Saturday, October 15, 2011

TIPS - DIY Bokeh


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Pernah tgk orang lain punya gambar, bokehnya lain mcm dgn kita?
Biasanya kita akan dpt bokeh bulat, atau berbentuk pentagon (heksagon, heptagon etc etc), tapi org lain dpt bokeh bentuk love, bintang, kilat dan mcm-mcm lagi.

Utk artikel kali ni, aku akan share bagaimana menghasilkan bokeh yg sebegitu rupa.

Artikel ni based on bahan yg available dlm bilik aku pada masa aku taip artikel ni.
So kalau katakan korang ada cara lain serta bahan lain yg membolehkan kerja DIY ni dibuat dgn lebih mudah, by all means guna je cara korang. Ini sekadar general guide.

Pendahuluan & Ulangkaji

Sepertimana yg kita ketahui, saiz dan bentuk bokeh adalah bergantung kpd bilangan aperture blade di dlm lens tersebut serta bagaimana rupanya bila ia ditutup. Contoh jika anda menggunakan lens yg mempunyai 6 aperture blades, bokeh yg terbentuk pada setting aperture kecil ialah bokeh bersegi 6, iaitu heksagon.

Jika masih kurang jelas, sila baca artikel BOKEH.

Bahan-bahan:


  1. Pensel & pemadam
  2. Pembaris
  3. Gunting atau pisau/cutter
  4. Jangka lukis
  5. Sugar paper atau kertas/kadbod hitam, lebih keras lebih bagus
  6. Lens 50mm, doesn't matter F2 ke, F1.8 ke, F1.4 ke
  7. Kesabaran dan kekreatifan dlm matapelajaran Pendidikan Seni

Cara-cara:


1. Lukis & potong segiempat yg sekurang-kurangnya sama atau lebih besar drpd lens.



2. Lukiskan garisan X pada kertas hitam yg telah dipotong tadi, dengan melukis garisan dan menghubungkannya dari bucu ke bucu. Ini untuk kita mendapatkan titik tengah (origin) segiempat tersebut.



3. Ukur diameter kanta hadapan lens dan bahagikannya kpd 2 utk mendapatkan panjang jejari (radius) lens tersebut pada bukaan aperture maksimum. So katakan la anda ukur dan dapati diameter ialah 2cm, maka jejari (radius) ialah 2cm / 2 = 1cm.

Satu lg cara yg lebih senang tanpa perlu ukur dgn pembaris ialah: bahagikan focal length dgn maximum aperture. Contoh mudah, katakan korang pakai lens 50mm F1.8, maka 50/1.8 = 27.79mm = 2.78cm in diameter, so 2.78/2 = 1.39cm in radius (jejari).
Contoh lain: katakan korang pakai lens 85mm F1.8, maka panjang jejari ialah 85/1.8/2 = 2.35cm.



4. Gunakan jangka lukis dan buka ia pada saiz jejari yg telah dikira tadi, so katakan kita ambil contoh dari (3), buka jangka lukis pada jarak 1cm dan lukiskan bulatan pada kertas hitam, berpandukan titik tengah sbg origin bulatan.

5. Now, berpandukan bulatan tu, lukislah segala bentuk bokeh yg korang nak, love ke bintang bucu 18 ke hape ke, janji bentuk itu TAK MELEBIHI bulatan.

Contoh bokeh yg aku dah buat. Tengok bokeh yg dilukis tak melepasi bulatan:



Cara Penggunaan

Untuk menggunakan bokeh yg dah dibuat ni, ada 2 cara:
  1. Pegang sendiri - letak je kertas hitam tu dpn lens
  2. Guna filter holder drpd Cokin/Octopus/Tian Ya - selit kertas hitam tu pada holder yg ada
Handheld
Filter holder


Hasil + Racun:






 




Utk racun seterusnya boleh dilihat disini:
I-City - Bokeh-Ikut-Suka-Aku



Frequently Asked Questions:

  1. Mesti guna lens 50mm sahaja ke?
    • Nope. Sukati koranglah nak guna kitlens ke, 85mm ke, 70-200mm ke.
    • 50mm ni sekadar general guide sbb ianya murah dan dimiliki almost semua photographer.
    • Katakan korang nak apply pada kitlens, boleh tu mmg boleh, tapi susah sebab bukaan aperture pada kitlens sangat kecil. So senang cerita, guna je 50mm, jangan banyak bunyik.


