Tuesday, January 25, 2011

RAW VS JPEG


"Nak shoot guna format RAW ke JPEG?"

Soalan yg seringkali ditanya oleh kita bila nak shoot sumthing, tak kira la kita ni newbie atau dah lama main kamera.

Sebelum kita pegi kpd jawapan bagi soalan berkenaan, jom kita berkenalan dulu, apa itu RAW dan apa itu JPEG.

Utk memudahkan discussion, aku takkan discuss dalam-dalam. Aku akan share setakat yg mudah difahami je, supaya at least lps baca artikel ni korang semua dah kenal apa itu RAW dan apa itu JPEG.


APA ITU FORMAT JPEG?


JPEG (Joint Photographic Experts Group) atau dikenali juga sbg JPG merupakan format yg standard bagi gambar.

Dipanggil juga sbg compressed format kerana saiznya yg kecil.

Boleh dikatakan setiap komputer, laptop, smartphone, tablet sama ada Android, Windows atau iOS-based boleh baca format JPEG ni, dan ia akan baca sbg gambar lah, bkn video atau lagu. Even komputer yg baru format clean tanpa sebarang software pun boleh baca format JPEG ni.

Semua kamera digital termasuk kamera pada handphone menghasilkan gambar berformat JPEG/JPG.
Gambar yg berformat JPEG/JPG dikenali dgn extension pada akhir namanya, seperti DSC1234.jpeg, atau DSC1234.jpg.

Nikon Picture Control

Hasil gambar JPEG/JPG ditentukan melalui setting yg kita buat pada kamera, iaitu setting pada Picture Control, Picture Profile atau apa-apa je la nama dia, yg mana dlm tu ada setting utk Brightness, Contrast, Saturation, Sharpness dan sebagainya. Atau ada certain kamera ada preset yg bersesuaian utk gambar, mcm Portrait, Landscape dan sebagainya.

Katakan kita set Saturation: High pada kamera, maka gambar yg terhasil akan mempunyai kepekatan yg agak tinggi. Atau kita set Portrait, maka gambar kita akan kurang Contrast dan kurang Sharp, kerana usually itulah setting terbaik utk gambar portrait.

Gambar yg berformat JPEG/JPG boleh di-print directly melalui mana-mana kedai atau kiosk gambar tanpa perlu melalui proses format conversion (penukaran format), kerana format JPEG tu sendiri dah mmg standard dan boleh dibaca pada hampir kesemua platform. 

So katakan korang jejalan kat shopping complex pastu amek gambar pastu terasa mcm nak print gambar tu. So korang pun singgah la Kiosk Fujifilm yg ada kat Harvey Norman, cucuk SD Card, pilih gambar, edit sikit pastu print pastu bayar.

Dan katakan korang nak upload atau share gambar tu kat internet, sama ada blog, FB, instagram etc etc, so semua gambar yg berformat JPEG tu boleh di-upload directly, juga tanpa sebarang format conversion process.

Dlm ertikata lain, JPEG ni produk yg dah siap. Bagi sesiapa yg biasa dgn zaman filem dulu, format JPEG ni kira mcm gambar yg korang dah print 3R/4R tu la. Dah siapsedia utk ditunjukkan kat org, ditampal kat buku, diselit dlm album dan sebagainya.


APA ITU FORMAT RAW?

Gambar RAW drpd Fujifilm X100S. Perhatikan extension RAF pada nama file

RAW - seperti namanya yg bermaksud mentah (atau original), merupakan sejenis format gambar yg dihasilkan oleh kamera tertentu, seperti DSLR, high-end compact, Interchangeable Lens Mirrorless, serta high-end smartphone seperti One Plus One.

Dipanggil juga sbg lossless/uncompressed format kerana ia penuh dgn info/metadata, berbeza dgn JPEG yg sudah di-compress.

