Wednesday, February 23, 2011

MEMBEBEL - Ejad & Kamera

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Topik kali ni bukan nak cerita psl ilmu photography, tapi nak cerita pasal kamera semata-mata.

Zaman sekarang ni, semua org ada kamera. Ada yg guna kamera kompak, ada yg guna DSLR, ada yg guna kamera drpd handphone, tak kurang juga pd yg masih oldskool; 35mm filem.

Tak kisah lah kamera apa anda guna pun, brand apa pun, kegunaannya masih sama - mengambil gambar.

Hari ni aku nak kongsi apa jenis kamera yg aku pakai.
Walaupun byk gambar yg diupload di blog ini hasil tangkapan drpd DSLR, aku jugak guna kamera yg lain.



SONY ERICSSON K750i


Sejak degree lagi sampailah skrg, aku still gunakan handphone ni.
Sesiapa yg pernah guna mesti tau - walaupun hanya 2MP, tp dgn fungsi Autofocus serta macro (close up), kamera phone ni seriously superb.

Takyah cite byk la kan, mai tgk hasil tangkapan drpd kamera K750i ni, tanpa editing:


Macro pun not bad bai! Leh wat toyol utk exam! :P


Skrg phone ni dah obsolete, no longer in production. Lps phone ni, bermulalah era Sony Ericsson Walkman yg dimulai dgn W800i.
Dan kini ada yg berpendapat bg jenama Sony Ericsson, K series utk kamera, manakala W utk sound yg berkualiti.

Lps guna phone ni, aku tukar pd SE K660i yg ada 3G, kamera tak best langsung. Hampeh!
Then aku cari balik phone K750i ni, 2nd hand, bikin balik, beli housing baru (thanks to Adi Mang yg tolong), dan masih mengambil gambar guna handphone ni.



PANASONIC LUMIX TZ11


This is my best friend - Panasonic Lumix TZ11. 8MP, 28mm wide angle, paling jahat - 10x optical zoom. Jauh giler boleh zoom beb.

Kualiti gambar - superb! See the lens, nmpk tak perkataan Leica tu? Google that word, and you'll know what I mean ;)

Sila cuci mata anda dgn foto-foto yg ditangkap dgn TZ11 ni:

10x optical zoom membolehkan zoom yg jauh hingga dpt
mengambil gambar sunset yg bulat ni


Ingat kamera kompak takleh wat bokeh ke? Tgk la sendiri kat bwh ni ^^




Pentax K20D


Start main DSLR dgn Pentax K100D, then bertukar pd Nikon D200, and then back to Pentax, model K20D.

Reason bertukar - personal preference: Pentax punya color dan noise control mechanism sgt superb! K20D ni model lama, tp still boleh fight dgn body baru drpd Nikon dan Canon.

14.6MP, WR body (Weather Resistant), Live View, tahan lasak, support format DNG utk RAW format, dan yg paling best - manual lens dia yg murah dan superb!

Again, maleh nak cite panjang, tgk lah hasilnya sendiri:

Pentax K20D + SMC Pentax-M 50mm F2 (f/2)


Pentax K20D + reversed SMC Pentax-M 50mm F2 (f/2)



Pentax K20D + SMC Pentax-M 35mm F2.8 (f/5.6)
with extension tubes



PENTAX K1000

Aku main filem jugak sometimes. Best sgt, sbb kita tak tau gambar yg kita ambil tu jadi atau tak, so kita kena set everything elok-elok sebelum tekan shutter utk memastikan gambar kita marvelous.

Nasib baiklah mount utk Pentax SLR dan DSLR ni sama, so aku boleh simply tukar-tukar lens utk kedua-dua kamera ni.

Kamera ni completely manual. Bateri hanya diperlukan utk exposure metering. Tanpa bateri, masih boleh diguna, cuma kita kena pandai-pandai agak la nak kasi gambar kita terang/gelap.

Ni hasil lps filem dicuci, filem yg digunakan ialah fresh Fujifilm Superia 400:





PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT
DARI EJAD FOTOPOYO

So aku ada 3 kamera - K750i, Lumix TZ11 serta Pentax K20D.

Ada yg kata banyak. Pastu dah ada DSLR, buat apa guna kamera digital kompak lg?

DSLR berat bai, besar kalau nak bwk jalan-jalan.
TZ11 tu kecik jek, boleh sumbat masuk poket.
Kalau terlupa bwk dua-dua, handset K750i tu ada, apedehal~

Yg penting - dpt ambil gambar, sudahlah, betul tak?

Katakan anda terjumpa 1 moment yg best, DSLR tak bwk, tapi ada kamera handset, apa yg akan anda buat?

Ambil gambar jugak dgn kamera handset walaupun mungkin tak lawa?
Ataupun tak ambil gambar langsung, sbb anda fikir drpd tak lawa, baik takde gambar langsung?

Bg aku simple jek - yg penting ada gambar. Lawa tak lawa tu belakang cerita.
Takkan anda nk sacrifice moment yg best hanya kerana anda terlupa bwk DSLR?
Abadikan sahajalah kenangan moment tu dgn kamera apa pun, yg penting - ada gambar.

