Friday, July 22, 2011

M42 Screw Mount Lens


Assalamualaikum & salam sejahtera semua.

Tgh ada mood nak buat artikel, tapi takde idea, and then terasa mcm nak share psl lens yg rare tapi superb.

Jika anda pengguna SLR / DSLR, setiap interchangeable lens yg diberi tu ada mount nya masing-masing, bergantung kpd jenama kamera serta lens tersebut.

Mount bertindak sbg interface di antara body dan lens.

Ada yg jenis screw-threaded, ada bayonet, dgn nama unik masing-masing.

Antara lens mount yg terdapat di pasaran kini:
  • Nikon F
  • Canon EF & EF-S
  • Canon FD & FL
  • Leica M
  • Olympus OM
  • Sony A
  • Pentax K
  • dan mcm-mcm lagilah

So jika kita nak beli lens, pastikan kita tau mount utk camera kita.

Contoh guna Nikon, so kena beli lens Nikon yg F mount lah.
Kalau beli lain, takut tak boleh pasang lens tu kat body nanti sbb interface tak sama.

Tapi dlm membeli lens, duit diperlukan. Kita sgt geram dgn lens mahal mcm 85mm F1.8, tapi atas sebab kewangan, lens tu cuma jadi impian semata. Kalau dpt pakai pun sbb pinjam dari member je.

Disinilah adanya 1 alternatif yg akan aku share utk mereka yg berkewangan rendah tapi nak lens berkualiti tinggi.

Dlm pelbagai mount yg wujud, salah satunya ialah mount M42.

Mount ini dicipta pd tahun 1949 utk SLR filem pd waktu itu, di mana juga dipanggil sbg screw mount kerana cara pemasangan lens itu pd body ialah seperti kita pusingkan skru (arah jam / lawan arah jam).

Sejarah M42 boleh dibaca di wikipedia. Sila google jika nak tau lebih info.

Ok, so kenapa dgn mount M42 ni?

Ia sgt kacak, seriously!

Lens lama, tp binaan pd waktu itu fully metal, glass yg berkualiti, kukuh, berat dan sturdy, dan hasil bokeh + sharpness nya yg agak kurang ajar.

Kekurangan cuma 1 - manual bagai, dari segi focusing, aperture changing, sbb ia lens lama yg tanpa autofocus dan sebarang electrical component, so dari speed, kurang sikitlah.



Lens M42 + DSLR/EVIL Camera

Walaupun dibuat pd zaman filem yg jauh ketinggalan, lens M42 ini boleh digunapakai pd body DSLR kita atau pada body EVIL Camera kita, as long as kita gunakan adapter.


So contoh jika kita pengguna Nikon dan berminat utk menggunakan lens M42, kenalah beli adapter M42 to F mount, di mana adapter itu akan 'menukar' lens itu drpd M42 kpd F mount, then boleh pasang lens tu mcm biasa pd body Nikon.

Kalau Canon, kenalah beli adapter Canon pulak. Setiap jenama mount lain-lain.

Harga adapter sekitar RM30-RM80. Boleh dicari di Ebay, atau kadang-kadang org yg jual lens M42 ni akan bundle-kan dgn adapter sekali.

Sumber: oly43club
Sumber: aliexpress

Dlm membeli adapter tu, kena consider jugak mengenai 1 isu - adakah adapter tersebut membenarkan kita utk focus infinity atau tidak.

Focus infinity bermaksud focus subjek yg berada di jarak yg jauh, kebiasaannya 3 meter ke atas. Kita kena paham, walaupun M42 serta Canon Nikon Sony apa semua tu ada produce SLR/DSLR, manufacturing process dan specification tak sama.

Sebab tu bila kita sumbat lens M42 pada DSLR kita (bagi sesetengah brand), antara isu yg timbul ialah tak boleh focus infinity, menyebabkan kita tak dpt shoot landscape misalnya. Benda ni sebab isu flange focus distance yg berlainan, dan aku takkan cerita lelebih sbb pening. Korang boleh search kat ebay "M42 adapter", nanti kat description akan nampak pasal infinity focusing ni.

M42-Nikon Adapter
Kiri: tiada corrective glass | Kanan: Ada corrective glass

Contoh mcm kes jenama Nikon, ada 2 jenis adapter - yg ada corrective glass dan yg tiada. Corrective glass disini berperanan membetulkan semua flange focus distance supaya focusing dpt dicapai hingga infinity.

So seeloknya bila beli adapter, make sure ia membenarkan infinity focusing, so that korang boleh shoot gambar-gambar yg memerlukan infinity focusing mcm landscape.

Mahal tak?

Harga lens ni mmg sempoi. Contoh based on pemerhatian:
  • WIDE: 28mm & 35mm - RM200-RM300
  • PORTRAIT: 50mm - RM200-RM300
  • PORTRAIT: 85mm - RM500-RM600
  • TELEPHOTO: 135mm, 200mm & 300mm - RM200 -RM400
  • UWA, MACRO & FISHEYE: Mahal sikit sebab rare dan susah nak jumpa
  • Boleh usha Solocam utk price reference/estimation

Takde pun yg sampai seribu kan? Well actually ada yg mahal tapi tgk jugak pada brand dan condition.

