Wednesday, April 20, 2011

The Moony-11 Rule



Assalamualaikum & salam sejahtera.

Selain Sunny-16 Rule yg diaplikasikan utk mengambil gambar berkaitan langit dan matahari, terdapat satu teknik lain yg khas utk mengambil gambar bulan.

Sure, anda boleh saja setkan kamera atas tripod, pasang lens panjang, set bacaan exposure sampai bacaan metering menunjukkan 0, kemudian ambil gambar bulan tersebut.

In the end, adakah gambar yg anda ambil itu gambar bulan? Ataupun ianya sekadar bulat putih kosong?

Semasa mengambil gambar bulan, kita tak boleh percaya sepenuhnya pd metering exposure kamera kita.

Salah 1 sebabnya ialah jarak bulan dgn kita yg terlalu jauh, yg mana kamera tak dpt mengambil bacaan cahaya dgn tepat.

So, itulah gunanya The Moony-11 Rule.
Seperti Sunny-16 yg menggunakan aperture f/16, Moony-11 rule menggunakan aperture f/11.
Then, seperti juga Sunny-16, bacaan shutter speed adalah sama (atau hampir sama) dgn ISO.

Senang cerita, tgk je gambar dan EXIF di bwh:
  • Kamera/lens: Pentax K20D & Pentax FA 100-300mm F4.7-5.8
  • Tarikh/Masa: 17 April 2011, sekitar 7PM - 2AM
  • Handheld, tiada tripod





Nmpk tak, kesemua menggunakan aperture f/11, dan bacaan shutter speed seakan-akan sama atau hampir sama dgn ISO.

Ada guide lain utk setting aperture:
  • Full moon: f/11
  • Half moon: f/8
  • Bulan sabit: f/5.6

But of course setting boleh diubah-ubah. Kadang-kadang gambar still jadi gelap sbb ada awan cover bulan. Kadang-kadang terang sgt. But at least Moony-11 Rule ni bg kita guide utk start shoot mcm mana.
Kalau terang/gelap sgt, back to basic - adjust lah shutter speed/aperture/iso.

Dari segi tools/equipments plak, senang cerita pakailah lens telephoto, iaitu yg mempunyai angka focal length yg tinggi, sebab bulan ni jauh. Contoh mcm lens 70-200 ke, 70-300 ke, 55-250 ke, 18-200 ke.

Katakan korang takde lens panjang camni, nak shoot pakai kitlens, atau 50mm, atau apa-apa lens pendek. Boleh jewwww.. Pastu korang crop la kaw-kaw. Of coz la hasil takkan dpt mcm bila shoot pakai lens telephoto, but at least ada la drpd takde langsung.

Kalau korang takde DSLR, nak shoot pakai compact, boleh tu mmg boleh tp sgt susah la nak dpt exposure yg elok, sbb kamera korang tu auto exposure, jadi hasil yg korang dpt biasanya mesti bulat putih kosong je.

Ni contoh gambar bulan aku shoot pakai lens 35-70mm, pastu crop kaw-kaw guna Adobe LR:

Supermoon | 23 Jun 2013 | 15 Syaban 1434H
Pentax K-r & SMC Pentax-A Zoom 35-70mm F4

Senang je kan?

Selamat mencuba!

Ejad Fotopoyo

6 comments:

  1. nak tanye,boleh tak kita gunakan moony-11 ngan sunny-16 rule ni untuk amik gambar potrait?

    ReplyDelete
  2. Amirul Noh:
    try la sendiri guna rule tu utk portrait. kalau ok, boleh la. kalau x, x boleh la

    ReplyDelete
  3. memang berguna sangat,, thanks for moon 11 dan sunny 16

    ReplyDelete
  4. Bro, baru2 aku bawak anak2 g planetarium kat tempat aku. Mamat yg bg briefing tu kata, nak cantik shoot bulan jgn ambil waktu betul2 full moon. Sbb cahaya dari matahari cerah sgt, so tak byk shadow jerawat kat permukaan bulan. So, nak cantik shoot sebelum bulan betul2 penuh. Sapa2 rajin boleh ler try :)

    ReplyDelete