Sunday, May 28, 2017

Memacro dengan Mr Potato

Nikon D3100 | AF Micro Nikkor 60mm F2.8D
ISO200 f/3.5 1/25 | Handheld

Assalamualaikum & Salam sejahtera semua.

Lama tak memblogging. Kalau dulu busy dgn thesis, sekarang ni busy jaga anak pulak. Anak sekarang dah 3 bulan, Alhamdulillah, sihat walafiat. Nih abam payung gambar seketul. Nama dia Arya. Bukan Arya Stark of Winterfell okeh. Tapi nama budak tecik ni mmg diinspirasikan oleh watak Arya dalam Game of Thrones pun. Dalam bahasa sanskrit, Arya memberi maksud Noble, Respectful. 


Anyway, back to the topic. Dalam artikel kali ni abam nak kongsi mcm mana nak rekacipta diffuser utk macro photoshooting dgn hanya berbekalkan duit poket tak sampai RM10.

So sebenarnya baru2 ni abam ada terbeli lens macro, iaitu AF Micro Nikkor 60mm F2.8D kat Carousell. Selama ni abam shoot macro duk guna teknik reverse dan extension tube, belum pernah lagi guna dedicated macro lens (lens yg mmg dicipta utk macro).

FYI, dedicated macro lens ni banyak kelebihan dia. Kelebihan paling utama ialah dia mmg supersharp tanpa distortion. Semua lens macro menghasilkan gambar yg sharp. Even sharper than standard prime lens. Tak caya? Nak usha nih:


Ringkasnya, kalau korang mmg betul2 nak serious dlm macro, simpan duit dan belilah macro lens. Paling cikai yg dicadangkan ialah Tamron SP90 90mm F2.8. Tapi kalau takde fulus takpe je guna 50mm + extension tube. Takde sape nak marah pun. Janji ada gambar, ye dak?

KESUSAHPAYAHAN MACRO PHOTOGRAPHY


Pernah dengar org kata "Macro memerlukan kesabaran yg tinggi?"

Sebab org kata camtu ialah, antaranya kerana serangga yg pemalu tak bagi kita amik gambar. Kita dah penat2 focus, sikit lagi nak snap, dia lari. Atau, focusing apa semua dah ok, tetibe mai budak mana eksaited tgk rama-rama yg korang plan nak snap, dia pegi tepuk daun tu, dah lari rama-rama tu. Yeah, dah pernah kena. Sakit hati. Tapi budak kan, nak wat cane.

Dan sebab lain pulak ialah - dalam macro photography, kita perlu menggunakan aperture yg sgt kecil bagi mendapatkan keluasan Depth of Field (DoF) yg cukup. Biasa kena tak kalau shoot portrait, guna f/1.4 misalnya, dpt mata je sharp, lain semua Out of Focus (OOF)? Ha dalam kes macro, bkn f/1.4, tapi f/22 pun boleh jadi camtu. Kadang2 dpt mata je yg sharp, tu pun bukan keseluruhan mata. Makin kecik subjek, makin keciklah aperture yg korang kena guna nak make sure subjek masuk dalam lingkungan DoF.

And then bila kita kecikkan aperture, kita dah kurang cahaya disitu. Balik kpd basic, nak cover balik cahaya yg hilang, kita boleh naikkan ISO atau rendahkan shutter speed, and then muncul problem lain pulak.

Bila kita focus terlalu dekat dgn subjek, efek dia mcm kita guna telephoto lens - segala pergerakan kita akan digandakan. Kita goyang sikit je, dlm frame nampak huru-hara dah. Maka penggunaan shutter speed yg rendah akan menambahkan risiko gambar blur. Ditambah lagi dgn kalau subjek tu bergerak, lagi senang la gambar tu nak blur.

Bab ISO pulak, ringkasnya camni. Dlm macro, kita target sharpness. Lepas tu kadang2 kita perlu crop gambar utk bagi nampak subjek lebih besar. Dan kalau gambar tu dah penuh dgn noise, gambar yg dicrop akan nampak tak cantik. Dan ada certain kamera yg apply Noise Reduction pada gambar secara automatik apabila menggunakan ISO tinggi, menyebabkan gambar kelihatan soft. So meninggikan ISO ni basically boleh menyebabkan gambar kita menjadi tak berapa nak sharp.

Hence, the lighting...

LIGHTING DALAM MACRO


Bila kita terpaksa guna aperture yg kecik, ISO yg rendah dan shutter speed yg tinggi, gambar kita akan gelap gelita. Nak tak nak, kena guna flash. Tapi kena tau 1 benda, cara menggunakan flash dalam macro ni tak sama dgn bila kita shoot event. Belum tentu tempat kita shoot macro tu ada siling utk kita bounce. Lepas tu kita perlu modify flash tu supaya cahaya dia lebih menumpu kepada subjek.