Koleksi lens M42 setakat ni yg pernah aku pakai:
  • Jupiter 37A 135mm F3.5
  • Super Takumar 135mm F3.5
  • Super Takumar 50mm F1.4
  • Jupiter9 85mm F2 MC
  • Mir 20mm F3.5
  • Fujinon 55mm F1.8
  • Zenitar Fisheye 16mm F2.8
  • Fujinon EBC 100mm F2.8
  • Helios 58mm F2
  • Carl Zeiss Jena 135mm F3.5
  • Fujinon 55mm F2.2

List kat atas ni semua prime lens.

Aku tak galakkan korang beli yg zoom lens, sbb manual focus pd zoom lens ni leceh sikit. Sebab kita nak zoom, lepas tu setiap focal length ada aperture sendiri lagi, then nak focus pulak, byk kerja. Unless kalau korang dpt zoom lens with fixed aperture tu ok lah.

So senang cerita, beli prime lens.

Dlm list tu, 85mm F2 paling mahal pernah aku pakai - RM600, 2 kali ganda lebih murah drpd harga 85mm F1.8 yg autofocus.

Kalau search keyword "m42" di website mudah, tgk lens yg dijual, semua setakat RM300-RM500 je price nya. Murah giler kan?

Tapi sbb ia lens lama, of course kesan wear & tear tu wujud, mungkin dah ada fungus, calar dan sbg nya.

Untung ianya lens manual yg tiada electrical contact - boleh diservis dgn mudah.

So kalau nak beli tu, make sure jumpa seller face to face dan periksa condition lens tu betul-betul sebelum beli.

Mungkin anda akan membanding-bandingkan hasil gambar, ketahuilah setiap lens M42 ni sebenarnya dibina dgn keunikan sendiri.

Keunikan karakter lens M42:
  1. Jumlah aperture blade
    Terdapat sesetengah lens yg dicipta sehingga 20 aperture blades, yg mana jika dibandingkan dgn lens zmn skrg, 9 blades tu dah kira maksimum
    Contoh: Jupiter9 85mm F2 dibina dgn 15 aperture blades
    Makin byk aperture blade, bokeh akan jadi lebih bulat atau unik, bergantung kpd struktur binaan dlm lens tersebut.

  2. Kecil dan ringan
    Walaupun besi, tapi sebab ianya kecil, agak ringan utk digunakan

  3. Murah!

  4. Compatibility
    Oleh kerana hasilnya yg sgt mantap, byk China company yg mula mencipta dan menjual adapter supaya lens M42 ni boleh digunakan pd kamera
    So boleh dikatakan apa jua jenama kamera anda pakai, ada adapternya utk guna lens M42 ni pd kamera anda, tak perlu risau. Cuma kena rajin cari lah.

    *Utk pengguna Pentax, Pentax dulu merupakan jenama yg sgt popular pd zaman M42, dgn codename ASAHI Pentax, Takumar dan Super Takumar.
    Apabila bertukar kpd K mount, Pentax ada menyediakan adapter yg original supaya lens M42 lama mereka masih boleh dipakai tanpa masalah pd body yg ber-mount baru.

  5. Preset Aperture
    Teknologi yg jarang di-apply pd lens zaman skrg, yg membolehkan kita 'mengunci' aperture terkecil dan terbesar pd lens. Google it for more info.

  6. Tread Size
    Majority lens M42 yg prime dan ber-focal length normal (28mm, 35mm, 50mm) menggunakan filter bersaiz 49mm, which is small dan for sure murah filternya.

  7. Low-cost Maintenance
    Agak-agak boleh fikir tak kenapa lens tahun 1949 ni masih lagi bertahan kukuh sampai skrg?
    Compared dgn lens zaman skrg, baru guna kitlens 1855 tu setahun, dah jammed dgn motor rosak, fungus dan sbgnya?
    Zaman dulu semua dibina dgn matlamat KUALITI.
    Plus, disebabkan lens M42 ni takde motor, takde VR, hanya besi dan glass semata-mata, ianya lebih mudah utk diservis atau dicuci drpd fungus.

  8. Sharpness
    Majority lens M42 ni hasilnya mmg sharp habis, even guna wide open aperture.
    Contoh mcm kalau kita guna lens 50mm F1.8 yg skrg ni, ia soft pd f/1.8.
    Tapi kebanyakan lens M42 tiada isu ni. Ia sharp pd f/1.8, even sharper kalau pergi f/2.8 dan seterusnya, bergantung kpd lens jugaklah.


Kesemua lens M42 ini adalah MANUAL FOCUS sahaja, kerna ia dicipta sebelum teknologi autofocus. So dia mmg takkan bole autofocus dgn mana-mana kamera, baik Nikon mahupun Canon atau Pentax atau Sony dan sebagainya. Lantak p la body DSLR korang tu ada motor ke motorbot ke, autofocus mmg takkan ada.

Manual focus is not an issue. Jgn terlalu depends pd autofocus sampai manual focus tu jadi musuh kita pulak.

