Tuesday, December 23, 2014

Photo Printing


Budaya mencetak gambar, seperti yg biasa berlaku pada zaman filem, dah semakin pupus dan dilupakan. In fact ada org yg tak tau pun yg gambar digital tu boleh di-print. Dia ingat gambar digital ni mmg kena simpan dlm phone/lappy/PC semata.

Kenapa nak print gambar? Kan boleh je tgk melalui phone atau PC?

Cane nak cakap eh. Dia punya feel tak sama. 

Sbg contoh, zaman sekarang kan dah ada ebook, iaitu buku yg korang boleh beli dan download dlm format PDF dan baca melalui phone atau PC.

Tapi kan, berapa ramai je yg betul-betul baca thru phone/PC? Aku personally, tak suka baca cara mcm tu. Contoh, aku sekarang ni kena banyak baca jurnal, so aku download, then aku print, sbb pembacaan lebih senang dibuat dlm bentuk kertas. 

Mcm kes gambar plak, sama je mcm korang shoot wedding, pastu customer nak album. Kenapa customer nak album? Padahal sama je dgn gambar-gambar softcopy yg korang bagi dlm DVD tu.

Simply sbb tgk gambar yg dah dicetak, tak sama feel dia dgn gambar dlm PC, walaupun gambar tu sama lawa.

thedomesticcurator

Pastu mcm certain orang ni, dia suka print pastu tampal gambar tu kat board dia. Dlm istilah lomo, dipanggil lomowall. So setiap kali nak tido, atau sesaje lepak dlm bilik, usha balik gambar-gambar tu semua pastu senyum/gelak sorang-sorang sbb teringat cite lama.

Aku nak explain lelebih pun tak reti, tapi bagi yg biasa print gambar akan faham la maksud aku ni.


Photo Printing | Film VS Digital

Bezanya ialah zaman dan teknologi. 

Zaman filem dulu, home printing tak femes, sbb masa tu kedai sahaja yg ada kelengkapan utk scan filem dan print gambar drpd filem tersebut. 

Kemudian zaman berubah, teknologi semakin maju, filem bertukar digital, dan skrg kita boleh guna printer biasa utk print gambar. So kita boleh shoot gambar guna phone, atau kamera digital, kemudian kita print menggunakan printer di rumah.

Bagi yg takde printer plak, copy gambar tu masuk pendrive, kemudian pegi la mana-mana kedai atau kiosk gambar (contoh - Harvey Norman, kiosk Fujifilm) dan print gambar disitu, kemudian bayar ikut saiz yg korang print. Atau skrg ni banyak jenis online printing services mcm kat Groupon, simply email gambar kpd diorang pastu bayar pastu nnt diorang pos gambar tu.


Photo Printing | Printer

Epson L110

Printer yg mcm mana sesuai utk print gambar?

Kita ada beberapa jenis printer, contoh yg mmg dedicated utk print gambar, seperti Canon Selphy yg boleh mencetak gambar bersaiz 4R, atau jika anda suka dgn saiz polaroid/instax, ada printer seperti Fujfilm Instax Share dan LG Pocket Printer.

Mcm mana plak dgn printer biasa yg kita guna utk print assignment tu?

Tu pun boleh jugak. As long as printer tu boleh print color la. Sbb ada certain printer (mcm low cost inkjet serta laserjet) yg hanya print black & white.

Bila nak print gambar, spec paling penting pada printer tersebut ialah resolution.


Basically, semakin tinggi resolution tersebut, gambar yg anda cetak akan nampak makin kacak.

Anyway, disebabkan terlalu byk printer di pasaran, jika anda dah mmg ada printer, print je guna printer yg dah ada tu. 

Bagi yg belum ada printer, sebelum shopping, ce gugel berkenaan "affordable photo printer" dan pilih  jenama/model yg bersesuaian dgn bajet anda.

Personally, aku recommend jenama Epson, sbb kualiti print dia mmg awesome. Sekarang aku guna Epson L110, model yg ada official tank kat luar. Usually kan kita beli printer pastu modify jadi ada tangki ink kat luar, tapi yg Epson ni mmg dah ada siap-siap. Original Epson punya ink dan tangki. 

Dikatakan 1 botol ink tu boleh print up to 4000 pages. Aku punya printer ni drpd beli sampai sekarang, ink masih banyak padahal dah print beratus keping gambar. Harga dia agak mahal, bermula drpd RM300 dan ke atas, tp mmg berbaloi bagi yg suka print banyak.

Utk feature lain mcm WIFI ke duplex printing ke tu tak penting sangat. WIFI berguna, senang nak print directly drpd phone, tp ia tak berkaitan dgn kualiti printing tersebut. So kalau ada, bonus lah. 


Photo Printing | Paper & Size

vk-tech.blogspot

Byk jenis paper yg boleh kita beli dan guna utk print ni, tp yg femes ialah - glossy dan matte. Bezanya ialah glossy berkilat dan licin, matte sedikit kasar. 

Yg biasa org guna ialah glossy.
So anyway, kalau korang nak print saiz 4R, korang boleh terus beli glossy photo paper 4R, jenama ada mcm-mcm kat kedai. Kalau nak yg berkualiti, pilih jenama yg mmg terkenal, mcm HP, Canon, Epson dan sebagainya. Mmg mahal, sbb kertas dia berkualiti.

Basically, dlm memilih paper, semakin tinggi dia punya gsm atau dpi, semakin berkualiti paper tersebut. 


Atau, katakan korang tak fixed, nak print gambar pelbagai saiz, mcm gambar kat atas ni, so korang beli yang saiz A4 terus, pastu pandai-pandai la susun gambar tu guna photoscape ke picasa ke, lepas print, potong ikut saiz gambar tersebut.

Bagi yg nak print saiz 4R tp beli paper A4, agak rugi sikit. Sbb sekeping A4 hanya muat utk 2-3 gambar 4R. Dia jadi jimat kalau korang nak print 3R (boleh print 4) dan saiz-saiz lain yg lebih besar seperti 5R (boleh print 2) sehingga saiz 8R (8x10").


Katakan korang nak print saiz 4R, make sure gambar tu dah siap sedia di-crop dlm format 4R iaitu 4x6". Kalau tak nnt takut ada part yg terpotong lps print. So just make sure aspect ratio pada gambar yg anda nak print telah di-set dan di-crop dgn betul. 

Utk info lanjut boleh baca artikel Aspect Ratio & Saiz Gambar.


Photo Printing | Editing

Korang bebas edit gambar ikut sukati korang sebelum print. 

Cuma, berdasarkan pemerhatian aku, bila kita print gambar guna printer biasa yg kita pakai ni, gambar akan jadi sedikit gelap. This is normal, semua yg pernah print guna home printer akan kena benda ni.

Jadi masa edit tu, edit kasi terang/overexpose sikit, supaya print nanti akan nampak normal. 

Benda ni berlaku sbb tiada proper calibration antara monitor dan printer. Tapi aku takkan explain lelebih sbb memeningkan, so sape nak tau sila gugel dan baca sendiri.


Photo Printing | Setting

Ok sekarang kita dah ready utk print. 

Basically, anda boleh print guna apa-apa software yg anda guna utk edit. 

Tapi dlm artikel ni aku cuma nak focus kpd standard windows punya printing.

Right-click pada gambar yg anda nak print tu dan klik Print. Kalau ada banyak gambar yg nak di-print, hold Ctrl sambil select gambar-gambar tersebut dan right-click pastu Print.


Pastu nanti akan keluar windows utk korang set cane korang nak print.


First of all, make sure korang dah pilih Printer yg betul. Ni bagi yg install byk printer la.

Pastu pilih Page Size. Kalau korang tgh guna paper 4R, make sure korang select 4R.


Pastu pilih High utk Quality. Kalau printer korang tu ada Super High ke Highest ke Extra High ke, pilih yg tu. Kita nak make sure hasil print kita tu terbaik, so kita pilih kualiti terbaik yg ada.


Last sekali, make sure kita pilih kertas yg bersesuaian mengikut jenis paper yg kita guna. Kalau kita guna glossy paper, pilih option Glossy, dan Matte jika paper kita matte.

Kalau nak print lebih drpd 1 copy, naikkan angka Copy kat bawah gambar tu.

Dah setel setting apa semua? Click Print dan tunggu la gambar tu abis Print. Usually agak lama tp kalau setting semua dah betul, korang akan tersenyum lebar tgk gambar korang yg kacak tu dah dicetak atas kertas.


Kalau korang print multiple photos dlm paper saiz A4, pandai-pandai la potong lepas tu guna pisau ke gunting ke.


Photo Printing | Storage


Nak simpan mana gambar-gambar tu semua?

G Mydin, jejalan kat bahagian Stationary dan pilihlah album yg comel utk menyimpan gambar-gambar anda. 

Kalau semua gambar yg korang print tu saiz 4R, better beli album 4R je. 
Tapi kalau gambar tu ada mcm-mcm saiz, carik sticky album pastu korang pepandai la tampal gegambar dlm album tu.

Harga album? Takleh nak kata. Sbb banyak sgt. Ada murah ada mahal. Korang beli je memana yg kena dgn bajet dan lawa pada mata korang.

Sekian perkongsian kali ni.

Selamat menge-print!

Ejad Fotopoyo

17 comments:

  1. Alhamdulillah.. jumpa gak tempat nk rujuk. Tengah pening kepala cari printer yg seswai tuk print gambar. Tq ye.. nnt saya blanja aiskrim hehehe

    ReplyDelete
  2. Br nk cari artikel pasal printing.. Thanks

    ReplyDelete
  3. harga photo paper pulak anggaran brape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terlalu byk jenis. senang cite masuk website lelong, search "glossy paper" dan tgklah harga2 disitu. atau pegi je jusco, bahagian komputer, situ byk paper brand Esyink yg lebih murah

      Delete
  4. mana lagi jimat, print kat kedai ke or beli printer then print kat rumah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kedai lebih jimat utk long term dan hasil yg banyak. print sendiri ni biasanya kalau printer kita mmg bagus utk photo printing serta nak print suka2 dan sikit2 je.

      Delete
  5. assalamualaikum. nak tanya kalau saya guna printer canon boleh ke guna jenama photo paper lain???

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. boleh. ni tgh guna jenama Esyink kat Epson, xde masalah pun

      Delete
  6. harga print gambar dengan photo paper ni berapa yer? saiz 10x15cm 4"x6" ?

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum nak tanya. Maksud nya boleh je ke guna photo paper utk print gambar kat printer biasa ? Maksud nya printer yg bukan utk print gambar tu. Ke printer biasa elok guna kertas a4 biasa je utk print gmbr ? Tq

    ReplyDelete
  8. Thanx for the review
    Really appreciate it

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. asaalamualaikum, sya print gmbr menggunakan kertas glossy,bila gmbr dah keluar knapa warna dia susah nak kering ya? sya tunggu 24jam pun masih x kering, klau sentuh guna jari warna dia melekat kat jari, mohon tunjuk kan, trima ksh

    ReplyDelete
  11. menarik ni buat album dari printer sendiri., ;p

    ReplyDelete