Wednesday, February 5, 2014

Composition | Line & Perspective

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kpd pembaca sekalian.

Malam ni aku nak share mengenai 1 teknik komposisi, atau nama omputihnya composition, yg melibatkan garisan (line) dan perspektif (perspective).

Teknik komposisi ni biasanya diaplikasikan pada gambar yg wide, contoh gambar permandangan (landscape), tapi boleh je nak apply pada gambar-gambar lain.

Ni contoh gambar landscape yg kosong, boring dan tiada hala tuju:


Tengok gambar kat atas ni, walaupun sunset tu mmg kacak, tapi setakat tu je kekacakan dia. Takde benda lain yg mungkin boleh dipuji.

So artikel ni akan share dgn korang camne nak tambah elemen lain dlm sesebuah gambar, menjadikannya lebih kacak drpd Ryan Reynolds.

Apabila bercakap mengenai Lines & Perspective, antara istilah lain yg wajib dipertimbangkan ialah Leading Lines.

Leading Lines:
"Leading lines are lines within an image that leads the eye to another point in the image, or occasionally, out of the image. Anything with a definite line can be a leading line"
Sumber: photography.about.

Dalam bahasa mudahnya - sebuah 'garisan' (tak semestinya garisan sebenar) yg bertindak sebagai pathway, atau laluan dlm sesebuah gambar, yg membawa mata kita seolah-olah sedang menuju ke suatu tempat.

Dan pasangan akrab bagi leading lines ialah - perspective. Bila ada leading lines, dlm masa yg sama akan wujud perspective di dalam sesebuah gambar.

"Perspective in photography can be defined as the sense of depth or spatial relationships between objects in the photo, along with their dimensions with respect to the viewpoint (camera lens or the viewer)."
Sumber: picturecorrect

Um camne ntah nak translate. Ala dulu pendidikan seni korang ada belajar kan pasal perspective. Takpe nanti tengok contoh-contoh gambar korang akan paham.

Usually, leading lines yg paling senang utk dijumpai ialah jalanraya, atau apa-apa elemen berkaitan jalan, yg org lalu disitu. Dengan memandang gambar yg mempunyai leading line, kita yg memandang gambar tu seolah-olah mcm sedang berjalan melalui jalan itu.

Taman Saujana Hijau, Presint 11 | Samsung EX2F (Panorama Mode)

Selain jalanraya, semasa mengambil gambar, perhatikan juga elemen-elemen lain yg boleh dijadikan sebagai leading lines, seperti:
  • pagar
  • jambatan
  • dinding
  • paip
  • sungai/longkang/parit
  • etc etc

Dan apabila kita bincang mengenai line (garisan), ia tidak terhad kpd garis lurus je. Garis yg curvy mcm ular atau yg bengkak bengkok pun termasuk sekali.

Senang cerita, tengoklah beberapa contoh gambar yg melibatkan leading lines dan perspective di bawah ni:















LEADING LINES + PERSPECTIVE + RULE OF THIRDS

Berikut ditunjukkan juga contoh gambar yg melibatkan subjek yg diletakkan pada komposisi Rule of Thirds:






TIPS TAMBAHAN

Gambar-gambar yg melibatkan leading lines dan perspective akan nampak lebih kacak apabila ia diambil dgn UWA Lens seperti Tokina 11-16mm F2.8, Tokina 12-24mm F4, Sigma 10-20mm F4-5.6, kerana UWA Lens mewujudkan 1 karakter yg menyebabkan subjek di hadapan dan background di belakang nampak jauh, sekaligus menjadikan leading lines tu seolah-olah lebih panjang. Contoh:

Nikon D3 | Sigma 12-24mm F4-5.6

Nikon F90 | Nikkor AF 18-35mm F3.5-4.5D
Nikon D90 | Tokina 12-24mm F4
Pentax 645 | SMC P-A 45mm F2.8 | Kodak TMAX 400

Ok setakat tu dulu la yg aku boleh share. Maap la kalau contoh-contoh gambar yg diberikan di atas ni tak berapa nak kacak, namun diharapkan dapat la memberi manfaat kepada anda.

BTW, jika anda rasa blog ini patut memenangi anugerah Best Photography Blog, mohon jasa baik anda utk sign-up dan vote blog ini di website Social Media Award - Best Photography Blog?

Sekian, Wassalam.

Ejad Fotopoyo

No comments:

Post a Comment