Sunday, April 29, 2012

TAZKIRAH - Mati Itu Pasti...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Kehadapan semua pembaca dan follower blog ini, sama ada yg obvious mahupun yg silent, semoga sihat sejahtera hendaknya.

Di pagi hari Ahad ini, aku terpanggil utk menulis satu artikel ringkas, tapi bukan psl photography.
Instead, aku nak share peristiwa yg berlaku semalam.

Pasal BERSIH? No no, cukup la aku rant psl BERSIH kat facebook.

Semalam, hari Sabtu bersamaan dengan 28 April 2012, pada jam lebih kurang 2 pagi, kami sekeluarga dikejutkan dgn berita yg menyedihkan: sepupu aku yg dah lama menderita sakit buah pinggang dan paru-paru telah kembali ke Rahmatullah.

Kami sekeluarga dlm keadaan yg bersedih terus bersiap-siap utk ke rumah beliau di KL.
Dalam jam 3 lebih, kami mula bergerak dari Shah Alam, sampai ke sana dlm pukul 5 selepas bersarapan di sebuah mapley berdekatan.


Jenazah terbujur kaku.
Kaum keluarga sedang membacakan Yassin dgn keadaan yg sedih dan teresak-esak.

Selepas bersalaman, kami terus mengambil wudhu dan duduk membacakan surah Yassin di sebelah jenazah.
Aku hanya membacakan surah Yassin sekali sahaja, kemudian diringi dengan bacaan surah Al-Fatihah berulang-ulang kali sehingga masuk waktu Subuh.

Semasa aku membaca Al-Fatihah sehinggalah masuk waktu Subuh, aku ternampak beberapa situasi yg agak memilukan:
  1. Ada di kalangan adik-beradik dan saudara-mara yg sudah aqil baligh duduk saja-saja tanpa membacakan surah apa-apa sbg sedekah kpd si mati
  2. Apabila masuk waktu Subuh, aku terdengar dialog "Nek, mcm mana niat solat Subuh ye?" drpd seorang lelaki aqil baligh berumur 18 tahun
  3. Sebelum mula solat (kami solat berjemaah di rumah tersebut), apabila diminta utk lelaki di atas ni melaungkan azan, dia kata dia tak pandai nak azan Subuh
  4. Begitu juga dgn Iqamat. Beliau menyangkakan Iqamat utk Subuh berlainan dgn waktu solat yg lain
  5. Ramai lelaki lain yg 'ghaib' semasa kami solat. Positively thinking, mungkin mereka solat di surau berdekatan, Allah lebih tahu.

Sedih aku melihat keadaan sebegini.

Apabila perginya seseorang itu menghadap yg Maha Esa, kaum keluargalah antara org pertama yg bertanggungjawab menguruskan pemergiannya.

Tapi kalau dah niat solat pun tak tau, baca Quran pun tak pandai, walhal dah aqil baligh, siapa lg yg boleh diharapkan?

Jiran tetangga? Saudara/sepupu? Rakan taulan?

Mungkin pada masa itu mereka boleh tolong.
Tapi selepas tu? 
Siapakah yg akan senantiasa memberi sedekah Al-Fatihah dan Yassin buat Allahyarham/Allahyarhamah? Siapakah yg akan senantiasa mendoakan kesejahteraan si mati di alam baqa', kalau bukan keluarga sendiri?

Bg aku it is still ok kalau tak pandai baca Al-Quran, maybe Yassin.
Tapi kalau dah niat solat pun tak tau, walhal umur dah 18 tahun, timbul persoalan lain - bagaimana dia solat sebelum ni?

Peristiwa semalam menunjukkan secara LIVE kpd aku - betapa pentingnya Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah.

Maka kpd pembaca sekalian, ingin aku tegaskan, artikel kali ini bukanlah nak mengaibkan sesiapa. Apatah lagi nak mengaibkan keluarga sendiri, tidak sama sekali.

Cuma, sbg pesanan kpd anda semua serta diri sendiri yg bukanlah maksum dan tidak sempurna ini, jika anda punya adik atau anak, ajarlah mereka membaca Al-Quran. 
Ajarkan mereka berwudhu dgn betul. 
Ajarkan mereka psl Nabi & Rasul, psl Malaikat. 
Ajarkan mereka mengenai segala ilmu Fardhu Ain serta Fardhu Kifayah, yg wajib, sunat, makruh, haram dan harus.

