Saturday, June 9, 2012

DSLR, Mirrorless & EVIL Camera

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Harini aku nak cerita skit psl jenis kamera, sbb ramai kawan-kawan aku confuse dgn jenis kamera yg ada di pasaran sekarang ni.


Pendahuluan

Selain SLR/DSLR, wujud sejenis kamera compact yg juga mempunyai feature 'interchangeable lens', iaitu boleh ditukar-tukar lens nya seperti DSLR.

Tapi, just because dia boleh tukar-tukar lens mcm DSLR, doesn't mean yg namanya juga DSLR.

Skrg ni ramai yg confuse tang tu, iaitu apa saja camera yg boleh ditukar lens nya, dianggap sbg DSLR.

Pemahaman itu salah dan tidak tepat sama sekali.

So dlm artikel yg serba ringkas ni, aku nak story skit apa beza DSLR dan kamera itu, yg mana sebenarnya juga dipanggil sbg EVIL Camera.


DSLR

DSLR adalah singkatan bagi Digital Single Lens Reflex, di mana Digital ialah jenis sensor, dan Single Lens Reflex ialah jenis kamera.

Zaman filem dulu ia dikenali sbg SLR sahaja, tanpa keyword digital.

Secara ringkasnya, kamera SLR/DSLR menggunakan cermin (mirror) dan sistem prisma (prism system).
Sebab itu wujudnya perkataan "reflex", iaitu pantulan drpd cermin.

Mirror pada SLR: Pentax K1000
Mirror pada Sony A33
Sumber: petapixel

Dlm bahasa yg mudah, mirror ni berfungsi dlm memantulkan cahaya yg masuk dari luar menerusi lens terus ke viewfinder dan mata kita. Utk pemahaman yg lebih jelas, tgk gambar ni:

Sumber: Dummies

Sistem sebegini membenarkan jurufoto melihat melalui lens, seterusnya dpt juga melihat foto yg bakal diambil dgn tepat.

Setakat ini hampir kesemua SLR dan DSLR adalah kamera jenis interchangeable lens, iaitu boleh ditukar-tukar lensa nya. Dan setiap jenama mempunyai mount yg unik, contohnya Nikon: F mount, Canon: EF mount, Pentax: K mount dan sebagainya.


MIRRORLESS CAMERA

Secara asasnya, Mirrorless Camera ialah lawan bg SLR/DSLR, iaitu kamera yg tidak mempunyai cermin (mirror), sbb itu namanya mirror-less.

Mksd yg lebih terperinci boleh dibaca di Wikipedia: Mirrorless

Sumber: togblog

Hampir kesemua kamera yg kita gunakan seharian ialah mirrorless camera, iaitu kamera handphone, kamera kompak, pendek kata apa jua kamera yg kita view bukan menggunakan viewfinder, tetapi menggunakan LCD yg berada di blkg kamera tersebut, juga dipanggil Live View.

Disebabkan tiada mirror, maka kamera mirrorless ini saiznya lebih kecil berbanding SLR/DSLR.


EVIL CAMERA

Fujifilm X-T1

Bukan jahat, bukan setan, bukan kejam.

EVIL - Electronic Viewfinder Interchangeable Lens, adalah merujuk kpd mirrorless camera yg mempunyai feature yg sama dgn DSLR/SLR, especially dari segi interchangeable lens.
Rupa diorang mcm kamera kompak, iaitu kecik, ringan, compact, tapi boleh tukar-tukar lens mcm DSLR.

Nama-nama lain:
  • Compact System Camera (CSC), 
  • Mirrorless System Camera (MSC), 
  • Digital Single Lens Mirrorless (DSLM), 
  • Digital Interchangeable-Lens System

Korang sure familiar dgn kamera-kamera compact yg boleh tukar lens mcm Nikon J1, Panasonic Lumix GF1, Fujifilm X, Olympus PEN dan mcm-mcm lagi, kan? Tu semua antara contoh EVIL camera yg ada skrg.

Sumber: Amazon UK

Mengikut kronologi, mirrorless interchangeable lens camera yg wujud pada masa kini ialah:
  • Leica Rangefinder: M mount
  • Olympus PEN & Panasonic GF: Micro Four Thirds
  • Samsung NX: NX mount
  • Sony NEX: E mount
  • Nikon 1: Nikon 1 mount
  • Pentax Q: Q mount
  • Pentax K01: K mount (sama mount dgn SLR/DSLR tetapi mirrorless)
  • Fujifilm XPro: X mount


Lumix GF1
Olympus PEN
Fujifilm X Lineup

Sony NEX 7

DSLR VS EVIL

Melihat kpd kedua-dua jenis kamera yg hampir sama feature ini, para jurufoto mula berdebat: yg mana lebih bagus? Masing-masing ada pendapat mereka yg tersendiri. Aku pun ada pendapat aku sendiri.

