Wednesday, July 27, 2011

INFO - Pinhole Camera

Sumber: http://www.discoverthis.com/pinhole-camera.html

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua!

Aku terbangun tidur pukul 4 pg ni, nak kencing. Lps tu boleh pulak mata ni segar bugar. Ngek!

Try-try tidur mmg tak boleh. Perut dah mintak Breakfast Set McD.
Aish, better do some writing lah ini mcm.



PINHOLE CAMERA

Setiap kamera, baik handset, SLR/DSLR etc etc memerlukan body dan lens bersama-sama utk mengambil gambar, kerana asas ilmu cahaya itu ada 3 - shutter speed, ISO dan aperture, di mana shutter speed terletak pd body, ISO pd filem/sensor, dan aperture pd lens.

Tanpa lens, tiada aperture, so proses pengambilan exposure akan jadi tak lengkap, maka tiadalah gambar.

Tetapi bg Pinhole Camera, ia merupakan sejenis kamera simple TANPA lens, tetapi ada aperture.

Contoh gambar dan link. Cool beb! Pakai brg recycle jek.

Sumber: http://collect3d.com/news/cap-pinhole-camera/


Takde lens kan?

Tapi perasan tak ada lubang kecil kat situ?
Itulah PINHOLE.

Rujuk semula nota aperture: MARI BELAJAR APERTURE

Aperture blade di dlm lens akan membuka/menutup mengikut setting nilai aperture F.
Jika nilai f itu kecil, contoh f/1.8, means bukaan blade itu besar.
Jika nilai f itu besar, contoh f/22, means bukaan blade itu kecil.

Keyword penting disini - bukaan.

Walaupun tiada lens, kita masih boleh mencipta aperture dgn mencipta bukaan.
Lubang pin itu bertindak sbg aperture sebenarnya.

Kenapa terlalu kecil lubang tu?

Up to certain point, dikatakan semakin kecil lubang, imej akan jadi semakin sharp.

Teori ini sama shj dgn penggunaan aperture - semakin kecil aperture, semakin sharp imej.
That's why imej pd f/8 lebih sharp drpd f/4 misalnya.

Still, teori ini ada limit. Pd aperture terkecil dlm sesebuah lens (biasanya f/16, f/22 atau f/32), akan berlakunya diffraction serta vignetting, kerana saiz bukaan yg terlalu kecil.

So gambar pd aperture f/22 misalnya mmg tak sharp. Dia bukanlah blur, cuma tak se-sharp mcm kita guna aperture f/8. Lepas tu dgn vignette lg. Kalau ikutkan, dah la tak sharp, vignette lagi, tak lawa lah!

Subjective pd mata yg melihat.

Ramai yg suka dgn hasil pinhole camera kerana karakter yg tak sharp dan vignette tu.
Yelah, semua org boleh ambil gambar sharp, biarlah aku ambil yg tak sharp.
Vignette pulak nak kena edit, malas. Nak yg dah siap terus.

Sbb tu kamera pinhole, walaupun dgn imej yg tak sharp serta vignette terlampau, masih laku terjual di pasaran, sebab hasilnya merupakan 1 kesenian bg sesetengah org.

Utk sampel foto, google image "pinhole" dan mcm-mcm gambar yg anda akan jumpa!


MANA MAU BELI INI PINHOLE?

Aik, lps google image, terus kena racun? Hahahahaha.

Ok, ada beberapa pilihan.


1) Pinhole Film Camera

LOMO ada jual beberapa model kamera pinhole. Boleh rujuk sini:
http://asia.shop.lomography.com/cameras/pinhole-cameras



Utk beli pulak, jika anda ke KLCC, ada 1 kedai, tp aku tak ingat la pulak kat mana.

Kalau nak beli online, boleh usha group ni kat facebook, diorg ni kaki filem. LIKE dan deal lah dgn admin sana:
  1. Filmholic
  2. ROFLCAM


2) PINHOLE pd DSLR

Tanak main filem? Ada DSLR? Boleh saja!

Perasan tak kat body camera korang tu, ada body cap? Yg mana kalau tak pasang lens, kita pasang body cap tu utk lindungi dalaman body drpd kemasukan habuk.

Terdapat body cap sebegitu terjual di pasaran, yg dah di-pinhole-kan. Try search keyword "pinhole" kat website mudah.my, kalau tak silap dlm RM50-RM60.


Fungsi dia sama mcm body cap - cabut lens, pasang body cap yg dah di-pinhole-kan tu, dah siap! But make sure korang beli ikut jenama kamera. Jgnlah pakai Nikon tapi beli body cap Canon, sampai kiamat la takleh pasang.


3) TAKDE DUIT LA...

Modal RM50-RM60 je bang kalau beli body cap tu.
Tapi kalau betul la takde duit dan berminat sgt nak try, sini aku sediakan alternatif:

Tau sugar paper? Kertas hitam yg kita selalu beli time skola dulu nak cover papan kenyataan la, nak buat hiasan la, nak balut hadiah la.


Beli sugar paper, hitam taw! Jgn gatal pergi beli yg pink pulak.
Potong cantik sikit supaya dia cover lubang kat body camera, tebuk lubang kecil/besar ikut sukati anda, tampal pd body, siap!

Make sure tampal tu elok-elok, kita taknak bg cahaya masuk dari celah-celahan. Kasi soletep keliling paper tu ke body pun ok.

Modal? Entah, confirm la tak sampai RM5 pun. Bukan mahal mana sugar paper.

Guna jenis yg tebal sikit lagi bagus, sebab keras, mcm kotak ke, janji hitam.

