Thursday, October 2, 2014

MEMBEBEL | Spray & Pray

Sumber: zackarias

"Spray & Pray"

Ramai di antara kita yg tak pernah dgr istilah ni.
Bg yg pernah dgr plak, mungkin tak paham pun apa maksudnya.

Istilah "Spray & Pray" ni luas maksudnya (rujuk WIKI), tp sbb ni blog berkenaan photography, maka aku akan explain apa mksd dia dlm konteks photography.

========================================================================

Ok first, imagine korang tgh main game Counter Strike, atau Call of Duty.

Korang sedar yg korang ni noob giler, tak pandai main game. Harap PC je gempak, keyboard & mouse siap beli gaming edition padahal tak reti main pun. Sikit2 mati kena tembak.

So utk mengelakkan drpd senang sgt kena tembak, korang pun Spray & Pray, iaitu korang simply belasah tembak mcm ada 100 enemies depan korang, padahal musuh ada 2 je, dgn harapan tembakan melulu (spray) tadi tu akan kena pada musuh. Harapan ni kira korang punya pray la.

Sumber: aphotoeditor

Dlm photography, katakan korang ditugaskan utk shoot wedding.

Korang sedar yg korang ni takde la terer mana pun tp sbb korang sembang kencang, maka ada la insan malang yg sudi hire korang.

So korang sampai je tempat majlis diadakan, korang pun pakai mode P, on Burst Mode/Continuous Hi, pastu korang belasah amek gambar (spray) sampai penuh memori kad tu, tanpa meneliti aspek composition, exposure dan sebagainya, sambil berharap (pray) dlm 1000 gambar yg korang shoot tu, at least ada la dlm 500 keping yg menjadi.

Inilah yg dikatakan Spray & Pray dlm photography.

========================================================================

Is it bad? Salah ke guna teknik Spray & Pray bila ambil gambar?

Ya dan tidak.

Ya jika ia menyusahkan org, especially diri anda sendiri. 
Disebabkan anda pakai teknik ni, anda ada dlm 5000 keping gambar dlm kad, dan hanya beberapa keping je nak dimuatkan dlm album. So, tahniah dan sila bersengkang mata memilih gambar.

Pastu, teknik ni merupakan 1 pembaziran bagi:
  1. Shutter count. Spray menaikkan shutter count anda secara mendadak tanpa sebab yg munasabah.
  2. Jika anda guna flash, anda dah membazir bateri, dan dlm masa yg sama anda menyusahkan org ramai sbb cahaya flash tu keep blinking sbb anda spray.
  3. Membazir masa sbb anda perlukan masa yg lama utk usha setiap gambar jadi atau tak.
  4. Membazir space hard disk yg menyimpan gambar-gambar tersebut.

Tidak jika anda selesa dan anda mmg dpt gambar yg kacak melalui teknik ni. Sebab apa yg penting ialah final result. Client tak bother pun nak tanya teknik atau kaedah korang, janji gambar diorang cantik.

========================================================================

Personally, aku pernah berhadapan dgn geng Spray & Pray ni, newbies ada, pro pun kadang-kadang ada.

Scene akad nikah sahaja, aku rasa ada dlm 200 shots kot diorang amek, 

Tok Kadi start cakap "Aku nikahkan dikau..." terus pastu bersepah bunyik machine gun. Yg sorang jengket kaki utk dpt high angle, yg sorang lens betul-betul dpn pengantin laki, yg sorang lagi close up kat kedua-dua tangan yg bersalaman.

Aku tak rasa annoyed, sampailah diorang ni mem-block shot aku dan dlm shot aku ada yg overexpose sbb flash yg nonstop drpd diorang.

So pesan aku, seeloknya toksah la pakai teknik ni. Belajar kasi terer dulu pastu baru fikir nak buat job atau tak.

Atau, jika anda nak jugak pakai teknik ni, lantak korang lah, as long as tak menyusahkan org lain. 

Ejad Fotopoyo

No comments:

Post a Comment