RAW ialah nama umum bagi original file. Nama extension tersebut bergantung kpd manufacturer:
  1. Canon: CR2
  2. Nikon: NEF
  3. Pentax: PEF atau DNG
  4. Fujifilm: RAF
  5. dan sebagainya


Bila kita view file secara thumbnail, kebiasaannya kita takkan dapat tgk gambar drpd RAW file, berbeza dgn JPEG yg kita boleh view directly. Ini kerana RAW bukanlah format yg boleh dibaca dgn mudah pada komputer, kerana ia memerlukan plugin, software atau update tertentu. 

Biasanya software yg mmg boleh baca RAW file ialah seperti:
  1. Adobe Photoshop
  2. Adobe Lightroom
  3. Picasa
  4. Photoscape
  5. Software yg ada dlm CD dlm kotak kamera korang
  6. dan lain-lain. Sila gugel.

Kalau kita double click RAW file tu utk view, biasanya sama ada mmg takkan ada imej langsung, atau imej nampak lebih gelap drpd biasa, atau jadi kaler pelik-pelik mcm gambar hijau kat atas tu.

Bagi mereka-mereka yg main filem, RAW file ni mcm gambar yg ada kat negative film korang tu. Kan mmg tak lawa gambar kat situ. Lps korang scan atau print gambar tu kpd version yg cantik, itulah yg dikatakan JPEG.

Katakan kita dpt view gambar tersebut, tak kisah la guna software apa pun, usually apa yg kita akan nampak ialah gambar yg dull, flat, tak sharp dan sedikit gelap. Ini kerana berbeza dgn JPEG yg mana kita boleh set parameter seperti Saturation dan Brightness, ia tidak berlaku pada format RAW. RAW file ialah gambar original, tidak dipengaruhi oleh kesemua parameter tersebut, melainkan setting yg asas bagi gambar iaitu ISO, Shutter Speed dan Aperture.

Disebabkan mempunyai format yg bukan boleh dibaca pada kebanyakan platform, gambar berformat RAW tidak boleh di-print dgn mudah seperti gambar JPEG, kerana ia memerlukan conversion process (proses penukaran) kpd format JPEG terlebih dahulu.

=========================================================================

Lepas dah tau apa itu RAW dan JPEG, sekarang kita proceed pula kpd perbezaan serta kelebihan dan kekurangan masing-masing:


SIZE


Gambar RAW (lossless) mempunyai saiz yg besar atau sgt besar, berbeza dgn JPEG yg loss/compressed. Usually JPEG kurang 10MB, tapi RAW ada yg sampai 40MB, bergantung kpd megapixel tertinggi yg kamera tu ada, kerana bila kita shoot RAW, resolution-nya ialah pada megapixel tertinggi.

So kalau kita pakai memori kad yg capacity kecik, atau masa kita nak shoot tu space dah mmg tinggal sikit, better utk kita pilih JPEG supaya kita dpt shoot lebih byk gambar.

Tapi skrg ni harga memori kad dah sgt murah, so aku rasa takkan ada isu memori kad tak cukup saiz sbb kita boleh beli banyak kad atau beli yg bersaiz besar, melainkan kita dah shoot seharian sampai dah takde space utk gambar RAW la.



RECOVERY & POST PROCESSING

Sebab utama gambar RAW bersaiz besar ialah kerana ianya lossless. Dlm ertikata lain, masih byk detail yg kita boleh explore dan recover pada gambar tersebut, especially pada bahagian Shadow dan Highlight, iaitu bahagian yg secara umumnya terlalu terang dan terlalu gelap dalam sesebuah gambar.

Contoh mudah, kita shoot gambar yg terlalu underexpose, sampai mmg nampak hitam je. Atau kita shoot gambar terlalu terang, sampai nampak putih je.

Dlm situasi mcm ni, gambar berformat RAW mempunyai advantage, kerana walaupun terlalu gelap atau terang, detail pada bahagian terang/gelap tu masih boleh diselamatkan semasa editing, bergantung kpd saiz dan kekuatan sensor. Detail pada kamera sensor besar seperti fullframe lebih senang di-recover berbanding kamera sensor kecik seperti APS-C atau Micro Four Third.

Detail pada bahagian langit (Highlight) dan jubah (Shadow) berjaya dihidupkan semula
pada gambar yg asalnya overexpose

Detail pada bahagian hitam (Shadow) berjaya dihidupkan semula pada gambar yg asalnya underexpose



Sebaliknya, jika overexpose atau underexpose sebegini berlaku pada gambar JPEG, mmg takleh nak buat apa dah. Kalau tu gambar yg penting dan mmg boleh sekali amek je, pasrah je lah dan sila nangis bawah shower. Contoh boleh dilihat pada gambar berikut:


Dalam gambar JPEG di atas, aku cuba utk menghidupkan detail pada kawasan pokok kat bahagian kiri gambar, dan ternyata usaha aku gagal.

Maka dlm ertikata lain, ruang utk editing itu lebih luas pada gambar RAW. Sbb tu landscape photographer khasnya, lebih prefer shoot RAW berbanding JPEG, supaya mereka dpt recover detail pada langit (Highlight) dan pada bahagian tanah (Shadow).

Tapi kita kena ingat, since RAW ni saiz dia besar, dia memerlukan processing power yg agak hebat utk kita edit. Kalau kita still guna komputer atau laptop zaman AMD Athlon atau Intel Pentium 3/4, mohon sedar diri dan shoot je la JPEG supaya tak senak komputer korang tu.

Berkenaan overexpose vs underexpose plak boleh baca artikel Overexpose VS Underexpose - Mana Lebih Baik?


COMPATIBILITY

Gambar JPEG lebih compatible dgn kebanyakan platform berbanding RAW kerana format JPEG itu format yg standard. So bila shoot guna JPEG, takkan timbul isu laptop takleh baca ke phone takleh view ke apa ke. 

Katakan kamera kita ada WIFI, kita boleh transfer masuk smartphone pastu whatsapp kpd member-member dgn mudah. Kalau RAW nak kena edit dulu pastu convert kpd JPEG plak, leceh.


OOC (OUT OF CAMERA)

Katakan kita pilih RAW+JPEG pada kamera, yg mana membenarkan kita shoot gambar tu dan akan muncul 2 gambar - 1 format RAW, 1 format JPEG.

Gambar yg RAW mmg mcm tu lah - original, kaler dull, tak sharp, saiz besar dan sebagainya, manakala yg JPEG plak akan ikut setting Megapixel dan Picture Control yg kita dah buat.

Gambar RAW dan JPEG dari Nikon D700

So bila gambar tu keluar je drpd memori kad, gambar JPEG lebih cantik, sbb kita dah pre-edit dlm kamera tu dgn setting Picture Control kita.

Sebaliknya yg RAW plak memerlukan kemahiran kita utk edit kasi cantik, menggunakan software yg bersesuaian.

Maka kalau kita jenis yg nak cepat, gambar lps shoot terus nak pakai, JPEG adalah pilihan terbaik.


KEMAHIRAN EDITING

Since gambar JPEG ni dah siap sedia lawa kalau kita pre-setting Picture Control tu elok-elok, maka kita dah jimat masa dan tenaga dan bil letrik utk proses editing.

Gambar RAW kalau kita pandai edit, hasil dia mmg masyuk. Tapi kalau kita tak pandai edit, silap-silap gambar tu jadi makin huduh drpd gambar JPEG yg biasa kita amek.

So pilih RAW hanya jika anda nak edit dan pandai edit. Kalau tak reti dan malas nak belajar editing, shoot JPEG sudey.


SPECIAL CASE

Seperti yg kita dah bincang kat atas ni, dimana gambar RAW yg over/underexpose lebih senang utk diselamatkan berbanding JPEG.

Katakan la kita ni mmg tak shoot RAW. Kita ni JPEG-person. Tapi dlm keadaan tertentu, kita terpaksa shoot RAW. Kalau tak mmg gambar kita akan jahanam. 


Beberapa bulan lepas, aku assist awek aku shoot tudung - Miasweetopia kat Taman Saujana Hijau, Presint 11, Putrajaya, lps asar.

Photoshoot tu berlangsung sampai maghrib. Time tu korang tau la cane punya gelap kan.

Awek aku guna Nikon D3100 + 50mm F1.8. Sepanjang petang tu dia shoot without any problem sbb cahaya cukup.

Tapi bila dah dekat-dekat maghrib, gambar dah mula bermasalah sbb lowlight. Client pulak mmg taknak gambar dgn flash. Kalau shoot high ISO kat D3100 mmg noise melampau-lampau la.

So aku pun assist, amek alih tugas, guna Nikon D3 dan 50mm F1.4.
Tapi gelap giler punya pasal, setting masa tu ISO6400 | f/1.4 | 1/25 pun still gelap.

Aperture dah takleh nak besarkan.
ISO boleh naikkan pegi Hi tapi aku jenis yg mmg takkan guna ISO Hi atau Lo ni.
Shutter speed 1/25 tu dah sgt low ekceli utk handheld. Kalau aku rendahkan lagi speed tu, gambar mmg confirm blur.
Flash tak boleh pakai, client tanak. 
Tripod plak takde. Time tu la tak bawak. Adoi.


So nak tak nak, berbekalkan setting tadi tu, aku terpaksa jugak la shoot walaupun gambar akan jadi underexpose, dgn niat balik nnt mesti edit kasi terang balik. Maka aku pun pilih la format RAW supaya recovery lebih mudah dibuat. 

Masa ni la format RAW tu comes in handy. Dan kemahiran editing especially pada bahagian Sharpness, Color dan Noise dipraktikkan sepenuhnya utk mengkacakkan gambar RAW yg gelap tadi.


RAW VS JPEG

Finally, kita pergi kpd persoalan utama - so nak shoot dlm format RAW atau JPEG? Antara kedua-dua format ni, yg mana lebih baik?

Jujurnya, tiada jawapan yg tepat utk soalan ni. Tapi aku bagi korang 1 contoh utk senang faham.

Katakan:
RAW = beras, produk mentah,
JPEG = nasik, produk dah siap,

Masa korang ada beras, korang bebas utk plan nak buat apa dgn beras tu; nasi putih ke, nasi ayam ke, nasi lemak ke, nasi planta ke.

Tapi once korang dah masak beras tu jadi nasi, pilihan korang dah mula limited. Tak banyak dah option yg korang boleh buat, berbanding masa dia beras tadi.

Sama mcm gambar RAW dan JPEG. Kalau korang mmg kaki editing, RAW lebih baik sbb dia masih dlm keadaan loseless/uncompressed, berbanding dgn JPEG yg dah siap, agak terhad dan lebih susah utk korang modify.

Dan bergantung jugak kpd keadaan. Jika korang terpaksa shoot gambar yg over atau underexpose dan korang ada plan utk repair gambar tu later, pilih RAW.

Tapi kalau setakat selfie, jalan-jalan Pavi, amek gambar lens cap, JPEG sudah.

Contoh mudah kalau korang shoot wedding:
  1. Portrait pengantin - RAW
  2. Outdoor pengantin - RAW
  3. Candid tetamu - JPEG
  4. Hantaran - JPEG

So korang sendiri la yg kena decide nak shoot RAW atau JPEG, bergantung kpd amende yg korang nak shoot tu. Kalau rasa susah sgt nak decide, shoot RAW+JPEG, abis cite, dedua dapat. Mana-mana JPEG dah sedia cantik tu, delete dia punya RAW file. Tapi kena rajin la.


