Friday, December 19, 2014

Optical Zoom VS Digital Zoom

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Di pagi Jumaat yg mulia ni aku terasa nak membebel kat blog ni kejap.

Tajuk artikel kali ini ialah berkenaan Optical Zoom dan Digital Zoom.


Pengenalan - Zoom

Zoom dlm photography ni simply bermaksud gambar yg jauh tu kita 'dekatkan'. Contohnya kita tgh pakai lens 18-200mm, dan kita nak shoot burung yg nun jauh di sana, so kita pun zoom kpd 200mm dan shoot.

Atau, kita tgh pakai lens 50mm F1.8, dan kita nak shoot burung yg sama. Disebabkan 50mm itu prime lens, kita takleh zoom, maka apa yg kita boleh buat ialah kita pergi sedekat yg mungkin kpd burung tu dan kita shoot, pastu balik kita crop kat komputer, buat gambar tu nampak mcm kita amek guna lens telephoto.


Optical Zoom

Nikkor AF-S 70-200mm F2.8 - salah satu lens yg boleh digunakan utk zoom jejauh

Optical Zoom merujuk kpd zoom yg dibuat berdasarkan kpd perubahan (sama ada peningkatan atau pengurangan) pada angka focal length. 

Contoh mcm situasi shoot burung tadi, kita zoom drpd 18mm kpd 200mm bila nak shoot gambar jauh, dan kita zoom drpd 200mm kpd 18mm bila nak shoot gambar wide.

Dlm ertikata lain, Optical Zoom, seperti namanya; melibatkan pergerakan optical dlm lens. Kita zoom menggunakan focal length.

Optical Zoom tak wujud apabila kita guna prime lens, simply becoz kita mmg tak boleh zoom guna prime lens.


Digital Zoom

Kembali kpd contoh shoot burung tadi, let say skrg kita guna lens 50mm. Nak shoot burung tak sampai sbb lens tu tak cukup jauh, so kita pun shoot sekadar yg terdekat, kemudian balik kita edit dgn menge-crop gambar tersebut sampai dia nampak mcm kita shoot guna telephoto lens.

Atau, kita guna zoom lens yg tak berapa boleh zoom jauh, contoh kitlens 18-55mm. Kat 55mm pun gambar burung tu still nampak kecik, so balik kita crop bagi dia nampak besar.

Dlm ertikata lain, Digital Zoom sebenarnya sama je dgn proses Crop yg biasa kita buat masa kita edit kat komputer or smartphone.


Optical Zoom VS Digital Zoom

2mcctv

Seperti mana yg kita tau, Digital Zoom, atau crop, jika dibuat terlalu extreme/massive, gambar kita akan nampak pecah, kita akan rugi megapixel, serta detail, and so on. Gambar yg di-crop akan menjadi semakin kecil resolution-nya, contoh gambar tu 12MP, kita crop, dia mungkin jadi 8MP, atau kalau kita crop kaw-kaw, dia jadi 4MP.

On the other hand, Optical Zoom yg dibuat menerusi lens - tak kacau kualiti gambar seperti yg berlaku dlm Digital Zoom. Katakan kamera kita 12MP, kita guna 18mm pun dia 12MP, dan ia masih kekal 12MP bila kita zoom kpd 200mm.

Maka, clearly, Optical Zoom is much better than Digital Zoom. 

Tapi ini bukanlah bermaksud kita mesti guna Optical Zoom dan jgn guna langsung Digital Zoom. Of kos ia juga ada kelebihan dan kekurangan, seperti:
  1. Telephoto Lens yg boleh zoom jejauh ni mahal, so kalau kamera kita mempunyai megapixel yg besar, why not kita crop je kan
  2. Selain mahal, dia jugak besar dan berat. Ingat semua org suka ke nak bawak lens berat-berat ni.

Maka sebenarnya, walaupun dia mengurangkan kualiti, Digital Zoom adalah alternatif murah bagi kita-kita yg takde bajet nak kaut telephoto lens.

So katakan kita terpaksa jugak pakai Digital Zoom, apa patut kita buat bagi mengekalkan kualiti gambar sebaik mungkin?
  1. Jgn terus fikir nak shoot pastu crop. Try utk pergi sedekat yg mungkin kpd subjek serta gunakan FL tertinggi dulu. Contoh anda tgh guna kitlens 18-55mm, jgn shoot kat 18mm pastu crop, tp guna FL tertinggi iaitu 55mm, pastu shoot sedekat yg mungkin. Balik nanti bila crop, kita takkan crop melampau sgt sbb tadi kita dah shoot dekat.
  2. Jika kita tau yg kita akan buat massive crop, aku galakkan utk shoot RAW supaya detail gambar dpt dikekalkan sebaik mungkin.

Dlm ertikata lain, sebelum kita guna Digital Zoom (iaitu crop), kita maximize Optical Zoom dulu, zoom bagi habis, sedekat mungkin, supaya kita dapat minimize penggunaan Digital Zoom.

Sekian.

Ejad Fotopoyo
10.46am
Jumaat 19 Dis 2014

No comments:

Post a Comment