Tahun lepas, aku mula realize yg bahu/leher aku dah penat nak membawak DSLR ke sana sini. Even dgn lens paling ringan iaitu 50mm F1.8 pun bagi aku DSLR ni cukup bulky utk aku bawak jejalan merayau-rayau.
So, aku mula meng-google berkenaan kamera compact P&S terbaik yg boleh aku kaut dgn bajet RM1500. Antara jenama dan model yg aku dapat hasil penggugelan itu ialah:
Masa tu, aku tak consider EVIL Mirrorless sbb aku malas nak tukar-tukar lens. Aku nak kamera yg sebijik lengkap. Bukan kamera yg kena beli lens lain baru jadi lengkap.
Dalam semua pilihan tu, Sony RX100 paling mahal, dan paling kuajaq walaupun lens dia hanya F1.8 berbanding Oly dan Lumix yg 1.4, kerana sensor dia lebih besar. Bila sensor besar, lagi senang dpt gambar bokeh. Sebab tu DSLR senang dpt bokeh walaupun dgn kitlens cikai tu. Pastu lens tu 1.8 Zeiss beb. Bukan cikai punya jenama.
Fuji on the other hand, walaupun lens dia slower (f/2), wajah dia kacak bergaya. Design rangefinder bai.
Anyway, berbekalkan ilmu mengenai ketiga-tiga model ni, aku mula la merayau pegi compare price kat macam-macam kedai kamera.
Sampai la 1 hari tu, aku jejalan kat IOI Mall Puchong. Aku saje singgah Fotokem, tanya pasal kamera-kamera tu la. Pastu kan salesperson tu introduce kat aku kamera samsung. Aku memula reject dah sbb aku mmg tak minat dgn galaxy camera tu. Bagi aku galaxy camera tu best utk instragrammer yg mmg nak gambar kacak pastu boleh terus upload. Aku plak tak perlukan feature tu, better aku spend pada kamera yg mmg ada lens yg hebat utk amek gambar cantik. Upload tu 2 tahun lepas tu pun buleh.
Bukan galaxy camera, tapi kamera yg dia offer kat aku ialah Samsung EX2F. Aku pun belek, tgk atas tgk bawah, tekan segala mak nenek button yg ada, test kaw-kawa la senang cite. Uih best jugak kamera ni. Harga dia pun masa tu kena la dgn bajet aku tu.
Anyway, dipendekkan cerita, aku pun sambar la Samsung EX2F tu. Dan harini aku nak kongsi sikit apa yg best pasal kamera ni. Aku takkan cite detail abis la mcm yg website review biasa buat tu.
Samsung EX2F
Official Website: Samsung UK
Review: Imaging Resource
Lowlight Performance
f/1.4 | 1/4" | ISO200 | Handheld | Fill flash utk kasi bangku terang |
Kalau nak diikutkan, sensor kecik, takde apa yg dibanggakan sgt pun dgn lowlight performance.
Tapi sebab lens dia f/1.4, aku bole snap gambar indoor tanpa menggunakan ISO yg tinggi, dan gambar malam tanpa menggunakan tripod. Dan aku bole pakai f/1.4 tu dan dapat gambar yg sharp all over.
Pasar apa ntah dekat dgn airport KK Sabah. Masa ni dah malam. f/1.9 | 1/45 | ISO160 |
Menanti senja di kaki gunung f/1.4 | 1/8 | ISO80 |
Macro
Bokeh
Bokeh dia kira kacak la utk kamera compact yg sensor kecik. Kena paham yg 1.4 drpd kamera ni mmg takkan sama dgn 1.4 pada APS-C or fullframe. Kalau nak bokeh, kena amek gambar close-up, mcm gambar-gambar di bawah ni:
Portrait & Selfie
Encik Kamarul Akhir yg banyak main |
Biasa-biasa punya portrait snapshot boleh la. Kalau nak portrait dgn bokeh, payah skit la kamera ni sbb sensor kecik. Takkan korang nak close-up dekat-dekat sampai hidung subjek sentuh lens kot? Abis berjangkit la jerawat subjek kat lens tu nanti.