Leceh DIY ni?
Nak jimat lagi? G pinjam drpd kawan.
Segan? Ah lantak kau lah.

So bg yg berminat, bolehlah cuba.
Aku sarankan korang guna alternatif sugar paper tu, sbb takut la kalau-kalau shoot, tak suka hasil pinhole dan korang tanak main dah, takla keluar byk modal sgt kan?

1 lg alternatif jimat habis, buat sebijik pinhole camera guna kotak ubat gigi
PhotoMalaysia: another DIY pinhole camera

Dan 1 lagi, modify body cap yg dah sedia ada:
http://www.pixiq.com/article/diy-pinhole-for-dslr


Anyway, ada beberapa pesanan sikit utk yg nak try:
  • Exposure setting - ini mcm biasa, cuma kat setting aperture tu takde nombor pape lah, sbb takde lens, so tak perlu usik.
    Utk kes Nikon, akan tunjuk F--. Utk brand lain tak pasti. Rujuk user manual.
    Dan ada sesetengah kamera yg tak membenarkan butang shutter ditekan kalau takde lens dipasang. So better check dulu.

  • Disebabkan bukaan pinhole tu kecik, maka shutter speed yg rendah serta ISO yg tinggi itu kritikal utk dpt exposure yg cantik. ISO800-1600 tu kdg-kdg normal dlm situasi ni, so try outdoor dulu. Kalau ok, baru shoot indoor, guna ISO tinggi sikit.

  • Hasil mmg tak sharp, jgn nak komplen pape dah. Dah bgtau drpd awal artikel ni. If you are a pixel peeper, pinhole bukanlah utk anda.
    Jika dikaji dgn lebih dlm, pinhole pd kamera filem atau Full Frame DSLR lebih sharp drpd body APS-C. Ini disebabkan oleh saiz sensor yg lebih besar pd full frame dpt menangkap lebih byk detail berbanding APS-C.

  • Jarak kita dgn subjek kena jaga supaya jgn terlalu dekat.

  • Jika DIY, try bereksperimen dgn pelbagai saiz lubang utk dpt result yg berlainan.

  • Finally, DIY atas risiko sendiri. Aku tak bertanggungjawab kalau la tiba-tiba kamera korang rosak ke terjatuh ke calar ke apa kan. Hehe.

So bg yg ada masa lapang tu, try lah.

Selamat ber PINHOLE!

Ejad Fotopoyo


Sumber Rujukan:

  1. http://en.wikipedia.org/wiki/Pinhole_camera
  2. http://www.pixiq.com/article/diy-pinhole-for-dslr
  3. http://www.lomography.com/

17 comments:

  1. x terpikir pulak nak gune sugar paper utk wat pinhole.....balik nak try la, bleh shoot anak bulan....
    thanks for the tips....

    ReplyDelete
  2. boleh sgt. asalkan dia dpt cover lubang body camera. lagi keras mcm kotak lagi bagus, janji hitam.

    ReplyDelete
  3. ada je tutorial utk guna sugar paper. sila google

    ReplyDelete
  4. hahaha..ko mmg kreatif ar ejad..

    ReplyDelete
  5. watpe nak bazir duit beli kalau boleh DIY murah2 kan? hehe

    ReplyDelete
  6. ade2 jer..aku ade terjumpe satu holga lens ni kat mudah.my..ni link http://www.mudah.my/Holga+Lens+for+Canon+Nikon+DSLR+FREE+Postage-10535964.htm

    effect die sama cam hasil pin hole ni ker..??

    ReplyDelete
  7. said:
    ape yg ade2? psl efek sama x sama tu sila la google, kat flickr byk je contoh gambar

    ReplyDelete
  8. itu bukan pinhole, tu just simply a holga lens yg boleh pasang kat dslr nikon/canon. pinhole ni takde lens, dan itu ialah lens. agak2 sama ke? common sense :)

    ReplyDelete
  9. maaf la byk tye..baru men camera..pening sket..hehe..3 hari jugak la selongkar blog ni..hihi

    ReplyDelete
  10. xkisah byk tanya, tp lenkali baca tu kasi habis dulu. dah story habis dah yg pinhole TAKDE lens kat atas tu. x phm baru lah tanya.

    selongkar jgn x selongkar. thx sudi singgah :)

    ReplyDelete
  11. btw, baru main kamera kan? baca ni, tips penting utk newbies:

    http://ejadfotopoyo.blogspot.com/2011/05/dah-beli-kamera-nak-buat-apa.html

    ReplyDelete
  12. haha..sory2..btw..bro aku n member aku ni baru men camera..so kterg xbrape paham pasal setting camera ni..iso la aparture la..biasa men aparture je..len sume auto..so leh x sy amik info dalam ni letak kat blog sy..so kawan2 sy leh blajar..hihi

    ReplyDelete
  13. said:
    link utk newbies ada diberi atas tu, baca.
    again, baca lg skali psl plagiarism:

    http://ejadfotopoyo.blogspot.com/2011/07/say-no-to-plagiarism.html

    perlu ke copy? boleh je diorg dtg sini baca, lagi original

    ReplyDelete
  14. ok cun..nnt sy paste link2 ni kat fb..thx alot..

    ReplyDelete
  15. said:
    nice, itu yg terbaik. thanks sudi singgah blog ni. rajin2 la baca :)

    ReplyDelete
  16. kena baca..noob kena wat cara noob..xleh memandai..agpon kawan aku mintak shoot tuk convo die t..so need more info about potrait..

    ReplyDelete