SOALAN LAZIM

Sbg penutup, aku kongsi skit beberapa soal jawab yg biasa timbul dlm kes RAW JPEG:
  1. "Lepas dah transfer gambar RAW masuk komputer, nak edit dulu baru convert kpd JPEG atau convert kpd JPEG dulu baru edit?"
    • logiknya dah tentula edit dulu baru convert.
    • kita edit masa dia tgh penuh dgn info/metadata, iaitu masa dia RAW, bukan lps dia dah loss (JPEG), mcm drpd beras tadi, masa kita nak buat nasik lemak, masa masak beras tu jadi nasik la kita letak segala bahan utk men-nasilemak-kan dia, bukan masak dia jadi nasi dulu baru dilemakkan.
  2. "Kalau gambar JPEG di-convert jadi RAW, adakah dia akan jadi mcm RAW file yg sebenar, iaitu lossless dan uncompressed?"
    • anda mungkin boleh convert, tapi takde benda spesel yg jadi, kecuali membesarkan lagi file tu
    • JPEG tu sendiri dah takde byk info, so tak mungkin ia boleh jadi RAW file yg tetibe byk info
    • kita umpamakan mcm beras dan nasik tadi, mustahil utk nasik jadi beras semula. kita mungkin boleh alter rupa nasik tu jadi mcm beras, tapi ia tetap nasik
  3. "Komputer/laptop saya tak boleh baca RAW file drpd kamera sekian-sekian. Apa mau bikin?"
    • kes ni biasa jadi kat kamera baru. usually terjadi sbb PC anda tiada plugin yg kenal dgn RAW file tersebut
    • so either anda update RAW Plugin kat website Adobe, atau guna software yg ada dlm CD masa beli kamera tu, atau convert RAW file tadi kpd DNG dan edit mcm biasa, sbb DNG adalah format RAW yg dikenali oleh Adobe
    • kalau CD dah takde, carik software tu kat official website kamera anda
  4. "Saya dah cuba edit dgn mencerahkan gambar yg gelap tapi tak dapat pun hasil yg mcm Ejad dapat dalam artikel ni. Apa rahsianya?"
    • Lain sensor, lain keupayaannya. Sensor drpd kamera baru of kos akan perform better drpd kamera lama. Contoh dlm gambar portrait kat atas tu, guna Canon 5D, bila cerahkan, penuh dgn banding noise. Tapi kalau amek gambar yg sama menggunakan 5D Mark 2 misalnya, mungkin kurang noise tu, sbb sensor lebih baru.
    • Selain teknologi sensor, saiz sensor juga main peranan. RAW drpd kamera kecik mmg takleh lawan la dynamic range pada sensor kamera besar seperti fullframe.

Sekian artikel yg panjang ni.

Semoga bermanfaat.

Ejad Fotopoyo

24 comments:

  1. selama ni x pernah amek pusing pon JPEG atau RAW, sebab mmg selalu pakai JPEG,(sbab mmg x suke mengedit) tp lepas baca entry ni br sy tau kenapa sesetengah gambar sy kurang menjadi bile di edit...

    ReplyDelete
  2. sy suka amik raw kalau untk landscape..:)
    btw,terimakasih sharing.ia amat bguna :)

    ReplyDelete
  3. saya memang suka pakai RAW. Klu gambar suda cantik dan hendak terus print, boleh print sebesar mana yang kita mau tanpa risau gambar tu 'pecah-pecah'. btw, tq for the info.

    ReplyDelete
  4. maaf, saya kurang jelas. perlu convert dari RAW ke JPEG dulu baru edit or terus edit dari RAW then convert ke JPEG

    ReplyDelete
  5. nak edit tu terpulang, pd RAW boleh, pd JPEG pun boleh. yg penting, hasil akhirnya ialah JPEG jika foto itu mahu diprint atau disimpan dlm saiz yg lebih kecil

    ReplyDelete
  6. terbaiklah bro..teruskan dgn entry2 gini...sempoi.

    aku follow.

    ReplyDelete
  7. kesimpulan nya..kalau nak edit picture guna RAW format la ya b4 ambik gambar....

    ReplyDelete
  8. nope, kurang tepat.
    kita shoot RAW utk preserve details, supaya ia kekal terpelihara utk editing later on

    ReplyDelete
  9. as`kum ejad...
    nak tanya sikit, sebenarnya gambar yang baik adalah datang dari kepakaran kita shoot @ kepakaran kita mengedit? tengok skarang ada macam2 software untuk photo editing...dari gambar yang kureng ke gambar yang woooowww...apa pendapat ejad?

    ReplyDelete
  10. junior:
    jika disusun,
    1 - kepakaran
    2 - editing

    kepakaran menyebabkan gmbar yg menjadi akan lebih menjadi apabila diedit.
    tapi tanpa kepakaran, katakanlah gmba itu kurang menjadi (contoh - lighting tidak cukup, subjek gelap), editing belum tentu lagi boleh menyelamatkan gambar ini.

    kdg kala editing itu perlu, contoh apabila mengambil gambar model, walaupun model itu sendiri tau yg wajahnya ada parut sana sini, dia mengharapkan photographer menghasilkan end product yg marvelous, kulit licin, putih gebu dsb..

    dan mengikut tajuk ini, apabila mengambil gambar dlm format RAW, editing itu boleh dikatakan wajib dilakukan.

    editing tak semestinya bermaksud menyelamatkan gambar yg tak jadi kpd jadi. ia juga berguna utk menaikkan mood..

    so, apa yg boleh saya katakan ialah, sbg seorang photographer, kepakaran teknikal dan knowledge mengenai asas photography itu jauh lebih penting drpd ilmu editing.
    editing ini mcm bonus. sape tau edit, lebih cantiklah gambar nya :)

    ReplyDelete
  11. huhu..camtu ye..
    ejad fotopoyo...lpas ni ade x tutorial bhgian editing ni?? :)

    ReplyDelete
  12. Wan Azril Syazrin:
    tutorial utk editing? x pasti, tp rsenye x buat kot.. sy akan focus hanya bab2 yg basic dan penting shj.. editing ni bonus+added knowledge, bkn keperluan :)

    ReplyDelete
  13. bro...utk weding pic cmner plak...sbb klu pkai raw mst saiz bsr kan...dr sdut storage dpt save klu pkai jpeg..tp kbiasaannyer cmner?? tips ckit?

    ReplyDelete
  14. there's no definite answer. shoot RAW jika gmba itu penting utk kita preserve details. gmba biase2 mcm candid ke ape ke, jpeg suda.
    usually gmbar RAW utk wedding:
    - portrait
    - family
    - outdoor yg melibatkan Sunny-16

    ReplyDelete
  15. wahhh !!!! saya sukakan nya !!

    ReplyDelete
  16. saya x risau guna raw kerana semua raw saya akan disimpan dalam dvd yg berharga rm1.

    ReplyDelete
  17. good knowledge.. sy slalu shoot JPEG sebab laptop saya tak larat nak process RAW.. pernah try skali.. tapi saya suka edit gambar.. Kena tunggu beli laptop baru yg kuat sket, baru boleh shoot dalam RAW.. tq for sharing :)

    ReplyDelete
  18. wow. terbaik la bagi contoh nasi goreng.haha
    ^^b

    ReplyDelete
  19. Terbaik la.. Info yg sgt brguna bru kini fhm pe tu raw n jpeg... Mekasih tuan tanah.. Teruskn usaha lg.. I follow

    ReplyDelete
  20. SANGAT100000 berguna! sebelum nie mmg bangang bab nie(sebab baru mula belajar editing) :P trimas kawan..

    ReplyDelete
  21. sungguh murni hatimu wahai ejad..t ksh sbb bagi free tutorial yg susah nk dapat drpd otai2 lain..klu ada pon bagi x sampai 50% hehe..i sollute..

    ReplyDelete
  22. Terima kasih. Saya ingin mendapat menglinkkan entry ini pada entry saya. Terima kasih atas perkongsian.

    ZH Blogger

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum..saya ada sikit persoalan. Sebelum ni saya selalu guna JPEG tuk edit. Bila saya try2 guna RAW gambat pengantin yg saya shoot payah nak sharp.. Saya guna photoshop RAW saja edit.. Boleh tak tuan jelas kan apa masalah nya tu. Terima kasih..

    ReplyDelete