Korang2, kalau korang nak tau la kan (kalau tanak tau maka takyah la baca), masa aku amik degree dulu, aku ada hobi yg jugak mcm kamera ni dari segi membazir duit, iaitu PC Modding.
Amende PC Modding tu?
Um, senang cerita, korang pernah tgk tak org modified kereta sampai ada lampu bagai? Sape main game Need for Speed Underground sure tau.
Well dlm kes aku ni, bkn kereta la, tapi PC.
Aku modify PC aku sampai berlampu-lampu bagai jugak.
Mula-mula aku teracun dgn casing yg kacak2 daripada Cooler Master dan Thermaltake, especially Thermaltake Shark. Smart seyh casing tu. Aku mmg ngidam habis la casing ni dulu. Dan mcm-mcm lagi la casing yg kacak-kacak ni. Mcm-mcm casing aku pernah beli dulu.
Then aku teracun dgn 1 brand paling kacak bg aku sampai la skrg ni - Lian Li.
Fully aluminum case, ringan, dia takde la fancy sgt tapi sgt smart.
Model pertama yg aku beli - Lian Li PC-G7. Aku beli dlm RM400 jugak la kalau tak silap drpd ATE, Lowyat.
Asalnya side panel tu tak transparent. Aku upah sorang uncle ni supaya potongkan dan pasang acrylic kat side panel tu. Nama dia Ianho. Famous kat lowyat forum. Taktau la skrg dia buat lg ke tak business ni.
Tgk interior dia, berkilat abis kan? Berlainan dgn casing yg standard, Lian Li ni semua casing dia, drpd beginner level sampai la pro level yg harga riban-riban tu, semua fully aluminum. Brand lain plak tak full, mcm certain Cooler Master yg high end, 70% aluminum dan 30% SECC steel. Casing yg kita pakai standard tu biasanya SECC steel.
Dari segi pemindahan haba, aluminum lebih berkesan drpd SECC steel. So spnjg pakai casing ni mmg rasa casing tu panas, sbb dia mengalirkan haba dari dlm tu keluar dgn effisyen.
Lps tu, aku mula teracun plak dgn barang-barang UV yg boleh bikin PC aku kacak dikala kegelapan. Dkt RM1000 gak la habis modify, dgn UV Sleeve utk PSU, pastu UV Lamp, kipas UV, meter turbo kat depan tu lagi yg sebenarnya takde la function hape sgt pun. Hehe.
Masa ni zaman LCD monitor tgh mahal. Paling besar pun 19 inch kalau tak silap. Time ni aku masih dgn CRT Monitor 17".
Lps tu aku buat beberapa perubahan. Aku tukar posisi hard disk tu supaya kabel dia pada arah lg satu, so takla nmpk semak sgt kan. Pastu aku tambah lampu extra skit, dgn tukar CPU Cooler tu kpd brand Cooler Master.
Lps tu ada rezeki, aku agkt Dell 24" dan mula berkecimpung dlm dunia overclocking plak. Time tu aku pakai AMD Brisbane 1.9GHz, overclocked to 3.0GHz dgn bantuan Crucial RAM yg lawa dan panas cam hape jek.
Takde masa sgt nak mengadap PC skang. Main game jauh sekali semenjak busy dgn kerja pastu Masters plak. Hidup dah tak se-carefree mcm masa degree dulu.
Tapi aku ingat 1 day nnt nak main balik la PC Modification nih. Seronok weh tgk PC kaler lip lap mcm disco bila main lagu techno. Hehe.
OK sekian bebelan yg takde kena mengena dgn photography ni.
Have a nice weekend!
Ejad Fotopoyo
No comments:
Post a Comment