Di petang ahad yg mendung ni, aku nak share dgn korang pasal benda yg ramai tak tau dan tak bother nak amik tau, iaitu flash sync speed.
Apa Itu Flash Sync Speed?
Ringkasnya, flash sync speed atau dipanggil juga sbg sync speed ialah shutter speed terpantas yang anda boleh guna bersama dgn flash.
Walau selaju mana pun shutter speed yg anda pada kamera anda, 1/4000 ke 1/8000 ke, flash takkan dpt berfungsi jika anda sedang menggunakan shutter speed yg lebih laju drpd sync speed kamera anda.
Sync Speed Ni Pada Body ke Lens ke Flash?
Sync speed = shutter speed, maka ia pada body kamera lah.
Macam Mana Nak Tau Flash Sync Speed Pada Kamera Kita?
Majoriti kamera sekarang ni mempunyai sync speed sekitar 1/200-1/250.
Utk DSLR model lama mcm Nikon D40, D50 dan D70, sync speed ialah 1/500.
Utk kamera filem, rata-rata agak rendah, sekitar 1/30, 1/60 atau 1/125.
Kalau nak tau berapa exactly sync speed kamera anda, click SINI.
Apa Jadi Kalau Pakai Shutter Speed Yang Lebih Laju Drpd Flash Sync Speed?
Utk kamera lama iaitu kamera filem/analog, majoriti akan menghasilkan gambar yg ada black bar, atau partial blackout. Dan of coz benda ni hanya dpt diketahui lepas develop filem tersebut.
Utk kamera digital atau elektronik mcm sekarang ni sumtimes jadi mcm tu jugak, tapi kebanyakkannya memang takkan membenarkan flash berfungsi jika shutter speed tu lebih tinggi drpd sync speed.
Contoh mcm Pentax K-r aku ni, sync speed ialah 1/180, so bila aku pakai built-in flash, aku takleh tukar kpd shutter speed yg lebih laju drpd 1/180. Kalau pakai external speedlight plak, boleh setting speed lagi laju, tp bila shoot, flash tak menyala.
Kenapa Terjadinya Black Bar/Partial Blackout Tu?
Dalam bahasa mudah, ia terjadi sbb shutter curtain tutup laju sgt sehingga menyebabkan flash tak sempat nak menerangi gambar anda.
Kronologinya begini:
- Tekan shutter button, shutter curtain terbuka.
- Serentak dgn itu, cahaya ditembak keluar dari flash
- Tapi disebabkan shutter laju sgt, belum sempat cahaya dari flash tu nak menerangi keseluruhan gambar, shutter curtain dah ditutup
- Maka partial blackout atau black bar itu ialah bahagian yg tak lengkap exposure-nya sbb ditutup oleh shutter curtain
Makin laju shutter speed, makin besar bahagian yg black out.
Contoh gambar drpd Canon 350D (sync speed: 1/200) dgn flash YN 560 II:
Maka utk mengelak drpd berlakunya fenomena begini, just make sure anda gunakan shutter speed yg tidak melebihi flash sync speed anda.
Kalau ikut style aku, bila pakai flash:
- Nikon + SB600: aku pakai mode A, terus Nikon akan pakai shutter speed 1/60, so benda black out ni takkan berlaku
- Pentax & Canon: since aku takde dedicated flash yg boleh TTL dgn dua-dua brand ni, so aku pakai manual flash je, iaitu Metz dan Yongnuo, dan aku control power secara manual, pastu make sure shutter speed sekitar 1/60-1/200.
Kalau korang nak baca pls benda ni dgn lebih lanjut, google je "sync speed" atau "flash sync speed", akan keluar mcm-mcm result dgn explaination yg lebih detail. Benda-benda mcm leaf shutter, high sync speed (HSS) atau pasal FP flash semua tu aku takkan usik. Mohon gugel dan baca sendiri kalau nak tau.
Semoga bermanfaat.
Ejad Fotopoyo
huh, akhirnya jumpa juga seorang master yg menggunakan Pentax K-r
ReplyDelete