Wednesday, August 6, 2014

MEMBEBEL | Kamera Ni Ok Tak?

Smile for the camera!

"Kamera ni OK tak?"

Soalan yg kerapkali ditanya, sama ada dari mereka yg ingin membeli kamera, atau yg sudahpun membeli kamera.

Takde jawapan yg betul-betul objektif bagi soalan sebegini. Kerana ke-OK-an atau ke-KO-an kamera bukan ditentukan oleh jenama, model, pricetag serta lens yg anda gunakan.

Katakan korang ada kamera A yg korang beli dgn harga RM1500, dan kamera B yg korang beli dgn harga RM14,000.

Adakah harga B yg lebih mahal drpd A menjadikan B lebih OK drpd A?
Adakah jenama A yg lebih femes menjadikannya lebih OK drpd B?
Adakah B lebih OK drpd A kerana digunakan oleh majority jurufoto?
Adakah kerana A itu kamera DSLR menjadikannya lebih OK drpd B yg mirrorless?

Tidak, tidak, tidak dan tidak.

Gambar hiasan

Setiap camera manufacturer, sama ada Nikon, Canon, Sony, Fuji, Samsung blablabla, semuanya mencipta dan menghasilkan kamera yg OK, walaupun kadang-kadang ada la certain issue, tapi objektif mereka = menghasilkan kamera yg OK. Takde keje diorang nak hasilkan kamera yg KO, abistu nanti sape yg nak beli?

So mcm mana nak tau kamera tu OK ke tidak?

Ringkasnya, ke-OK-an sesebuah kamera bergantung kpd bila/dimana/bagaimana anda hendak menggunakannya.

Kamera DSLR OK utk pelbagai genre tapi tak berapa OK utk selfie sbb berat.
GoPro OK utk shoot action dan underwater, tapi tak OK utk dijadikan kamera utama utk shoot wedding. Takkan nak sumbat gambar-gambar GoPro masuk dlm custom album kot?

Lens panjang yg besar berat mahal tu OK utk shoot wildlife, tapi tak OK utk shoot wide scenery dan selfie.
Lens pendek OK utk amek gambar biasa-biasa tapi kurang OK utk shoot gambar bulan sbb jauh sangat.

Just because ia tak OK pada suatu keadaan, tak bermaksud ia tak OK pada keadaan-keadaan lain.
Kena pahamkan kamera yg sedang digunakan tu dicipta khas utk apa sebelum meng-OK dan meng-KO kan kamera-kamera tersebut.

Dan biasanya kamera mmg OK belaka.
Yg tak OK ialah yg amek gambar tu. Dah tak reti amek gambar tu ngaku je la takyah nak salahkan kamera plak.

Kbai.

Ejad Fotopoyo

No comments:

Post a Comment