Thursday, January 1, 2015

Miniature | Fake Tilt-Shift


"Cane nak shoot gambar yg buat subjek nampak mcm mainan?"
"Ni bangunan betul ke mainan weh? Nampak macam mainan"

Soalan yg biasa ditanya bila tengok gambar kat atas ni.

Utk pengetahuan anda semua, gambar seperti ini tergolong dalam genre "Miniature Photography".


Miniature Photography

Masjid PPUM

Dalam bahasa mudah, Miniature Photography merujuk kepada gambar subjek yg besar tapi kita nampak kecik, mcm mainan. 

Contoh paling mudah mcm gambar atas ni la. Tu bukan mainan. Tu amende ntah tapi bangunan tu wujud la kat Hotel Aseania, Langkawi. Bangunan tu standard saiz rumah teres setingkat, tapi dlm gambar nampak mcm rumah mainan je.

Utk sesebuah gambar itu nampak miniature, usually akan ada kesan blur (atau bokeh, depends) pada certain sudut yg menjadikan gambar tu nampak mcm gambar mainan. 

Ipoh, Perak

Imagine kita ada mainan kereta, bangunan dan orang, pastu kita shoot, dan dia akan jadi macro la kan since kita focus benda kecik. So bila shoot macro kita akan dekat dgn subjek. Ini akan menipiskan lagi Depth of Field, sekaligus mewujudkan blur/bokeh di depan & belakang subjek yg kita focus.

Sama la mcm gambar di atas ni. Nampak mcm kesan blur/bokeh di depan & belakang subjek, sbb tu kita nampak mcm mainan.


Bagaimana Me-miniature-kan Sesebuah Gambar?

1. Tilt-shift lens

pentax2u

Lens ini khas dicipta khas utk landscape dan architecture photographer bagi mendapatkan gambar dengan keluasan Depth of Field yg mantap, serta menghilangkan kesan distortion.

Antara efek lain yg boleh diperoleh dgn penggunaan lens ini ialah kesan miniature. Kalau kita guna lens ni, kita akan dpt miniature effect yg original.

Jika anda jurufoto biasa-biasa, personally bagi aku, toksah beli lens ni sbb nak guna sgt leceh. Mahal, manual focus, anda perlukan tripod, dan anda mmg takkan guna selalu. Tak caya usha la kat youtube, tgk mcm mana lecehnya cara nak guna lens ni.

Kebetulan aku mmg takkan sentuh lebih-lebih pasal Tilt-Shift Lens dlm artikel ni, so jika anda ada soalan, mohon gugel sendiri atau usha je kat youtube.


2. Digital Processing

Miniature Filter pada Fujifilm X100S

Dlm sesetengah kamera, ada preset utk kita menjadikan gambar itu miniature.
So utk kita shoot gambar bagi nampak mcm mainan, simply pilih preset tersebut, frame gambar elok-elok dan masa tu kita terus boleh nampak hasil akhir gambar tu cane. Kalau puas hati dgn angle dan framing, snaplah gambar tersebut.

Cane nak tau kamera anda ada preset miniature atau tidak?
Baca user manual. 

Tilt-Shift Preset dalam Instagram

Bagi pengguna smartphone, kebanyakan apps berkenaan photography biasanya ada preset macam ni. Anda boleh simply pilih preset tersebut dan shoot, atau anda boleh edit gambar-gambar yg sedia ada menggunakan preset tersebut.

Let say, dedua takde. Anda takde kamera yg ada built-in miniature effect. Pastu anda tak guna smartphone. Atau anda guna tapi anda taknak guna utk amek gambar sbb tak cantik mcm DSLR.

So mcm mana nak dapatkan gambar miniature?

Artikel ni akan explain serba sedikit teknik me-miniature-kan gambar-gambar anda dgn menggunakan editing software.

Tapi sebelum tu, ada beberapa kaedah yg perlu anda tau semasa anda amek gambar:
  1. Gambar mesti diambil dari atas. Mcm mana anda tgk mainan, mcm tu la anda amek gambar. So katakan nak amek gambar dlm shopping complex, amek la dari tingkat 3 ke 4 ke. Atas dari segi bermaksud sekitar 45 darjah, bukan tengok bawah directly mcm anda tgk kaki anda.
  2. Kurangkan scene langit dlm gambar tersebut. Kerana langit, bagi aku la kan, kalau terlalu banyak, akan mengurangkan kesan miniature.

Ok, lepas dah follow kaedah di atas dan dah amek gambar, jom kita belajar cane nak edit secara ringkas.

Utk tutorial kali ni, aku guna software Photoscape. Free, senang. Google, masuk website dia, download, dah boleh terus pakai takyah pening nak crack ke apa ke.


Fake Tilt-Shift | Photoscape

Open Photoscape dan pergi kpd Editor pastu browse folder gambar yg korang nak edit tu.


Pastu tekan button Filter dan pilih Fake Tilt-Shift:


Nanti akan keluar window kecik ni:


Nampak ada mcm pointer kat dlm gambar tu? Yg warna kuning tu?
Benda tu anda boleh drag, dan letakkan di mana tmpt yg anda nak subjek tu nampak sharp. Sbb luar drpd pointer tu akan gradually blur.

Kekuatan blur dan contrast boleh di-control guna slider atas tu.
So main-main je la dgn apa yg ada dlm tu. Ikut selera dan sedap mata memandang.

Kalau mcm dah edit merapu sangat, nak patah balik kpd asal, click Default.
Lepas dah edit, puas hati, click OK.

Biasanya la kan, mainan ni nampak sharp dan kalerful.
So aku edit Sharpness dan Saturation bagi menaikkan lagi ketajaman dan ke-kalerful-an gambar tersebut.




Mcm biasa, jom compare sebelum dan selepas:


Senang jek kan? Takyah pun sesusah guna Photoshop.

Semoga bermanfaat.

Ejad Fotopoyo

4 comments: