Sunday, January 19, 2014

Nikon Lens: AF 50mm 1.8D vs AF-S 50mm F1.8G

Sumber: robdphotos

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat semua pembaca.

Artikel ni khas utk pengguna DSLR Entry Level Nikon, atau kpd mereka yg nak jumpship kpd Nikon.
Bila nak beli lens 50mm, ini antara soalan-soalan yg selalu ditanya oleh mereka yg terlibat:
"Nak beli 50mm 1.8D ke 1.8G?"
"50mm mana yg boleh autofocus dgn DSLR saya?"
"Apa beza 50mm 1.8 yg D dgn G?"
"Kenapa 50mm 1.8G lebih mahal drpd 1.8D?"

So aku akan jawab secara ringkas dan padat.

1. Berapa harga utk kedua-dua model?

2. Apa beza di antara kedua-dua model ni?
  • AF-S G, ada motor pada lens, bole autofocus dgn semua DSLR Nikon. 
  • AF-D, takde built in motor, maka tak bole autofocus dgn DSLR entry level. Rujuk artikel ni.

3. Apesal version AF-S G lebih mahal padahal aperture F1.8 jugak?
  • Simply to say, sbb dia ada built in motor (AF-S)

4. Beza dari segi aksesori, performance & optical?
  • Optically, version AF-S G ni lebih sharp kerana ia menggunakan coating baru. Tapi kalau korang jenis pakai aperture f/2.8 - f/8, sama je tak nmpk beza. cuma version AF-S ni lebih sharp drpd version AF-D pada aperture f/1.8, atau dalam bahasa mudah, version AF-S G ni lebih sharp wide open.
  • Focusing pada AF-S G lebih senyap sbb ada built in motor
  • AF-S G ada round hoodAF-D tak diberi dlm pakej. Kalau nak pakai hood kena beli asing
  • AF-S G tidak sesuai digunakan pada body SLR mechanical film sbb ia tiada aperture ring

5. Kalau pakai yg version AF-S G ni pada body bermotor mcm D90, takpe ke? Sebab D90 kan dah ada motor pada body. Dia tak clash ke?
  • Kalau clash, secara logiknya korang takkan bole pakai kitlens 18-105 korang tu sbb tu pun lens AF-S G jugak. toksah risau, pakai je, takkan muncul isu motor clash ke hape ke.

6. Lens AF-S 50mm F1.8G versus AF-S 35mm F1.8G DX?

  • Price tag lebih kurang, optical pun lebih kurang
  • Yg berbeza secara kasar cuma focal length & angle of view, kerana angle bg lens 50mm lebih sempit drpd 35mm. 
  • So yg terbaik ialah manamana lens yg menepati sudut (angle/framing) yg korang kehendaki.

7. Berbaloi ke lens AF-S 50mm F1.8G ni?
  • Lens 50mm, tak kisah lah aperture 1.8 ke 1.4 ke mmg berbaloi dan bole dikatakan lens yg wajib dimiliki, especially bagi yg suka shoot portrait
  • Sgt berbaloi jika anda pengguna DSLR entry level kerana ia ada built in motor
  • Personally bagi aku, membazir jika anda adalah pengguna DSLR nikon yg ada built in motor (mcm D90, D7000, D300), sbb kalau yg ada motor, beli version AF-D sudey, 2 kali ganda lebih murah. Tapi duit korang kan, terpulanglah~

Personal Recommendation:
  1. Aku pakai DSLR yg ada motor, maka aku takkan membazir duit beli yg AF-S 50mm F1.8G kerana AF 50mm F1.8D dah cukup sangat utk kegunaan aku dgn harga yg lebih murah.
  2. Namun, kalau katakan aku pinjam atau memiliki DSLR Entry Level, contoh mcm D3200 atau D5200, aku seriously akan beli AF-S 50mm F1.8G sbb autofocus tu sangat berguna.

Review/comparison yg aku bincangkan di atas ni just simple-simple je, nak kasi korang paham dan boleh buat pemilihan dgn mudah. Utk pemahaman yg lebih lanjut, baca artikel di bawah:
  1. Rob's Photography Blog - Nikon AF-S 50mm F1.8G vs. AF 50mm F1.8D
  2. Nikkor AF-S 50mm f/1.8G Review by bythom
  3. cambridgeincolour - Nikon 50mm f1.8 D AF Lens vs Nikon 50mm f1.8 G AF-S Lens

Sebagai penutup, aku nak share beberapa gambar yg aku dah shoot dgn kedua-dua lens. Semua gambar sudah di-edit dgn extra tone dari Adobe Lightroom.

D700 | AF 50mm F1.8D

D700 | AF 50mm F1.8D
D90 | AF 50mm F1.8D
D700 | AF 50mm F1.8D
D3100 | AF-S 50mm F1.8G

D3100 | AF-S 50mm F1.8G

Maka dgn itu, sekian artikel ringkas ni.

Ejad Fotopoyo

10 comments:

  1. Sangat berminat (terpaksa cakap 'berminat' sebab takda DSLR lagi, huhu) dengan 50mm f/1.8D disebabkan bacaan aperture dan focal length yang ada pada badan lens. Walaupun ada orang akan kata nampak serabut, tapi bacaan tersebut sangat membantu untuk orang yang ingin belajar photography (instead of spray and pray dengan autofocus).

    Terima kasih atas post yang mantap dan sempoi! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup setuju. version AF-D nampak lebih kacak dgn bacaan aperture dan focus indicator, pastu dia nampak lebih oldskool.

      try pegang yg AF-S G. walaupun dia lg besar, tp lg ringan, plastik abis

      Delete
  2. bokehnya asik banget boss, daridulu pengen beli ni lensa tapi blm kesampaian, salam kenal ya bos
    thank you :)

    ReplyDelete
  3. Salam..
    Ada sikit persoalan..sya baru shj beli mirrorless camera Samsung Nx3000..
    kalau diikutkan lens bole ditukar ganti sma seperti DSLR..so, boleh x cmera sy tu gunakan 50mm lens? dah try google mmg xjumpa..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.
      boleh, jika wujud lens 50mm utk samsung nx anda.
      kalau nak guna lens lain, kena guna adapter

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  4. ohhh mcm tu..sy dah tanya kt kedai..samsung hnya keluarkan 45mm..so then tgok harga makk ai smpai RM899..so tekad nk beli adapter..cuma persoalannya, kalau sy pakai adapter tersebut, adakah sy bole pakai semua jenis lens?mksudnya samsung nx3000+adapter+Nikon lens 50mm 1.8 D..bole ke?sbb sy tanya kedai jawapan dia xmemuaskan..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. adapter unik, ikut mount.

      so kalau anda beli adapter nikon - NX, maka hanya lens nikon sahaja yg boleh guna dgn adapter tu.
      nak guna lens mount lain mcm canon sony pentax kena beli adapter lain

      dan 1 benda penting yg anda kena tau - autofocus TIDAK akan berfungsi sama sekali, so bila anda dah guna lens lain dgn adapter, kena manual focus

      Delete