Saturday, October 10, 2015

Jelajah Jepun


Sejak aku layan drama GTO, Power Office Girl, Densha Otoko, My Boss My Hero, Hana Yori Dango, dan mcm2 lagi la drama, kemudian anime mcm Doraemon, Slamdunk, Fullmetal Panic, Azumanga Daioh dan beratus2 anime lain, aku nampak betapa kacaknya Jepun (serta ke-kawai-an awek2 Jepun hihi) dan mula pasang niat utk datang melawat negara terbit matahari ni.

So tahun lepas, masa AirAsia ada buat promo, aku sempat sambar tiket return KL - Haneda dalam RM700 lebih. Tak ingat exact price. Tu kira murah la kot kan? Tapi ada member lg sorang dpt RM500 lebih je. Rezeki dia. Korang pun mungkin bole dapat lg murah, tgk luck.


Anyway, utk artikel kali ni, aku rasa aku takkan story semua benda yg aku buat kat Jepun. 

Instead, aku akan share tips, pengalaman, benda2 menarik kat sana, tempat yg kacak2 serta gambar2 sebagai sumber racun. Cuma gambar2 dlm ni aku susun byk2 dlm 1 page siap2, sbb kalau nak attach sekeping2 mmg artikel ni jadi panjang dan berat nak load. Dan aku tak dapat nak sertakan kesemua info harga bagi sesuatu tempat, so sebaiknya korang rajin2 la google sendiri.

So sit back, relax and enjoy this article ;)


WAKTU MELAWAT

First of all before korang beli tiket, korang kena tau, apa yg korang nak tengok kat Jepun. Since Jepun adalah negara 4 musim, korang kena decide, musim yg mana yg korang paling berkenan nak tengok. 




Mcm aku, aku suka Spring dan Autumn. Dua musim ni just nice utk jejalan, tak panas sangat dan tak sejuk sangat. Kalau sejuk pun sejuk mcm Cameron/Genting Highland je, tak perlu bawak winter jacket.

Tapi yg sedihnya, walaupun aku pegi time autumn, masa tu daun baru je nak tukar kaler. So takde pun view daun merah oren kuning sangat, melainkan kat certain tempat, tu pun seketul dua je pokok. Contoh mcm gambar atas ni.


Maka, korang kena study bebetul, bila musim kegemaran korang tu berlaku, dan bila dia punya peak season. Contohnya musim bunga (Spring), basically mmg korang boleh tgk bunga sakura bersepah2, tapi bukan sepanjang musim. Kemuncak musim bunga iaitu bila bunga sakura dia berkembang lawa ialah sekitar akhir Mac - awal April. Kejap je. Tu pun kena tgk tempat jugak. Lepas tu kaler bunga tu dah mula pudar. 

flytojapan19

So masa nak book tiket tu, make sure kena dgn tarikh kemuncak musim tersebut. Kalau korang nak tunggu promo mcm Free Seats, belum tentu tarikh kemuncak tu termasuk dlm harga promo. So again, ikut luck, dan duit poket korang jugak la. Aku pernah usha tiket KL - Haneda utk akhir Mac 2016, return ticket boleh dapat bawah drpd RM1500 camtu.

Aku tak galakkan korang jejalan masa summer. Menurut member yg duk sana, panas summer kat Jepun lg teruk drpd Malaysia, dgn melekitnya. Tapi kalau korang tak kisah, tiket time tu plak murah, redah je la.

Dan 1 lg, try to avoid Golden Week. Waktu mcm ni sangat sesak utk korang berjalan, semua tempat penuh dgn orang.


TUKARAN WANG

telegraph

Tukar duit sesiap kat sini, as simple as that. Money exchange sana tak terima duit RM. Or mungkin ada tapi so far aku tak pernah nampak la.

Utk tempat yg murah, so far aku dah survey PKNS Shah Alam, Midvalley, Jalan Masjid India serta kedai2 dalam Ampark Park. Standard rate sekitar RM30 = ¥1000. Cuma baru2 ni senak sikit sbb RM tgh jatuh, so dia jadi RM36 = ¥1000.

Utk seminggu travel, aku bawak dalam RM1700 (¥50,000). Last2 berbaki RM500 lebih. Kalau tak shopping cokelat kat airport mmg lagi byk balance. Tapi aku mmg save gile la, makan benda murah2, tak shopping (barang sini mahal siyakk tapi Daiso murah ¥108 je, dlm RM3 lebih).