  2. Saya takde sugar paper dan kertas hitam. Boleh tak saya guna kertas putih atau warna lain?
    • Warna putih atau cerah sangat tak digalakkan, sebab cahaya dari luar boleh menembusi warna cerah dgn mudah, mengacau perjalanan cahaya masuk ke dlm lens.


  3. Sebesar/sekecil mana bokeh itu boleh dilukis?
    • Sekecil mana? Itu sukati anda.
    • Sebesar mana? As long as tak melebihi bulatan yg dah dilukis dlm step (4)


  4. Setting pada kamera?
    • Shutter speed & ISO - sukati, janji mengikut syarat segitiga cahaya
    • Aperture biarkan sahaja pada paling besar, contoh jika anda gunakan lens 50mm F1.8, biarkan je pada f/1.8, sbb aperture telahpun anda 'cipta' pada kertas hitam tersebut.


Jika masih unclear atau kurang faham, boleh ajukan soalan. But make sure korang dah habis baca artikel ni dan artikel bokeh yg aku dah taip sebelum ni. Rujuk tab Mari Belajar 1 dan cari artikel Bokeh.

Btw, ada cara lain jugak utk buat bokeh ni. Just google "DIY bokeh" dan korang akan jumpa mcm-mcm result. Contohnya ni: http://www.diyphotography.net/diy_create_your_own_bokeh

Wallahua'lam,
Ejad Fotopoyo

17 comments:

  1. camera compact agak2 jadi tak eh.
    nak try lah nanti. nak tgk apa jadi:)

    hihi.thanks!

    ReplyDelete
  2. @sniffa

    boleh jek. tapi susah sbb saiz bukaan sgt kecik. kalau dh kitlens pun susah, apetah lg lens drpd compact. but sure, u can give it a try. no harm in trying kan? good luck! :)

    ReplyDelete
  3. aah. yup betul3.
    esok jugak nak try buat:)

    ReplyDelete
  4. alo. da keluar hospital?
    camne keadaan sekarang?

    ReplyDelete
  5. @mohd farid

    mane de masuk spital. xde patah pun, luka je. tgh tnggu luka kering betul

    ReplyDelete
  6. dh tahu boleh DIY tp diorang tk nyatakan dgn details mcm kat atas ni...mcm ni boleh akak buat kat rumah...hehe..terima kasih ejad

    selamat duit nk beli2 lens ye dak?

    ReplyDelete
  7. Good info bro..thanks for sharing.. semoga ilmu yang diberi mendapat ganjaran yg berpanjangan..

    ReplyDelete
  8. wah.. da lama xjenguk blog ni.. sib baik ang wat nota sal ni... ari 2 xsmpt bljr ho3.. thanks jad :)

    ReplyDelete
  9. laaa macam tu teknik bokeh,ingat direct dari lens ...even onie bukan user dslr tapi onie memang minat dengan teknik ni :D

    ReplyDelete
  10. Lepas terjump 3, 4 perkataan 'bokeh' dalam blog kawan. Aku blur... Sekarang baru paham dan teruja dengan apa itu bokeh! ;D

    ReplyDelete
  11. serious nak buat .arghhhhh ! :P

    ReplyDelete
  12. 47mm holga 135 blh guna bokeh x??huhu

    ReplyDelete
  13. err,yang musykilnya,kalau letak kertas kt dpn lens tu,tak ganggu gambar ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ganggu maka tak wujud la tutorial ni. kalau betul2 sangsi, ace terai sendiri tgk cane

      Delete