Sekarang ni asal petang je, hujan. Asal petang je, hujan.
Alkisahnya haritu aku ada terrrbeli lens macro iaitu AF Nikkor Micro 60mm F2.8D. Aku dpt murah gile sbb fungus dah berumahtangga. Tapi aku tak kisah sgt pun sbb ala fungus je pun, bukan takleh cuci. Plus masa tu offer murah gile takleh nak resist.
Anyway, aku sampai je rumah, aku terus grab Nikon D3100 kepunyaan wife tercinta dan bersiap nak cari subjek. FYI, lens ni tak boleh autofocus dgn D3100 sbb ia tiada built-in motor (AF-S), so kena manual focus sahaja. Doesn't matter, dlm genre macro, manual focus lebih berguna drpd autofocus.
Tgh2 duk packing barang kamera, tengok2 aisehmen cuaca gelap gile. Lepas tu hujannnn.
Mula2 mcm kecewa la, tapi masa aku duk kelam-kabut angkat baju, aku terperasan ada sekor ulat bulu kat daun limau purut yg aku tanam. Eh cantekk. Ulat bulu tu pulak kecik gile, dlm 1cm camtu je.
Namun disebabkan tgh hujan, takkan la aku nak shoot kat situ kan. So aku kopek daun yg ada ulat bulu tu lepas tu bawak masuk dalam rumah.
Dan seterusnya bermulalah proses memacro ulat bulu dikala hujan...
Incase korang nak tau cane aku punya lighting setup, serious aku cakap setup aku sakai gile, but hey, it worked!
Lepas tu D3100 tu abis bateri. Dah lama tak guna so tak ingat bila last charge. Tapi semangat nak mengeshoot tu ada lagi. And then aku teringat, sebenarnya mount Nikon-F dan Pentax-K lebih kurang sama tau. Ada sesetengah lens Nikon yg boleh mount kat Pentax, but not properly la, dia boleh mount, boleh focus infinity, tapi dia takkan lock dan melekat la, so kena pegang dgn tangan.
And that's what I did. Aku sambar Pentax K50 yg baterinya masih full, kasi mount lens tadi tu dan pegang carefully menggunakan teknik freelensing. dan aku dpt beberapa gambar berikut:
Aku tak rajin nak share EXIF, tapi utk pengetahuan korang, nak shoot macro ni gambar tu perlukan Depth of Field yg luas, tambahan pulak jarak kamera yg terlalu dekat dgn subjek menyebabkan Depth of Field sgt nipis, even at f/16. So kesemua gambar ni diambil menggunakan aperture sekitar f/22-f/45. ISO100, shutter speed 1/60, kemudian lighting aku guna flash Meike MK320 yg originally utk Fuji-X, tapi aku control secara manual pada body D3100 dan K50.
Skrg ni lens tu dah selamat di tangan YL Camera Pudu utk proses cucian. FYI, fungus yg tidak dirawat, kalau korang simpan bersama dgn lens lain, dia boleh merebak/berjangkit. So rajin2 lah check lens anda. Kalau dah berfungus, sementara belum nak cuci tu, asingkan dia dgn lens2 lain yg tiada fungus.
Skrg ni lens tu dah selamat di tangan YL Camera Pudu utk proses cucian. FYI, fungus yg tidak dirawat, kalau korang simpan bersama dgn lens lain, dia boleh merebak/berjangkit. So rajin2 lah check lens anda. Kalau dah berfungus, sementara belum nak cuci tu, asingkan dia dgn lens2 lain yg tiada fungus.
Sekian bebelan di ptg Sabtu. Kbai
Ejad Fotopoyo
Terbaik tuan..suka gak ngan macro tapi xde dedicated lens. Extension tube n macro filter mcm x terkejar je dngan dedicated macro lens hasilnya.
ReplyDelete