Tapi kalau selfie, mmg best. Sbb dia punya screen tu titlable, boleh pusing-pusing dan nampak diri sendiri. Cuma tak digalakkan utk pakai handphone monopod tu kat kamera ni, sbb dia agak berat. Aku selfie pakai professional punya monopod, baru stabil, tapi tangan gigil la sikit sbb monopod tu pun berat.
Landscape, Nightscape & Panorama
Kamera ni jadi bahan utama aku bila nak shoot landscape, sbb lens dia wide (5mm menyamai 24mm pada fullframe). Utk DSLR, lens paling wide yg aku ada ialah 28mm, so EX2F ni lagi wide la. Kemudian antara part yg aku paling suka ialah dia punya sweep panorama. Takyah nak penat-penat amek byk gambar pastu stitch. Antara album yg banyak gambar landscape drpd kamera EX2F ni:
Bila waktu malam, kalau ikutkan bole je shoot handheld sbb kamera ni 1.4, tapi bila pakai dgn tripod + long exposure, dia punya hasil tu kacak oh. Dia ada jugak format RAW. Kira boleh fight APS-C DSLR jugak la dia punya hasil.
Nak tau lebih lanjut usha artikel ni: Meng-landscape dgn kamera Samseng
Nak tau lebih lanjut usha artikel ni: Meng-landscape dgn kamera Samseng
WIFI Connectivity
Amek gambar kacak-kacak pastu transfer kat semakfon pastu edit pastu upload. Kan best tu. Tak payah pening kepala bawak laptop.
Tapi sebenarnya kalau kamera korang takde wifi pun, boleh je pakai SD card drpd eyefi atau Toshiba FlashAir utk transfer. Cuma yg dlm EX2F ni selain wifi utk transfer, boleh jugak direct upload kpd MS OneDrive (dia mcm Dropbox) lepas tu access je file tu kat semakfon ke laptop ke PC ke, serta Remote Viewfinder iaitu kita view melalui handphone.
But personally, aku tak berapa berkenan dgn dia punya wifi processor. Kadang-kadang tak dpt connect. Dah dpt connect kang, masa upload, stuck kat 11%. Pastu tak dpt login. Ada la beberapa isu. Tapi setakat ni tak menjadikan aku menyampah lagi la dgn kamera ni. Kalau susah sgt nak transfer thru wifi, aku pakai je la card reader, abis story.
KESIMPULAN
Overall aku puas hati la dgn kamera ni. Kurang puas hati tang wifi tu je la. Masa beli haritu dpt free extra battery, pastu aku extend warranty dgn Fotokem selama 3 tahun.
Bukan nak meracun. Nak meracun pun kompem takde sape nak layan sbb bukan kacak mana pun gambar-gambar ni. Tapi kalau la katakan korang ada bajet sekitar RM1500 utk kamera compact yg takyah tukar-tukar lens, consider la Samsung EX2F ni. Dia ada jugak kaler putih yg lebih suci utk mereka-mereka yg innocent tapi suka menarik perhatian.
Ok tu je nak bebel. Aku bukan staff kampeni Samsung utk promote benda alah ni. Aku cuma share pendapat peribadi mengenai kamera yg aku ada je.
PS - majority gambar-gambar ni telah di-edit, sama ada melalui apps dlm smartphone atau software di PC
Ejad Fotopoyo
tq for the info bro.. might consider mo beli kamera ni la sbb sdh x larat bawa dslr jalan sana sini haha.. p/s- pasar dekat sm airport kk tu nama dia Tanjung Aru hehe..
ReplyDeleteAisehmen tergoda betul ngan bokeh n sharpeness dia tu. Kalaulah bukan sebab dah ade encek Oly OMD ni memang dah gi beli skang hehe...
ReplyDeletewow...osem!!!
ReplyDelete