Saturday, June 2, 2012

TIPS - Kasi Laju Sama Itu Lightroom

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Ok, short article for today.
Ramai yg komplen (termasuk aku) bahawa software Adobe Lightroom ni selow yg amat, berat, lagging bla bla bla.

Yes true. In fact sometimes lightroom lebih merangkak drpd photoshop.
Jgn tanya aku kenapa, sbb aku bukan software engineer.

Cuma, since aku dah mmg pengguna tegar software ni (dan aku tak reti sgt pakai photoshop), maka instead of membebel mengkomplen semata-mata, aku pun google around dan aku jumpa la beberapa tips nak kasi lightroom ni laju sikit.

Btw, tips yg aku share ni mengikut interface Adobe Lightroom v3.6. Kalau korang pakai version lama, v2.x misalnya, rajin-rajinkan la diri carik sendiri kat mana button yg perlu digodek dlm meng-optimize-kan lightroom korang tu ye.


Optimize Catalog

Catalog ni mcm database utk lightroom. Makin banyak korang import, edit/develop, export, makin kerap la korang kena optimize catalog ni.

First of all, kasi backup dulu korang punya catalog tu.
Edit >> Catalog Settings


Lps tu muncul 1 window. Pilih tab General dan usha bahagian Back up Catalog.
Klik arrow tu, nanti muncul mcm-mcm pilihan. Pilih la mana-mana yg sesuai, bergantung kpd kekerapan korang menggunakan lightroom.



Yg kedua: sila merajinkan diri meng-optimize catalog anda.
Caranya mudah sahaja.
File >> Optimize Catalog >> Optimize!



Klik Optimize, nanti akan keluar window bawah ni.
Makin besar catalog, makin lama masa yg diambil utk proses optimizing. 
Just relax, sabar, tunggu je optimize tu setel. 


Dah setel nanti akan muncul window bawah ni. 


Klik OK, nnt korang boleh pakai lightroom mcm biasa.
Cuma digalakkan utk korang restart lightroom tu. Just close lepas tu open balik.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Enhance Camera RAW Cache

Edit >> Preferences:


Nanti muncul window kat bwh ni.
Usha bahagian yg aku letak kotak merah tu. By default kat situ mmg 1.0GB.
Kalau korang rasa tak cukup, letak la nilai besar, 2.0GB ke, 8GB ke, depends pada kerja korang.
Pastu tekan je OK.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tips-tips lain yg pretty basic + common:
  1. Routine maintenance - Rajinkan diri defrag hard disk, virus scanning etc etc
  2. Uninstall software/toolbar yg tak perlu
  3. Jgn bukak segala bagai program serentak, unless korang pakai super computer.
  4. RAM at least 2GB
  5. Kalau dah lama sangat pakai komputer tu, kasi restart atau shut down bg dia sejuk dulu
  6. Make sure hard disk yg di-install-kan windows itu (biasanya drive C) ada space at least 50%
  7. Kalau dah sedar komputer tu tak laju, toksah nak ngade letak widget sampai berjuta siap wallpaper bergerak bagai. Keep ur desktop simple.


Kalau diikutkan mmg banyak tips, tapi aku share yg mudah je. Yg lain-lain tu kalau korang nak try, boleh usha link berikut (juga adalah sumber rujukan bg artikel ni):
  1. 10 Tips to Improve Lightroom’s Speed & Performance Without Additional Hardware
  2. Optimizing Lightroom for Best Performance: Top Ten Lightroom Speed Tips
  3. Hurry up Lightroom! The best speed tips!
  4. 5 Ways to Speed Up Lightroom

Kalau dah buat semua tips di atas pun still slow jugak, either korang upgrade komputer, atau pasrah dan redha je la, atau jgn edit pakai lightroom, tukar la pakai picasa ke photoscape ke.

Semoga tips ringkas ni dpt membantu.

Sekian mekasih,

Ejad Fotopoyo

1 comment: