Assalamualaikum & Salam Sejahtera sahabat handai rakan taulan jiran tetangga sanak saudara yg dikasihi sekalian.
Dlm entri kali ni, aku akan membebel pasal pelancongan aku ke Seoul minggu lepas. Tapi bebel tak banyak la kot, yg banyak ialah gambar. So kpd yg guna 3G/HSDPA Mobile Data, dinasihatkan kpd anda utk guna WIFI kerana banyak gambar-gambar yg perlu dimuat-turun utk anda membaca artikel ini. Dan disebabkan gambar yg terlalu banyak, artikel psl korea ni akan dibahagikan kpd beberapa part, maybe dlm 4 la kot sbb aku spend 4 hari kat sana.
Anyway, utk permulaan, aku nak cerita yg aku pergi Korea pada 1-5 Mei 2015. Waktu tu sakura dah takde sangat tp sbb dah beli tiket so pergi je la kan takkan nak kensel plak. Byk je keindahan lain yg boleh dinikmati selain Seindah Sakura (soundtrack drama ni best)
Sambil bebel, aku akan selitkan sikit beberapa tips yg diharapkan boleh memberi manfaat kpd anda yg ingin ke sana.
PREPARATION
First and foremost - tukaq duit. Of kos la duit hengget melesia takleh guna kat sana, so korang kena la convert siap-siap.
Bab meng-convert duit drpd RM kpd KRW ni, aku dah buat survey sedikit sebanyak, antara tempat yg ramai rekomen ialah di Midvalley Megamall (level bawah, sama level dgn MPH dan fastfood) dan Jalan Masjid India. Masa aku convert, waktu tu KRW1000 = RM3.41 di Jalan Masjid India, so far termurah la. Bab ni korang kena pandai survey.
Sbb aku kedek dan mmg takde plan nak shopping sgt, aku convert RM1200, dpt KRW352.000. Boleh la survive 4 hari, makan sekali sehari je kat luar, sbb dah bawak bekal sesiap dari Malaysia. Balance yg ada skrg ni ialah KRW110,000, bersamaan RM375 camtu, so kiranya belanja aku kat sana utk makan tmpt tinggal transport (tak termasuk flight) semua cuma RM824.90.
Kira bajet la tu kot? Maybe korang boleh lagi jimat, bergantung kpd berapa hari korang stay sana.
Kemudian bab makanan. Sana nak carik kedai yg pork-free agak susah. Makanan halal byk kat Itaewon tapi takkan la tiap-tiap kali nak makan korang nak pegi situ kan? So bwk la bekal megi roti biskut apa semua. Dekat sana jugak ade jual instant rice, tinggal microwave-kan nasik tu lepas tu dah boleh makan dengan lauk dalam tin yang bawak dari Malaysia. Instant rice ni boleh cari dekat 7E.
Kemudian Travel Adaptor. Korea guna German/Euro 2-round pin plug, basically sama dgn Malaysia punya plug yg 2 bijik tu. Mana mau beli ini adaptor? MrDIY sudah, murah, yg kaler purple tu RM2.90, yg kaler biru tu RM5.90. Aku suggest beli yg kaler biru sbb tu international, dia cover semua jenis plug.
Install subway app dlm smartphone masing-masing. Kat sana nnt subway akan jadi main transportation utk korang pegi semua tempat. Melalui apps tu nnt korang tau nak naik line mana exit line mana apa semua.
Bawak ubat (panadol, minyak kapak) incase anda sakit.
Jika anda mmg berpenyakit dan mengamalkan ubat tertentu, jgn lupa bawak. Mintak nasihat doktor sbg langkah berjaga-jaga.
Kemudian yg paling penting, pastikan anda bawa dokumen yg penting seperti passport (make sure belum expired), tiket flight dan lain-lain yg berkenaan.
Kalau rajin, google psl free coupon yg korang boleh guna di sana. Ada kupon utk wifi, kosmetik, tiket bas dan sebagainya. Banyak yg boleh di-download, pastu korang print dan bawak sana utk korang guna kupon tersebut. Atau nnt dah sampai airport sana, ada mcm buku map, dalam tu ada kupon jugak, free.
Pastu haaa sbb ni blog pasal photography kan, aku nak kongsi gajet yg aku bawak:
- Fujifilm X100S - main camera, bawak 4 bijik bateri
- Samsung EX2F - backup camera, bawak 2 bijik bateri, sgt berguna utk wide, panorama dan macro
- Fujifilm Instax Neo Mini dgn twin pack film (20 keping)
- Manfrotto PIXI Mini Tripod
- Travel charger, non-original, jenis 2 flat pin yg beli kat ebay tu. Ori charger cable panjang sgt, leceh nak bawak
- Smartphone dan tab yg diisi dgn 64GB Micro SD Card. Utk backup serta editing & uploading bila ada wifi.
- Powerbank Pineng 10,000mah
- MP3 Player - peneman setia dikala bosan dlm flight/subway
- Info lanjut boleh baca - Gajet yg aku bawak
- Kesemua benda alah ni disumbat dlm beg Samsung kaler coklat seperti gambar di bawah.
Seoul - First Day
Muka letih, tak dpt tido dalam flight |
Flight kitorang touch down di Incheon pada 1 Mei 2015 jam 8 pagi mcm tu, waktu Korea. Lepas collect beg, breakfast dulu, makan roti Twiggies yg aku bwk dari Malaysia, pastu beli susu pisang (1300won) dan susu stroberi (1000won) kat 7E. Sedap oh.