Hampir kesemua org tau kelebihan dan kekurangan DSLR, so kat sini aku list kan skit kelebihan dan kekurangan EVIL Camera berbanding DSLR, secara ringkas:

Kelebihan EVIL Camera:
  • Lebih kecil dan ringan
  • Hampir menyamai, malah setanding atau lebih hebat drpd kualiti imej yg dihasilkan oleh DSLR
  • Lebih murah dari kebanyakan DSLR
  • Interchangeable lens
  • Lens yg lebih murah drpd DSLR (tak semua tapi kebanyakan)
  • Banyak koleksi lens pancake (prime lens yg bersaiz kecil)
  • Boleh juga menggunakan lens DSLR dgn bantuan adapter (contoh lens Nikon pada Sony NEX)
  • Retro design (seperti rangefinder dan SLR lama pada kamera Fujifilm X dan Olympus PEN/OM-D)
  • Lebih senyap (dan sharp) kerana tiada mirror slap (tiada vibration)
  • Lebih laju dari segi FPS (frame per second) kerana tiada mirror

Kekurangan EVIL Camera:
  • Kualiti imej masih tidak setanding dgn pro DSLR dari segi noise (ISO tinggi), especially full frame kerana perbezaan saiz sensor
  • Yg sensor besar menyamai saiz APS-C dgn Fullframe 35mm plak harga dia boleh tahan mahal, lebih mahal drpd DSLR
  • Live View dan Electronic Viewfinder menyukarkan pengambilan gambar di tempat yg terlalu terang (sama mcm susah nak tgk skrin handset di tmpt yg terang)
  • Handling issue apabila menggunakan lens yg besar dan berat serta external flash
  • Sensor sentiasa terdedah - risiko bg landscape photographer yg selalu mengambil gambar mengadap matahari, kerana keterangan cahaya matahari boleh merosakkan sensor digital. Berbeza dgn SLR/DSLR, sensor hanya terdedah kpd cahaya semasa shutter dibuka, iaitu semasa gambar diambil
  • Juga risiko sensor terkena habuk atau tercalar semasa penukaran lens kerana tiada mirror yg melindungi sensor tersebut
  • Battery lebih cepat kong kerana penggunaan Live View sepanjang masa
  • AF speed masih tidak sepantas DSLR, especially apabila lowlight, so agak sukar utk mengambil gambar subjek bergerak

Ada yg mengatakan EVIL Camera bakal menggantikan DSLR suatu ketika nanti. Bagi aku ia tidak mungkin. Mungkin ia menggantikan DSLR yg anda sentiasa pakai, tapi ia takkan menggantikan DSLR secara keseluruhan, kerana masing-masing mempunyai peranan dan target user yg berbeza.

Golongan professional masih menggunakan DSLR kerana lebih byk pilihan lens, serta lebih byk aksesori kerana kewujudannya yg lebih lama dlm industri photography.

EVIL/Mirrorless ni lebih kpd golongan yg nak gambar cantik tapi tak suka bwk kamera berat. Nak selfie pun senang.

Apa pun, masing-masing ada kualiti yg tersendiri. Org kata digital dah mula menggantikan filem tapi tgk skrg, masih ramai je org yg pakai kamera filem.

So aku harap dgn artikel ni, korang dah tau, yg mana DSLR, yg mana mirrorless EVIL camera, dan yg mana lebih sesuai utk anda.

Semoga bermanfaat.

Ejad Fotopoyo

Sumber Rujukan:
  1. What is an EVIL camera?
  2. What exactly is a mirrorless camera?
  3. Deciding on a Digital SLR Camera Viewfinder

9 comments:

  1. someday, e better evil will come, manalah tau kan ^^ nice entry, great as usual :)

    ReplyDelete
  2. Mmm.. saya pakai OMD-EM5. Noise start lepas ISO 1600 kalau btol2 gelap. If not bleh pegi sampai ISO 26000. Lense dia pun kecik je sampaikan bile saya gi wat shooting luar orang sume cam tengok semacam je. Pernah gak la kena tolak masa cover event sebab agaknya dorang ingat saya ni saja2 datang amek gambar kot sebab kamera saya kecit. Tapi apapun good thing is dia kecik la dan ringan so untuk gal cam saya sangat2lah sesuai.

    ReplyDelete
  3. Aku guna Sony Nex dgn mcm lens M42, best giler gambar2. lagi best bila org pelik tgk aku pegang kamera apa... konpius diaorg..hehehe

    ReplyDelete
  4. 2 soalan:
    1: boleh ke compact camera ni save gmbar dlm RAW file?
    2: apa pula kategori bg camera DSLT?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1: bergantung kpd kamera tu sendiri. usually boleh
      2: kalau anda google, SLT terletak di tgh2 antara SLR dan Mirrorless, sbb dia ada mirror mcm SLR tp feature mcm mirrorless

      Delete
  5. the Evil that man Do..(iron maiden)

    nice artikel....thank you

    ReplyDelete
  6. teruskan usaha dengan artikel menarik ! mmg best!

    p/s: olympus OM-D sangat terbaik kan? heheheh

    ReplyDelete
  7. bro.. buat entry pasal focal lenght reducer cam speed booster ngn lens turbo satu :D .. tinkiu

    ReplyDelete
  8. Dapat Nikon 1 v2, hadiah dari kakak. Mula2 rasa nak kritik juga sebabkan sensor yang kecil (memang kalau indoor/tempat yang malap, menangis tengok gambar), tapi bila dah lama guna, rasa EVIL ni memang ada plus pointnya.

    Paling tidak, saiz kecil jadi senang nak bawa ke mana2 :)

    ReplyDelete