Friday, April 24, 2015

Mode Auto | Eh Sukatila Kamera Aku

Assalamualaikum & Salam Sejahtera rakan taulan sekalian.

Finally, aku ada masa terluang sikit utk membebel. 2 minggu busy dgn conference, bengkel, projek, marking tugasan blablabla but today Alhamdulillah aku ada masa free sikit utk menaip bebelan pendek.

Bebelan ini berpunca daripada dialog berikut:
"Baik takyah guna DSLR kalau guna auto"

Sumber: Blog Ejad Fotopoyo

Pendapat sebegini mmg common, diutarakan oleh ramai orang, termasuk kita masa baru mula-mula main kamera, kita rasa mcm kalau guna mode Auto kat kamera mahal mcm DSLR atau mirrorless, ia dianggap sia-sia dan membazir, baik guna handphone ke compact ke.

Maka disini aku terasa bertanggungjawab utk membetulkan mindset yg agak negatif ni.


Gunakan Kemudahan Yang Sedia Ada.

First of all, the reason kita guna mode Auto pada kamera mahal ialah - sebab ada mode Auto kat situ. So guna je la. What's the big deal? Bukan kita pegi kopek body tu pastu hack dia punya firmware pastu tambah wiring ke hape ke.

Ke kau jeles sbb kamera tu takde mode Auto? Nasib la, padan muka.


Auto DSLR vs Auto Compact

Kemudian, org-org camni berpendapat bila kita guna mode Auto, hasil dia akan sama dgn handphone. Ye la sbb antara perbezaan utama kamera murah dgn mahal ialah Manual mode tu. Kamera murah kan takde mode M.

Ok aku nak tanya, kalau korang guna gear Auto kat kereta Kancil dgn gear Auto kat Honda City, adakah korang akan dpt gaya pemanduan yg sama? Adakah kereta akan mencapai top speed yg sama?

Tak kan?

So sama je la mcm DSLR serta kamera murah. Disebabkan sensor yg lebih besar, ditambah plak dgn lens yg bagus, Auto pada DSLR akan menghasilkan gambar yg lebih kacak drpd handphone.


Saya Budak Baru Belajar

Budak tu baru je beli kamera, dah paksa-paksa dia guna mode M. Dia nak pilih ISO pun duk pening lagi. Lepas tu bila guna M, gambar asyik tak jadi, gelap la terang sgt la blur la, terus takde semangat dah nak amek gambar.

Semua org belajar dari bawah. Mana ada org yg start guna DSLR terus reti guna M. So biar je la dia guna Auto, sibuk sgt tu nape, bukan kamera ngko pun.


Guna Auto = Membazir

Yg membazir ialah jika anda tak guna langsung kamera tu. Atau anda kemain bangga guna mode Manual tp kena snap sampai 10 kali baru dpt gambar yg exposure kacak, member sebelah guna Auto sekali snap je.


Guna Manual = Professional?

Dia camni, jika anda pandai guna mode Manual, anda dianggap Professional, dlm ertikata lain pro dari segi pengendalian exposure.

Tapi tak semua golongan professional akan guna mode M.


It's The Result That Matters

Hakikatnya, tidak ada mode yg paling terbaik utk semua keadaan.

Mode M terbaik jika kita perlukan pengendalian penuh pada exposure, tapi tak sesuai utk mereka yg nak cepat. Maka disitulah pentingnya mode semi Auto seperti A/Av, S/Tv, P, serta mode yg mempunyai icon bukit, orang pakai topi dan sebagainya.

Dan apapun mode yg anda guna, orang tak amek tau. Yang orang nak tau ialah gambar anda kacak atau tidak.

Tapi, alang-alang dah ada mode M tu, belajar la. Pelan-pelan kayuh. Jgn asyik bergantung kpd mode Auto je. Lagipun antara sebab kita beli kamera mahal ialah supaya kita boleh control dia. Kalau kita guna mode Auto je, kan mcm dah berlawanan dgn objektif asal kita beli kamera mahal.

So apakah mode yg terbaik utk mengambil gambar?

Just use whatever mode yg anda selesa dan tau guna.
Because in the end, it's the result that matters.
Dan 1 lagi, sukati aku la nak guna mode apa pun, tu kamera aku.

Kbai.

Ejad Fotopoyo

2 comments:

  1. setuju abam....sy gunakan manual bila main long ......ada juga gambar lain sy guna M .....tapi bila nak capture org main bola atau pun tempat kurang cahaya tapi malas nak guna flash...baik sy guna auto...result dye...tatap chantek....

    ReplyDelete
  2. Setuju bro.. sy selalu ke kutuk pakai mode auto.. Siap ckp lg dri ko pkai auto beli camera mahal2 bek bli iphone. So sy buat bdoh je.. smpi sy bljr slow2 guna manual alhamdulilah skrg pndai dh skit2..

    ReplyDelete