Lagipun sometimes manual focus diperlukan dlm keadaan tertentu, so penggunaan lens yg bukan autofocus ni boleh mengajar kita bersabar dan mata bekerja dgn lebih tekun drpd biasa.

Ni antara barang M42 yg sempat aku miliki:

Praktica MTL-5B & Fujinon 55mm F1.8
The Bokeh Master - Jupiter9 85mm F2 MC15 aperture blades
Carl Zeiss Jena DDR 135mm F3.5

Helios 44A 58mm F2

ASAHI Super Takumar 135mm F3.5
Jupiter 37A 135mm F3.5

Ok tanak bebel dah. Masa utk meracun! :D


Nikon D200 + Jupiter 37A 135mm F3.5
f/3.5 | 1/180s | ISO250
Nikon D200 + Jupiter 37A 135mm F3.5
f/3.5 | 1/640s | ISO250
Nikon D200 + Jupiter 37A 135mm F3.5
f/3.5 | 1/1250s | ISO250
Praktica MTL5B + Fujinon 55mm F1.8
Nikon D200 + Jupiter9 85mm F2
f/2.8 | 1/80s | ISO400
Nikon D200 + Jupiter 37A 135mm F3.5
f/3.5 | 1/1250s | ISO450
Nikon D200 + Jupiter9 85mm F2
f/2.8 | 1/180s | ISO400
Nikon D200 + Jupiter 37A 135mm F3.5 f/3.5 | 1/350s | ISO200
Nikon D200 + Jupiter9 85mm F2 f/2.8 | 1/1500s | ISO160
Nikon D200 + Jupiter9 85mm F2
f/2.8 | 1/500s | ISO250
Praktica MTL5B + Fujinon 55mm F1.8
Praktica MTL5B + Fujinon 55mm F1.8
Praktica MTL5B + Fujinon 55mm F1.8
Praktica MTL5B + Fujinon 55mm F1.8 + Extension Tube
Praktica MTL5B + reversed Fujinon 55mm F1.8 handheld
Pentax K-r | Helios 58mm F2
Pentax K-r | CZ Jena DDR 135mm F3.5 + extension tube

Pentax K-r | CZ Jena DDR 135mm F3.5 + extension tube
Pentax K-50 | Helios 58mm F2

Pentax K-50 | Helios 58mm F2


Personally, aku sgt berpuas hati dgn hasil lens M42 nih. Murah tapi best giler.

So kalau korang berminat nak try-test-cuba lens M42 ni, usha je mudah ke forum ke, bersepah org jual. Search je "m42" kat mudah dan ftz.

Psl lens tu best ke tak, google je sendiri review tu. Tapi majority lens M42 ni mmg best bangat.

Ok dah, nak breakfast. Korang sambung la sesi meracun diri dgn google ye :)

Ejad Fotopoyo


15 comments:

  1. chilake....aku dah kene racun,
    nak jual la lens aku skit, nak beli m42 plak....

    ReplyDelete
  2. kalo pkai kt body nikon yg ade auto focus motor leh af tk ngan lens nie?

    ReplyDelete
  3. lens m42 ni sendiri dah mmg manual - no electronic contact, no motor, no VR/IS semua, hanya glass dan besi semata2. jgn kata Nikon body bermotor, pasang kat motorbot pun still takleh AF :)

    ReplyDelete
  4. hahaha, orait bro

    ReplyDelete
  5. fuh..pki lens ni mmg nganjeng habis...

    ReplyDelete
  6. salam bro ejad..saya nak tanya pendapat bro ttg satu jenis lens m42 nama dia yashica auto yashinon 1:2f=5cm.ada member nak jual dlm rm500 nak tanya bro berbaloi tak klu saya beli berbanding dgn prestasi lens tu? tq..

    ReplyDelete
  7. salam, lens 50mm utk m42 mount sgt murah, dlm 200-300 dah boleh dpt actually. google lah review nya kenapa boleh sampai 500. mungkin lens tu rare dan mmg power

    ReplyDelete
  8. ok trima kasih bro..

    ReplyDelete
  9. Salam bro. Mane nk dpt adapter ring f-mount ni. Dah cari kt area jb tp xdpt. Lg 1. Tauke kedai ade ckp kualiti pkai m42 ni xok. Sbb coated die dah rosak sbb sume lens hanye leh tahan lebih kurang 15tahun. Adakah ini benar.

    ReplyDelete
  10. ayen6666:

    mana nk dapat? usha sini:
    http://www.lelong.com.my/m42-nikon-adapter-infinity-d7000-d5100-d3100-d90-d80-d60-96600978-2012-04-Sale-P.htm

    psl lens hanya boleh tahan +- 15 years tu, camni la jwpn aku. tgk je gmba2 aku kat atas ni, rata2 semua lens dari tahun 1960. ada rupa mcm rosak tak? sila guna mata anda dan judge sendiri :)

    ReplyDelete
  11. bro...mana nak cari lens m42 ni selain forum and mudah???

    ReplyDelete
  12. jad...ko main besau watermark...

    ReplyDelete