Friday, November 18, 2011

SCAM - Tipah Tertipu!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Korang korang, nak tawu tak. Semalam kan, titew kan, kena tipu... Huhu. Cedey ooo..

Smlm pagi (Khamis 18 Nov 2011), dlm pukul 10 lebih gitu, aku dpt panggilan drpd nombor 03-58855100.
Seingat aku la kan, pompuan yg call, nama dia Anis kalau tak silap, dia ckp dia dari Etiqa Takaful Maybank.

Since aku baru je lepas eksiden dan claim aku bwh Etiqa sedang dlm proses, mula-mula aku ingat minah ni call nak update aku psl kes tu la.

Tengok-tengok dia call sbb nak offer PA Insurance (PA: Personal Accident) dgn bayaran bulanan sebanyak RM37.20 dan berikut adalah benefit yg akan aku dpt:
  • Claim semaksimum RM700,000 utk kes kemalangan yg melibatkan kecacatan kekal
  • Elaun RM280/hari setiap kali kita dimasukkan ke wad dlm kes kemalangan
  • Bla bla bla pe ntah aku lupa dah

Kena plak aku mmg baru lps eksiden dan aku ni mmg agak clumsy, senang sgt nak kemalangan, so aku setuju utk amik pelan insurans tu.
Then dia buat la verification utk details aku, mcm alamat, nama penuh etc etc. Katanya polisi akan dipos ke rumah dlm masa 14 hari bekerja.

Then lepas habis kelas, aku balik je bilik, aku rasa mcm tak sedap hati.
Aku google nombor talipon "03-58855100", and aku terkesima.

Result yg keluar semuanya penuh dgn scam + penipuan insurans, kad kredit, kad bonus dan mcm-mcm lagi.
Dan ada 1 kes yg betul-betul sama mcm aku: http://800notes.com/Phone.aspx/1-035-885-5100


Serius. Kalau korang tak caye, korang google la nombor tu, tengok apa result yg keluar.

Terus aku bukak maybank2u, check balance. Dayum! Cepat giler diorang deduct!


So apa aku buat? Terus aku keluarkan semua duit dari akaun maybank aku ni, transfer ke akaun lain.
Skrg balance kat akaun aku ni tinggal RM6.22 jek. Aku ingat nak terminate terus akaun ni since diorang dah tau no akaun aku kan.

Oh btw aku tak kasi pun no akaun aku kat org yg call tu.
Means, ada org dlm Maybank yg bersekongkol dlm hal ni. Kalau tak, camne boleh senang-senang duit aku kena tolak? Betul tak?

Skrg pun bila fikir balik, mana boleh sign up insurance simply by phone. Takkan takde dokumen ke form yg perlu diisi ke.. So technically aku mmg kurang bijak dlm hal ni, dan aku kena tipu.

Kehilangan RM37.20 ni walaupun tak byk, jadi pengajaran utk aku sampai mati.

So aku share cerita ni dgn korang, supaya bila korang dpt call yg lebih kurang sama mcm ni, doesn't matter la dari no tepon yg sama ke lain ke, JANGAN PERCAYA. Kalau nak sign up insurance ke credit card ke, pergi je mana-mana cawangan bank yg berdekatan, bkn melalui telefon mcm ni.

Sama-samalah kita  membanteras scam.

Ejad Fotopoyo

14 comments:

  1. aku kena jugak baru ni tapi kononnye dari airasia insure. tah ape jadah bayaran tahunan tah dia mintak. tapi yang buat aku ragu tu sebab dia mintak maklumat kredit card. thru fon pulak tugile ke ape. aku terus google nombor tu memang ternyata scam. demm naseb baik aku tak proceed lagi

    ReplyDelete
  2. pnah gak orang call aku pasal menda nie..kad kredit laa..insuran laaa..tgh2 depa dok cakap panjang lebar..aku end kan call,hahaha..padan
    muka diaorang..

    incek ferdauz.

    ReplyDelete
  3. aku pn de org call n aku pn setuju hampes kn...pastu cm nyesal je n g le call nak cancel tp punye le susah

    ReplyDelete
    Replies
    1. nk tanya, sy pom sma, tapi belum ada penarikan duit dlm acc, mcm mana nk cancel?

      Delete
  4. nak tanyeee!!! cemane nk cancel kan benda ni..aku dah subscribe jgk..rase tertipu..cpt sgt cair bile org bebel camni.huh kne amek pengaran >.<

    ReplyDelete
  5. nasib bek xkene..tapi saya bukan dr maybank tp eonbank..die call 5 kali time dalam kelas tp sy malas nak agkt..selang 2 hri,die call..pastu die cakap mcm serupe dalam ejad ckp..pastu saya cakap xnak..sebab ayah saya dah buatkan..die desak pastu saya letak..malas nak layan..

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. aku kena lagi lah rm 500 melalak jugalah!

    ReplyDelete
  8. Fuuhh nasib baik x layan phone call dr no 03-58855100 ni... scammer rupanya

    ReplyDelete
  9. Mace mana nk buat kalau dh jadi mcm ni...bleh cancel balik ke...dh call no 0327704600 xdapat...then call customer service dia 1300820022

    ReplyDelete
  10. Macam mana ye nk buat pembatalan ni , sy pun dah terkena 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh share tak macam mana nak batalkan😭

      Delete
    2. Kenapa biarkan shj ditipu dan x report polis/ bank negara Malaysia? Ini loan scammer dr org dlm Maybank

      Delete
  11. ada sorang ni call saya guna no ni-0112212433, katanya dari takaful etiqa...ada sesapa pernah dapat panggilan ke dari nombor ni?

    ReplyDelete