Thursday, December 1, 2011

TIPS - Light Painting & Light Graffiti

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Malam sabtu yg lepas, bersamaan dgn 26 Nov 2011 dan juga 1 Muharram 1433H, kami beberapa geng photographer UKM termasuk beberapa geng dari Sidang Redaksi UKM telah berjaya menganjurkan event Light Painting, organized by Ami Kamerami, assisted by Ejad Fotopoyo (aku lerrr).

Event ni kitorang buat kat padang sebelah Pusat Kesihatan UKM. Alhamdulillah event kali ni agak berjaya la jugak. Sambutan agak menggalakkan. Ramai jugak yg datang, termasuk beberapa peminat blog yg poyo ni. Tak sangka plak blog aku ni rupanya ramai peminat. Hehe :D



Light Painting - Tips & Tricks

Sepertimana yg aku dah share dgn diorang masa event ni, kali ni aku nak share cara nak dpt hasil terbaik utk Light Painting Photography:
  1. Aperture: f/8 - f/16. Avoid f/22 kecuali kalau korang betul-betul nak main shutter speed yg sgt lama.
     
  2. ISO: serendah yg mungkin.
     
  3. Shutter Speed: okay ni totally depends pada selama mana painting yg korang nak buat. Aku suggest pakai BULB mode, atau kalau korang ada specific time, belasah je la berapa speed pun between 1s - 30s.

  4. Takyah pakai filter. Bikin glare/flare je. Unless kalau korang nak main dgn efek: contoh Star Filter.

  5. JPEG/RAW? Sukati korang, bergantung kpd tahap kerajinan.

  6. Manual focus + torchlight utk proses focusing.

  7. Tripod dan remote shutter. Wired/wireless doesn't matter, tapi seeloknya wireless supaya korang takde la tertarik wayar shutter tu.

  8. Kalau korang tak pakai BULB mode tapi pakai shutter speed yg mempunyai jumlah masa yg spesifik (contoh: 30s), make sure gunakan self timer jika tiada remote shutter. Self timer 2 saat tu dpt memberi masa utk menghilangkan gegaran yg muncul apabila kita menekan butang shutter.

  9. Jika ada feature Mirror Lockup (MLU), gunakan.

  10. Off kan segala VR/IS.

  11. Off kan feature Noise Reduction serta Long Exposure Noise Reduction.

  12. Long exposure menyebabkan sensor digital panas. So lps snap 1 gambar tu, kasi kamera rileks jap, jgn terus shoot sbb takut sensor panas sgt.

  13. Flash? Don't bother, kecuali jika ada subjek yg ingin ditonjolkan, asalkan ianya tidak 'membunuh' efek light painting tersebut.

  14. Lens apa nak pakai? Sukati korang lah. Kitlens 18-55 gak paling senang pakai ;)

Ada lagi ke? Entah, tu je kot. Kalau ada lg aku tambah.

So basically tips/tricks dia lebih kurang sama je dgn Night Landscape Photography, cuma instead of merakam cahaya yg sedia ada, kita sendiri yg lukis.

Anyway tanak cite banyak, artikel kali ni nak tunjuk gambar hasil event haritu. Sila layan diri anda dengan menonton gambar-gambar di bawah.

Aku baru teringat, last time kitorang ada buat 1 prewedding ni, guna konsep Light Painting yg konon-konon lebih extreme sikit, sebab kena pergi beli barang kat Jalan Pasar, pastu bikin+modify light source yg ada sampai jadik mcm light saber. Time tu aku takdak gambar sebab aku lah yg bertanggungjawab menge-paint light tu. So gambar di bawah adalah hasil dari Nikon D3 kepunyaan Adi Mang:




Untuk light painting yg kat atas ni, mmg agak seksa. Sebab mcm-mcm setting kitorang try, selalu tak jadik. Overexpose la, underexpose la, flash tak menyala la. Alhamdulillah finally gambar jadik kacak jugak :)

Untuk event haritu, ini hasil drpd kamera D3000 milik Ami Kamerami, beserta kitlens dan tripod:










Yang bawah ni plak gambar dari Siti Nabilah Said dengan Canon 500D & kitlens beliau, handheld (hebak dak nih):






Kacak kan gambar-gambar yg diorang amik ni? Aku punya tak upload sbb tak kacak. Aku bukan terer sgt pun. Membebel pandai la :P

Sebelum bersurai, group photooooooooo!


Anyway, thanks buat semua yg hadir. Nice knowing u guys. Korang semua mmg ohsem & sempoi.
Ada rezeki kita jumpa lagi di event yg akan datang :)

Ejad Fotopoyo

12 comments:

  1. Selain warna oren, mcm mana warna biru dan hijau tu terhasil?

    btw, sangat awesome!

    ReplyDelete
  2. @Pida

    guna torchlight yg berkaler biru dan hijau :D

    ReplyDelete
  3. bro..camne nk dpt flare cam bunge api tu..style gk..mcm best plak effect percikan tu..

    ReplyDelete
  4. kalau slow shutter macam mana nak sharpkan model2 yang ada t ejad....boleh explain ckit lg tak exif pada satu2 gambar t....pe2 pun memang cantik la....

    ReplyDelete
  5. dzul:
    ada la props dia, lupa sudey. ehe. baca balik artikel ni, carik nama Ami Kamerami, tanya dia camne nak buat

    Anonymous:
    byk cara. antaranya guna 2nd curtain flash, atau sebelum lepas button shutter, tembak flash pd subjek. apapun focusing kena elok, baru subjek sharp. that means on tripod, guna torchlight atau any light source hala ke muka subjek, focus manually. EXIF satu2? malas

    ReplyDelete
  6. ni kalu bwat lg org luar leh join ker???hukhuk..

    ReplyDelete
  7. Assalam ejad... nak tanya.... kat mana nak beli lighting nie... dah try torch light tp agak kuat cahaya dier... tp kalo ada DIY lagi bagus... :) -Nash-

    ReplyDelete
  8. sangat cool...pic ni...

    salam menjengah...peace

    ReplyDelete
  9. blaja kt ukm ker?? dekat dgn tempat sye blaja dh 2..uniKL mfi =)

    ReplyDelete
  10. Macam mana nak bg subjek terang macam dlm gambar tu boss....subjek kena duduk berdiri macam patung ke...selagi shuter x snap.....pastu flash nak set 2nd curtain ke......atau 1st curtain.....utk lighting painting xde masalah....nak bg subjek nampak cerah dah static tu yg payah....minta bantuan bang

    ReplyDelete