price. Berdasarkan testimoni yg diberikan oleh kengkawan, anda boleh tukar aperture jika anda menggunakan adapter yg support AF.

Jika anda menggunakan adapter yg ada glass, ada kemungkinan kualiti gambar akan sedikit berkurang, kerana penambahan glass tersebut dah 'mengganggu' perjalanan cahaya dari luar masuk ke dlm sensor.

Bergantung kpd sistem yg sedang anda guna, kemungkinan ada benda yg anda perlu modify dalam setting kamera utk membenarkan anda guna lens adapter. Sila google sendiri pasal ni kerana artikel ni tak muat nak sumbat semua benda.

EXIF atau maklumat exposure (shutter speed, aperture, ISO) tidak akan direkod dgn lengkap jika anda menggunakan lens dgn adapter, kerana tiada connection between lens and the camera menyebabkan kamera tak tau korang tgh guna aperture apa kat lens tu.

Utk bacaan tambahan, boleh usha artikel2 berikut:
  1. M42 Screw Mount
  2. Ada Apa Dengan Kamera Analog
  3. DSLR & Analogue Lens Part I | Part II
  4. Pentax & M42 Lens

Cukuplah sekadar itu yg aku dpt share. Semoga bermanfaat.

Ejad Fotopoyo