Bukan ajar psl Stacy, bukan psl Hafiz Awan Nano. 
Bukan psl cara mengundi artis kegemaran. 

Kerana apabila kita pergi menemui Allah kelak, merekalah harapan utk kita hidup aman sejahtera disana. Doa drpd merekalah yg kita harapkan.

Jadi marilah kita sama-sama mula membaca dan mendalami Al-Quran. 
Kalau malas sgt nak baca 1 kitab yg tebal tu, bacalah surah-surah pilihan seperti Yassin, Al-Kahfi, Al-Mulk dan sebagainya.
Kalau itu pun malas jugak, baca, kaji dan dalamilah surah Al-Fatihah dan 3 Qul.
Kalau itu pun malas jugak, bertasbih dan bertahmid lah sebanyak yg mungkin.

Malas jugak? Semoga terbuka hati utk menjadi rajin.

Mati itu pasti. Hidup Insya Allah.


Ejad Fotopoyo

Wednesday, April 25, 2012

TIPS - Tips Untuk Wedding Photographer

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Hari ni aku bikin artikel yg sgt simple sbb aku kopipes drpd status member je. Tp aku tak curik taw, aku mintak kebenaran. Hee. Tak caye ce usha screenshot kat bwh ni:


Ok, berikut adalah tips drpd Mike Dukemane:


Tips 1
Pergi buat kerja halal...Pergi la dgn niat untuk mengambil gambor2 pengantin yg cantik2 mekap penat2 tue...Jgn la nampak dahi licin skit...Mula la gedik...Buat kerja main2...Konon macho pgg kamera beso2 nk pancing fotoshoot la tew!!~~

Tips 2
Sampai lokasi awal...Cuba tanya pengantin atau WEDDING planner apa perjalanan cerita majlis itu..Supaya anda tahu ape yg anda inginkan dalam layout ALBUM pengantin nanti...JGN la syok sendiri...

Tips 3
Pakaian anda adalah imej anda...Jgn la datang majlis perkahwinan orang ngan suar pendek...Pakai la kasut or sarong jgn la pakai selipar...tak nampak kekemasan pada diri anda..pakaian hendaklah sedap mata memandang...Jgn la pakai baju PUNK NOT DEAD pg shoot wedding plak..OR BAJU BERSIH 3.0 ke??kekekeke!!!

Tips 4
Mase korang outdoor..bawak la reference2 yg korang leh sediakan sebelum buat sessi photoshoot...Seperti contoh..PRINT OUT gambar2 posing yg korang rasa nk ikut..Masing2 pakai henpon canggih2...kasik google la..Jgn buat kerja pemalas...Bukan murah pengantin2 kat luar sana bayar korg!!

Tips 5
Jangan la buat kerja mcm murah sgt walaupun pakej korang murah skalipun...korang kena la entertain biar nampak mahal...Sape suruh korang bagi rege murah2 tp buat keje tak ikhlas..Sorry to say...Aku tak suka tgk pengantin yg dilayan macam tue...

Tips 6
Jgn la sesekali buat muka macam spender basah depan pengantin walaupun pengantin buat perangai pelik2 kononnya tak ikut perjanjian tetiba jadik lain ke ape??Customers always rite..cuba buat muka Tenang dan Power dan saiko dgn cara lembut...hehehe!!

Tips 7
Makan awal supaya anda tidak kebulur time tangkap gambor kawen kerana anda mgkn kelaparan dan menghilangkan tumpuan anda dgn bunyi2 perut anda yg kelaparan..ATAU..Curi peluang ketika pengantin anda sedang makan beradab...dan JGN LUPA...MINTAK kebenaran dulu...Itu adab kepada RAJA sehari...Supaya dia tahu mencari kita kalau2 time2 memerlukan...Mesti dia paham..Semua orang kena makan..ehehehe!!!

Tips 8
Jika anda rasa takut gambor anda over or under....Silalah guna MODE AV atau A iaitu APERTURE PRIORITY...Ini kerana anda hanya mengawal Aperture dan Iso sahaja..ShutterSpeed akan dikawal oleh kamera anda..Kerana dalam fotografi perkahwinan anda ingin mendapatkan moment yg tak mungkin berulang..gambar lebih berharga jika anda mempunyai LENS aperture yg mempunyai nilai Aperture yg kecil seperti 1.8 or 2.8 or 1.4 or 1.2 ....hehehe!!!