Mesin Topup T-Money |
Make sure korang beli T-Money kat 7E tu. Basically T-Money tu mcm kad Touch 'n Go, atau kad Rapid, dimana korang akan guna utk subway. Harga 2500 tapi kosong, so korang kena topup la. Jgn risau, machine topup dia bersepah. Utk permulaan, topup la dalam 10,000 ke 20,000 ke. Tapi jangan topup banyak sangat, nanti duit lebih tu tak boleh dapat balik rugi je.
Airport Railroad |
Lepas breakfast, kitorang carik Airport Railroad utk ke Seoul Station. Senang je nak cari, signboard dia banyak merata-rata. Nanti kat Seoul Station kena tukar line kpd subway utk ke guesthouse.
Train tu amek masa dlm sejam camtu utk ke Seoul Station. Kalau nak cepat boleh naik yang express ala-ala KLIA express tu. Ni kitorang naik yang transit je, stop dekat semua station. Sbb takde seat maka terpaksalah berdiri sambil layan view kat luar. Dah nak sampai tu baru la ada seat kosong utk duduk.
Dalam pukul 2 lebih camtu kitorang sampai di Hyehwa. Drpd situ nak ke guesthouse pun jauh gak kena menapak, dlm 5-10 minit camtu. Sempat la snap sikit gambar.
Lepas menapak akhirnya sampai la ke Bong House. Guesthouse ni dpt byk jugak positive review drpd backpackers sbb harga dia yg affordable.
Lepas menapak akhirnya sampai la ke Bong House. Guesthouse ni dpt byk jugak positive review drpd backpackers sbb harga dia yg affordable.
Mcm aku, stay kat dorm selama 4 malam = 48,000won = RM164, lebih kurang RM40 la per night. Tapi shared bathroom la. Eh apedehal bukan nak berendam pun, nak mandi je. Tapi sori la aku baru perasan yg aku tak amek gambar Bong House tu, so korang google je la eh. Tgk review kat Booking.com, TripAdvisor apa semua.
First Destination - Itaewon
Teruja tengok gerai senget. Steady je makcik tu. |
Lps check in, letih, perut lapar giler, dgn tak cukup tido malam tadi. Kena carik makan nih..
Berdasarkan hasil google serta saranan member yg penah duduk sana, kitorang pun mengembara utk cari makanan halal di Itaewon. Situ banyak restoren Muslim, dan mmg ada tanda Halal kat luar kedai, cuma bkn logo halal Jakim la. Masa tu kira firstime la nak merasa tukar subway/line. Penat gak ah turun naik tangga. Bagi warning sikit, tangga banyak mengalahkan Batu Caves haa. Kena pulak takde escalator. Tapi orang Korea rilek je naik tangga tak mengah. Nasib baik aku pakai kasut sport, seperti yg dicadangkan oleh member yg penah pegi sana.
Lezat pun boleh |
Banyak blog yg kitorang usha rekomen 1 restoren ni - Murree. So kitorang pun gigih la carik dan Alhamdulillah jumpa.
Makanan yg aku makan tu nama dia Bibimbap. Kot. Betul la kot aku eja sbb aku google keluar gambar lebih kurang camni. Harga 10,000won. Convert jadi RM34.10. Pejam mata je la makan. Kalau convert manjang mmg takkan belanja pape la kat sini.
Kat Korea ni bila makan kat restoren, diorang mmg style bagi air kosong, free. So kat situ dah boleh saving sikit. Air kosong tu plak unlimited, minum la sampai kembung.
Lepas dah burpppp Alhamdulillah, hati suda senang, maka perjalanan diteruskan, mencari Seoul Central Mosque.
Seorang pemuda sedang berdakwah, menceritakan tentang agama Islam kpd pengunjung |
Lepas solat Jama' Zohor + Asar, kitorang pusing-pusing area situ, usha kedai-kedai yg ada sebelum pergi ke destinasi yg seterusnya.
Second Destination - Hangang River
Plan asal nak usha rainbow bridge tu tapi mcm dah salah jalan. Tanya org tu dia kata ikut sini. Tanya orang ni dia kata ikut situ plak. Last-last giveup. Jejalan dulu area ni, kebetulan masa tu sunset, so singgah tepi Hangang River jap, snap gambar seketul dua. Lawa plak blue hour time tu.
Third Destination - Hangang Park
Turun stesen Yeouido, lepak kat Hangang Park. Konon nak cari jugak Rainbow Bridge tu tapi sampai sudah tak jumpa, redha je la. Saje lepak tepi sungai, nak merasa kesejukan alam. Malam tu agak sejuk, kena pakai sweater.
Penuh manusia kat situ malam tu. Ada yg lepak, ada yg camping, ada yg buat magic show, live band, ada yg main skate. Meriah la malam tu. Kitorang siap ada magician nama Rupa lagi tegur. Dia kata "Malaysia? Apa khabar? Nama saya Rupa"
Lepas dah tak tahan sejuk, mata pun dah layu, perut lapar, kitorang pun gerak balik guesthouse. Panaskan nasik goreng kampung Brahim pastu makan. Peh sedap seyh nasik goreng beras panjang. Lepas tu tidooooo.
Sambung artikel Day 2 plak. Nanti dah siap aku sertakan link. Thanks sbb sudi membaca ^^
Ejad Fotopoyo
No comments:
Post a Comment