Friday, March 25, 2011

Aperture


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ni topik kita sgt basic, iaitu psl Aperture.


APA ITU APERTURE?
  • Mekanisme yg terletak pd lens, yg berupa bilah/pisau
  • Merujuk kpd diameter bukaan lens yg mengawal kemasukan cahaya
  • Semakin besar diameter bukaan, semakin byk cahaya yg masuk ke dlm sensor/filem

BAGAIMANA MENGENALI APERTURE?
  • Biasanya ditunjukkan dlm unit F-angka, contoh F2.8 atau f/2.8
  • Ia adalah mekanisme pada lens, bukan body kamera
  • Kalau aperture tu tak diwakili dgn F-angka, maka biasanya dia akan diwakili dgn nombor nisbah, contoh 1:2.8 bermaksud F2.8 atau f/2.8, 1:3.5-5.6 bermaksud F3.5-5.6.


Lens lama biasanya mempunyai aperture ring seperti yg ditunjukkan di atas

BAGAIMANA MEMBACA APERTURE?
  • Kita sebut sebagai "F" diikuti dgn nombor, contoh "F" "2.8". Nak sebut 2.8 tu dalam bahasa melayu ke hinggelish ke jawa ke terpulang
  • Aperture besar atau kecil disebut 'terbalik' dgn nombornya
  • Contoh, f/2 adalah aperture yg besar jika dibandingkan dgn f/16, walaupun secara logiknya, 16 itu lebih besar drpd 2
  • Kenapa kita katakan ianya besar? Kerana diameter bukaan lens pd f/2 adalah lebih luas drpd diameter bukaan pd f/16
  • Tak paham? Usha gambar kat bawah ni:
Pd aperture f/2 yg bernombor kecil, bukaannya luas

Pd aperture f/16 yg bernombor besar, bukaannya kecil

Sumber: digital-photography-student.com


APA PERANAN APERTURE?

1) Mengawal kemasukan cahaya
  • Sepertimana yg dikatakan pd awal artikel, ia berfungsi mengawal kemasukan cahaya ke dlm sensor/filem
  • Tgk pd f/2, bukaannya yg luas membenarkan lebih byk jumlah cahaya yg masuk jika dibandingkan dgn bukaan pd f/16
  • Let say anda menggunakan shutter speed dan ISO yg sama, tetapi aperture yg berubah-berubah, katakan drpd f/3.5 hinggalah f/22, anda akan dapati gambar pd f/3.5 itu lebih terang drpd gambar pd f/22

    Sumber: http://www.shortcourses.com/use/using1-9.html


  • So kita katakan "Semakin Besar Aperture, Semakin Tinggi Jumlah Kemasukan Cahaya"

2) Mengawal Depth of Field & Bokeh
  • Seperti yg telah diterangkan sebelum ini di artikel Depth of Field dan Bokeh, bukaan aperture memainkan peranan penting dlm menentukan ke-bokeh-an atau ke-sharp-an gambar kita
  • Semakin besar aperture, semakin sempit Depth of Field
  • Dan, semakin sempit Depth of Field, semakin bokeh gambar itu

BAGAIMANA MENGAWAL BUKAAN APERTURE?

Sumber: wikihow - Use-Every-Nikon-Digital-SLR

Sumber: noplacelykehome

Usually dgn menggunakan front dial pada kamera DSLR anda.

Setiap kamera mungkin mempunyai setting yg berlainan, maka dgn segala hormatnya sila rujuk user manual kerana aku sangat tak rajin nak menerangkan cara menukar aperture bagi setiap model utk setiap jenama kamera yg wujud dimukabumi ni.


Jika anda menggunakan lens lama yg dibina pada zaman filem diwaktu autofocus masih boleh diperkenalkan, maka cara menukar aperture ialah dgn menggunakan aperture ring yg ada pada lens tersebut (rujuk gambar di atas).


KESIMPULAN

So, dipendekkan cerita,
Semakin besar aperture --> semakin tinggi jumlah kemasukan cahaya -->
semakin sempit Depth Of Field --> semakin bokeh gambar itu

atau, diterbalikkan

Semakin kecil aperture --> semakin kurang jumlah kemasukan cahaya -->
semakin luas Depth of Field --> semakin kurang bokeh gambar itu

Itu sahajalah penerangan ringkas psl aperture.

Kalau rajin, boleh search "aperture" pada ruangan search di atas dan baca artikel-artikel lain yg berkaitan.

Sekian, Wassalam

Ejad Fotopoyo

15 comments:

  1. lens 50mm 1.8 menghasilkan bokeh yang menarik..

    ReplyDelete
  2. betulkan klu saya salah...

    dengan f1.8 kita kena balancekan dgn s/speed ngan iso skali kan baru dpt bokeh yg menarik...klu tak pic akan over exposed (terang).

    ReplyDelete
  3. semua aperture mcm tu. of coz kte kne balancekan dgn shutter speed dan iso. itu masuk dlm topik Exposure Triangle.

    ReplyDelete
  4. errr...dah ada ker topik Exposure Triangle tu..x prasan pun ....

    ReplyDelete
  5. x ade pun.. hahaha.. tp cerita psl nak balance kan gmba jd over/underexpose tu dlm topik Exposure Triangle. boleh google dan baca.. artikel kali ni hanya focus pd aperture je :)

    ReplyDelete
  6. kekeke..patut ler cari x jmpa..

    anyway..thanks...kdg2 nk google gak..tp x tahu apa keyword nk cari..merayau2 je lah dlm alam ciber nie..cari2 x jumpa..tu yg jumpa fotopoyo nie...

    thanks again..

    ReplyDelete
  7. keyword lain selain drpd Exposure Triangle - boleh cuba Exposure Metering, atau How to Meter the Exposure?

    welcome ;)

    ReplyDelete
  8. nak print nota-nota pasal tutorial photography kat sini boleh tak Ejad? mekasih :)

    ReplyDelete
  9. Ummi Myra:
    print utk simpanan sendiri bole je, takde hal. jgn duk jual plak! :D

    ReplyDelete
  10. tq utk smua tips... stiap kali x faham sy akan rujuk blog ni... da jadi mcm manual lak blog ni... skali lagi.. tq...

    ReplyDelete
  11. Adakah nak membokehkan gambar juga bergantung kepada jarak fokus lensa? Maksudnya shot guna 55mm lebih bokeh berbanding 18mm. Itu yang jadi pada saya.Fakta diatas betul atau kebetulan jadi macam tu?

    ReplyDelete
  12. abusuffian:
    baca nih
    http://ejadfotopoyo.blogspot.com/2011/01/bokeh.html

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum...saya budak baru belajar...ok,secara personally,klau utk wide angle lens,mn yg lebih ok pd pendapat abg ejad????yg fix apperture ke(mcm tokina 12-24mm-f4)ke yg boleh tukar2 apperture cm tamron 10-24,mm????nk tau gak ape kelebihan fix apperture ni....then,nk akaun fb abg ejad leh x????snang sy nk tag gmbr utk abg ejad komen2....thankz...

    ReplyDelete
  14. Sifu,
    Nak tanya kenapa kamera lensa 18-55mm (D3000) gambarnya lebih sharp (muka orang) drp kamera yg saya guna lensa 18-105mm (D7000).Minta pendapat Sifu ye.

    ReplyDelete