Abam takkan bahas dgn terlalu detail. Lighting dlm macro ni panjang ceritanya. To be honest abam pun tak khatam lagi. Tu baru lighting, belum masuk tool lain mcm bellow dan sebagainya lagi. Dan disebabkan abam ni tak berapa nak kaya, instead of beli lighting yg mmg sesuai utk macro, abam modify benda yg dah sedia ada je.

So kalau korang nak ikut style abam, jemput baca bebelan seterusnya di bawah.

Mr Potato | Makan Sambil Memacro


Kat page haritu member abam ada share link pasal omputih cipta diffuser guna Pringles. Bagi yg berminat, boleh usha: DIY Macro Diffuser. Atau google je Pringles Diffuser nanti keluar la macam2.

Berbekalkan link tu, abam pun cuba modify. Cuma, abam takde Pringles. Yg ada ialah Mr Potato Ubi Keledek yg wife beli kat Speedmart haritu. Nasib baik la abam ni jenis recycle, tak terus buang. 

Anyway, berikut adalah bahan2 yg korang perlukan. Tak semestinya kena ikut 100%, asal boleh je. Be creative.
  1. Mr Potato atau Pringles atau yg sewaktu dengannya. Make sure korang dah makan siap2 jajan dalam tu. Jgn beli pastu buang isi dalam pulak. Dan jgn makan disiang hari di bulan puasa tau. 
  2. External flash. Doesn't matter brand apa atau model apa. Abam guna Yongnuo YN560 je.
  3. Pisau atau gunting.
  4. Selotep, duct tape atau yg sewaktu dengannya.
  5. Aluminum foil.
  6. Tisu, span putih (abam tak tak nama dia apa, ala yg biasa org guna utk balut barang bila pos tu) utk digunakan sbg diffuser

Peringatan - tutorial abam kali ni agak caca merba sbb barang semua dah siap. Abam malaih nak pegi beli Mr Potato baru dan buat balik semua langkah. So try ikut dulu tutorial ni. Kalau tak berapa faham, rujuk link yg abam bagi kat atas nih.

Langkah #1

Create 1 lubang pada Mr Potato mengikut saiz flash head anda. Nak senang, tekap kepala flash tu kat bekas Mr Potato, lepas tu guna pensel, mark dia punya keluasan. Lepas tu potong. Make sure buat ni kat bontot Mr Potato tu, bukan kat bahagian depan (tempat yg kita bukak utk amik keropok).



Langkah #2

Tadi dah potong lubang utk flash kat bontot kan? Sekarang potong 1 lubang yg senget kat bahagian depan pulak.


Langkah #3

Balut bahagian dalam dgn aluminum foil. Foil ini akan bertindak sbg reflective surface bagi membolehkan cahaya flash dipantul dari belakang ke depan.



Langkah #4

Balut lubang yg senget kat depan tadi dgn diffuser yg korang ada. Mcm abam, abam guna amende ntah yg span putih yg biasa org guna utk balut lens kalau beli melalui pos. Diffuser ni sgt berguna dalam memastikan cahaya flash yg kena pada subjek tu tak terlalu harsh. 


Langkah #5

Sambungkan flash dgn Mr Potato dan lekatkan serta tutup semua lubang yg ada menggunakan duct tape.


Setel!

Hasil akhir akan nampak lebih kurang camni:


Senang je kan?

Menggunakan setup ni, abam bawak ke Taman Rama-rama KL, dan berikut adalah hasil tangkapan yg diperoleh:




















Bagi yg berminat nak tau, kesemua gambar di atas diambil menggunakan Nikon D3100, lens AF Micro Nikkor 60mm F2.8D dan flash YN560 bersama diffuser tadi tu. Handheld. Yup. Ingat abam rajin sangat nak bawak tripod?

Sempoi kan? Takyah keluar duit sgt pun. Tapi of coz ada limitation tertentu bila guna setup camni. Contohnya, byk kali dah diffuser tu terkena daun, menyebabkan serangga lari. So pandai2 korang la nak modify cane, ikut kreativiti.

Dalam artikel yg akan datang, insya Allah akan dibincangkan bagaimana nak focus apabila shoot macro, serta bagaimana mendapatkan background yg hitam/colorful. Make sure korang rajin check blog ni dan jugak page Blog Ejad Fotopoyo okeh?

Semoga bermanfaat.

Ejad Fotopoy

No comments:

Post a Comment