Mostly DSLR hanya digunakan jika aku ada job atau photoshoot, atau senang cerita, bila aku bwk lah. Kalau tak bwk, guna Lumix. Kalau itu pun tak bwk, K750i ni ada.

"The best gadget is the one that you always have with you"

Sbb tu majority gambar yg best diabadikan melalui kamera handphone, sbb itu yg selalu kita takkan terlupa bwk ke mana-mana.

DSLR bukanlah segala-galanya. Anda takkan rasa nak usung kamera besar berat tu time jungle tracking, turun tengah laut, mandi sungai dan sebagainya.
Disinilah kamera kompak atau handset come in handy - kecil, ringan, kualiti pun not bad ;)

So toksahlah obses sgt tgk kwn-kwn guna DSLR tu. Kamera mahal cmtu kalau tak reti guna, tak cantik jugak gambar. Tapi kalau guna kamera digital kompak biasa, guna je mode AUTO, siap! Confirm gambar jadi nye. Lawa tak lawa tu blkg cite.

Bg yg suka ambil gambar sendiri tu, try lah buat benda yg sama tp guna DSLR, senang ke susah? Hahaha.. sbb tu aku kata - DSLR bukanlah segala-galanya.

Bukanlah bermaksud aku tak bg korang beli DSLR. Duit korang, terpulanglah.
Tapi kalau kita ni jenis yg tak berapa berduit, jgnlah gadaikan duit loan PTPTN tu semata-mata sbb teracun dgn member yg guna DSLR. Guna je apa yg ada dulu.
Dah betul-betul berduit kang, belilah apa pun :)

Sekian artikel kali ni.

Wassalam :)

15 comments:

  1. ohohoho...good idea! suke la bila SIfu sharing benda2 mcm ni...bgus utk yg bru je blajar mcm aku ni,,hehehhe (mrendah diri)

    kamera aku ade 2 je skrg ni...kamera dgtal SONY DSC - W350 14.1MP shj...n kamera henset SONY ERICSSON CyberShot 3.2 MP..yg bestnya, kamera henset lg senang buat makro dr kamera dgtal.hahah...

    btol ejad kate, kalau ad moment best tp xamik gmbo memg rugi..sgt2 rugi..tp henset tu slalu bwk kmane je kn, so itulah fungsi kamera henset...kualiti pn okay ape..heheh...

    ReplyDelete
  2. Pendapat yg jujur dn bernas... Setuju sgt ngan statement nie:

    "Abadikan sahajalah kenangan moment tu dgn kamera apa pun, yg penting - ada gambar."

    Jnji ada gambar..sbb moment tu xkan berulang utk kali ke2...

    ReplyDelete
  3. setuju dgn ejad...idea yg bernas..

    ReplyDelete
  4. hairie:
    kualiti tu subjektif.. kalo diri sndri dah suke hasil gmba tu, then spe lah org lua nk pertikaikan, btol x?

    Hasnorizal:
    yup, btol3 ^^

    yanyuyu:
    thx :)

    ReplyDelete
  5. thanks bro...banyak info aku dapat dari kau..terime kasih banyak banyak..

    ReplyDelete
  6. guna hp pun care gak if tlupa bw camera (x kisah jenis/brand pe)

    smua pix tuh kacak2 eh en ejad

    ReplyDelete
  7. Jue:
    thx jue. yup2, janji ade gambar, tu yg penting :)
    nk tgk yg kacak lg? tgk my fb, ade album sunrise by SE K750i.. hehe

    ReplyDelete
  8. DSLR... sumenye sbb RAW dan dynamic range...

    ReplyDelete
  9. dlu pun gune SE K750i..tp dh rosak...sdey tol...

    ReplyDelete
  10. sy guna nokia 2600... hahhaahahhaa... tetap bez...

    ReplyDelete
  11. sekarang ramai gilerr bebudak nak pakai dslr, padahal sebelum ni langsung pegang compact camera pon tak gah nak jalan kt shopping mall dgn dslr -__-

    tapi betullah,yang penting dapat ambil gambar. compact camera skrg dah teramat canggih terlebih canggih dh,kecik mudah nak bawak ke manamana. dslr gedabak besar ada event pape barulah nak usung

    apa2pun,sgt banyak info dekat blog ni. tQ!

    ReplyDelete
  12. Yup. byk info la blog ni. saya ni beginner lagi. ekekeke

    ReplyDelete
  13. suka entry ni...
    sy pky d60 kit lens ngn hp sony satio 12.1 mp.. gmbr sony tu lg masyuk dr dslr.. love it until the end of my life..

    ReplyDelete
  14. hehehehee....Leica...tu brand paling gile dari German...harge pun memang diluar batasan....kalau kreta mcm brand ferrary la kan...hehehee...nk pinjam bleh...?hihihii...tp slalu lau ade kaitan ngn lens Leica mst mahal kan...?

    ReplyDelete
  15. Tp betul ler,
    kamera hp utk amatur mcm aku
    gambar lg superb dr dlsr
    hehehe

    ReplyDelete