Thursday, February 20, 2014

Aspect Ratio & Saiz Gambar

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kpd pembaca sekalian.

Di malam jumaat yg masih lagi kepanasan ni, izinkan aku berkongsi kisah 2 sahabat baik, iaitu Aspect Ratio dan Saiz Gambar (Photo Size).


ASPECT RATIO

Merupakan ukuran nisbah bagi panjang dan lebar (atau lebar dan panjang) sesebuah gambar.

Benda ni wujud pada semua display device, mcm LCD Monitor, TV, Screen Projector, skrin henfon, gambar, dan sebagainya.

Aspect ratio biasanya ditunjukkan dlm bentuk nisbah, dimana nombor awal merujuk kpd panjang, diikuti dgn nombor seterusnya iaitu lebar, seperti berikut:

List lengkap - WIKIPEDIA


SAIZ GAMBAR

Bila korang nak print gambar, persoalan paling simple ialah - nak print besar mana? Apa saiznya? 3R? 4R? 8R?

Ringkasnya, nR merupakan kod bagi saiz gambar tertentu, dalam unit inci (inch), di mana n merupakan angka integer, seperti berikut:



ASPECT RATIO & SAIZ GAMBAR

Pernah tak mengalami situasi dimana gambar yg korang hantar utk print dan gambar yg dah di-print tu tak sama? Masa hantar pegi print, portrait tu full size, lengkap 1 badan 2 tangan 2 kaki semua. Tapi lepas print, tengok-tengok kaki kena potong.

So korang mesti pelik, kenapa berlaku keadaan mcm ni? Masa hantar print tu dah edit elok dah, korang pun mmg dapat gambar tu ikut saiz yg korang nak, tapi gambar tu terpotong sana sini.

Why, you ask?

Perkara ini berkait rapat dgn aspect ratio pada kamera anda dan saiz apa yg anda ingin print.

Since artikel ni lebih menjurus kpd photography, maka aku hanya akan fokus kpd aspect ratio yg wujud pada saiz sensor paling femes - APS-C dan Fullframe.

APS-C, dgn saiz sensor 24mm x 16mm, serta fullframe, dgn saiz sensor 36mm x 24mm, kedua-duanya mempunyai aspect ratio yg sama, iaitu 3:2.

Tak pecaya? Ni cara nak kira:
  • 24 : 16 >> bahagi 8 = 3 : 2
  • 36 : 24 >> bahagi 12 = 3 : 2

Ok, sekarang kita kaitkan aspect ratio 3:2 ni dgn print size 3R 4R semua tu.

Mathematically, 3:2 tu bila didarabkan dgn sifir 2, akan menghasilkan 6:4, atau 4:6, di mana ini merujuk kpd saiz gambar 4R (4" x 6"). Selain itu, drpd 3:2, akan dapat saiz gambar seperti berikut:
  • 6 x 9
  • 8 x 12
  • 10 x 15
  • 12 x 18
  • 16 x 24
  • 20 x 30
  • 24 x 36

Jadi, secara mudahnya, kalau korang print gambar drpd kamera korang yg berformat APS-C atau Fullframe, tanpa sebarang cropping yg mengubah resolution/ratio asal, korang akan dapat hasil gambar yg sempurna tanpa terpotong sana sini.

Tapi, kalau korang print gambar tu dgn saiz yg selain drpd 4R, contoh korang print 5R, korang punya gambar akan terpotong, sbb 5R (5" x 7") bukanlah nisbah yg kita boleh dapat directly drpd 4R, maka akan ada part yg terpotong, sama ada di bahagian height (panjang) atau width (lebar).

Atau, korang print 4R, tapi masa cropping tu korang crop ikut suka, tak crop ikut original ratio, maka hasil korang akan terpotong sana sini.

So, before korang print gambar, make sure korang dah crop mengikut saiz gambar yg korang nak.


CROPPING PROCESS

Cropping boleh dilakukan menggunakan pelbagai software, tp since aku familar dgn Adobe Lightroom, maka berikut adalah cara menge-crop menggunakan kaedah aspect ratio:

*since gambar di bawah disnap menggunakan kamera APS-C Nikon D200, maka aspect ratio yg original ialah 3:2 atau 4:6.
*utk pengguna Adobe Photoshop, boleh usha sini - Aspect ratio, cropping and how it affects your photos.






Masa crop tu, korang boleh adjust kedudukan dan saiz kotak tu mengikut kehendak korang. Katakan la tu gambar macro dan korang shoot guna megapixel yg tinggi, korang boleh crop kaw-kaw tanpa menghilangkan detail yg banyak.

So hasilnya adalah seperti berikut. Bahagian hitam menunjukkan bahagian yg terpotong jika dibandingkan dgn ratio asal iaitu 3x2/4x6:


Its better utk korang crop siap-siap sebelum print, takut nanti kedai yg korang hantar pegi print tu main crop ikut sukati.

Kiri - 3R | Kanan - 8R. Kedua-duanya crop siap-siap sebelum print

Okeh, tu je yg nak disampaikan malam ni. Just make sure korang dah crop sesiap ikut saiz yg korang nak print sebelum korang pegi belasah print, utk memastikan kedai tak crop ikut sedap oren dia.

Lepas tu sila sedar diri. Kalau dah amek gambar tu guna 1 Megapixel je misalnya, toksah berangan nak print besar-besar.

Sekian.

Ejad Fotopoyo
10:51pm | Jumaat 20 Feb 2014

No comments:

Post a Comment