Wednesday, December 7, 2011

Ada Apa Dengan Megapixel

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Topik hari ni ringkas je, aku nak sentuh pasal megapixel: suatu faktor kelarisan kamera digital di masa kini.


Mindset kebanyakan consumer kali ni simple je - makin tinggi megapixel, makin lawa gambar.
Aku dulu pun masa start nak beli kamera digital, aku akan compare kamera brand/model mana yg lebih tinggi megapixel, yg tu aku akan beli sbb bg aku dia mesti akan buat gambar jadi lg lawa.

Persoalannya, sejauh manakah kebenaran mindset ini?

Topik ini jugak termasuk dalam Mitos | Auta Dalam Photography dan Camne Nak Jawab Nih? yg aku dah karang beberapa bulan lalu. Just go thru those articles dan carik psl megapixel.

Ketinggian megapixel merupakan satu hype. Plus semasa mula wujudnya kamera digital, kalau tak silap ikut pengalaman aku la kan, masa aku form 3-4, time tu kamera digital mula muncul di pasaran dgn 1.3MP, paling tinggi 2MP kot.

Tahun demi tahun, kamera digital mula dipasarkan dgn lebih meluas, dgn keupayaan MP yg semakin lama semakin tinggi, mengalahkan kamera filem Point & Shoot di waktu itu, dan pada sekitar tahun 2004 iaitu waktu aku belajar kat Kolej Matrikulasi Melaka, Canon Powershot 3.2MP berharga dlm lingkungan RM800, dan kamera member aku, Canon iXUS 7MP berharga dlm RM1700.

Even dari situ pun kita boleh nmpk, 7MP camera lebih mahal drpd 3.2MP, so sah-sah la 7MP tu lg hebat kan?

Dgn mindset sebegini, aku kumpul duit. Lepas habis matriks, aku sambung degree kat UiTM Shah Alam, dan kebetulan kamera powershot 3.2MP aku tu dah mula kuat makan bateri.

Berbekalkan RM700, aku beli kamera baru: Canon Powershot A570 kalau tak silap, 7MP. Time tu aku rasa mcm happy sebab drpd 3.2MP kpd 7MP adalah 1 perubahan besar.

Then bila aku try snap... honestly dari mata kasar, TAKDE BEZA langsung, except saiz resolution dan saiz gambar yg lebih besar. Time tu aku dah mcm frust, kamera rosak ke. That time aku dah mula rasa mcm "Iye ke megapixel main peranan ni?"

Lps tu aku berhijrah pulak ke DSLR: Pentax K100D yg hanya mempunyai 6MP. Damn, quality is wayyyyyyyy better than 7MP aku - lebih sharp, color/contrast yg sedap mata memandang.

Start dari situ, aku mula buat research. And yeah, the cold hard truth is - benda yg selama ni digembar-gemburkan oleh staf di kedai kamera serta camera manufacturer itu sendiri, iaitu makin tinggi MP, gambar makin lawa - adalah MITOS semata-mata.

Kenapa dikatakan mitos?


1. Sensor size my friend, sensor size...

Carik handphone yg ada kamera dlm 8MP ke atas, compare dgn kamera digital P&S yg lebih rendah MP drpd phone tu, capture gambar yg sama dan lihat hasilnya.

Now pakai kamera digital tu, lawan dgn DSLR yg lebih rendah MP nya, capture gambar yg sama dan compare sendiri hasilnya.

Katakan la handphone tu 8MP, digital cam P&S tu 6MP, dan DSLR tu 4MP.
Korang akan nmpk dari segi kualiti,
DSLR > Digital Camera P&S > handphone

Kenapa? Kerana saiz sensor pada DSLR adalah lebih besar drpd P&S, dan P&S pulak saiz sensornya lebih besar drpd handphone.

Dan sebab itu jugak utk golongan pengguna DSLR sekalian, D3 yg hanya mempunyai 12MP tu gambarnya lebih kacak drpd segala kamera entry level baru yg mempunyai 14MP, kerana saiz sensor pada D3 itu jauh lebih besar drpd kamera DSLR entry level.

Kenapa saiz sensor makin besar, gambar makin kacak?
Kerana semakin besar saiz sensor, semakin byk details yg dpt ditangkap, semakin tinggi dynamic range, maka semakin kacak gambar tu.

Sbb tu kamera Full Frame (35mm film SLR, Nikon D700/D3, Canon 5D/1Ds) menghasilkan gambar yg lebih kacak drpd kamera small format lain, dan kamera Medium Format (120mm, 6x7) menghasilkan gambar yg lebih kacak drpd Full Frame, dan Large Format (saiz sensor yg lebih besar drpd FX dan MF) tapau habis kualiti gambar dari segala kamera yg mempunyai saiz sensor yg lebih kecil drpdnya.


2. Cantik Itu Subjektif

Kalau dah gambar tu cantik, takde sape la nak bother tanya pakai kamera apa berapa megapixel apa semua. Perlu ke nak cakap "Pakai Olympus? Patutla cantik." Habis kalau aku saje-saje tipu cakap pakai Pentax, nnt korang nak cakap apa plak?


3. Your Camera Does Not Matter

So based on artikel Your Camera Does Not Matter, kalau dah tangan dan mata tu berseni, campak la apa jenis kamera pun, tak mustahil akan dpt gambar kacak.