Kalau korang nak save tahap maksimum, setiap hari usha harga tukaran RM = ¥. Bila murah je, terus tukar. Aku rasa RM2000 sorang tu just nice la utk 7 - 10 hari duk sana. Tmpt tinggal book siap2 kat sini guna Booking.com ke Expedia ke. Sbb kadang2 book online ni lg murah drpd walk in.


MELANTAK


Ok bab makan kat Jepun mmg susah. Simply sbb dia bkn negara Islam, so daging2 dia tak disembelih mengikut syarak.

Maka bagi anda yg tak yakin, jgn makan makanan sini. Bawak stok makanan dari Malaysia, mcm instant food Brahim ke, stok roti banyak2 ke, pandai2 la hidup.

Meanwhile di kedai serbaguna seperti Lawson, Family Mart dan 7E, byk je benda yg halal dimakan, halal dlm ertikata takde daging la, mcm sushi/onigiri inti telur, tuna, salmon, atau roti custard, kaya, marjerin. Make sure before bayar tu korang tanya pekerja situ la benda tu ada daging atau tak. 

Awek Jepun serve makanan

Atau kalau makan di restoren, just make sure korang order makanan yg halal, yg takde daging. Mcm aku, aku makan udon with fishcake, soba with tofu, ha bebenda camtu. Kena jadi vegan sikit la sini. 

Jujurnya, nak carik restoren yg 100% halal mmg susah. Even restoren pakistan halal yg aku pegi makan kebab tu pun ada serve beer. Halal mende camtu. Tapi daging dia halal la sbb org Islam yg prepare.

Dan utk anda yg nak berjimat cermat, kurangkan makan di restoren. Aku survive kat sana dgn makan benda2 dari 7E je, mcm gambar tengah2 tu sushi with tofu, dalam ¥180 (RM6.40). Kenyang beb sbb nasik jepun kan byk kanji. Aiskrim kat situ pun dah ¥300 ( RM10). Kalau makan kat restoren, 1 set makanan dlm ¥1000 (RM35). Makan sekali sekala boleh la. 


Bab air plak jgn risau la, selagi bukan beer, consider halal la. Air senang beli sbb vending machine bersepah, dan kalau nak saving, tap water dia bersih, boleh diminum. Tapi jgn korang amek tap water toilet plak. So standby je la botol, pastu bila2 boleh topup air dlm tu.

Harga air kat sini average dia ¥100 (RM3.50). Yup, mmg mahal. Paling murah aku pernah beli air honey lemon (gambar kanan atas) harga ¥80 (RM2.80).


PREPAID CARD


Suica - sejenis prepaid card yg mcm Touch N Go, atau mcm T-Money di Korea. 

Beli kad ni kemudian topup, lepas tu boleh guna kat kedai2 serbaguna seperti 7E, Family Mart, Lawson, serta utk bayar tambang train/bus, dan diterima jugak di beberapa vending machine. 

Contoh mcm kalau guna kad ni masa beli barang kat 7E, masa bayar tu bagitau atau tunjuk je kad, nanti dia suruh touch.

This card is handy especially bagi yg tak suka beratur utk beli tiket serta tak suka pegang duit syiling.

Masa beli kad ni bole set kat machine tu utk letak nama kita. Nampak nama aku dlm kad tu?
Lepas guna, korang boleh return balik kad ni kat ofis dia, nnt dia pulangkan deposit ¥500 dan baki dlm kad tu (dia tak bagi 100% la tapi). Ala simpan bawak balik je la sbg souvenir.

Selain Suica, ada juga kad yg lebih kurang sama seperti Pasmo, Icoca dan Kitaca. 


TRAIN PASS


Bila kita jejalan kat negara maju mcm Jepun, pengangkutan utama kita ialah bas dan keretapi.

Utk pelancong, Jepun ada sediakan JR Pass (JR = Japan Rail), dimana dgn pass ni, kita boleh naik keretapi dan bas sebanyak mana kita nak tanpa perlu bayar tiket, dgn syarat keretapi dan bas tu adalah milik syarikat JR.

Harga pass tu ikut kawasan dan tempoh penggunaan. Kalau kita nak jejalan area yg melibatkan Tokyo, Kyoto dan Osaka, kita amek National JR Pass, harga dia ¥29,110 (around RM1000) utk tempoh 7 hari. Dalam masa 7 hari tu kita boleh naik segala pengangkutan JR termasuk bullet train.

Yup, ¥29,110 mmg mahal. Tapi kalau korang naik bullet train drpd Tokyo ke Osaka dan patah balik, basically kos Tokyo - Osaka - Tokyo je dah lebih drpd ¥29,110. Apa korang ingat harga bullet train murah? Idok ler. Lg mahal drpd tiket flight aku ni ha. Tu baru bullet train, belum kira lg train dan bus lain yg korang naik sepanjang duk Jepun.

So basically mmg berbaloi la amek JR Pass tu kalau korang pusing 1 Jepun. 

Tapi kalau korang plan nak stay kat certain tempat je, mcm jejalan Osaka je, boleh beli Kansai JR Pass. Harga lagi murah la of kos. Ikut kawasan mana korang nak pegi. Info lanjut - Regional JR Pass.

Shinkansen (bullet train). Average speed 240-320 km/h. Boleh cover 500km dalam masa 3 jam.

Cane nak beli JR Pass ni?

Dia mesti dibeli diluar Jepun. Sbb dalam Jepun takde jual benda alah ni. 

Aku beli haritu kat HIS. Office dia dekat dgn Monorail Jalan Raja Chulan. Pass ni hanya boleh dibeli dalam tempoh 3 bulan before tarikh korang nak guna. Contoh mcm aku pegi bulan 10, so bulan 7 tu baru aku bole start beli. Jgn beli awal sangat plak, sbb kita kena guna dlm tempoh 3 bulan drpd tarikh beli tu.

Harga dia kekal ikut matawang Jepun, cuma harga kita beli tu plak ikut tukaran semasa. Kalau masa tu RM tgh jatuh, pass tu jadi mahal la. 

Lepas beli, akan dpt slip camni:


Nant bila dah sampai Jepun, korang kena exchange slip ni kpd JR Pass kat JR Office. Lepas exchange, korang akan dpt pass ni:


Dgn pass ni, korang tak perlu susah payah beli tiket. Even naik bullet train pun tak perlu ada tiket berasingan, melainkan korang nak reserve seat la.


OSAKA AMAZING PASS

Salah 1 cara lain nak berjimat di Jepun ialah, kebiasaanya diorang ada sediakan Day Pass utk kita ronda2 tempat tu. Day Pass ni biasanya cover unlimited train/bus ride, atau entrance fee, atau kedua2nya, atau dia tak cover 100% tapi ada diskaun.

Aku start dgn Osaka dulu.

osaka-info

Utk jalan2 di Osaka, boleh beli Osaka Amazing Pass di Osaka Station. Harga dia ¥2300 utk sehari dan ¥3000 utk 2 hari. Pass ni cover entrance fee utk 28 tempat menarik di Osaka serta subway utk pergi ke tempat2 tersebut, dan jugak ada diskaun utk tempat2 lain. Gile berbaloi weh. Cuma korang mmg takkan dpt cover the whole 28 places, so pandai2 la plan mana nak pegi.

Selain tu, di Osaka jugak ada Universal Studio Japan. Bagi yg banyak bajet buleh la masuk. Aku tak berminat, sbb aku rather ke tmpt2 yg melambangkan identiti Jepun.

Antara tempat2 yg aku dah cover di Osaka:

 





OSAKA KAIYUKAN DAY PASS



Bagi anda yg suka tgk hidupan laut, boleh beli Osaka Kaiyukan Day Pass yg berharga ¥2550. Dia cover unlimited entry utk Osaka Kaiyukan, subway di kawasan Osaka serta diskaun utk ke tempat2 lain. Bezanya pass ni free utk Osaka Kaiyukan sahaja. Kalau korang guna Osaka Amazing Pass, Kaiyukan ni tak free, tapi termasuk dlm list tmpt yg dpt diskaun.

Salah 1 tarikan utama disini ialah tangki akuarium terbesar dunia yg memuatkan pelbagai jenis ikan, termasuklah whale shark serta ikan pari selebar 2 meter. Korang boleh duduk dan enjoy view melalui akuarium yg bapak besar giler.


Kat dalam ni jugak ada tempat utk kita pegang babyshark dan ikan pari.


KYOTO ONE-DAY BUS PASS


Kalau korang suka tgk bangunan heritage serta shrine/temple, korang mesti singgah Kyoto. Kat Kyoto ni byk temple serta bangunan2 lama, sesuai utk mereka2 yg tak berapa suka jejalan bandar. Diorang siap ada walking plan incase korang nak pusing 1 Kyoto ni dgn berjalan kaki.

Utk pusing2 Kyoto, kita boleh beli Kyoto One-Day Bus Pass dgn harga ¥500. Biasanya kita naik bas utk pusing Kyoto, dan sekali naik je dah ¥230. Kalau korang pegi sampai 5 tempat, kena naik bas 5 kali, dah ¥1150. So dgn One-Day Bus Pass tu, korang dah jimat banyak. Beli ¥500 pastu naik la bas berapa kali pun dlm masa sehari tu. Tapi pass ni tak cover entrance fee. Entrance fee kena bayar sendiri.

Antara tempat yg aku dah cover di Kyoto:
  











LAKE KAWAGUCHI & FUJISAN

Gunung Fuji, atau dipanggil sbg Fujisan atau Fujiyama adalah 1 tempat wajib utk dilihat dgn mata sendiri bila datang ke Jepun. The problem is, destinasi dia agak jauh drpd Tokyo. So kalau dah pegi sana tu mmg kena spend sehari terus la. Alhamdulillah member kitorang sgt murah hati dgn membawa kitorang dari Shibuya ke sana dgn menaiki kereta. 2 jam jugak la dari Shibuya nak ke sana.


Sampai je kat kawasan Lake Kawaguchi ni, takleh kata apa dah, mmg lawa gile. Setinggi2 pujian bagi Allah yg menjadikan alam ini. Kalau boleh tanak balik, nak stay sini je.

Utk usha Gunung Fuji, kita boleh naik Kachi Kachi Ropeway, iaitu cable car yg akan bawak kita ke atas gunung.


FYI, gambar Fujisan disini tak sama dgn biasa kita tgk kat TV or majalah or internet, sbb snowcap dia belum muncul. Nanti dah dekat2 nak winter, baru ada snowcap kat puncak gunung tu. Benda ni aku baru tau masa dah kat sini. Ingatkan snowcap tu wujud sepanjang masa.


SAIKO IYASHINO-SATO NENBA
(HEALING VILLAGE)


Salah 1 kampung yg terletak di persekitaran Fujisan. Juga tempat yg korang wajib singgah, memandangkan korang boleh amek gambar kampung berlatarbelakangkan Fujisan. Cuma time aku ni, ada pulak awan jahat duk tutup Fujisan tu. Sampai nak balik awan tu ada situ tak blah2. Sabar je la.


Kat sini kitorang singgah 1 kedai makan utk makan soba. Sedap oh. Harga dia ¥700 kalau tak silap aku la. Kitsune Soba tu soba dgn lauk tauhu manis. Jap tauhu ke tofu ntah tapi manis la.



SEWA COSTUME


Kat kampung ni jugak kita boleh sewa baju kimono, kotatsu, ninja, samurai, askar dan apa2 la yg ada kat situ, dgn harga ¥500. Tempoh sewaan sampai kedai tutup. Pastu costume dan senjata dia tu ori tau. Berat gile pedang dan senapang. Tapi diorang dah tumpulkan/matikan la. Pastu kalau tak silap aku, hanya 1 costume sahaja boleh dipakai. Which means korang takleh tukar2 baju la. Kalau tukar lain kena bayar lagi ¥500.



ODAIBA


Di Tokyo, antara kawasan menarik utk dilawati ialah Odaiba (atau Daiba). Kat sinilah terletaknya patung Gundam dan mini-Statue of Liberty, serta tempat2 lain yg femes tapi aku tak sempat singgah.



JEPUN - LEBIH ISLAMIK?

Aku byk baca dan dengar cerita psl budaya dan sikap org Jepun yg ramah dan menjaga kebersihan. So sepanjang 7 hari berjalan kat sana, berikut adalah review drpd aku:


1. Beratur

Semua mesti tau psl budaya beratur kat Jepun. Walaupun train akan sampai lg 10 minit, dah bole nampak org2 Jepun beratur mengikut guideline yg ditunjukkan kat atas lantai.

2. Punctual & On-time

Train di sana sgt2 punctual. Kalau dlm jadual tu tunjuk 10.15 sampai, 10.15 lah sampai. Kalau dlm tiket tunjuk 1.32 gerak, 1.32 lah gerak. Don't play2 ah. Kalau kita bawak budaya janji melayu kat sini, mmg takkan ke mana la kita.

3. Lintas Jalan

Walaupun jalan tgh clear, selagi lampu utk lintas jalan tu belum hijau, mmg diorang takkan lintas. Tak semua org la tapi.

4. Helpful

Diorang akan sedaya upaya tolong kita walaupun kita tak paham bahasa Jepun dan diorang tak reti cakap English. Ada sekali tu masa dlm train, aku tak mintak tolong pun, tapi mungkin sbb awek Jepun ni tgk aku mcm hensem.. eh salah, mcm sesat je, so dia terus tanya aku nak pegi mana dan dia tolong guide.

5. Ramah

Aku suka sikap org Jepun yg sambut kita the moment kita masuk kedai dgn ucapan "irasshaimase" (selamat datang), lepas tu bila keluar dia akan cakap "arigato gozaimas" (terima kasih).

6. Bersih

Toilet takde air, tapi bersih bai. Lepas tu susah nak jumpa sampah merata2. Tong sampah pun susah nak jumpa. Sbb budaya diorang ialah bawak sampah balik rumah.

Kalau malam minggu usually kawasan bandar akan kotor, sbb org hang out, mabuk, hisap rokok. Tapi pagi esok clear dah.

7. Barang hilang?

Kalau barang hilang, especially di tempat seperti train station atau dalam bus/train, jgn risau, kerana kebarangkalian utk anda dapat balik barang tu sgt tinggi. Aku dah pernah hilang barang kat dlm Shinkansen masa kat Kyoto dan aku dapat claim balik masa kat Tokyo. Sepanjang 2 jam lebih benda tu dlm train, takde sape amek. Boleh baca cerita panjang kat sini - Blog Ejad Fotopoyo

Bagi aku, sikap2 camni la yg patut ada pada rakyat Malaysia yg majoriti beragama Islam. Ini tak, bila aku naik moto berhenti kat traffic light, punyalah banyak puntung rokok situ. Tu belum kira lg bab buang sampah keluar kereta, buang sampah dlm longkang/sungai, dan mcm2 lagi la. Kita patut belajar drpd mereka. Mereka tiada agama, tapi budaya dan cara hidup mereka lebih ke arah sunnah berbanding kita yg kemain tampal I Love Prophet Muhammad kat tingkap kereta.


LARANGAN MENGGUNAKAN SELFIE STICK

FYI, penggunaan selfie stick diharamkan di kebanyakan train station, sbb penggunaannya boleh membahayakan org lain, serta buat kita leka sampai ada kemungkinan utk jatuh ke train track. So senang cerita jgn guna kat train station la. Nak selfie, selfie mcm biasa je. Info lanjut - japantoday.


Aku rasa cukup sekadar tu dulu. Aku tak cukup rajin nak share everything - train/bus/platform utk pergi ke 1 tempat, bayaran masuk tempat tu, pukul berapa dia bukak/tutup, waktu solat pukul berapa, etc etc, sbb bg aku benda2 ni digalakkan utk korang cari sendiri. In fact kalau korang google nama tempat tu pun, "Osaka Castle" misalnya, dlm website tu akan tunjuk train apa patut naik, turun kat mana apa semua. So rajin2kan la diri ye.


Semoga dgn artikel ringkas ni sedikit sebanyak dpt memberi manfaat kpd anda semua, especially kpd anda yg mmg nak ke Jepun. Utk info lain tu rajin2 la baca blog lain. Aku kat sini more kpd photo sharing je, sbb bg aku gambar lebih berkuasa utk menarik minat korang datang ke Jepun hehe.

Wassalam.

Ejad Fotopoyo

9 comments:

  1. thanks bro..ade rezeki bleh la nk kesana..ape2pun bestt article...hehe

    ReplyDelete
  2. seronok nya boleh ke sana. maybe one day.

    ReplyDelete
  3. Ejad..! Tq share articles ttg jepun, sgt berinformasi..!

    ReplyDelete
  4. Ejad..! Tq share articles ttg jepun, sgt berinformasi..!

    ReplyDelete
  5. TQ bang ejad, memang best artikel ni, Jepun memang menjadi salah satu tempat yang ingin saya pergi even sekali seumur hidup, cuma belum ada keberanian untuk pergi ke ' tempat orang ', sebab tak pandai BI...

    ReplyDelete
  6. Thanks for the info, May Allah bless !

    ReplyDelete
  7. sangat best artikel ni.. dan sangat2 membantu kot..
    terima kasih tuan punya blog.

    btw.. aku (pmpn) nga carik partner untuk cover jepun pada 20-31 March 2018... kalau ada saper nak join.. ble la direct email aku.. blueselamanya@gmail.com

    ReplyDelete