Tips 9
Mulut anda kena jaga..Nk melawak agak2 sket...Sbb Pengantin pun ada hati dan perasaan jugak...Jgn pikir nk gambar cantik je..tp mulut macam longkang lain plak kang jadiknya...Kang longkang pg dia....muahahaha!!~

Tips 10
Sampai awal di lokasi..Jangan igt awak tue terlalu diangkat2 oleh bakal2 pengantin pasai tu anda leh suka2 dtg lewat...ELAKKAN KURANG TIDO supaya mood anda lebih cantik dan idea anda lebih berpedoman...


Hahahaha!!!tips2 tu semua ape yg penah berlaku dlm penglibatan aku dalam dunia wedding photographer....Itu la aku...So...jgn la jadi macam aku dulu...hehehehe!!!~Supaya anda boleh menjadi lebih baik dr ape yg aku cuba share itu....SHARING IS CARING!!!

Sumber: status-status Mike Dukemane, di-compile kan oleh aku dan diolah skit kasi nmpk mcm teratur la skit. Hehe.


Tambahan tips drpd aku:

Tip 11
Shoot gambar penting dlm format RAW, seperti potrait dan family, serta outdoor, atau apa saja gambar yg anda rasa nak edit giler-giler later on.

Tip 12
Bila amik group photo/pengantin bersama family khasnya, pastikan tiada mata yg terpejam, especially mata pengantin. Always double check selepas snap gambar, minta jasa baik family yg sedang bergambar itu stay sekejap semasa anda check mata mereka dlm LCD kamera anda.

Tips 13
Utk gambar portrait, pengantin tgh make up contohnya, focus pd mata. Kalau nak sharp kat tmpt lain pun, be sure gambar focus tang mata tu dah ada.

Tips 14
Last but not least - sentiasa berdoa kpd Allah semoga majlis berjalan dgn lancar tanpa sebarang gangguan atau kesulitan, supaya kerja kita dpt dilakukan dgn sempurna demi merakam detik indah pengantin baru.

Ok dah tu je tambahan drpd aku yg jarang shoot wedding.

Sekian,

Ejad Fotopoyo

Saturday, April 21, 2012

Forever Alone...



GALERI - Masjid Terapung Puchong Perdana








Gambar diambil dgn Nikon F90, lens Vivitar 19-35mm F3.5-4.5 (hence the flare).
Filem: Kodak Pro Image 100 dan Kodak Supra 400 expired.
Self-scanned using Canoscan 5600F, 1200DPI, high quality JPEG setting.

Tuesday, April 17, 2012

Sunday, April 15, 2012

[SOLD] Ricoh KR-5 III Pentax K Mount Film SLR & Auto Chinon 28-70mm F3.5-4.8

 








[SOLD] Ricoh KR-5 III Pentax K Mount Film SLR & Auto Chinon 28-70mm F3.5-4.8

Ini ialah SLR K mount, sama seperti Pentax DSLR, so lens yg sama boleh digunapakai, kecuali Pentax Screw Mount M42, kerana M42 memerlukan adapter utk dipakai pada body Pentax K mount.

Package includes: Camera, strap, lens and front cap

Price: RM350 FIRM NON NEGOTIABLE

Item(s) conditions: 

  • Self timer broken. But everything else is working perfectly
  • Metering is working. This SLR can even work without battery, because the battery is only needed for metering
  • Lens is very clean, free from fungus and dust

COD Shah Alam / USJ / Puchong / UKM Bangi

Berminat boleh call/sms 016-3011500. Again, price is FIRM and NON NEGOTIABLE

Thursday, April 12, 2012

INFO - Aperture & Sharpness

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Just a simple article for today, psl penggunaan aperture dan kaitannya terhadap ketajaman (sharpness) sesebuah gambar.

First of all, back to basic - boleh baca apa itu aperture secara ringkas disini: INFO - Aperture

Petikan drpd artikel TIPS - How Sharp is Sharp:
Gunakan aperture optimum. Optimum means bukanlah wide open aperture, tetapi di-stop down kan sedikit dlm 2-3 stops drpd maksimum aperture.
Contoh - lens 50mm F1.8 sharp pd f/2.8, kitlens sharp pada f/8, dan majoriti lens sharp pada f/5.6 ke f/11.
Jika boleh, jgn stop down sampai f/22 atau f/32, kerana ini akan menyebabkan efek diffraction serta vignette.

Jadi apa yg ingin ditegaskan disini ialah sharpness sesebuah gambar bergantung kpd aperture, selain faktor-faktor lain seperti jenis lens yg digunakan, dgn tripod/monopod dan sebagainya.

So mcm mana nak dptkan gambar yg sharp giler drpd penggunaan aperture?
Dalam penggunaan aperture, 2 rules berikut perlu dipatuhi dlm proses mendapatkan gambar yg sharp giler kentang:
  1. Elakkan penggunaan wide open aperture (aperture terbesar sesebuah lens, contoh 50mm F1.8, wide open aperture ialah f/1.8)
  2. Elakkan penggunaan aperture yg terlalu kecil, which in most cases, f/16-f/22.

Senang cerita aku kasi sampel gambar:


Gambar di atas diambil dgn tools berikut:
  • Nikon D2x
  • Nikkor AF 50mm F1.8
  • Tripod
  • Wired remote shutter
  • Available light dari tingkap bilik

Setting:
  • Aperture: 1 f/stop for each increment: f/2, f/2.8, f/4, f/5.6, f/11, f/16
  • RAW NEF format, uncompressed
  • Post process: AUTO Adjustment, WB 5000K, 100% center crop, exported without any resizing via Adobe LR
  • Combined & watermarked with Photoscape

Silat lihat hasil gambar berikut:


Based on mata aku yg tak berapa nak rabun ni, didapati lens Nikkor AF 50mm F1.8 ni sharp giler kentang pada aperture f/4 - f/5.6. Gambar agak soft pada f/2, quite normal utk apa jua lens 50mm termasuk Pentax, Sony dan Canon. Carl Zeiss dan LEICA tak termasuk sbb mahal sgt.


Pd aperture f/11 dan f/16, didapati gambar sudah mula soft disebabkan DIFFRACTION.

Maka kpd pengguna lens ni, try to avoid f/11 - f/22 jika anda mahukan gambar yg sharp. Gunakan bila betul-betul perlu je, contoh kalau exposure terlalu terang, nak main slow shutter atau nak dapatkan DOF yg maksimum.

Sbg kesimpulan, jika anda mahukan gambar yg sharp, doesn't matter lens tu zoom ke prime ke, gunakan aperture optimum, iaitu sekitar f/5.6-f/8. Kalau kurang pasti, buat sendiri eksperimen dan figure out sendiri aperture optimum utk lens masing-masing.

Semoga memberi manfaat.
        
Ejad Fotopoyo

Wednesday, April 11, 2012

OUTING - Putajaya: Sunset, Landscape & CLS

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa sebuah mini outing akan diadakan seperti berikut:

Hari: Jumaat
Tarikh: 13 April 2012
Tempat: Jambatan Tak Siap (sebelah Masjid Sultan Mizan / Masjid Besi Putrajaya)
     

6.00pm - 7.30pm - Sunset & Landscape
  • teknik ringkas bagaimana cara mengambil gambar sunset & landscape

Lps Solat Maghrib Onward - CLS
  • bermain dgn flash/lighting

Sila bawa:
  • kamera & lens (kitlens sudah mencukupi)
  • kalau takde DSLR, kamera kompak atau henset pun bole
  • tripod dan remote shutter jika ada
  • ND/GND/CPL filter jika ada
  • filem yg mencukupi (jika anda pengguna kamera analog)
  • bekal makan/minum sendiri

Event di facebook: Putrajaya: Sunset, Landscape & CLS

Semua dijemput hadir, so jgn sibuk nak tanya "Boleh join ke tak?", mmg aku takkan layan.
Tiada bayaran dikenakan.

Teknik akan diajar secara ringkas oleh Ejad Fotopoyo, Adi Mang dan Azahar Saary serta lain-lain fasi yg hadir.

Antara hasil gambar daripada kami pada outing yg lepas:


Foto oleh Azahar Saary

Foto oleh Azahar Saary

Foto oleh Azahar Saary

Foto oleh Adi Mang

Kalau nak lepak hang out saje pun bole, apedehal :)

Mari meramaikan majlis!

Ejad Fotopoyo

Monday, April 9, 2012

GALERI - F90 & Bokeh





Gambar diambil dgn Nikon D2x & Nikkor AF 50mm F1.8, aperture f/1.8 - f/2.
Available light dari spotlight bawah empangan Putrajaya.
Minor exposure, clarity dan contrast editing dgn Adobe Lightroom.
Tone sepia adalah original drpd lighting itu sendiri dgn Auto WB.

Ejad Fotopoyo