Ada ke tulis syarat nak dpt gambar cantik tu mesti guna kamera sekian-sekian MP? Ada ke tulis syarat mesti guna DSLR?

Takde kan? Becoz Your Camera Does Not Matter :)


4. Digital VS Filem

Sejak wujudnya kamera digital, ramai menganggap digital sudah menggantikan filem, maka dgn adanya teknologi digital, filem tidak lg diperlukan. Kononnya teknologi so-called megapixel yg wujud pada kamera digital tu confirm akan menghasilkan gambar yg lebih kacak drpd filem.

Ok, 1st of all - Your Camera Does Not Matter

2nd, katakan korang beli kamera digital 10MP. After 6 months, wujudnya kamera 14MP plak, kamera korang dah dikategorikan antik.

Filem on the other hand - takkan lapuk dek zaman. Semakin maju teknologi, filem akan follow sekali.

Contohnya begini - kamera digital 6MP korang akan stuck pada 6MP.
Filem plak, katakan tahun 2009 tu scanner terhebat yg dicipta ialah 6MP. Then tahun 2011 plak scanner yg dicipta boleh scan filem sampai 20MP.
So? Filem ikut peredaran zaman. Kalau 1 hari nnt wujud scanner yg boleh scan up to 100MP, filem yg kononnya lapuk tu boleh di-scan jadik 100MP. Digital yg 6MP tadi? Babai~

Sebab itu hardcore landscape photographer masih lagi menggunakan kamera MF dan LF yg filem. Kerana dlm dunia filem, megapixel bukanlah suatu kekangan sepertimana yg berlaku pd filem.


5) Setting

Pada kamera korang, perasan tak ada 2 jenis setting yg korang boleh control utk hasil gambar korang, iaitu Size dan Quality. Size biasanya refer pada megapixel, manakala Quality ialah... kualiti gambar lah.

Biasanya saiz ada Large, Medium, Small, manakala Quality plak High, Normal, Low, depends pada jenama kamera.

Utk mendapatkan hasil tercantik, no matter high big/small ur size is, make sure Quality tu sentiasa HIGH, atau apa-apa term lain utk kualiti tertinggi.

No point pakai size paling tinggi (MP paling besar), tapi Quality Low, gambar korang akan jadik besar dari segi saiz dan resolution, tapi tak cantik mana pun sbb Quality tu korang set pada Low.


6) Printing Size


Selain itu, ia bergantung jugak pd kegunaan kita. Kalau setakat nak print 3R/4R tapi beli yg sampai 14MP, bazir jek.

Setakat ni, even kamera yg mempunyai 6MP tu dah boleh dikatakan cukup utk segala jenis saiz print yg reasonable utk album/banner/bunting, unless kalau korang nak print besar billboard kat highway tu lain cerita la.


7) Skill + Knowledge

Utk mendapatkan sebuah gambar yg kacak, mata dan tangan tu perlu berseni, selain mempunyai pengetahuan dlm ilmu fotografi. So megapixel bukanlah faktor kecantikan sesebuah gambar.

And just for the record, aku still happy dgn kamera Sony Ericsson K750i aku yg hanya mempunyai kamera 2MP:

Sony Ericsson K750i
f/2.8 | 1/2500s | ISO100


 =========================================================================================================

So apa mesej yg aku nak sampaikan sebenarnya ni? Korang jgn la simply tertipu dgn mitos"Makin tinggi MP, gambar makin lawa" tu. Majority kedai nak jual kamera mmg guna trick tu, dan kwn-kwn pun meracun mcm tu. Kamera Pentax Kx aku yg 12MP tu pun, aku byk pakai 6MP je. Watpe nak pakai sampai 12MP, semak hard disc je.

Dan mesej terakhir, biar serendah mana pun MP kamera anda, atau takde MP langsung (filem):
"Be proud of what you have, because the best gadget is the one that you always have with you"

     (^____^)
Ejad Fotopoyo

 =========================================================================================================

Sumber Rujukan:
  1. http://noorizamsabran.com/2009/megapixel-kamera-yang-tinggi-tidak-menjamin-gambar-yang-cantik/ 
  2. http://www.kenrockwell.com/tech/mpmyth.htm
  3. http://www.geek.com/digital-camera-buyers-guide/megapixels/
  4. http://www.otakku.com/2008/04/16/megapixels-myths/
  5. http://www.design215.com/toolbox/megapixels.php

2 comments:

  1. salam..
    SFBB..
    btol ke ade sstgah org kate ble kite gune kamera yg mPixel nye rendah, bile kite zoom jauh, gamba akn jaid noise.??
    harap beri pnjelasan thdap kkeliruan yg saye alami..

    ReplyDelete
  2. bkn sstgh org kata, tp mmg begitu.. dan istilah yg tepat bukanlah noise, tp pixelated, means bila zoom terlalu dlm atau crop kaw2, kotak2 pixel akan mula jelas kelihatan. so kalau dah tau guna kamera yg MP nya low, toksah la nk jadi pixel peeper.

    benda ni x payah tnya pun ekceli. amik je gmba guna low MP pastu zoom la

    ReplyDelete